Showing posts with label Patani. Show all posts
Showing posts with label Patani. Show all posts

Kehebatan pejuang Fathoni

Read More...


Sepenuhnya di sini

Teringat plak kes-kes kematian dalam tahanan di Malaysia. Terbaru di sini. Semua kes kematian dalam lokap di Malaysia semuanya kes bunuh diri?

Read More...

Patani Darus Salam

- Patani asalnya negeri melayu yang merdeka dan berdaulat.
- Majoriti penduduknya adalah melayu, beragama islam dan mengamal adat resam melayu.
- Menjadi mangsa penaklukan siam pada 1785
- Pemerintahan beraja melayu patani dihapus pada 1902
-Mangsa Konspirasi British-Siam
Perjanjian bangkok 1902 : Britain mengiktiraf negeri-negeri melayu utara sebagai naungan siam
Perjanjian bangkok 1909: britain dan siam bersetuju membahagikan negeri-negeri melayu utara
- Di bawah pemerintahan siam, orang melayu menjadi mangsa dasar kebudayaan paksaan (dasar rathaniyom): menukar identiti daripada melayu kepada siam.

Read More...

Kisah Sebuah kampung di Patani

Kampung Kucing Lepas salah satu kampung dalam zon merah dalam mukim Chelung, Daerah Ranget, Narathiwat. Mempunyai penduduk yang majoritinya berkerja sebagai pesawah dan penoreh getah. 100 peratus beragama Islam dan berbangsa Melayu Pattani Muslim.

Pada 19 Mac baru-baru ini, Pertubuhan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) telah membawa penulis dan wakil aktivis dari Malaysia untuk melawat kampung ini bagi meninjau nasib penduduk Kampung Kucing Lepas, khususnya keluarga Baldatee yang mati akibat ditembak oleh ‘tentera hitam’ pada 15 Februari 2010 yang lalu.

Dari Yala ke Kampung Kucing Lepas terdapat banyak pos kawalan dan kawat berduri dipasang di atas jalan . Setiap pengunjung akan disoal oleh tentera yang mengawal disitu.
contohnya dapat dilihat dalam video di sini

Setiap satu kilometer terdapat halangan berduri dipasang dan terdapat tentera berpakaian hijau yang berkawal disitu.

Untuk sampai ke Kampung Kucing Lepas,perlu ada orang perantara dari kampung itu sendiri sebagai pemudah cara untuk mudah diterima oleh penduduk kampung.


Tragedi kematian Baldatee sangat menyayat hati. Baldatee mati ditembak dengan AK47 sewaktu berada di kebun getah bagi tujuan menoreh. Turut terbunuh adalah ibu Baldatee Che Mek. Baldatee 25 tahun meninggalkan 2 orang anak yang masing-masing berusia 3 tahun dan 14 bulan.

Ketika sampai di rumah Baldatee, penulis dan rakan-rakan disambut oleh datuk dan nenek Baldatee yang masing-masing berusia 80 dan 73 tahun. Turut berada di rumah tersebut adalah Mat Yasik 47 ayah kepada Baldatee, adik Baldatee bernama Salima 20 tahun serta anak-anak Baldatee Hikam 3 tahun dan Ilham 14 bulan.

Seterusnya.... Sila klik di sini.

Saya tak mampu menulisnya lagi. Pilu terasa di hati. Contoh bilamana islam minoriti, penganutnya akan ditindas semahunya oleh kerajaan bajingan.

Artikel asal bertajuk Rintihan Kucing Lepas dan tersiar di KedahLanie

Ziarah ke rumah Baldatee

Read More...

Kematian salah seorang ketua polis Siam laknatullah



2/2/2010 Telah gugurnya SomPhian Ek Somya,lebih di kenali dengan nama ‘Cha Pian’. Beliau ialah Ketua Polis Bendang Setar. Beliau telah diserang hendap oleh pejuang ketika meronda dengan kenderaan Polis di Thapchang Tanah Putih pada jam 1.30 petang. Beliau mati di hospital jam 3.40 petang. Tiga lagi anggota polis Thai cedera parah dan masih di ICU.

Beberapa ketika yang lalu beliau telah memohon untuk dipindah kan ka Wilayah lain tapi tidak di lulus oleh pihak atasan Polis Thai . Beliau adalah pegawai yang berjasa besar dalam kerja kerja menzalimi rakyat Bendang Setar .Beliau juga di kenali sebagai Sarjan berkaki besi kerana kuat berjalan ketika bertugas di Bukit Budo.Rupa-rupanya pengganas Thai yang paling ganas ini telah dijanjikan untuk gugur di tangan pejuang islam. Rakyat Bendang Setar akan kesunyian untuk beberapa ketika.

Sumber berita dari Patani Kini dan Haram Patah

- Cha Pian

Read More...

Apa harapan rakyat Patani?



Jelas kenyataan Abhisit bahawa kuasa autonomi sekalipun tidak akan diberikan. Apatah lagi kemerdekaan


Di Timor Leste(Timur Timur semasa dalam Indonesia) kita boleh buat referendum sama ada nak kekal dalam Indonesia atau merdeka. Kenapa di Patani tak boleh? Adakah kerana
- Patani akan menjadi negara islam jika merdeka?
- Petroleum di Teluk Siam akan terlepas dari Thailand jika Patani merdeka?
- Patani akan bergabung dengan Malaysia jika merdeka?

Read More...

Wawancara Abhisit mengenai Patani



Nampak lembut berbanding Thaksin. Namun saya percaya majoriti rakyat Patani inginkan merdekakan tanahair mereka.

Read More...

Ziarah Banang Setra

Najib patut tengok betapa amannya Patani ni. Nak masuk kampung pun kawalan tentera. Siap pagar kawat lagi.. Perintah berkurung di sini dah berbelas tahun dah

Read More...

Bangunlah wahai Patani



Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Bangkitlah2x
Bagai harimau dan beruang
Tuntutan pusaka tidak boleh dilarang

Penjajah orang kitapun orang
Kekuatan kita apalah kurang

Agar kemerdekaan cepat disandang
Sebelum subuh datang menjelang
Tidakkkah kita bangsa terbilang
Bangsa yang tidak pernah kecundang

Bangunlah2x
Kita berjuang
Bangunlah sebelum melepas peluang
Muda dan mudi adik dan abang
Pintu merdeka kejarlah sekarang

Hidup Mati Bangsa Melayu Patani

Read More...

Nasib saudara seagama sebangsa kita



Lagu Kedamaian
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembaliOoo

tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan...


Tajuk lagu tak diketahui..

Ayuhai pemuda harapan bangsaku
Pemudi tiang Negara
Marilah ayuh kemari
Kita bersama berjuang
Membela agama dan bangsa
Biar darah membasuh bumi
Asal kita berjaya X2

Bujur lalu lintang patah
Tumbuh hilang berganti
Satu hilang dua terbilang
Tetap kita berjaya X2

Pemuda Pemudi pembela bangsaku
Angkatlah bendera revolusi
Dengan laungan gelap gelita
Tuhan bersama kita X2

Saya dapat dari seorang pemuda Patani. Lupa mintak dia terjemah tajuk video ni. Sesiapa yg boleh translate ke BM boleh bagitau kat saya

Read More...

Cerita Sebenar di Takbai

Read More...

Takbai 25/10/2004



Read More...

Siapa pengganas?

Siam atau Patani? Saksikan

Read More...

Tragedi Masjid Al Furqan

Tragedi di Selatan Thai. Ulasan dari sorang rakyat Patani Darus Salam.

Read More...