Memetik buah yang tidak cukup masak...

Memang Allah anugerahkan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat. DAP, PKR dan PAS tetiba-tiba mendapat durian runtuh. Namun seperti kata As Sayyid Qutub, aku bimbang bila gerakan islam memetik buah yang tak cukup masak.

Berbaloikah kemenangan ini jika

di Pulau Pinang

- syarat pembinaan taman baru kini mewajibkan pemaju menyediakan tapak untuk rumah ibadat. Bermakna boleh didirikan kuil, tokong, surau atau gereja. Sebelum ini hanya tapak untuk surau. Siapa yg meluluskan pindaan ini.
- JomHeboh dibenarkan diadakan di Stadium Batu Kawan. TKM 1(Exco Agama)tak membantah? Ataupun cha alif but atau ta ya dal ya ra? Adun PAS depa tak dengar suara ka?
- dah ada yg bukan islam mempertikaikan mengenai islam secara terang-terangan. Apa tindakan kita. Sedangkan dia tu rakan pakatan.

Ketua Umum PKR, Presiden PAS dan Dewan Ulama boleh bagi penerangan ke? Wallahua'lam
Semoga kemenanagan ini merupakan nikmat dari Allah. Amin.

- PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak
- Hormat Atau Patuh?

Read More...

Pelik..

Ketika pentadbiran di Kedah, Perak dan Selangor menghadapi masalah dengan Sultan, Presiden & Ketua Umum PKR akan kembalikan kekebalan/kuasa raja?

Masalah sarkas(alif min nun wau) cucuk sultan tu satu perkara. Raja yg tak bleh pakai apa plak cite? Ni nak kembalikan imuniti raja. Nak bagi depa senang2 katok, penampak rakyat ka?

Kembalikan kekuasaan dan keyakinan rakyat. Sapa yang berdemo dulu. Sultan ka?

PKR, Anwar tak tahu prioriti ka?!!

Read More...

Mengulas isu oleh Mat Saleh

Artikel asal Mat Saleh terdapat di sini.

Isu ni kalu nak diketengahkan pun baik gak. Jika betul, apa salahnya. Jika hanya hanya nak ambil kesempatan? Nakkan jawatan? Bantu kroni semata-mata? Baik jangan. Tak guna orang seperti ini dalam PR.

Pertimbangkan senario ini.
- sebelum PRU12 PKR hendakkan kerusi Kulim Bandar Baharu(KBB). Tapi takde calon. Maka dipanggil Zulkifli Nordin(ahli PAS) bertanding mewakili Adil. Senario di Bandar Baharu. Ahli Adil tak sampai pun 30 orang. Camna plak kat tempat2 lain dalam Dun BB?
- masalahnya tak sangka pun bleh menang kat DBB dan Parlimen KBB. Tetiba menang.
- Maka MP KBB terpaksa isi borang Adil, Pastu timbullah isu mengenainya hingga sekarang.
- kita pun tak sangka pada awalnya menang di Kedah dan 3 negeri serta satu Wilayah. Maka senario pun berubah.
- maka berebut2lah membolot harta ghanimah. Aku nak itu, engko amik ni. Bila tak dapat kecewa.

bersambung selepas ini...

Read More...

Sedih dan kecewa..

Akhirnya konsert JomHeboh melabuhkan tirai Karnival JomHeboh di Pulau Pinang. Aku kecewa...

- KM yang kata nak mencontohi Umar Al-Aziz membenarkan konsert seperti ini diadakan. 4 negeri PR yang lain tidak membenarkan konsert ini diadakan. Timbalan KM buat kerja apa. Soalan berkaitan agama pun tak berani jawab kat DUN.
- Mulanya aku ingat hanya karnival je yang dibenarkan. Last-last depa buat gak konsert.

Apa lagi nak dikata? Selangor dan Kedah dikatakan cukup bermasalah. Jika kita kalah 2 negeri nanti camna? Camna kalu melarat ke 3 negeri lain dan 1 wilayah?

Jangan slahkan satu parti sahaja nanti. Salahkan semua parti. Apa guna PR kalu kita tak boleh menyelesaikan masalah ini?

Guan Eng tidak peka, siapa pekak?

Read More...

Blog bersawang...

Maafkan saya kerana blog ni terbiar sekian lama. Mula takde idea. Pastu bercuti plak selama seminggu sampai hari ni. Insya Allah saya akan kembali aktif berblog. Amin..

Read More...

Seminggu yang lalu..

Beberapa berita politik yang menarik sepanjang minggu lepas

- pemilihan UMNO di beberapa tempat mencatatkan pelbagai peristiwa. ditangguh, bergaduh,penipuan, diadakan semula, shahdu, kuku besi dll lagi. Uniknya UMNO

- Pet dibebaskan. Hamid Albar malu.

- Pindaan belanjawan 7 bilion dibatalkan. Bakal PM 'kemaluan besar'.

- kerajaan mengaku kesilapan memecat 6 hakim apabila memberikan pampasan 10 juta. Pulihkan imej kehakiman?

- kontrak NC UM tak disambung. Mainan politik?

Read More...

Apa pencapaian PAS setelah 18 tahun pegang Kelantan?

Aku just amik link je. Untuk pengetahuan semua.

apa kerajaan pas kelantan buat selama ni?makan gaji buta?

Read More...

Radio televisyen menfitnah

RTM. Kalu pembangkang yang main isu ini dikatakan perkauman. Kalu UMNO?

Read More...

Jimat dan senang kira..

- Kos skandal pembelian Eurocopter hanyalah 1.67 bilion dan bukannya 1.7 bilion(padahal yang hebohnya ialah 2.3 bilion). Ini berlaku kerana Pak Lah membundar(genap) 1.67 bilion ke 1.7 bilion (iaitu perbezaan cuma hampir 0.1 bilion). Tapi takpelah kurang-kurang dia mengaku. Itu cuma kesilapan kecil. . Lagipun pembeliannya ditangguhkan sementara.?


- Minyak turun lagi 15 sen mulai malam ini. Apsal sikit sangat?



Kesimpulannya ialah kerajaan mahu jimat dan senang kira.

Read More...

Camna nak elak kena ISA?

- joint/sokonglah BN. Pasti takkan kena. Walaupun kenyataan anda tidak disukai ramai pihak.
- bila lihat rakyat dizalimi, jangan tolong. Apatah lagi membuat aduan di balai polis. Cari mampuih la..
- jika keselamatan anda diancam, anda akan di ISAkan. So pastikan anda sentiasa selamat dan tidak diancam.

Bacaan Berkaitan.
- ISA elok

Read More...

Pelik tapi benar II

- belanjawan(bukan bajet tau!) 2009 dibahaskan tanpa pindaan(perbelanjaan dan pendapatan) walaupun ianya mempengaruhi jumlah pendapatan akibat harga minyak yg turun. Ketika dibentangkan sebelum puasa harga minyak ketika itu ialah lebih USD125. Ketika dibahaskan hari ini, harga minyak turun ke bawah USD80. Mana nak cekau duit ha?

- ketika dibahaskan Menteri Kewangan(baca bakal Jeneral) lari dari medan perang. Prebet-prebet yang ada termasuk sarjan(backbencer/penyokong kerajaan) terdiam diasak oleh mp pembangkang.

- harga minyak Malaysia sepatutnya kurang daripada RM1.98 berdasarkan harga minyak dunia sekarang.

Bacaan tambahan
- Pelik tapi benar
- Skandal pembelian pesawat Eurocopter
- Belanjawan negara 'outdated',jumud
- Menteri dan Ahli Parlimen BN Takut Untuk Dengar Hujah Anwar
- 3 Suara Bekas Menteri Kewangan
- Krisis Ekonomi Dari US ke UK : Ulasan & Perspektif Islam

Read More...

Tazkirah pagi...

Khusus untuk semua

Akupun baru tau!

Ketahuilah Wanita....Lelaki Teransang 30 Kali Sehari


1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Artikel sepenuhnya

Kalu ada bini carik bini la. Fa inna fi ha, ma fi ha

Kalu xde bini?

Read More...

Camna nak jadi datuk..?

Syarat utama
1- Warganegara/dilahirkan di Malaysia dan

2 - Kawin. Pastu beranak. Pastu dapat cucu maka dipanggil datuk. Atau
- berjasa besar dalam mempertahankan/mentadbir negara negara. Maka anda akan mendapat datuk. Atau

- kroni bn. Maka apabila kaya(jadi kontraktor)/pegang jawatan dalam bahagian dapatlah datuk. Atau



- berjasa mengharumkan negara dalam dalam bidang sukan atau lakonan. Dapatlah datuk.

Tapi bila Shah Rukh Khan dapat dapat Datuk. Apakah syarat-syarat yang telah dipenuhi?
- errr
- hmmm
- ishk!

Ikut Suka Aku la....

Melaka dan Malaysia Boleh!


Syarat-syarat mendapat gelaran dari Agong
- Melaka bagi anugerah Datuk kat Shah Rukh Khan, perlukah aku menangis?
- Lagu Inikah yang Membawa Shahrukh Khan Mendapat Gelaran Datuk?
- SEMUA PELAKON DAN PENYANYI POPULAR DUNIA AKAN BERGELAR DATUK?
- Datuk Kepada Shah Rukh Khan, Satu Penghinaan Buat Rakyat Melaka (Siri I)
- Datuk Kepada Shah Rukh Khan, Satu Penghinaan Buat Rakyat Melaka (Siri II)
- Ingat Shah Rukh Khan Ingat Melaka

Read More...

Okey la duit raya sekupang


- kerajaan takde nak duit sampai 30 sen(3 kupang) nak bagi, so bg sekupang pun mujurlah. Kalu tak bagi langsung?

- Jumlah kenaikan minyak sebelum ni 78 sen. Jumlah penurunan(2 kali) sebanyak 15(5 sen dan 10 sen). Okaylah. Ini menunjukkan rakyat berjaya menguasai matematik dalam bahasa Inggeris.

- dengan kejatuhan bursa saham seluruh dunia menandakan ekonomi makin meleset. Sekupang ni kira besar tuah dalam keadaan sekarang.

- masa naik harga minyak guna alasan harga minyak dunia naik, bila nak turun guna alasan mengikut kadar dolar Amerika. Hebat PM dan Menteri Kewangan!

- sebab turun sekupang inlflasi naik jadi 8.5%(tertinggi dalam 27 tahun). Jadi kalu tak turun inflasi naik 10%?. Bahaya tu. Lebih baik 8.5% darpada 10%.

- ikutlah kata pemimpin kita. "Tidak apalah walaupun turun 10 sen, rakyat kena bersyukur...kita kena cari jalan sebab gaji naik barang naik, minyak naik barang naik, minyak turun barang tak turun," . Lagipun aku sebagai mb kena bayar 60 juta.. Korang kena bayar berapa ringgit je. Patutnya korang bersyukur lagi bertuah berbanding rakyat Pahang.

Read More...

ISA elok?

Ada la satu laman web yang sokong penggunaan ISA. Antara alasannya.

- ISA amat perlu dikekalkan di negara ini bagi tujuan pencegahan daripada merebaknya pergaduhan akibat isu perkauman dan keagamaan.

masalahnya ianya tahanan tanpa bicara. Gamak takde bukti tandatangannya je selang 2 tahun sekali untuk melanjutkannya. Tak taulah apa konsep yg depa pakai. Demokrasi, islam dah tentu jauh sekali. Mungkin komunis la kot.

- Segalanya tentang ISA
- ISA 2
- ISA 3

Read More...

Pelik tapi benar

- Kutipan zakat negeri Kedah untuk 6 bulan pertama(setelah menang) berjumlah RM34 juta ringgit. Kutipan tahunan tahun lepas pun tak sebanyak ni.

- Hasil pendekatan berjimat cermat, kerajaan Kedah berjaya mencatatkan lebihan sebanyak RM20 juta .

- Dalam satu kempen kutipan derma di KL selepas kemenangan di Kedah sebanyak RM8.5 juta berjaya dikumpulkan. RM5 juta darinya disumbangkan oleh seorang x UMNO Kedah.

- Kulim High Tech Tecnology Park Corporation berjaya menarik pelaburan baru bernilai bilion ringgit. KHTTTPC terpaksa membuka lot fasa ke 4 bernilai RM100 juta untuk pelaburan tambahan.

- Mulai tahun ini premis makanan islam(kedai mamak yg majority) hanya dibenarkan dibuka selepas 3 petang di sepanjang Ramadhan.

- Sebanyak 21 buah sekolah agama persendirian(bukan SABK) menerima bantuan RM30 ribu setiap satu. Antaranya termasuklah KIDU(Kolej Islam Darul Ulum), SRIDU(Sekolah Rendah Islam Darul Ulum) dan SRIDA.

Sumber dari Portal Kerajaan Negeri Kedah,Warta Darul Aman ( online dan cetak) dan maklumat dari seorarng TP( Timbalan Pesuruhjaya) Kedah.

Read More...

ISA mengganas lagi


Jumaat lepas kita dikejutkan dengan penahanan 3 org di bawah ISA. Seorang telahpun dibebaskan. Siapa lagi akan diangkut selepas ini?

- Pakatan adakan perhimpunan anti-ISA esok
- ISA meludah-ludah Islam
- Berikan mereka hak membela diri
- Doa si Mazlum

Read More...

Tahukah anda...?

Tak banyak sekolah agama rakyat(persendirian) yg tinggal di Malaysia semenjak kerajaan(baca UMNO) Tok Det dulu menghentikan bantuan perkapita kepada sekolah2 SAR. Sekolah Cina(paling banyak) dan India persendirian tidak dihentikan pulak. So ini salah satu bukti UMNO perjuang Islam dan melayu?

Di Pulau Pinang SAR yg sedia ada makin nyawa2 ikan. Ar- Razi di Junjung, Simpang Empat Tasek telahpun meminta agar dimasukkan sebagai SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Antara SAR yg masih bertahan ialah Sejolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Pondok Sungai Bakap di Nibong Tebal.

STAIL telah dijanjikan 1 juta oleh 2 adun UMNO sebelum PRU dahulu. Pastu PRU sorang adun KeADILan juga menjanjikan gula-gula. Sampai sekarang takde sekupang yg sampai oleh ketiga2 adun tersebut.

Projek jejantas baru di Sg Bakap akibat pembinaan landasan berkembar Ipoh ke Butterworth akan membelah habis tapak pondok yg sedia ada. Kenapa tak amik tanah Cina? Susah nanti depa melawan balik. Contoh UMNO perjuang melayu? Moga-moga dengan kerajaan negeri yg baru tidak akan meneruskan rancangan tersebut.

Pondok Sg Bakap mempunyai antara 60 ke 70 puluh pelajar. Daripada jumlah itu, untuk bulan Ramadhan ini sahaja hanya 6 org pelajar yg membayar yuran makanan sebanyak RM120 untuk sebulan. Tukang masak terpaksa direhatkan untuk menjimatkan kos. Ustaz2 yg mengajar terpaksa memasak sepanjang Ramadhan.

Sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan bolehlah mengirimkan pertanyaan dengan menghubungi saya. Silah ym ke insan_fakir04@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Sekian

Read More...

Yang pelik tapi membazir

Parlimen Tasek Gelugur antara kawasan yang mempunyai paling banyak masjid berdekatan. Di pekan Sungai Dua ada 3 masjid yg berdekatan. Merbau Kudung, Nyior Sebatang dan Ara Kuda pula ada dua. Di Parlimen Permatang Pauh ada 3 masjid berhampiran. Apakah istimewanya tempat-tempat tersebut?

Bolehkah kita membuat masjid baru dah meninggalkan yg lama kian usang sebelum menyembah bumi? Adakah semua masjid berkenaan diimarahkan(ada 3 buah yg diimarahkan sepenuhnya(masjid dikuasai jemah bukannya kerajaan))?

Alangkah baiknya masjid yg terbiar usang dijadikan sekolah agama. Daripada dibiar usang menyembah bumi... Paling baik sebelum nak buat yg baru tanyalah mufti dulu, ngong. Dah buat baru nak tanya tak guna dah...

Read More...

Kullu a'min wa antum bikhair

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir,
Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,
tanpa ada rasa jemu,
kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu
berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu
Tuhan yang Satu.


Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu
penuh khusyuk dan tawadduk
antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu
memperhambakan diri
kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Ampunilah hambamu
kerana sering curang pada janji
'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,
Lillahirabbil aalamin '
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
dan masa yang diberi kepadaku
dikesempatan yang lapang dan terluang
untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu
untuk bekal 'hari'ku di barzahMu
akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu
biar sebati ditubuhku

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu
Pasti ku sujud bertahajjud kepadaMu
Dengarlah rintihan hambaMu
Kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni nerakaMu

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini
Mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat 'abadi'
yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku
menanti salam Izrail
rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan
ridha' ar-rahman

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis
penuh bererti dan berseri menerangi kegelapan hati kami
untuk menuju jalan ridha' dan kasih sayangMu
agar indah kehidupan kami
di barzahMu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi

Namun teman
tiada insan yang telah mengetahui
tentang Ramadhan ini,
apakah yang terakhir kali buat kami.

Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki

” MARHABAN YAA RAMADHAN”
Aminnn !

Artikel asal di ambil di sini

- Kemerdekaan, Ramadan dan Perjuangan PAS
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Insan Hebat: As-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi

Read More...

Koleksi Kuliah mp3

Jumpa satu link yg bagi download mp3 kuliah Ustaz Shamsuri. Sila klik di sini.

Cepat! Sementara stok masih ada

Read More...

Apa pentingnya belajar menguruskan jenazah?

Terbayarkah jasa ibu bapa kita dengan sumbangan(jika boleh dikatakan begitu) tetap bulanan kepada mereka?

Inginkah kita selaku seorang dari anak-anaknya membiarkan orang lain memandikan malah membersihkan najisnya(memasukkan jari dalam duburnya) sebelumnya diwhuduk dan disolatkan?

Inginkah jika jenazahnya terbiar begitu lama akibat pemandi biasa di kampung kita tiba-tiba berkeuzuran atau ada hal lain.

Inginkah org lain yg mengimamkan solat dan menurunkan dalam liang lahat jenazahnya padahal lebih aula kita anaknya yg mengimamkan?

Jika semua jawapan adalah tidak dan ada berkelapangan, anda dijemput menghadiri kursus pengurusan jenazah.

Read More...

Perginya seorang pejuang

sumber dari Al Banjari Online


Jumaat lepas pas subuh aku terima sms dr member. Haji Khalid meninggal. Inalillah hi wa inna ilai hirajiun.Aku lebih mengenalinya dengan panggilan Cikgu Khalid. Masa aku mula berpindah di sini(2001), aku mula mengenalinya. walaupun dia tiada lagi jawatan dalam Pas Kawasan Parit Buntar. Seorang anaknya iaitu Fakhrurrazi begitu komited meneruskan perjuangan ayahnya. Moga Allah menggolongkannya dalam golongan hambanya yg diredhai. Amin.

- Cikgu Khalid dalam kenangan.
- Jenazah Tokoh PAS Parit Buntar selamat dikebumikan
- Jenazah bekas Bendahari PAS Perak selamat dikebumikan
- Al-Fatihah!

Read More...

Isu khutbah Jumaat di masjid Perak

Takpelah. Depa tak bagi. Nak buat camna? Kita cuba buat cara lain plak. Insya Allah Islam akan kembali menyinar di bumi Darul Ridzuan ini.

Read More...

Isu kouta 10% bukan melayu masuk UiTM


MB Selangor mungkin nak test market. Tengok camna puak-puak UMNO akan melatah. Dia keluar kenyataan camna pun takde beza. Dia tiada kuasa. Peliknya apabila ianya disuarakan oleh pemimpin PR habih mencanak naik melatah.

Apsal bila Sains & Matematik diajar dalam BI, forum memeluk islam oleh majlis peguam, kuota 10% bukan melayu dalam MRSM dll yang berkaitan kepentingan melayu(islam sebenarnya), tak pun berdemo? Kenyataan akhbar pun takde.


AUKU dah dipinda ke? Mahasiwa boleh berdemo? Atau demo yg dianjurkan oleh IPTA tersebut sahaja?

- Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid
- Pergi kenduri akhirnya siswa siswi UiTM
- UiTM : Prof Khoo Kay Kim Ber”INTERGRITI” , Profesor Melayu Macam Mana ?
- Pemikiran bijak mahasiswa UITM
- TV3 - UMNO mempolitikkan isu kuota UiTM!
- Mahasiswa bangkit dari kubur
- PELAJAR UITM JANGAN BERANI DEMO DENGAN MB PAKATAN RAKYAT SAHAJA

Read More...

Perjuangan diteruskan di Permatang Pauh

PAS akan turun berkempen membantu ahli gabungan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Antara kenyataan TGHH selaku Presiden PAS ketika di RECSAM kelmarin.(apasal harakahdaily sampai la ni takde berita tu pun?)

Kami akan turun membantu. Walaupun tak sepenuh hati. Bagaimana layanan PR Pulau Pinang kepada PAS yg mendukacitakan dll lagi. Atas dasar wala' kami akan turun. Moga hubungan peringkat negeri selepas ini akan bertambah baik. Amin

Read More...

Perjalanan Hidup Ustaz Farhan Abdullah

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsbnya.

Selanjutnya

Read More...

Masaalah Protes 6/7/08 nanti

- dibuat hari Ahad – ramailah penyokong PR(baca PAS) dr Pantai Timur(Kelantan & Terengganu) dan Utara(Kedah) susah nak datang. Udahlah yg keje(gomen & swasta) kena amik cuti(kurang2nya 1-2 hari). Kos pengangkutan plak tinggi. Jangka saya ramai yg x mai sebab buat hari Ahad adalah dari Pantai Timur & Utara.

- dengar cite ada plak konsert underground. Hey! Kita nak berdemo bukannya berkonsert. Takat nak buat karnival tu boleh terima lagi. Kalu sampai underground/rock pun masuk apa cite?

terkini - konsert yg tidak dipersetujui oleh DPPP tidak akan diadakan.

- promosi Protes tak macam promosi Bersih dulu. Siap kwsn jual t-shirt seblm pi. Protes ada jual t-shirt merata tempat? Kat mn nak dpt t-shirt kat kwsn utara ini.

-aku - aku pun xleh mai. Cuma mampu sampai ke Tg Malim je. Masaalah keluarga. Moga korang semua Berjaya. Amin!

Read More...

Perpindahan lokasi


Lokasi demo dipindahkan dari KLCC ke Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. Saya pun tak tau kat mana(tak pernah sampai pun ke PJ). Insya Allah saya juga akan sama-sama menyertainya.


Pelbagai aktiviti disediakan. Silalah datang untuk mengetahui/mengalaminya .

Read More...

Poster Naik Minyak



Berbuatlah sesuatu yg menyebabkan rakyat jelata tak naik minyak. Jika tidak kami, insya Allah akan berdemo nanti di KLCC!

Read More...

Mari Ubah Gaya Hidup


Segala makin perit. Sejak minyak naik harga suma naik. Gula naik, gas lpg(gas memasak) dan segala macam mak nenek semua naik. Apa yg tak naik?

Jadi marilah kita ubah cara hidup. Dari naik keta kita naik motor. Naik motor ke berbasikal. Dari berbasikal ke berjalan kaki. dari berjalan kaki ke?

Kerajaan juga perlu mengubah cara berbelanja. Kurangkan(hapuskan terus lagi baik) projek2 koridor yg kosnya berbilion-bilion tu. Sikit je elaun keraian yg dipotong tu. Patutnya elaun minyak free yg depa dapat tu yg patut dipotong. Tu segala macam mak nenek elaun hangpa tu?

Lakukan juga ini dalam hidup anda.
- dari setiap kali PRU memangkah BN, pas ni pangkah PR
- dari tak pernah berdemo, jumaat ni mulalah berdemo. Bukan apa. Nak tunjuk kita tak setuju ngan kerajaan dan nak tunjuk kenaikan harga minyak kali ini amat membebankan. 41% beb!

Aku Marhaein
Aku marhaein.
Tidak tahu politik
Suapan slogan muluk- muluk
Glokal sana wilayah di sini

Aku buta ekonomi
Tiada kepentingan
terhadap projek-projek megamu
Tak bermaksud aku boleh engkau
Pandir-pandirkan sesuka hati

Aku marhaein
Tahuku cuma
Keluar saban hari
Mencari sesuap rezeki
Agar hidup kami
Tidak perlu jadi penadah tangan
di negara sendiri

Jangan engkau suruh aku
Ubah gaya hidup
Kerna aku cuma bermotorsikal
Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter
dan bas Rapid KL
Berasak-asak berdiri
Setaraf pendatang.

Tidak pernah menjejak Suria KLCC
Tidak pernah merasa Starbuck coffee
Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani
Cuma sesekali merasa ayam KFC
Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali.


Puisi sepenuhnya terdapat di sini

Read More...

Bumi dipijak milik org


Semua sudah tahu. Pulau Batu Putih kini menjadi Pedra Blanca(milik Singapura). Apa akan jadi selepas ini? Singapura akan meluaskan tanahnya hingga ke Iskandar Malaysia? Malahan ke Melaka?

Ada pemimpin negara tunjukkan kesedihan?
- PM suruh kita terima je..
- TPM kata win-win situation
. Pirah!Pulau Batu Putih tu asalnya milik Kesultanan Johor oii. Camna bleh win-win?

Soalan?
- Adakah kwsn nelayan Johor akan bertambah sempit? Ini disebabkan sempadan antarabangsa Singapura makin luas berbanding Malaysia. Adakah Singapura memebnarkan nelayan kita berada di kwsn perairan kita? Sedangkan semasa pertikaian dulu pun nelayan Johor dihalau menghampiri Pulau Batu Putih
- Adakah salah satu sebab singapura menang disebabkan surat bangang MOHAMAD SHETH BIN SAAID?. KIta kalah 12-4 oii!
Siapakah dia? Kalu aku ada kuasa sultan Johor dulu, dah lama dah dia dihukum pancung sebagai penderhaka.
- Adakah hujah kita lekeh sungguh hingga kalah teruk? Ni yg aku tak pueh hati ni. Apa otak Ghani Patail hanya 4 tahil je untuk lawan hujah Singapura? Sampai kalah teruk camni

Bacaan tambahan
- JADIKAN KEKALAHAN DI ICJ SEBAGAI KEKUATAN KITA BERSAMA...
- Nipisnya iman kenegaraan kita!
- Pemimpin Umno Minta Rakyat Terima Kesilapan Pemimpin
- Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail
- Pulau Batu Putih Menjadi Milik orang akibat surat Acting SUK yang BANGANG
- Pulau batu putih: Minyak masak habis, lauk tak sodap
- Bukan Batu Puteh saja, maruah juga lama digadai
-

Read More...

Implikasi kes Siti Fatimah Abdullah

Bukannya nak hina mahkamah. Tapi apa implikasinya kepada masyarakat Malaysia?

- kes murtad ini akan dijadikan permulaan untuk kes-kes murtad akan datang.



Zahid Hamidi kena pastikan perkara begini takkan berulang. Mana-mana yang longgar dalam undang-undang keluarga islam, perketatkan. Mana yg tiada peruntukan menghalang murtad, sila adakan.

Oh ya. Takkan kita nak bising-bising pasal kes Karpal Singh hina Sultan Perak(kononnya) je. Ni isu hina islam tak nak bising gak ke?

Berkaitan
- Antara Raja Petra dan Siti Fatimah
- Komen yang tidak dapat saya luluskan
- Menjernihkan Islam dalam isu murtad
- Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin
- Isu Karpal dipolitikkan?

Read More...

JomHeboh jd JomHaram di Perak?

Alhamdulillah. Kebimbingan aku yg dulu aku suarakan tidak menjadi kenyataan(pada masa ni?). JomHaram tak diadakan di Ipoh. Ianya diadakan di Darul Sunnah. Mungkin Dr Asri akan keluar kenyataan mengenai konsert di sana?

Bagaimana mana pula dengan perancangan di Penang(16-17 Ogos 2008) & Selangor(13-14 Disember 2008)? Moga terjadi berita menggembirakan. Amin

Berita berkaitan
- Jom Heboh: PAS Perak sanjung langkah TV3
- Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan
- Pandangan Mufti Mengenai Program Jom Heboh Perlu Diberi Perhatian
- Faizal Tahir: Adilkah kita??

sebelumnya(grafik pun lawa)


sekarang

akan datang?

Read More...

Takde beza ceramah sebelum & selepas PRU?

Malam kelmarin ada ceramah kat Dewan Penghulu kat rumah aku. Penceramahnya ialah YB Dun aku, YDP Pas Pdg Serai & Exco Pendidikan Kedah. Masa aku mai YDP Pas Pdg Serai baru nak mula. Aku tak tau YB aku sebelum ni cerita apa. Tapi YDP Pdg Serai asyik ulas isu di Pulau Pinang, Perak & Selangor. Isu kat Kedah disentuh sedikit sangat. Sayang sungguh lagu tu.

Cerita la masalah rakyat kat Pdg Serai ka? Apa perancangan susulan kerajaan negeri terhadap pembangunan Parlimen hang. Naik exco pendidikan ingat nak cite pasai apa perancangan pendidikan, sebaliknya sembang politik plak."Kita tak perlu ceramah apa perancangan pendidikan kita nak buat. Kita terus je buat. sesiapa ada masalah pendidikan sila berjumpa terus dengan saya". Aku dengar 10 minit je. 11.30 mlm aku terus belah.

Takde beza ka ceramah bila jadi pembangkang ngan pemerintah(w/p kerajaan negeri sahaja. Pegang jawatan exco lagi)? Kiranya ceramah tu tak boleh dikatakann umum? sebaliknya ceramah politik? Diadakan di pejabat penghulu. Camna nak menarik geng atas pagar & UMNO?

Akupun malaslah nak dengar ceramah politik semata2 w/p dah jadi kerajaan negeri. Aku berpaling tadah? Insya Allah dak. Bagaimana pengundi atas pagar & UMNO yg telah mengundi kita? Depa akan terus mengundi PAS?

2-3 bulan pas ni aku nak pi dengar lagi ceramah. Nak tengok ada beza tak ceramah? Ceramah kerajaan negeri atau pembangkang pusat/negeri(kerajaan sebelumnya)

Bacaan Tambahan
- Beza ceramah sebelum dan selepas PRU12
- PAS Kerajaan Berwatak Pembangkang

Read More...

Beza ceramah sebelum dan selepas PRU12


sebelum
- ceramah dlm markaz(Pusat Tarbiyah), celah rumah org, dlm pokok getah/kelapa sawit.
- dulu hanya org melayu islam yg mai dengar

selepas
- ceramah di dewan org ramai, stadium dan lain-lain kemudahan awam.
- cina, India pun joint sekali dengar

persamaan
- kena berjalan hingga 5 km untuk mendengar ceramah

- kena hulur duit bagi derma(tak kisah. Lillahi Taala)


Lain2 gambar ceramah di Stadium Perak
- dari blog apeapeaje, syawal online... dan KedahLanie..

Read More...

Mintak kepastian..

2.3 hari lepas aku menengok promo JomHeboh(Jom Haramla) kat TV3(suku). Dalam promo itu disebutkan beberapa negeri termasuklah Melaka, Pulau Pinang, Selangor & KL. Dlm website tv3 jugak disebutkan negeri Perak.



Benarkah kerajaan BR di 3 negeri(Penang, Selangor Perak) membenarkan diadakan konsert ini diadakan? Mohon kepastian. Jika sebab ada kontrak aku bleh terima. Tapi jika sukarela, sedihnya aku.

Sudahla
- TV3 suku yg gila2 serang pembangkang(sebelum PRU12) dan kemudian BR(pas pru).
- konsertnya yg bercanggah dgn islam.

Aci boleh jangan bagilah. Tu Dewan Sivik, Petaling Jaya jangalah disewakan lagi kepada Astro utk program realiti(lagho) cam Raja Lawak dll

Read More...

Apa yg lagi perlu dilakukan oleh BA?

Antara cadangan saya kepada kerajaan BA di 4 negeri(kecuali Kelantan. Depa dah pro dah dlm hal ni).

- MB Kedah dan Perak serta semua exco dari PAS membaca khutbah Jumaat di setiap masjid dalam negeri masing-masing setiap minggu. Insya Allah rakyat akan lebih mengenali pimpinan negeri.

- manfaatkan dewan-dewan orang ramai dengan mengadakan kuliah agama mingguan. Ini lebih baik daripada mengadakan pertandingan karaoke di Dewan JKKR pada malam tahun baru.

Read More...

Antara tindakan awal BA bila berkuasa

Di Kedah
- MBnya akan mengumumkan tidak akan duduk di kediaman rasmi MB di Mentalon. Jadi elaun perumahan MB sebanyak RM4 ribu sebulan tidak akan diambil dan dimasukkan kembali ke dalam perbendaharaan negeri

Di Pulau Pinang
- KMnya mengumumkan tidak akan mencampuri urusan agama islam. Beliau tidak akan duduk di kediaman rasmi KM. Dasar DEB akan dihapuskan dan digantikan dengan tender terbuka bagi menjamin ketelusan. Demo pihak pembangkang(UMNO) di Komtar tidak disuraikan dengan water cannon.

Di Perak
- BA bersetuju melantik Ir Nizar dr PAS sebagai MB. Pas akan memegang 1 exco, Keadilan 3 dan DAP satu.

Di Selangor
- 30% daripada elaun yg diterima oleh wakil dari PAS akan dimasukkan kembali dalam perbendaharaan negeri.

Read More...

Kemenangan akhirnya tiba

Alhamdulillah. Dengan segala usaha disertai solat hajat & tawakkal, akhirnya Allah memberikan kemenangan manis kepada BA. 5 negeri berjaya ditawan dan majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan. Sekarang ialah masa menunaikan segala janji dan mempertahankan kemenangan. Allah bersama kita, insya Allah. Allahuakhbar

Read More...

Rayuan untuk semua

Demam kempen makin terasa. Bukan takat berkempen di internet & media masa yg lain bahkan di dalam e mel. Ada satu e mel yg menarik. Saya siarkan untuk bacaan(baca, fikir & ambil tindakan) semua.

General Election

We all know that once in a few years we are given the opportunity to vote.
Why vote? It has no effect on the outcome.

One vote alone may not count but many votes together becomes a voice to be
reckoned with. Let your voice be heard.

This election, more so than others is a vital election because we are at a
cross roads. If we get it right we will prosper; if we get it wrong, we
will suffer as we have seen in our neighboring countries.

To help you decide please ponder these issues:
1. Do you think our politicians in power are corrupt?
2. Do you think our civil service is corrupt?
3. Do you think they are incompetent?
4. Do you think the people in power sets themselves above the law?
5. Do you think our leadership has lost its way?
6. Do you think we are getting more & more divided by race & religion?
7. Do you think we have a questionable justice system?
8. Do you think that they are wasting our wealth?
9. Do you think our children will suffer more?
10.Do you want to see change?

If you say yes to 3 or more of these issues, don't you think we need change? YOU CAN MAKE CHANGE HAPPEN!!!

We owe it to ourselves and to our children and to their children.

Malaysia Boleh! make it happen for ours and our children's future.
May the force be with you


Disiarkan dengan sedikit suntingan

Read More...

Ceramah Sheikh Rohimuddin Al Banteni

Gambar sekitar ceramah Sheikh Rohimudin Al Banteni

Read More...

Kita berjuang lagi

Shahih dah parlimen bubar. So kita akan all out sekali lagi. Pastikan gerak kerja kali ini adalah yg terbaik. Solat hajat, usaha & tawakkal mestilah maksima. Insya Allah. Allahuakhbar!

Read More...

Satu pagi di Sik

Jumaat lepas aku pi ngaji di Pondok Tok Guru Haji Salleh. Cukuplah gambar2 ini menceritakan keadaan di sana.






Read More...

Yaasin memecah belahkan kaum?

Dah lama dah dengar cerita pasai pekeliling yg melarang bacaan yaasin di sekolah. Doa jangan terlalu panjang dll lagi. Pagi ni jumpa satu link. Surat pekeliling link itu ada 2 muka surat iaitu satu dan dua.

Apa nak jadi Malaysia. Hadhari kot?

Artikel asal terdapat di sini

Read More...

Setiap yg hidup pasti merasai mati

Perginya seorang ulama



Kul 1 ptg td aku terima 2 sms mengatakan kematian SS Ishak Baharom. Tak pasti lagi. Kul 3.41 seorg lagi member hantar sms.

Tlg inform, SS Dato Ishak Baharom meninggal 2.50pm tadi. Sekarang dlm icu menanti mayat utk diurus. Akan bawa ke Andalas
(Tmn Seri Andalas) sekjp lagi. Ana dah call icu, dah confirmkan. Alfatihah

Tengok harakah. Pun ada berita. Moga beliau digolongankan kalangan para syuhada. Amin. Al fatihah.

Belasungkawa
Armarhum terkenal dengan isu penangkapan di The Zouk Club. Walaupun ianya mengikut prosedur ianya dikecam hebat oleh ramai menteri2 UMNO. Akhirnya kontrak beliau tidak disambung.

Artikel berkaitan
-Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat
- Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom
- Cebisan KenanganKu Bersama Dato Ishaq Baharom
- Semangat Dato Ishak Baharom Bersama Kita
- Ishak Baharom pegang erat amanat, pesan gurunya
- Pemecatan Ishak Baharom jadi pengajaran umat Islam
- Ishak Baharom tokoh yang berilmu, berani dan tawaduk
- Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja


Artikel lain berkaitan kematian
- Yang pasti
- Isu Nurin Jazlin
- S Jibeng meninggal
- Bencana sebagai ujian
- Sempena hari ibu

Read More...

Puasa sunat bulan Muharram

Disunatkan kita berpuasa pada 1(lepas dah), 9 dan 10 Muharram. Kebetulan 9 dan 10 jatuh pada Jumaat dan Sabtu. Maka bolehlah kita berpuasa pada Khamis(disunatkan puasa mingguan) hingga ke Sabtu.

p/s: Perbezaan antara puasa sunat & wajib
- puasa sunat hukunya sunat manakala puasa wajib(Bulan Ramadhan, nazar,qadha) adalah wajib
- puasa sunat boleh niat pada paginya selagi belum makan manakala puasa wajib perlu berniat pada malamnya. dll lagi. Wallahua'lam

Ada sesiapa nak tambah? Silakan

Read More...

Bahang kian terasa

PRU12 makin hampir. Siapkan kelengkapan dan tenaga. Kita all out sekali lagi. Cina India nak sokong kita silakan. Tapi kita bergerak atas kekuatan utama diri sendiri. Perjuangan tetap diteruskan. Lawan tetap lawan.

Read More...

Muhasabah di tahun baru hijrah

Sila jawab soalan berikut
1-
- adakah anda tahu berapakah tahun hijrah ini?
- adakah anda menyambut tahun baru dengan membaca yaasin, doa akhir tahun & awal tahun
- adakah anda menpunyai azam baru

Jika jawapan anda tidak, jawab soalan ini
2- Tahun masihi 2008
- anda menyambutnya dengan konsert & behimpun di tempat org ramai seperti Dataran Merdeka?
- anda mempunyai azam baru

Jika jawapannya 2 adalah ya dan 1 adalah tidak terbukti bahawa anda lebih mengagungkan budaya lain selain islam. Adakah wajar?
Tepuk dada, tanyalah iman

Read More...