Malam kelmarin ada ceramah kat Dewan Penghulu kat rumah aku. Penceramahnya ialah YB Dun aku, YDP Pas Pdg Serai & Exco Pendidikan Kedah. Masa aku mai YDP Pas Pdg Serai baru nak mula. Aku tak tau YB aku sebelum ni cerita apa. Tapi YDP Pdg Serai asyik ulas isu di Pulau Pinang, Perak & Selangor. Isu kat Kedah disentuh sedikit sangat. Sayang sungguh lagu tu.
Cerita la masalah rakyat kat Pdg Serai ka? Apa perancangan susulan kerajaan negeri terhadap pembangunan Parlimen hang. Naik exco pendidikan ingat nak cite pasai apa perancangan pendidikan, sebaliknya sembang politik plak."Kita tak perlu ceramah apa perancangan pendidikan kita nak buat. Kita terus je buat. sesiapa ada masalah pendidikan sila berjumpa terus dengan saya". Aku dengar 10 minit je. 11.30 mlm aku terus belah.
Takde beza ka ceramah bila jadi pembangkang ngan pemerintah(w/p kerajaan negeri sahaja. Pegang jawatan exco lagi)? Kiranya ceramah tu tak boleh dikatakann umum? sebaliknya ceramah politik? Diadakan di pejabat penghulu. Camna nak menarik geng atas pagar & UMNO?
Akupun malaslah nak dengar ceramah politik semata2 w/p dah jadi kerajaan negeri. Aku berpaling tadah? Insya Allah dak. Bagaimana pengundi atas pagar & UMNO yg telah mengundi kita? Depa akan terus mengundi PAS?
2-3 bulan pas ni aku nak pi dengar lagi ceramah. Nak tengok ada beza tak ceramah? Ceramah kerajaan negeri atau pembangkang pusat/negeri(kerajaan sebelumnya)
Bacaan Tambahan
- Beza ceramah sebelum dan selepas PRU12
- PAS Kerajaan Berwatak Pembangkang
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
1 comment:
saya harap kalau kita nampak kelemahan ka, kekurangan ka, kita bantulah apa yg patut mengikut kemampuan dan kepakaran kita... kalau rasa ceramah selepas PRU ni kurang menyengat, bagilah solution ...yang penting ialah penambahbaikan...kalau org lain biasanya isu ini akan diambil kesempatan utk belasah habis-habisan...mungkin kita buleh cadangkan seramai mungkin anak2 Kedah yang mempunyai kepakaran untuk membantu apa yg patut supaya masing2 merasai peranan mereka utk membangunkan negeri Kedah yang dicintai...betui dak?
Post a Comment