Panduan Peserta Bersih Siri 1

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada   logo Bersih 2.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
6. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
7. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
8. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
9. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
10. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
11. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
12. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
13. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]

Artikel asal terlalu panjang. Saya ringkaskan siri demi siri. 

No comments: