Tak banyak sekolah agama rakyat(persendirian) yg tinggal di Malaysia semenjak kerajaan(baca UMNO) Tok Det dulu menghentikan bantuan perkapita kepada sekolah2 SAR. Sekolah Cina(paling banyak) dan India persendirian tidak dihentikan pulak. So ini salah satu bukti UMNO perjuang Islam dan melayu?
Di Pulau Pinang SAR yg sedia ada makin nyawa2 ikan. Ar- Razi di Junjung, Simpang Empat Tasek telahpun meminta agar dimasukkan sebagai SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Antara SAR yg masih bertahan ialah Sejolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Pondok Sungai Bakap di Nibong Tebal.
STAIL telah dijanjikan 1 juta oleh 2 adun UMNO sebelum PRU dahulu. Pastu PRU sorang adun KeADILan juga menjanjikan gula-gula. Sampai sekarang takde sekupang yg sampai oleh ketiga2 adun tersebut.
Projek jejantas baru di Sg Bakap akibat pembinaan landasan berkembar Ipoh ke Butterworth akan membelah habis tapak pondok yg sedia ada. Kenapa tak amik tanah Cina? Susah nanti depa melawan balik. Contoh UMNO perjuang melayu? Moga-moga dengan kerajaan negeri yg baru tidak akan meneruskan rancangan tersebut.
Pondok Sg Bakap mempunyai antara 60 ke 70 puluh pelajar. Daripada jumlah itu, untuk bulan Ramadhan ini sahaja hanya 6 org pelajar yg membayar yuran makanan sebanyak RM120 untuk sebulan. Tukang masak terpaksa direhatkan untuk menjimatkan kos. Ustaz2 yg mengajar terpaksa memasak sepanjang Ramadhan.
Sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan bolehlah mengirimkan pertanyaan dengan menghubungi saya. Silah ym ke insan_fakir04@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Sekian
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment