Dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa BERSIH 2.0 membuat tuntutan 'pelik' mendapat reaksi yang sama daripada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Apa yang pelik?" soal Mohamad kembali ketika diminta memberikan komennya terhadap kenyataan Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof itu.

Diterangkan pemberita tentang hujah-hujah SPR, Mohamad yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah menjawab:

"Pernah tengok (filem) Musang Berjanggut? (Ada dialog) undang-undang ini kita yang bikin. Kita hendak tukar pun boleh."


"Kanda, bolehkah dinda bertanya tentang undang-undang Negeri di sini?"
"Boleh apa salahnya, undang-undang apa dinda?"
"Salah atau tidak, jikalau seorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan semasa suaminya tak ada di rumah?
"Eeeh itu salah besar salah besar, hehe..."
"Kalau begitu kanda ni pun salah la?"
"Eh salah jugak la, tapi itu tak jadi apa, sebab undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padammm... ehehe..."

Jawapan itu ternyata mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir.

Abd Aziz pada 27 Jun lalu menyifatkan lapan tuntutan BERSIH sebagai 'pelik' kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR - satu melibatkan pindaan perlembagaan dan tiga lagi antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.

Peringkat akhir saman kerajaan

Bercakap dalam sidang media selepas berceramah di Shah Alam malam tadi, Mohamad juga berkata, walaupun terdapat tuntutan di luar bidang SPR, suruhanjaya itu boleh memohon bantuan daripada badan kerajaan yang lain termasuk yang berbentuk kewangan.

"(Jadi) tiada masalah. Tiada yang pelik," kata Mohamad.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, antara tuntutan BERSIH, seperti penggunaan dakwat kekal selepas mengundi sudah menjadi amalan di peringkat antarabangsa, termasuk di Mesir baru-baru ini.

Lapan tuntutan BERSIH antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, dewan itu kini dalam peringkat akhir menyaman kerajaan yang didakwa membuat tangkapan secara salah, antaranya melibatkan penjual dan pemakai baju BERSIH.

Katanya, tindakan itu dijangka dibuat sebelum perhimpunan besar 9 Julai ini.

"Penangkapan ini tidak sah. Kita lihat mereka yang ditangkap antaranya yang memakai baju kuning dan baju BERSIH," katanya yang turut memakai baju kuning BERSIH pada masa itu.

Read More...

We not afraid...

Read More...

Apakah tuntutan Bersih 2.0?


Read More...

Puisi Unggun Bersih


Read More...

Jawapan hemoi MB Kedah tentang Bersih 2.0


Lawak pun ada dengar jawapan Ust Azizan

Read More...

Panduan Peserta Bersih Siri 2

*Jangan...*
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya. 
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Artikel asal terlalu panjang. Saya ringkaskan siri demi siri. 

Read More...

Panduan Peserta Bersih Siri 1

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada   logo Bersih 2.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
6. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
7. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
8. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
9. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
10. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
11. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
12. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
13. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]

Artikel asal terlalu panjang. Saya ringkaskan siri demi siri. 

Read More...

Lagi video Bersih


Jangan Lupa Datang


Kita Jumpa Kita Lawan


Video dari seutas tasbih


Video asal dari mukmin01. Dia x sharekan embed video. Saya download, upload dan sharekan kembali


Read More...

Taklimat Wakaf Masjid Darul Hadis

Read More...

Kuliah Ust Farid


Read More...

Kuliah Ust Marwansyah



Read More...

Kuliah Ust Zaki


Read More...

Ceramah Ust Salleh Man dan Dr Hatta Ramli

Ceramah mulanya dirancangkan di Dewan JKKK Simpang Tiga. Namun dipindahkan ke PASTI Sg Acheh NT akibat campur tangan polis. Pelbagai isu disentuh.


Read More...

Video mengenai Bersih 1 dan 2


                    Seloka Cak Kun Cak


              Rap Bersih oleh Mat Sabu


             One Buck Short - Kelibat Korupsi


Apabila memakai kuning pun salah
maka jelas bahawa Bersih dan 8 tuntutan
sedang mendapat sokongan orang ramai

gerombolan takut jila rakyat memakai
apa sahaja yang berbentuk kuning

NOTA:
tidak lama lagi warga kuning akan diharamkan

NOTA:
berkuninglah kamu terlebih dahulu
sebelum kamu dikuningkan kah kah kah
dari Isham Tukar Tiub

Takutkan warna kuning
Nostalgia Bersih 1
 

Read More...

Kuliah Ust Rohaizat


Read More...

Kuliah Ust Zaki



Read More...

Ceramah Cg Bard

Ada 2 video. Video kedua ada masalah. Jadi layan je video satu ni

Read More...

Musafir Di Bumi Anbiya'

Read More...

Ingat Kita Takut?




Terima kasih Bersih2011 dan AT. Terbaik

Read More...

Kuliah Ust Marwansyah

Membawakan kitab Fiqh Awlawiyat karangan Dr Yusof Qardhawi. Ini merupakan siri ke II


 

Read More...

Kuliah Ust Rijaluddin



Read More...

Kuliah Ust Badrul


Read More...

Nostalgia perasmian kelas PAKSI Nibong Tebal


Ust Aminudin Abdul Rahim Bah 1 from joe penang on Vimeo.


Untuk mendapatkan video lain, sila masuk ke vimeo.com. Taipkan joe penang atau joe pg dan Search. Atau klik saja ke sini.

Read More...

Ceramah zina oleh ust tak berpolitik



Nilaikan sendiri. Saya akan mengulas selepas ini.

Read More...

Kuliah Ust Zulkifli


Read More...

Kuliah Ust Nursalam


Read More...

Kuliah Ust Syukri


Read More...

Harapan pasca muktamar

Keputusan pemilihan telah pun diketahui. Sekarang masa untuk buat kerja. Harapan saya sebelum pru 13

- perkasakan lagi program daftar pemilih baru. Kerja cula undi mesti buat la ni. Jika ada pengundi ragu, buat bantahan. Kena buat semua ni. Buat cam Kelantan buat sebelum 2008 dulu. Lantik Husam jadi Pengarah JPN Pusat pun ok
- DHPP diberikan ruang maksima untuk bergerak. Kalu perlu lantik Mat Sabu mengetuainya. Nasarudin/Nik Abduh pun ok pa
- Bersih 2 bagi peluang pada Ketua DPPP tunjuk bakat kepimpinan. Timbalan dia pun kena tonjolkan diri untuk memimpin. Takkan nak harap Timbalan Presiden je?
Kalu boleh himpun 100k pun dah cukup baik
- lantik ajk baru dari semua negeri. Buang trademark geng Tganu. Beri peluang pada orang baru.

Jika kita nak menang lebih banyak kerusi/negeri perlulah buat semua ni. Nak pi Putrajaya tak boleh lagi kot. Itu pun kalu kita nak menang lebih besar.
"Nak menang memang susah. Nak kekalkan kemenangan tu lebih susah"


 

Read More...

Kuliah Ust Zaki



Read More...

Kuliah Ust Roslan



Read More...

Kuliah Ust Badrul


Read More...

Contoh UMNO perjuang islam



Adun Kuala Besut juga dijemput! Siapakah MP Besut? Penasihat Agama kepada PM. Bolehkah buat pertandingan nih?

Kita bimbangkan bala Allah. Boleh saja dia datangkan tsunami atau ribut ke sana.

"Dua perkara yg Allah rahsiakan pada hambanya. RedhaNya dengan amalan kita dan murkaNya dengan maksiat kita"

Sudahlah pulau tu dipenuhi dengan sotong-sotong kering. Janganlah ditambah lagi dengan maksiat-maksiat lain.

Read More...

Percutian di Pulau Perhentian

 Isnin lepas saya bercuti di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Bertolak dari Jeti Kuala Besut dengan feri. Kos tambang ialah RM70 seorang bagi perjalan dua hala pergi dan balik(RM40 untuk tambang sehala). Perjalanan memakan masa hampir 30 minit.

 Pulau Perhentian terdiri dari dua pulau. Pulau Besar dan Pulau Kecil.  Kami turun di Chalet Abdul, Pulau Kecil. Berjalan dan bersantai di sana hingga jam 1 petang. 2 anak buah bermain snorkling. RM5 untuk sewaan mask snorkling dan life jacket.

 Pukul 1 petang menaiki bot(sampan) berenjin ke Jeti Nelayan. Kecut perut kerana tiada dibekalkan life jacket. RM5 seorangg. Dalam 2 minit perjalanan.


 Jeti Nelayan ni merupakan pusat pentadbiran di pulau ini. Di sini terdapat penempatan(200 rumah), masjid, pondok polis, sekolah rendah, kedai makan dan kedai runcit. Nasi goreng  di sini berharga RM7 sepinggan. Habis makan kami pergi menunaikan solat di masjid.
dalam masjid

masjid tersepit di celah kedai, rumah-rumah dan kubur
projek masjid baru. Mahal kat lambang dacing(BN) tuh!
 Sambil tunggu masa balik ke darat(Kuala Besut) kami lepak-lepak dan melihat pemandangan. Memang cantik, menarik dan mendamaikan.
 Balik ke Kuala Besut menaiki bot jam 5 petang. Ombak agak kuat. Selamat sampai di sana.
Layan je video di bawah

Read More...

Sejarah Pulau Perhentian

Tak payah cerita banyak. Sila baca gambar dibawah.


Untuk cerita terperinci sila klik di Sejarah Pulau Perhentian

Read More...

Nasi ayam hanya RM1.90

Saya berkunjung ke Terengganu pada Sabtu lepas. Selepas melalui pekan Jertih(dari Pasir Puteh, Kelantan) ke Kuala Besut/Kampung Raja, terdapat Warung Nasi Ayam 1.90! di sebelah kiri jalan. Ya hanya 1.90. 
 Dengan harga tersebut anda boleh menikmati nasi ayam lengkap dengan sosnya, kuah sup, sehiris tomato dan timun. Cubalah. Ianya terletak di tepi jalan utama. Parking di depan kedainya juga luas. Pernah makan dis itu hampir 2 tahun lepas. Juga pada harga yang sama.
 Cubalah rasanya. Rasanya juga sedap. Kedai ini gred B(bersih) dalam penarafan kebersihan.

p/s: Tak bawa kamera masa pi makan.

Ada Lagi Nasi Ayam $1.90.... 
 (tak pasti inikah kedainya kerana kopinya 30 sen je. Tapi kedai ni memang di Besut)

Peta Lokasi

Read More...

Aduan kepada MPKB-BRI

Saya ingin melaporkan paip bocor di Pasar Siti Khadijah. Didepan penjabar pengurusan pasar dan berhampiran atm AgroBank. Minta ianya dibaiki segera. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti.




Read More...