Menanti perubahan Kewangan islam Selangor...

Menanti perubahan Kewangan Islam Selangor setelah Anwar dilantik menjadi penasihat ekonomi Selangor

Adakah Selangor akan
- menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islam selepas ini?

- membuat satu garis panduan untuk semua anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?

- mengeluarkan atau menamatkan pendapatan dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?

- menukar Insuran konvensional Riba kepada Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?

- menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?

- menubuhkan sebuah koperasi Islam atau bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.

- menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.

- memastikan pelaburan-pelaburan baru yang akan ditarik semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau tidak?

- mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?

- atau telah menyediakan pembiayaan mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.


sepenuhnya di sini

kat Kelantan dan Kedah kita sukar membuatnya kerana kekurangan dana dan pakar-pakar. Selangor ada semuanya.

Kita dah ada contoh pentadbiran dan suasana islam di Kelantan.Apakah Selangor mampu menjadi contoh terbaik/sebenar kewangan islam?

Dikatakan penasihat PKR yg mengasaskan perbankan islam dan UIA kat Malaysia. Kita tunggu apa pula produk islam yang akan dihasilkannya di Selangor. Pastinya yang paling baik

Semua point oleh UZAR mungkin tak dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Keluarkan arahan semua gaji kakitangan islam di Selangor dimasukkan ke dalam Bank Islam sahaja. Boleh keluar arahan larang kakitangan negeri joint BTN. Takkan tak boleh kot?

Cam yang dibuat di Kelantan. Hasilnya di Kelantan ada 9 cawangan bank islam di sana Menyeluruh di semua bandar. Dari Kota Baharu hinggalah ke Gua Musang.Takkan kat Selangor cuma nak kekalkan 12 cawangan je? Senarai cawangan Bank Islam

Sejarah bank islam

Video selingan

No comments: