Polis bersedia? Pirah!!

Cops ready for New Year Eve crackdown

Aku tak faham la..
1- Kalau penyokong bola merusuh, perlawanan di stadium tidak dibenarkan penyokong menyaksikan. Jika merusuh di sambutan krismas? Sambutan tahun baru masihi dibatalkan?



2- Ceramah pembangkang dikawal polis/fru. Sambutan tahun baru dikawal rela




3- Dah terbukti penyembur buih mengotorkan kereta, apsal tak diharamkan. Wisel dalam stadium pun boleh haram

Read More...


Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Bagi sesiapa berminat memiliki saham kowahida silalah menjadi ahli HPA. Dijangkakan tahun ni dividen ilah 20%. Jadilah ahli bawah ahli HPA. Pastu baru boleh beli saham. Jadi ahli bawah saya pun boleh. YM saya insan_fakir04@yahoo.com

Read More...

Apa tindakan kepada samseng malam Krismas?



Saya pelik la..
- Mana pergi beratus-ratus FRU? Takde live bola malam tu. Tak tau la kalau PR buat 100 ceramah serentak di mana setiap satu trak satu tempat ceramah.
- Xde ka polis yang bersama-sama Rela tu. Rela tu asalnya untuk membantu menangkap pati je. Sampai tahap dibelasah ni jangan la suruh depa.
- Xde plan nak haramkan perhimpunan? Atau penyembur buih? Sembur kat kereta orang. Orang tu marah. Diboo beramai-ramai. Sebijik cam samseng. Berani bila ramai



Serang anggota Rela serius

Kredit pada hanief. Senarai videonya boleh dilihat di youtube

Read More...

Apa harapan rakyat Patani?



Jelas kenyataan Abhisit bahawa kuasa autonomi sekalipun tidak akan diberikan. Apatah lagi kemerdekaan


Di Timor Leste(Timur Timur semasa dalam Indonesia) kita boleh buat referendum sama ada nak kekal dalam Indonesia atau merdeka. Kenapa di Patani tak boleh? Adakah kerana
- Patani akan menjadi negara islam jika merdeka?
- Petroleum di Teluk Siam akan terlepas dari Thailand jika Patani merdeka?
- Patani akan bergabung dengan Malaysia jika merdeka?

Read More...

Wawancara Abhisit mengenai Patani



Nampak lembut berbanding Thaksin. Namun saya percaya majoriti rakyat Patani inginkan merdekakan tanahair mereka.

Read More...

Ziarah Banang Setra

Najib patut tengok betapa amannya Patani ni. Nak masuk kampung pun kawalan tentera. Siap pagar kawat lagi.. Perintah berkurung di sini dah berbelas tahun dah

Read More...

Bangunlah wahai Patani



Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Bangkitlah2x
Bagai harimau dan beruang
Tuntutan pusaka tidak boleh dilarang

Penjajah orang kitapun orang
Kekuatan kita apalah kurang

Agar kemerdekaan cepat disandang
Sebelum subuh datang menjelang
Tidakkkah kita bangsa terbilang
Bangsa yang tidak pernah kecundang

Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Hidup Mati Bangsa Melayu Patani

Read More...

Nasib saudara seagama sebangsa kita



Lagu Kedamaian
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembaliOoo

tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan...


Tajuk lagu tak diketahui..

Ayuhai pemuda harapan bangsaku
Pemudi tiang Negara
Marilah ayuh kemari
Kita bersama berjuang
Membela agama dan bangsa
Biar darah membasuh bumi
Asal kita berjaya X2

Bujur lalu lintang patah
Tumbuh hilang berganti
Satu hilang dua terbilang
Tetap kita berjaya X2

Pemuda Pemudi pembela bangsaku
Angkatlah bendera revolusi
Dengan laungan gelap gelita
Tuhan bersama kita X2

Saya dapat dari seorang pemuda Patani. Lupa mintak dia terjemah tajuk video ni. Sesiapa yg boleh translate ke BM boleh bagitau kat saya

Read More...

MP PR buat perangai lagi...

Dulu masa lulus belanjawan 2009 ianya diluluskan secara belah bahagi. Kita kalah kerana ada MP kita yg tuang persidangan. Masa usul gantung Gobind deo pun ada mp kita yang tuang. Kali ketiga masa lulus belanjawan 2010 kita kalah 1 undi. Jika menang kita boleh kemukakan usul undi tidak percaya di dalam dewan. Payah la nak tunggu peluang camnni lagi selepas ini.

Tahniah kepada semua yang sengaja tuang. Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan buatlah lagi lain kali!

Ulasan GB

GB pernah mengulas isu ketidak-hadiran MP-MP Pakatan Rakyat di Parlimen terutama semasa undi belah-bagi dijalankan. Jika kita masih ingat sewaktu undi belah-bagi dilakukan untuk menggantung Gobind Singh Deo dari Parlimen, beberapa ahli parlimen PAS tidak hadir yang akhirnya kemenangan berpihak kepada BN. Anda ingat siapa yang tidak hadir di parlimen pada masa itu? GB cukup ingat. Diharap PR ambil pelajaran hal ini jika benar-benar mahu menjadi "kerajaan yang dinanti" - jika tidak TURUN dari menjadi Ahli Parlimen PR.

Ulasan Al Banjari
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/12/20-mp-pakatan-selamatkan-kerajaan-najib.html

- Kerajaan Najib Nyaris Tumbang Lewat Malam Tadi

Read More...

Malaysia Ala 1 Malaysia...

Malaysia Ala 1 Malaysia, Pakai Lencana ISA pun Kena Tangkap

Alahai slogan 1 Malaysia



Upacara sembahyang bagi memperingati penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dua tahun lalu, dicemari dengan penangkapan seorang pemimpin utamanya, S Jayathas.

Dia ditahan kerana didakwa memaki lencana anti-ISA.

Read More...

Ust Fadzil Noor dalam kenangan

Read More...

Susahnya nak unblock celcom 'berukband'

Tadi saya pi la ke kedai Celcom. Nak bayar bayaran tertunggak. RM75. Yang tak puas hati ialah lepas habis bayar. Staf tu kena telefon Celcom Center. Perkenal diri dan syarikat. Pas tu aku plak kena cakap sendiri ngan awek center tu. Bagitau nama penuh, ic nama ibu. Pastu kena sembang ngan sorang lagi plak mamat. Kena ulang gak benda yg sama. Bengang la.

Aku pernah kena blok line telefon dulu ngan TM. Tak la teruk camni. Bayar lebih dari separuh bil pastu selesai. Celcom memang teruk!

p/s: Yang line celcom down lama pas raya tu sebab depa switching bila dah joint jadi Axiata. Yang aku marah switch la hari biasa ka. Bagi memo dulu. Ni aku tanya sendiri kat budak kedai celcom. Dia bagi tau
Sekali lagi down lama camni aku plan nak switching plak.

Read More...

Antara cara-cara syaitan menghasut manusia



- Bohong
- Bangun Subuh
- Jaga Pandangan

Read More...

Menanti perubahan Kewangan islam Selangor...

Menanti perubahan Kewangan Islam Selangor setelah Anwar dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor

Adakah Selangor akan
- menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islam selepas ini?

- membuat satu garis panduan untuk semua anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?

- mengeluarkan atau menamatkan pendapatan dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?

- menukar Insuran konvensional Riba kepada Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?

- menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?

- menubuhkan sebuah koperasi Islam atau bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.

- menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.

- memastikan pelaburan-pelaburan baru yang akan ditarik semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau tidak?

- mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?

- atau telah menyediakan pembiayaan mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.


sepenuhnya di sini

kat Kelantan dan Kedah kita sukar membuatnya kerana kekurangan dana dan pakar-pakar. Selangor ada semuanya.

Kita dah ada contoh pentadbiran dan suasana islam di Kelantan.Apakah Selangor mampu menjadi contoh terbaik/sebenar kewangan islam?

Dikatakan penasihat PKR yg mengasaskan perbankan islam dan UIA kat Malaysia. Kita tunggu apa pula produk islam yang akan dihasilkannya di Selangor. Pastinya yang paling baik

Semua point oleh UZAR mungkin tak dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Keluarkan arahan semua gaji kakitangan islam di Selangor dimasukkan ke dalam Bank Islam sahaja. Boleh keluar arahan larang kakitangan negeri joint BTN. Takkan tak boleh kot?

Cam yang dibuat di Kelantan. Hasilnya di Kelantan ada 9 cawangan bank islam di sana Menyeluruh di semua bandar. Dari Kota Baharu hinggalah ke Gua Musang.Takkan kat Selangor cuma nak kekalkan 12 cawangan je? Senarai cawangan Bank Islam

Sejarah bank islam

Video selingan

Read More...

Berapa harga Camry tanpa AP?



Harga sebenar Toyota Camry :

Harga semasa Toyota Camry 2.4V ialah = RM 174,990
- Harga di atas adalah selepas kerajaan mengenakan AP dan cukai 300%.

Sedangkan harga sebenar Toyota Camry 2.4V jika tidak dikenakan AP dan cukai 300% ialah = RM 93,990 !

Ini bermakna pihak kroni BN yang mendapat AP kereta import telah mendapat untung atas angin sebanyak RM 81,000 !

Jelas bahawa BN adalah penindas rakyat....


Vios second hand(4 tahun) aku beli RM54k. Takde AP? Wow!

RON 95 dan Petronas Tidak Jimat

Read More...

Alhamdulillah. Perlahan-lahan kita berubah..


Walaupun x semua yg pencinta islam harapkan berlaku lagi di Kedah. Perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan ini cukup menggembirakan. Contohnya


Majlis Daerah Baling juga mengadakan kuliah agama mingguan setiap hari Khamis pagi. Alhamdulillah.

Read More...

Ulangtahun Memali

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Read More...

Apa kata kita boikot PRK Kota Seputeh?

Aku setuju kalu kita boikot PRK Kota Seputeh. Apa kata hangpa plak?

- Kalu Nak Menang PRK Kota Siputeh
- Politik tawar-menawar : BOIKOT PAS di SEPUTEH !!
- Tunjukkan kuasa rakyat. Boikot PAS di Seputeh.

Read More...

Artikel mengusik jiwa..

Pendahuluan.

Ada pendapat mengatakan HARAM hukumnya melakukan sesuatu yang menimbulkan fitnah. Contohnya anak gadis yang pulang lewat malam berseorangan tidak HARAM. Tetapi apabila situasi boleh mengundang fitnah dan bahaya, maka, hukum HARAM muncul di tajuk senario ketika itu. Dan apabila senario ketika itu (pembolehubah) berubah; contohnya keadaan masyarakat yang selamat, persekitaran yang terang-benderang, terdapat khidmat polis di sepanjang laluan, etc, maka, berubahlah ijtihad HARAM tersebut.

Begitu juga tajaan TGNA ke Mekah. Bloggers UMNO mengatakan tajaan itu adalah bukti TGNA menerima rasuah. Sedangkan seandainya kes itu boleh diklasifikasikan sebagai rasuah, hari ini TGNA setuju terima tajaan, 2 hari lepas lagi SPRM sudah menangkap TGNA, dan mendakwanya di mahkamah. Namun, sampai sekarang, walau diberi 25 jam sehari kepada SPRM, masih tiada lagi pendakwaan dibuat. Mana dia?




Komen aku?
Aku x nangis cuma bergenang je. Nampaknya kalu pru13 dalam masa terdekat dan geng ug x dibuang maka kita akan mengulang tahun 2004. Silap2 semua negeri kan terlepas.
Payah nak cari pemimpin kaya jiwa ni. walau belum terbukti salah, namun nak elak persepsi negatif sanggup ditinggalkan



p/s: Tahniah Aduka pasai blog hang mencanak naik rankingnya.. Dengan artikel hang ni boleh dapat nombor satu kot?

Read More...

Antara potong dan punggung serta dada

aku rasa satu Malaysia dah tengok iklan ‘POTONG” oleh syarikat penyedia perkhidmatan Internet, P1

bagi yang tak faham, actually tu cara ‘halus’ P1 nak suruh orang ramai potong sambungan internet berwayar macam Streamyx tu dan pakai perkhidmatan WiMAX yang disediakannya


Iklan tayang punggung dan dada kita tak bising. Iklan potong kita bising. Antara maksud jelas dan makna lain(double meaning). Kita lebih utamakan yang maksud lain.

- Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen
- Iklan pelaq kat tv (terkini!)

Read More...

Pengurusan Tabung Haji tahun ni kelam kabut?

Seorang jiran dan kawan akan menunaikan haji tahun ini. Yang menjadi masalah mereka disuruh bersedia(standby). Tetiba esok nak pi, malam ni baru bg tau. Kalut la. Ada yang dapat pi 4 orang tapi 2 orang naik penerbangan berasingan. 2 kapal terbang.
Mendengar sok-sek bahawa pengurusan haji tahun ini caca merba sikit. Cam tahun-tahun lepas dalam seminggu nak pi, akau diberitahu dulu. Sempatlah menguruskan apa yang patut.
Kepada Menteri Haji, silalah tengokkan masalah ni. Kebetulan ini terjadi masa hang jadi menteri...
Tahun depan jangan berulang lagi peristiwa camni. Menyusahkan dan memalukan

Read More...

Teruskan perjuangan tuntut royalti minyak

Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

kredit pada MalaysiaKini


Pas ni
- kena berjuang tukar wang ehsan jd royalti. Dalam perjanjian sebuat royalti bukannya wang ehsan.
- wang tersebut mesti melalui kerajaan negeri dan bukan jkkp(Ketua Umno bhgn). Cam kes Terengganu bila Pas berkuasa. Royati jadi wang ehsan dan disalurkan kepada JKKKP bukan kerajaan negeri.
- perjuangankan lg agar dapat tunggakan dr tahun 2004 bila myk mula digali di sana. Alasan kata kwsn pertindihan x boleh pakai

- K'tan timbang tolak p'janjian Petronas
- IHSAN konon..citttt
- Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan
- Beri dengan Ihsan, Balas dengan Belas Ihsan
- Berangan-angan Tukar Kereta Baru
Pergh...

Read More...

Dalam Politik Persepsi itu Penting Tau!



Persepsi Pun Kena Urus Juga
Oleh: Man Bom

Kalaulah kita tanya seorang rakyat Malaysia itu, “Apa pandangan tuan tentang Pas?” Jawapan yang kita terima mungkin bergantung pada ‘persepsi’ orang itu terhadap Pas. Mungkin ‘persepsi’ ini bergantung pada ‘asal usul’ dia. Apakah orang itu:

i) Seorang penyokong kuat Pas yang tak undi yang lain kecuali Pas. Ada orang kata ini ‘hard core’ Paslah. Ada istilah yang lebih teruk lagi: Sang ‘fanatik’ Pas.

ii) Apakah orang itu ‘hard core’ Umno? Jika kita pakai istilah di atas, yang ini si ‘fanatik’ Umno yang karatnya biru.

Kedua-dua kumpulan yang ini, biasanya orang-orang Melayulah.

Lepas itu, ada juga pengundi kita yang datangnya dari kelompok-kelompok macam:

iii) Adakah orang itu bukan Melayu; Cinakah atau pun Indiakah.

iv) Apakah sumber maklumat orang-orang ini, banyakkah atau sikitkah maklumat yang dia ada: Banyak maklumat, rajin membaca, banyak bergaul dengan orang dll.

v) Adakah orang itu tinggal di bandar atau di luar bandar.

Sebagai pengundi orang-orang ini ada persepsi dia sendiri-sendiri. Kecuali untuk golongan yang ‘hard core’ yang selalunya tak berubah, kelompok-kelompok lain mungkin berubah.

Ada benda lain yang kita kena perhati..


Kredit pada Azizi Abdullah

- Hadi Suruh Bakar Rakaman

Read More...

Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar
bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.


Timbalan Menteri pun sakit hati dengar bila dia bercakap BM. Tu dengan baca teks tu. Memalukan...

Read More...

Isu kereta Lupus 15 tahun? Apsal xde parti/ngo bising?

Kerajaan ingin memajukan sektor automatif tempatan. Maka dinaikkan insurans sehingga 100% untuk kereta lebih 15 tahun. Diwajibkan plak menjalani pemeriksaan Puspakom setiap kali ingin memperbaharui insuran. Apa ni? Takde cara lain ka nak membuat rakyat membeli kereta baru(baca kereta tempatan)?
Sepatutnya:-
- perkasakan dahulu sistem pengangkutan awam cam Jepun dan Singapura. Tiru satu je tak sempurna la.
- perkasakan kereta nasional. Tingkatkan kualiti terutama kereta proton. Menaikkan duti import kereta bukan nak menolong. Nak menjahamkan lagi ada la pada masa depan.

bla bla bla...
- Tak setuju syarat kereta tua
- Pelupusan dan rebet kereta lama
- Kos baru untuk kenderaan lama
- Skim Subsidi Minyak

Inilah contoh Satu Malaysia, Kroni Didahulukan, Rakyat dikemudian(persetankan)

Apsal PR tak bising? Sibuk tentang ahli lompat parti/letak jawatan, isu ug, penangkapan mantan mufti Perlis dll lagi?

Read More...

3 minit = 1,2,3?



"Ok, saya bagi 3 minit untuk bersurai. Kalau kamu tidak mendengar ini merupakan perhimpunan tanpa sebarang permit. Saya akan tangkap. Okay, satu-dua-tiga...TANGKAP!"

Nilaikan sendiri. Dia mengaji BM kat mana. Budak-budak sekolah tahun 4 pun tau 3 minit tak sama dengan kiraan 1,2,3. Jauh panggang dari api

sumber asal entri terdapat di sini

Read More...

Mari berdoa agar PAS berubah untuk memimpin perubahan



Aku menyertai blogger-blogger pro PAS. Mari lakukan beramai-ramai. Lakukan solat hajat seorang/berjemaah. Semoga PAS makin perkasa dan mampu memimpin Malaysia ke arah perubahan yang lebih baik. Amin

ISLAM memimpin perubahan.

Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.

Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.

Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya.

Kedua-duanya berkumpul di bawah satu hasrat dan cita-cita, tetapi dengan kapasiti yang amat luas kepelbagaiannya.

Justeru sesuai dengan saiz PAS yang semakin besar, jiwa dan pemikiran pendukungnya juga harus membesar sama. Pandangannya perlu besar, dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang datang akibat saiz yang sebegitu besar.

Setelah pemerintahan Islam bukan lagi di kejiranan Madinah, berubah kepada sebuah Daulah yang bersempadankan dua lautan dan benua, kaedah bai’ah bukan lagi berjabat tangan seorang demi seorang di minbar masjid. Ada perkembangan yang berlaku, dan perkembangan itu perlu.....


sumber asal dari saifulslam.com

Read More...

2 bukti kebebasan kehakiman Malaysia

1 - Mahkamah tiada kuasa cabar penggantungan Gobind. Macamana Nie.. Di PARLIMEN Mahkamah Tiada Kuasa tetapi Di DUN Perak Ada Pulak Kuasa..??

2 - Lingam's Tape. Case Closed.


i


ii

Read More...

Ceramah Ust Zakaria Ahmad di Parit Buntar

Pada Sabtu ini akan diadakan ceramah beliau. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Read More...

Iklan pelaq kat tv (terkini!)



Kredit [sumber]

Nak baca bahasa kritik lembut sila klik di sini.

Nak baca lagi?
Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?
Iklan Lucah Tunjuk Punggung & Dada, Apa Kata Mereka?

Read More...

Antara tanda kebesaran Allah

Sesumpah(pokke) yang mampu menukarkan warna mengikut persekitaran.

video


sumber asal di sini

p/s: ada tak manusia yang menyerupai sesumpah? ada tak katak yg boleh berubah warna?

Read More...

Pulau Pinang - Tak Kebuloq ISA



Lokasinya kat Padang Kota. Depan bangunan DUN Pulau Pinang. Jalan Mac Alistair?

Read More...

Masa muhasabah pasca prk n31 Bagan Pinang

Keputusannya telah diketahui. Tibalah masa untuk muhasabah. Kenapa majoriti undi makin bertambah? Mari muhasabah. Abaikan undi tentera. Kenapakah

- kita kalah di semua 8 daerah mengundi? Padahal sebelumnya kita menang di 3 tempat.

- di kawasan majoriti bukan melayu kita kalah. Adakah pengundi bukan melayu kembali menyokong UBN?
- adakah insiden pergaduhan menjadi back fire kepada PR. Menyebabkan undi pergi kepada UBN?



Biarkan ini menjadi pengajaran. Mana yang baik kita teruskan. Yang tidak baik kita baiki/gantikan. Insya Allah

Read More...

Selcat - Jangan buat lagi dah



Tolonglah. Pas ni
- nak komen/kutuk gunakanlah saluran yg betul. Badan Perhubungan PAS Negeri, Mesyuarat Exco Mingguan dan Jawatankuasa PAS Pusat.
- gamak tak puas hati/berkesan gunakanlah org lain sebagai lulit. Jangan diri sendiri bercakap.

Dah banyak dah kerosakan kepada PAS dan PR berlaku akibat isu Selcat dan isu arak Selangor yang lepas. Jangan diulang lagi

Read More...

Petugas PAS dipukul penyokong sendiri?



Mantan pm kita juga dulu mengatakan dia menumbuk dirinya sendiri. Last2 mantan KPN yang didapati menumbuknya.

Read More...

Kalu hangpa sudah menjual, kami tak berani membeli ka?

Petugas pas diserang!. Kat Markaz Induk plak. Markaz di beberapa upu-upu lain turut diserang. Apa sudah jadi. Mana p polis n petugas pemantau pilihanraya? Sibuk sangat kah atau telah di arah duduk diam2 dlm rumah?

Masanya telah tiba. Arahkan semua ahli-ahli gayung turun. Martial art lain juga sila turun. Sekiranya bon dan pala merah pun dah tak nak jaga, kami sanggup panggil member kami tolong jaga. Jangan ada lagi petugas kami diserang hingga cedera atau mati.

Read More...

Kesalahan sama namun hukuman jauh berbeza...

Read More...

Koleksi Video Kuliah Agama

Saya telah buat satu lagi blog. Di sini akan dimuatkan koleksi video kuliah agama. Buat permulaan saya akan publish kuliah pagi Jumaat TGNA. Silalah berkunjung ke sana.

Koleksi Video Kuliah

Read More...

Aku kerna siapa?

Read More...

Antara Nasionalis dan Adab

Pemimpin camni patut ditolak. Tak kisah la kalu reporter tu nak tanya dalam BI. Jawablah dalam BM. Tak nak jawab dahlah.Ini siap kutuk lg


Bila Rais Yatim bengang reporter ‘cakap orang putih’…

Read More...

Isu Hasan Ali dan Selcat

banyak la suara yang sokong dan tidak. Bagi aku
- dato' adalah exco. sebarang teguran/tak puas hati salurkan melalui mesyuarat exco mingguan.
- kalu x didengar gunakan wadah dlaman parti. Dewan Harian Negeri atau mesyuarat PAS Pusat.
- jangan keluar kenyataan bercanggah ngan pimpinan kerajaan kepada media. Cukuplah dengan kerosakan yang berlaku.

SELCAT : BENARKAH CARA SIASATANNYA BERCANGGAH DENGAN ISLAM?
Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube

Read More...

Pelik Tapi Benar (Versi Celcom)

Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku hari ini disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak....

Peliknya
- Apsal jadi pada raya kelima je? Betui ka? Aku kena dari malam raya pun tak boleh call.Hampeh!
- Ada yang kata terima sms makluman dari celcom. Aku dan ipar duai aku semua guna celcom tak terima pun. Adala 15 orang.
- Dia kata masalah membabitkan celcom ke celcom. 25/9 member aku call aku guna 019 tak bleh. Try guna public phone. Takleh gak. 04... line celcom ka? cit. Auta
- pengguna tak mau tau 150 juta atau 750 juta panggilan. Yang penting mintak maaf atau berikan rebet. Ada harapan? Jangan harap!

Mak Jang aku kelmarin mai rumah 5.30 petang. Aku keluar raya. Call aku tak dapat.6.30 baru dapat. Salah sapa? Line sesak lagi?

Aku plan nak tukar la plak. 012 kayakan Ayahda(Ananda). Digi compeni luar(Sweden kot?). Ada kompeni lain tak?

Gangguan Celcom Disebabkan Bla Bla Bla...
Kesesakan punca talian Celcom terputus
Celcom tipu...
CELCOM, PLUS & MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Read More...

Kempen Kesedaran ISA daripada GMI


Fahami, hayati dan sebarkanlah.
Hari raya ini medan terbaik. Jangan lupakan ceritiakan semasa berkunjung/dikunjungai teman taulan. Insya Allah

Read More...

Tinggal 7 hari untuk daftar pemilih baru?

Sebenarnya tinggal 10 hari. Tolak Ahad dan 2 hari(Pos Malaysia cuti raya 2 hari) maka ada masa 7 hari lagi. So kepada semua yg dah 21 atau selama ni x pernah mendaftar silalah berbuat sekarang.

Walaupun pendaftaran dibuka sepanjang tahun tapi SPR bahagikan tempoh pendaftaran tu kepada 4 suku dengan setiap suku selama 3 bulan. Maksudnya, untuk suku pertama, dari 1 Januari hinggan 31 Mac, suku ke dua dari 1 April ke 30 Jun, suku ke 3 dari 1 Julai hingga 30 September dan suku ke 4 dari 1 Oktober hingga 31 Disember. Jadinya sekarang di dalam SUKU KE 3 TAHUN 2009.

Yang boleh jadi tinggai 10 hari tu pasai SPR menetapkan untuk Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang SPR lantik, borang-borang mesti diserahkan sebelum atau pada 25 haribulan, kalau lepas tu akan borang tu akan diproses untuk suku yang akan datang pulak. Jadinya borang-borang mesti dihantar sebelum atau pada 25 haribulan September ni untuk masuk SUKU KE 3 TAHUN 2009.


sepenuhnya di sini. Tk Cenangau atas ingatan hang.





Read More...

5 Tahanan ISA bebas. Perjuangan telah selesai?

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan. Berita tu keluar petang kelmarin. Ini plak ulasan Kak Laila. Setakat ni ada 44 komen kat entri tu.

Jadi apa tindakan seterusnya. Berhenti dan kembali menyokong UBN? Maaflah. Terlalu banyak kezaliman yang diterima rakyat. ISA hanyalah satu darinya. Lagipun masih ada lagi 9 tahanan yang masih merengkok di sana. ISA pula masih belum dihapuskan.

Kita akan terus berjuang. Menentang kezaliman UBN terhadap rakyat(tak kira rakyat Malaysia atau negara lain). Lawan tetap lawan. Allahu Akhbar

Read More...

Demi matahari...

Read More...

UMNO. Samseng Kampung Dusun?



Antara kata-kata menarik

"Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agamalah pukimak!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Hj. Azmir.

"Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk," cemuhnya.

"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"

"Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!"

ulasan sepenuhnya di sini

Read More...

Cerita Sebenar di Takbai

Read More...

Takbai 25/10/2004



Read More...

Sampai bila rakyat akan terus ditipu?



dicilok dari Hanief

Read More...

Puasa yang ditolak





dicilok dari blog Ust Zaharudin

Read More...

Camna nak tempek video youtube dalam entri anda?

Memang plan nak buat tutorial tentang ni. Dah ada orang buat dalam bentuk video bm. Tunggu apa lagi. Cut and paste. Kredit/penghargaan jangan dilupa.



Dicilok dari solehplysas. Sebarang soalan berkaitan boleh tanya saya. Lebih baik tanya dia. Dia yang buat. Aku cuma copy paste je... He3

Disclaimer - Aku redha kalu ilmu ini untuk tujuan kebaikan. Untuk yang jahat, korang tanggung sendiri.

Read More...

Siapa pengganas?

Siam atau Patani? Saksikan

Read More...

Kuliah 'Pokok'

Kalau dah jiwa agama, ulas apapun mesti kaitkan agama

dicilok dr kedahlanie

Read More...

Apa kata orang filem mengenai Kelantan & TGNA?

Kita selalu dengar kata org PAS/UMNO tentang Kelantan dan batang tubuh beliau. Kita dengar plak apa kata DAP(duduk atas pagar). Saksikan



dicilok dr kedahlanie

Read More...

Ust Ismail Kamus Meninggal?

Yang sebenarnya Datuk Ismail Salleh Senator Dewan Negara yang meninggal bukannya Datuk Ismail Kamus. Sama nama lain bapa la...

Aku pun terima sms tu tgh malam tadi.

Alfatihah untuk ustaz ismail kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi...

Alhamdulillah aku tak forward lagi.Bagaimanapun marilah kita pakat sedekahkan fatihah pada armarhum Ismail Salleh. Moga Allah cucuri rahmat kepada beliau. Amin.

Aku embedd(tempek?) kenyataan beliau mengenai pembangunan di Kota Baharu,Kelantan berbanding Seremban,Negeri Sembilan. Dicilok dari hanief.

Read More...

Minyak naik bulan September

Untuk kempen PRK Permatang Pasir. Juga renungan semua

Read More...

Harapan Ramadhan

Read More...

Pelik tapi benar

Vaksin H1N1 dah keluar ke belum? Dalam Berita Harian(link dia telah tiada) kata vaksin akan diperolehi Oktober ini. Berita 12/7/09

Tapi dalam Utusan Malaysia plak kata Polis Kelantan mula disuntik vaksin H1N1. Berita 19/8/09

Soalannya berita mana yg betul? Dah keluar ke belum?

Atau ada dua vaksin berlainan?

Atau spinning media? Agar rakyat tidak panik?

Atau gula2 sempena PRK N11 Permatang Pasir.

p/s:Aku maleh nak terbit siri Pelik Tapi Benar nih. Banyak sangat ???. Ingat dulu Cikgu BM(apa perkembangan dia sekarang) sekolah Menengah dulu. Tak bagi terlalu banyak pengulangan ??? Tapi dah xde blogger yg cuit. Aku cuit la.

Read More...

Biodata Calon PAS N11 Permatang Pasir

Read More...

Andai ini Ramadhan terakhir!

Aku pun tak tera mana pun. Sekadar mengingat diriku dan muslimin muslimat. Ustaz Asri Rabbani telahpun pergi dalam usia 40. Aku plak bila nak pi?

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

sepenuhnya di sini

Read More...

Pengalaman tahanan ISA

Ceritanya panjang. Cerita sepenuhnya di sini. Saya hanya petik beberapa perenggan sahaja

- Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

- Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?

- Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.

- Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

- Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.

- Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Catatan di Balik Tabir ISA Oleh CN Al-Afghani

Read More...

Wajarkah pejuang patani...?

Saya berpendapat sudah tiba masanya pejuang patani mengubah taktik peperangan. Demo, perang gerila, rundingan semuanya telah dilakukan. Namun tiada perubahan. Yang pasti Siam laknat akan terus menindas.

Pelik. Negara timor Leste(dulu timur timur) diberi peluang mengadakan referendum untuk keluar Indonesia. Kenapa tidak Patani? Takutkan timbul satu lagi negara islam? Atau Siam terliur akan hasil minyak di perairan sana?

Marilah kita luaskan skop perjuangan kita di kota2 besar Siam seperti Bangkok. Kita buat bom kenderaan. Jika perlu kita gunakan pengebom assyahid kita

Read More...

Dah la tu. Hentikanlah!

Sudahlah semua. Hentikan semua ini. Kerana satu isu kita berbalah. Cukuplah. Tolonglah!
- Mari hentikan isu ini
- ramai menyokong anda

Read More...

Menunggu demo 1 Ogos ini

Akhirnya yang ditunggu dan ditagih telah tiba. GMI akan menganjurkan demo sempena 49 tahun ISA. Setelah PPSMI aku menguzurkan diri. Tak berpeluang merasai pedih mata atau dikejar polis. Insya Allah. Aku menantimu.

Jangan bimbang. Kami takkan merosakkan harta benda awam, membuang sampah merata-rata atau mematahkan ranting-ranting pokok. Paling kurang pun mungkin rumput-rumput agak lunyai dipijak 100 ribu orang. Demo rakyat malaysia tak sama cam Iran dan Thailand, insya Allah.

- Menunggu satu lagi himpunan 100K
- Menuju ke arah negara polis
- Antara Bodoh & Dayus
- Rayuan kepada PM II

Read More...

Tragedi Masjid Al Furqan

Tragedi di Selatan Thai. Ulasan dari sorang rakyat Patani Darus Salam.

Read More...

Isu Unity Goverment. Aku belah mana?

Walaupun

- seluruh pimpinan tetiba2 bersetuju tentang konsep kerajaan perpaduan
- TGNA tetiba menyokong plak
- semua yg anti tetiba beralih arah tinggal aku sorang

Namun tanpa penjelasan yg memuaskan, hati kecil ini tiadak akan redha. Zahir boleh menipu namun hati? Wallahua'lam

Undi aku takkan lari ke UBN, insya Allah. Tapi undi ahli(yg xde fikrah usrah) dan orang ramai?

Manik Urai nanti akan menjadi sebahagian tanda. Ahli akar umbi dan penyokong menolak atau tidak kerajaan perpaduan.

Tolonglah perincikan konsep kerajaan perpaduan. Jangan lempar batu kemudian lari. Tunggu. Berikan penjelasan kenapa baling batu. Kalu x memuaskan, bersedialah untuk dibelasah!

- 'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan
- Hadi: PAS belum bincang semasak-masaknya

Read More...

Kerosakan telah berlaku. Apa seterusnya?

Kerosakan (tak kira besar/kecil) telah berlaku pada PAS. Pada ahli dan penyokong. Mana yang betul? Presiden dan Timbalan menerima konsep unity goverment. Mursyidul Am menolak. Sapa yg betul?

Aku nampak kalu kita tak cover balik isu ni, PRU13 ni PAS akan terlentang semula. Manik Urai pun boleh terlepas.

Ayuh!
- jentera penerangan turun secepat mungkin ke akar umbi.
- jika nak teruskan idea ni, perincikan konsepnya. Jangan bincang ngan 2-3 orang je. Keluarkan satu kenyataan. Pastu senyap. Lama selepas tu cite lagi.AJK Pusat perlu faham. Komponen PR juga perlu diberi penerangan

Bacaan tambahan
- Ustaz Nasharuddin, betul ke ni????..Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated'
- Perpecahan PAS kini paling buruk sejak 1982
- Kenyataan Media DSAI berkenaan Kerajaan Perpaduan
- ALAHAI…. BERBALOI KAH SEMUA NYER INI???
- dll. Tak larat nak senarai. Korang carik la kat Beras Padu> Sementara isu ni masih hangat.

Read More...

ISA lebih baik berbanding Along?

video

Read More...

Kelebihan babi II

Apa yang ada dalam perut anda?

video


Pesakit ini dikenalpasti makan daging babi. Kalu kita makan makanan unsur babi(bahan-bahan mengandungi babi) ada kemungkinan tajavascript:void(0)k cacing akan masuk perut?

Read More...

Kelebihan babi 1

Ingat semua tentang babi tak elok ka? Saksikan video ini. Diceritakan oleh seorang pakar babi.

video


Penceramah ialah Dr Nurul Hisyam. Pernah bekerja dengan syarikat Gold Coin. Menerima kereta, banglo dan pelbagai hadiah dari syarikat.

p/s:
- Kalu tak berminat dengan HPA, abaikan. Amik cerita tentang babi udah.
- Berminat tentang HPA? Sila layari web site hpa, kunjungi cawangan/stokis berdekatan.
- Ingin jadi ahli? Carik mana-mana ahli hpa. Lebih baik cari ahli yang aktif. Nak jadi ahli bawah saya pun boleh. emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com. Nak ym pun boleh

Read More...

Merai perbezaan pandangan dalam PR



Tak yah tanya Adil dan DAP tentang gambar ini. Bagaimana dengan PAS?

Bagi aku
- korang nak salam/sentuh tangan bukan muhrim biaq pi la. Janganlah boh gambar tu dalam blog/media. Mendatangkan fitnah/kekeliruan bg yang tak reti(jahil la tu).

Aku pernah komplen benda yang sama pasai Ahli Parlimen aku. Respon? Zero!

- tak setuju mogok lapar. Aku sokong jangan buat mogok lapar

Read More...

Kita diasak ke dinding

Aku nampak kita membiarkan UBN berterusan menggasak kita. Takkan nak terus bertahan hingga bersatu dengan dinding(langsung tak bergerak) lalu menyerah? Kita perlu menyerang kembali.

Aku bersetuju dengan Mat Saman Kati. Anwar dan TGHH tak banyak kelihatan dalam isu ini. PR Perak(Nizar dan DAP) yang bergelut. Pengerusi PKR dan Pesurujaya Perak tak nampak muka. Ada dengar depa mai ceramah penerangan seluruh negeri? Atau bersama-sama mengadakan sidang akhbar?

Kita tahu yang Najib cukup takut PRK. Dan PRK sebelum ni kita semua menang kecuali Batang Ai(bagi la sebatang kat depa). So apa kata kita ikut idea Aduka Taruna. Amacam. Ada berani?

Ada member Kedah kata PR Perak gopoh. Apa plak. Kedah ada PTD sendiri. Perak ada PTD Pusat(SPA). Tu yg jadi makin menanah tu. Duri dalam daging. Depa yg merosakkan dari dalam. Nak buang plak tak bleh.

Aku kecewa dengan cara PR(pusat (PAS dan PKR)) menangani isu ini. Kecewa.

- Perak: Biro Politik Pas mesyuarat Khamis ini. Baru nak mesyuarat ka?
- Umno 'bermatian' halang pilihan raya kecil di Perak
- Tidak ada kerajaan efektif di Perak?

Read More...

Implikasi keputusan Mahkamah TInggi

Rayuan Mamak Zambry menangguhkan keputusan semasa menunggu proses rayuan telah ditolak. Jadi bagaimana dengan

- Sultan Perak. Adakah akan berkenaan membubarkan DUN?
- tiga pegawai PTD. Penasihat Undang-undang,SU Dun dan SUK akan dipecat/gantung atau diminta meletakkan jawatan? Semua Bentara Dun camna plak?
- Gaji dan elauan MB haram akan dikembalikan kepada Nizar?

- Hakim: Nizar MB Perak yang sah
- Inilah Masanya Untuk Bubar DUN
-

Read More...

Mengenai ISA

Terima kasih kerajaan(UBN) kerana membebaskan lagi tahanan ISA. Pas ni bebaskan semua tahanan dan mansuhkan terus akta zalim ini.

Ada yg kata ISA perlu untuk keselamatan negara. Menangani pelampau agama, politik, ketenteraan dan sebagainya. Yang uniknya di dunia ni hanya ada 3 negara yg menggunakan akta tahanan tanpa bicara ini iaitu Malaysia, Singapura dan Israel. Amerika juga mengamalkan ISA tapi kem tahanan di luar AS iaitu Guantanamao, Cuba dan Afghanistan.

Kalu yg menggunakan hujah isa perlu untuk melindungi kesucian agama islam, mintak maaf. Dalam Islam pun melarang kita melakukan kezaliman. Tak zalim memenjarakan seseorang tanpa didakwa? 2,6 malahan 8 tahun?

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." 113-Surah Hud
Cenderung pun tak boleh beb!

- Pembebasan 13 Tahanan ISA kosmetik murah untuk alih pandangan rakyat
- ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas
- Keluarga pemimpin Hindraf ceria, keluarga muslim kita derita.
- Meneruskan Perjuangan Mansuhkan ISA
- 13 bebas....ISA Igauan Ngeri
- PEWARIS-Bukan takut DEBAT tapi......DEBAT ISA diteruskan
- Desak PAS / PKR sediakan 2 penjihad kerusi

Read More...

Sah atau tidak Sidang Dun Perak (Update)?

- Sivakumar membuka majlis dengan mengatakan Zambry dan 6 exconya diperintahkan keluar Dewan. 3 ekor katak lompat juga diarahkan berbuat demikian. Ketika ini Sivakumar masih speaker.
- Zambry membawa usul pemecatan speaker namun Sivakumar menolaknya.
- Tetiba Hee Adun Jelapang mengumumkan dia memangku speaker dan mengarahkan Sivakumar keluar dewan.
- Zambry membawa usul melantik Ganesan sebagai speaker. Bebarapa usul dibawa oleh BN termasuklah mengisytiharkan usul sidang bawah pokok dimansuhkan.


Setahu aku
- Siva masih speaker kerana
1) Dewan DUN belum dibubarkan
2) Beliau belum mati atau tugasnya diserah/ganti oleh Hee
3) Beliau tidak dijatuhkan menerusi undi tidak percaya. Usul itupun ditolaknya. Tiada siapa boleh pertikai kuasanya.

Bagaimana dewan boleh menerima usul sedangkan Raja Nazrin belum pun merasmikan lagi sidang?

- 2 MB, 2 Speaker bertembung di DUN Perak
- POLIS CABUL SIDANG DUN PERAK, SIVAKUMAR MASIH SPEAKER YANG SAH - PANDANGAN PEGUAM
- WIRA PERKASA DALAM DAN LUAR DUN

Read More...

Apa tindakan kita?

Sms panjang dari al ustaz (nama-nama ditukar untuk keselamatan yang diperlukan), rengkasnya:

Dayang, berasal dari Semenanjung telah berkawin dengan Jack, seorang mualaf dari pedalaman Sabah. Jack berniaga kecil-kecilan di Pahang. Pada tahun 2004 Dayang, yang sedang mengandung pulang ke kampung suami bersama anak perempuan berumur 2 tahun untuk jaga mertua yang sakit. Suami tak pulang kerana kerana bekerja dan belajar agama serta untuk menjimatkan perbelanjaan.

Dayang tak dapat pulang kembali ke semenjung kerana masalah kewangan. Dia tinggal bersama mertua, abang ipar, biras yang mempunyai 6 anak. Abang ipar adalah pastor di SIB. Rumah mereka pula adalah pusat aktibiti SIB.

Beberapa bulan berikutnya Dayang melahirkan anak ke-2 di Sabah. Abang ipar dan mertua sentiasa pujuk supaya Dayang ikut agama mereka dan anak-anak pula dibawa ke gereja setiap minggu. Kebetulannya seorang haji dari Indonesia telah masuk Kristian setelah penyakit kanser yang dihidapnya sembuh setelah disembahyangkan dan didoakan di gereja; dan lelaki ini kini aktif berdakwah kristian kerana keajaiban penyembuhan penyakitnya. Mualaf yang murtad juga ramai di sana, dan kalau tak murtad pun mereka sentiasa mabuk-mabuk. Bermakna Muslim di situ tak dapat diharapkan untuk apa-apa keperluan.

Dayang terpaksa membanting tulang empat kerat menebas hutan, tanam padi huma, tanam sayur tetapi segala hasil milik keluarga, jadi tak ada peluang nak kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Suami yang bergantung kepada komisyen jualan pula semkin merosot pendapatannya dan tak mampu kumpul duit untuk bawa anak isteri pulang semenanjung.

Mertua semakin bengis dan Dayang berasa mereka sengaja buat begitu untuk memberi tekanan agar Dayang ikut kemahuan mereka. Abang ipar membuat hukuman bahawa anak-anak mesti diasuh dalam agama asal mereka. Kalau Dayang keladang maka anak-anak mereka dibagi makan masakan babi dengan alasan anak-anaknya yang minta.

Akibahnya Dayang dan keluarga mertua bergaduh dan tegang sepanjang masa gara-gara agama. Aktiviti agama mingguan di rumah mereka, Dayang dipaksa masak dan melayani tetamu. Tak ada pilihan kerana tinggal dengan mereka. Pengalaman mahal empat tahun ini membuka matahati Dayang. Dalam ceritanya kepada isteri al ustaz dengan loghat Sabah, "Sangat besar rahmat dan belas kesian Allah pada saya kerana titisan iman masih ada pada saya. Saya mau mulakan hidup baru."

Langsung saya memanjangkan sms ini kepada teman-teman dengan pesanan, jangan mencari penderma untuk jumlah yang banyak. Mencukupi sekadar RM10 setiap seseorang, kerana lebih ramai lebih baik. Jumlah yang dianggarkan tak lah banyak. Sekadar RM3000 untuk menguruskan segala keperluan logistik. Kini Dayang dan anak-anaknya sudah dibawa ke tempat yang selamat.

Seperti kata S Covey. Apa yang berlaku adalah kejadian langsung. Selebihnya menunggu tindakan kita.

Insha Allah Bunga Rampai akan menyebarkan maklumat tentang nombor akaun yang berkait. Bergantung kepada tindakan anda.

artikel penuh terdapat di sini

Read More...

Jamil oh Jamil

Link penuh terdapat di sini. Apa katanya?

- isu ini perlu dilihat daripada aspek hukum syarak dan perundangan.

- tidak mahu komen bimbang percanggahan lain.

Kesimpulannya. Tiada komen dari Menteri Agama UBN?

- DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA
- Adakah IFC sudah wujud dalam Kabinet Kerajaan Malaysia..???

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia II?

Segalanya kini terserlah. Apa fungsi Menteri Agama dalam jawatankuasa kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. 4 menteri dalam jawatankuasa. Yang peliknya pengerusinya bukan islam. Tak pelik jika keputusan sebegini dikeluarkan.

- Kabinet mesti rujuk mufti. Betulkah? Mufti satu negeri dulu megharamkan JomHeboh, kini berdiam diri bila konesert itu kembali diadakan. Dah halal ke?
- Fatwa Terbaru Kabinet Tuan Haji Najib!!!

Tengoklah selepas ini. Manalah tau menteri agama dan mufti sebuah negeri sanggup meletakkan jawatan kerana keputusan ini

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia?

Anak-anak kekal menganut agama asal jika salah seorang ibu bapa bertukar agama. Tidak ada(automatik) penceraian walaupun salah seorang memeluk islam. Hak penjagaan anak-anak dibawa pada mahkamah sivil. Pindaan undang-undang akan dibuat. Negeri-negeri juga diminta berbuat demikian.

Kesimpulannya
- islam akan semakin terpinggir.
- mahkamah syariah akan kehilangan banyak bidang tugas.
- UBN tidak memperjuangan melayu dan islam

- 30% ekuiti dimasuhkan.
- Mengenali pemerintahan Najib.
- Hidangan Arak di Pertunjukan Fesyen di Suria KLCC! (Dikemaskini)
- Boleh terimakah keputusan kabinet ini?

Read More...

Mengenai ahi PKR

Bagi aku

- majoriti darinya tak boleh pakai. Kebanyakannya(melayu) berjiwa UBN. Dari segi amalan islamnya toksah cerita la. Takde tarbiyah(islam atau lain-lain fahaman). Tak pelik kalau kebanyakan masalah besar PR berpunca dari ahli-ahlinya. Selidiklah kemenangan percuma BN(UBN) dalam PRU lepas. Krisis politik di Perak, Selangor dan terkini Pulau Pinang.
- aku setuju cadangan Aduka Taruna tentang memboikot PRK Penanti. Kalu UBN berani bertanding la. Salah satu cara nak mengingat PKR. Cari org betul-betul layak(juga teguh pendirian) untuk bertanding dan menjawat jawatan pimpinan tertinggi.

- Kini Baju PKR Tapi Jiwa Masih UMNO

Read More...

Muhasabah kemenangan Bukit Gantang

- Adakah benar sokongan melayu kepada PR(baca PAS) merosot? Adakah tempoh selama kita memerintah Perak kita tidak berjaya meraih sokongan mereka mengundi kita(Umno dan atas pagar).

- Adakah benar sokongan bukan melayu(baca Cina) benar-benar kerana percaya kepada kemampuan kita? Atau hanya sikap oportunis(pergunakan kita)? Kelab penyokong PAS makin mantap?

Pakat-pakatlah kita muhasabah. Dari ahli, cawangan, Kawasan, Negeri(bukan hanya Perak) dan Pusat sama-samalah kita koreksi diri.

Aku mengulas Bukit Gantang kerana aku terlibat secara tak langsung. Bukit Selambau tak masuk kira

Read More...

Mengulas isu Sirul dan Azilah

Mahkamah telahpun membuat keputusan. Yang menjadi persoalan sekarang

- Apakah motif pembunuhan? Cemburu, dendam atau arahan orang lain
- Jika atas arahan orang lain, siapakah orang itu?

- Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?
- BOLEH PERCAYA KER???

Read More...

Menang 2-1

Kita menang di 2 bukit(Bukit Gantang dan Bukit Selambau) namun kalah di satu batang(Batang Air). Selepas ini masa untuk post mortem dan bekerja kembali. Perjuangan tetap terus. Kita adalah mata rantai perjuangan. Kita bukan yang pertama dan bukan terakhir.

- BN-turun tapi ayam pulak yang naik
- Double standard lagi

Read More...

Sejarah kini

UMNO Guna Mimbar Masjid Untuk Kempen Pilihanraya

Terima kasih kepada Al Banjari kerana berani mendedahkan penipuan serta double standard UMNO/BN. Pada semua yang mahu melihat teks asal dalam bahasa jawi sila rujuk kepada link ini

Teks Khutbah telah dirumikan dan boleh dibaca dibawah. Jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti mengata dulang paku serpih, parti telunjuk lurus kelingking berkait, parti lidah bercabang dua belas, parti menanam tebu di bibir dsbnya. Khutbah ini adalah bukti yang paling jelas:

(Bermula)
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

Berkaitan
Menelusuri sejarah silam

Read More...