Mengenai Gutsy Gibbon

- Mari gunakan Ubuntu 7.10 Gusty Gibbon
- Software wajib dalam Gutsy

Read More...

Harta ditinggal

Tokey judi telah mati. Hartanya yg menjadikannya orang ke 3 terkaya di Malaysia terpaksa ditinggalkan. Apa kata PM?

kematian Lim sebagai kehilangan besar kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata, Lim adalah tokoh perniagaan yang banyak menyumbang terhadap pembangunan ekonomi dan tidak lokek berkongsi kekayaannya dengan golongan kurang bernasib baik.

"Lim adalah ahli perniagaan yang dermawan dan sentiasa bekerja kuat dalam menjayakan perniagaannya.

"Mendiang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui pelbagai cabang perniagaannya," katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar Perak, semalam.



Cuba kalu ustaz meninggal? Stail ustaz Ismail Kamus. Ha ko mampuslah. Ini haram itu haram. Mana halalnya?

Berita Harian ada 3 berita tentangnya kelmarin. Mstar 2 manakala takde satupun dalam Urusan Malaysia. Wajarkah tokoh judi diwarwarkan sedemikian rupa? Dalam akhbar melayu(majoriti pembacanya umat islam) plak. Nak galak umat islam mencontohinya dlm membangunkan empayar atau menjadi tokey judi?

- Semangat Lim patut dicontohi
- Belasungkawa: Lim bermula sebagai tukang kayu
- Pengasas Genting meninggal dunia
- Maju berkat berani lawan arus

Berita alternatif
- Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir
- Kasino Genting dosa Umno yang tidak tertebus

Read More...

Jawapan pertanyaan


Saya pernah mengarang puisi Di manakah Dikau. Saya paste semula puisi tersebut

Dimanakah dikau berada,
Tika banjir mula melanda,
Kelantan, Trengganu, Perlis & Kedah semuanya kena,
Hanya TPM sahaja yg menjenguk muka

Kelmarin EAS sudahpun berlalu pergi
Namun satu negeri pun belum kau jejakkan kaki
Kami menunggu kau munculkan diri
Melihat sendiri kesusahan kami

Kenapakah tidak disytiharkan lagi kawasan bencana
Agar bantuan dapat disalurkan dengan segera
Semua agensi datang menerpa
Memberi bantuan tak kira siapa....

p/s: maybe ada sambungan lagi

Takde sambungan dah. Cuma jawapan yang pasti

- He was sailing
- Johor banjir rupanya Dollah sibuk belayar

Read More...

Jika ada RM2.5 juta?

Setelah dilunaskan semua hutang piutang aku(tak sampai pun RM1/2 juta) setiap keluarga mangsa ISA yg masih ditahan diberi sorang RM1 ribu. Katakan 50 tahanan ISA. Baru RM50 ribu. Selebihnya? Terpulang pada Abd. Malek Hussin.

- Menang kes RM2.5 juta: "Bukan soal duit tapi maruah" Malek
- Tabik hormat buat Hakim Hishamuddin
- Seorang tahanan ISA dibebas dua hari sebelum raya, GMI gesa semua dibebas segera

Sorang dah bebas. Camna dengan yang lain? Bebaskan la semuanya. Dalam islam(maupun islam hadhari) kan mementingkan konsep keadilan? Mana boleh tahan orang tanpa bicara..

Read More...

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal aidil wa faizin. Berhati-hati dlm perjalanan(pergi/balik) ke kampung. Bergembira sambil mengerat ukhwah sesama keluarga & rakan taulan. Saya copy satu sms yg saya terima untuk dikongsikan.

Bersaudara kerana Allah adalah nikmat ilahi yang berkat dan indah. Menghalang dari meminta-minta dan mengambil pemberian lebih dari sewajarnya. Merangsang jiwa sentiasa memberi walau sekadar senyuman ikhlas kerana Allah.

Raya ni saya beraya di Penang pastu Alor Setar & akhir sekali ke Parit Buntar.

Read More...

Kerja menggodek

Saya sedang mencuba template baru bagi blog ini. Maafkan atas kekurangan. Saya budak masih belajar.

Saya mendapat idea dari sini

Read More...

Demokrasi Malaysia

Demokrasi Malaysia

Read More...

Blog baru

Saya menghadapi kesukaran nak publish entry dalam blog musafirlalu.blogspot.com. Terpaksalah saya create blog baru. Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Read More...