Sms panjang dari al ustaz (nama-nama ditukar untuk keselamatan yang diperlukan), rengkasnya:
Dayang, berasal dari Semenanjung telah berkawin dengan Jack, seorang mualaf dari pedalaman Sabah. Jack berniaga kecil-kecilan di Pahang. Pada tahun 2004 Dayang, yang sedang mengandung pulang ke kampung suami bersama anak perempuan berumur 2 tahun untuk jaga mertua yang sakit. Suami tak pulang kerana kerana bekerja dan belajar agama serta untuk menjimatkan perbelanjaan.
Dayang tak dapat pulang kembali ke semenjung kerana masalah kewangan. Dia tinggal bersama mertua, abang ipar, biras yang mempunyai 6 anak. Abang ipar adalah pastor di SIB. Rumah mereka pula adalah pusat aktibiti SIB.
Beberapa bulan berikutnya Dayang melahirkan anak ke-2 di Sabah. Abang ipar dan mertua sentiasa pujuk supaya Dayang ikut agama mereka dan anak-anak pula dibawa ke gereja setiap minggu. Kebetulannya seorang haji dari Indonesia telah masuk Kristian setelah penyakit kanser yang dihidapnya sembuh setelah disembahyangkan dan didoakan di gereja; dan lelaki ini kini aktif berdakwah kristian kerana keajaiban penyembuhan penyakitnya. Mualaf yang murtad juga ramai di sana, dan kalau tak murtad pun mereka sentiasa mabuk-mabuk. Bermakna Muslim di situ tak dapat diharapkan untuk apa-apa keperluan.
Dayang terpaksa membanting tulang empat kerat menebas hutan, tanam padi huma, tanam sayur tetapi segala hasil milik keluarga, jadi tak ada peluang nak kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Suami yang bergantung kepada komisyen jualan pula semkin merosot pendapatannya dan tak mampu kumpul duit untuk bawa anak isteri pulang semenanjung.
Mertua semakin bengis dan Dayang berasa mereka sengaja buat begitu untuk memberi tekanan agar Dayang ikut kemahuan mereka. Abang ipar membuat hukuman bahawa anak-anak mesti diasuh dalam agama asal mereka. Kalau Dayang keladang maka anak-anak mereka dibagi makan masakan babi dengan alasan anak-anaknya yang minta.
Akibahnya Dayang dan keluarga mertua bergaduh dan tegang sepanjang masa gara-gara agama. Aktiviti agama mingguan di rumah mereka, Dayang dipaksa masak dan melayani tetamu. Tak ada pilihan kerana tinggal dengan mereka. Pengalaman mahal empat tahun ini membuka matahati Dayang. Dalam ceritanya kepada isteri al ustaz dengan loghat Sabah, "Sangat besar rahmat dan belas kesian Allah pada saya kerana titisan iman masih ada pada saya. Saya mau mulakan hidup baru."
Langsung saya memanjangkan sms ini kepada teman-teman dengan pesanan, jangan mencari penderma untuk jumlah yang banyak. Mencukupi sekadar RM10 setiap seseorang, kerana lebih ramai lebih baik. Jumlah yang dianggarkan tak lah banyak. Sekadar RM3000 untuk menguruskan segala keperluan logistik. Kini Dayang dan anak-anaknya sudah dibawa ke tempat yang selamat.
Seperti kata S Covey. Apa yang berlaku adalah kejadian langsung. Selebihnya menunggu tindakan kita.
Insha Allah Bunga Rampai akan menyebarkan maklumat tentang nombor akaun yang berkait. Bergantung kepada tindakan anda.
artikel penuh terdapat di sini
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
1 comment:
Salam,
Terima kasih atas sokongan saudara.
Post a Comment