Aku tak faham la.. 1- Kalau penyokong bola merusuh, perlawanan di stadium tidak dibenarkan penyokong menyaksikan. Jika merusuh di sambutan krismas? Sambutan tahun baru masihi dibatalkan?
2- Ceramah pembangkang dikawal polis/fru. Sambutan tahun baru dikawal rela
3- Dah terbukti penyembur buih mengotorkan kereta, apsal tak diharamkan. Wisel dalam stadium pun boleh haram
Bagi sesiapa berminat memiliki saham kowahida silalah menjadi ahli HPA. Dijangkakan tahun ni dividen ilah 20%. Jadilah ahli bawah ahli HPA. Pastu baru boleh beli saham. Jadi ahli bawah saya pun boleh. YM saya insan_fakir04@yahoo.com
Jelas kenyataan Abhisit bahawa kuasa autonomi sekalipun tidak akan diberikan. Apatah lagi kemerdekaan
Di Timor Leste(Timur Timur semasa dalam Indonesia) kita boleh buat referendum sama ada nak kekal dalam Indonesia atau merdeka. Kenapa di Patani tak boleh? Adakah kerana
- Patani akan menjadi negara islam jika merdeka?
- Petroleum di Teluk Siam akan terlepas dari Thailand jika Patani merdeka?
- Patani akan bergabung dengan Malaysia jika merdeka?
Najib patut tengok betapa amannya Patani ni. Nak masuk kampung pun kawalan tentera. Siap pagar kawat lagi.. Perintah berkurung di sini dah berbelas tahun dah
Lagu Kedamaian Sahabat ... Duniaku kini tiada ceria Hilang entah ke mana Detik-detik yang ku lalui Penuh duri
Bilakah segalanya akan berakhir Kedamaian kan muncul kembali
Mengapa tangisan itu Masih terdengar lagi Adakah tiada siapa peduli
Sahabatku ... Bersabarlah dengan ujian Tuhan Natijah kealpaan Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir Kedamaian kan muncul kembaliOoo
tangisan itu Masih terdengar lagi Tiada siapa peduli
Di mana nilai kemanusiaan Sebagai hamba tuhan Hadirlah kedamaian Kami memerlukan
Hadirlah kedamaian Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang Tumbuh pohon nan subur
Di mana nilai kemanusiaan Sebagai hamba tuhan Hadirlah kedamaian Kami memerlukan
Hadirlah kedamaian Kami memerlukan...
Tajuk lagu tak diketahui.. Ayuhai pemuda harapan bangsaku Pemudi tiang Negara Marilah ayuh kemari Kita bersama berjuang Membela agama dan bangsa Biar darah membasuh bumi Asal kita berjaya X2
Bujur lalu lintang patah Tumbuh hilang berganti Satu hilang dua terbilang Tetap kita berjaya X2
Pemuda Pemudi pembela bangsaku Angkatlah bendera revolusi Dengan laungan gelap gelita Tuhan bersama kita X2
Saya dapat dari seorang pemuda Patani. Lupa mintak dia terjemah tajuk video ni. Sesiapa yg boleh translate ke BM boleh bagitau kat saya
Dulu masa lulus belanjawan 2009 ianya diluluskan secara belah bahagi. Kita kalah kerana ada MP kita yg tuang persidangan. Masa usul gantung Gobind deo pun ada mp kita yang tuang. Kali ketiga masa lulus belanjawan 2010 kita kalah 1 undi. Jika menang kita boleh kemukakan usul undi tidak percaya di dalam dewan. Payah la nak tunggu peluang camnni lagi selepas ini.
Tadi saya pi la ke kedai Celcom. Nak bayar bayaran tertunggak. RM75. Yang tak puas hati ialah lepas habis bayar. Staf tu kena telefon Celcom Center. Perkenal diri dan syarikat. Pas tu aku plak kena cakap sendiri ngan awek center tu. Bagitau nama penuh, ic nama ibu. Pastu kena sembang ngan sorang lagi plak mamat. Kena ulang gak benda yg sama. Bengang la.
Aku pernah kena blok line telefon dulu ngan TM. Tak la teruk camni. Bayar lebih dari separuh bil pastu selesai. Celcom memang teruk!
p/s: Yang line celcom down lama pas raya tu sebab depa switching bila dah joint jadi Axiata. Yang aku marah switch la hari biasa ka. Bagi memo dulu. Ni aku tanya sendiri kat budak kedai celcom. Dia bagi tau Sekali lagi down lama camni aku plan nak switching plak.
kat Kelantan dan Kedah kita sukar membuatnya kerana kekurangan dana dan pakar-pakar. Selangor ada semuanya.
Kita dah ada contoh pentadbiran dan suasana islam di Kelantan.Apakah Selangor mampu menjadi contoh terbaik/sebenar kewangan islam?
Dikatakan penasihat PKR yg mengasaskan perbankan islam dan UIA kat Malaysia. Kita tunggu apa pula produk islam yang akan dihasilkannya di Selangor. Pastinya yang paling baik
Semua point oleh UZAR mungkin tak dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Keluarkan arahan semua gaji kakitangan islam di Selangor dimasukkan ke dalam Bank Islam sahaja. Boleh keluar arahan larang kakitangan negeri joint BTN. Takkan tak boleh kot?
Cam yang dibuat di Kelantan. Hasilnya di Kelantan ada 9 cawangan bank islam di sana Menyeluruh di semua bandar. Dari Kota Baharu hinggalah ke Gua Musang.Takkan kat Selangor cuma nak kekalkan 12 cawangan je? Senarai cawangan Bank Islam
Komen aku? Aku x nangis cuma bergenang je. Nampaknya kalu pru13 dalam masa terdekat dan geng ug x dibuang maka kita akan mengulang tahun 2004. Silap2 semua negeri kan terlepas. Payah nak cari pemimpin kaya jiwa ni. walau belum terbukti salah, namun nak elak persepsi negatif sanggup ditinggalkan
p/s: Tahniah Aduka pasai blog hang mencanak naik rankingnya.. Dengan artikel hang ni boleh dapat nombor satu kot?
Iklan tayang punggung dan dada kita tak bising. Iklan potong kita bising. Antara maksud jelas dan makna lain(double meaning). Kita lebih utamakan yang maksud lain.
Seorang jiran dan kawan akan menunaikan haji tahun ini. Yang menjadi masalah mereka disuruh bersedia(standby). Tetiba esok nak pi, malam ni baru bg tau. Kalut la. Ada yang dapat pi 4 orang tapi 2 orang naik penerbangan berasingan. 2 kapal terbang. Mendengar sok-sek bahawa pengurusan haji tahun ini caca merba sikit. Cam tahun-tahun lepas dalam seminggu nak pi, akau diberitahu dulu. Sempatlah menguruskan apa yang patut. Kepada Menteri Haji, silalah tengokkan masalah ni. Kebetulan ini terjadi masa hang jadi menteri... Tahun depan jangan berulang lagi peristiwa camni. Menyusahkan dan memalukan
Pas ni - kena berjuang tukar wang ehsan jd royalti. Dalam perjanjian sebuat royalti bukannya wang ehsan. - wang tersebut mesti melalui kerajaan negeri dan bukan jkkp(Ketua Umno bhgn). Cam kes Terengganu bila Pas berkuasa. Royati jadi wang ehsan dan disalurkan kepada JKKKP bukan kerajaan negeri. - perjuangankan lg agar dapat tunggakan dr tahun 2004 bila myk mula digali di sana. Alasan kata kwsn pertindihan x boleh pakai
Kerajaan ingin memajukan sektor automatif tempatan. Maka dinaikkan insurans sehingga 100% untuk kereta lebih 15 tahun. Diwajibkan plak menjalani pemeriksaan Puspakom setiap kali ingin memperbaharui insuran. Apa ni? Takde cara lain ka nak membuat rakyat membeli kereta baru(baca kereta tempatan)? Sepatutnya:- - perkasakan dahulu sistem pengangkutan awam cam Jepun dan Singapura. Tiru satu je tak sempurna la. - perkasakan kereta nasional. Tingkatkan kualiti terutama kereta proton. Menaikkan duti import kereta bukan nak menolong. Nak menjahamkan lagi ada la pada masa depan.
"Ok, saya bagi 3 minit untuk bersurai. Kalau kamu tidak mendengar ini merupakan perhimpunan tanpa sebarang permit. Saya akan tangkap. Okay, satu-dua-tiga...TANGKAP!"
Nilaikan sendiri. Dia mengaji BM kat mana. Budak-budak sekolah tahun 4 pun tau 3 minit tak sama dengan kiraan 1,2,3. Jauh panggang dari api
Aku menyertai blogger-blogger pro PAS. Mari lakukan beramai-ramai. Lakukan solat hajat seorang/berjemaah. Semoga PAS makin perkasa dan mampu memimpin Malaysia ke arah perubahan yang lebih baik. Amin
Keputusannya telah diketahui. Tibalah masa untuk muhasabah. Kenapa majoriti undi makin bertambah? Mari muhasabah. Abaikan undi tentera. Kenapakah
- kita kalah di semua 8 daerah mengundi? Padahal sebelumnya kita menang di 3 tempat. - di kawasan majoriti bukan melayu kita kalah. Adakah pengundi bukan melayu kembali menyokong UBN? - adakah insiden pergaduhan menjadi back fire kepada PR. Menyebabkan undi pergi kepada UBN?
Biarkan ini menjadi pengajaran. Mana yang baik kita teruskan. Yang tidak baik kita baiki/gantikan. Insya Allah
Tolonglah. Pas ni - nak komen/kutuk gunakanlah saluran yg betul. Badan Perhubungan PAS Negeri, Mesyuarat Exco Mingguan dan Jawatankuasa PAS Pusat. - gamak tak puas hati/berkesan gunakanlah org lain sebagai lulit. Jangan diri sendiri bercakap.
Dah banyak dah kerosakan kepada PAS dan PR berlaku akibat isu Selcat dan isu arak Selangor yang lepas. Jangan diulang lagi
Petugas pas diserang!. Kat Markaz Induk plak. Markaz di beberapa upu-upu lain turut diserang. Apa sudah jadi. Mana p polis n petugas pemantau pilihanraya? Sibuk sangat kah atau telah di arah duduk diam2 dlm rumah?
Masanya telah tiba. Arahkan semua ahli-ahli gayung turun. Martial art lain juga sila turun. Sekiranya bon dan pala merah pun dah tak nak jaga, kami sanggup panggil member kami tolong jaga. Jangan ada lagi petugas kami diserang hingga cedera atau mati.
Saya telah buat satu lagi blog. Di sini akan dimuatkan koleksi video kuliah agama. Buat permulaan saya akan publish kuliah pagi Jumaat TGNA. Silalah berkunjung ke sana.
banyak la suara yang sokong dan tidak. Bagi aku - dato' adalah exco. sebarang teguran/tak puas hati salurkan melalui mesyuarat exco mingguan. - kalu x didengar gunakan wadah dlaman parti. Dewan Harian Negeri atau mesyuarat PAS Pusat. - jangan keluar kenyataan bercanggah ngan pimpinan kerajaan kepada media. Cukuplah dengan kerosakan yang berlaku.
Peliknya - Apsal jadi pada raya kelima je? Betui ka? Aku kena dari malam raya pun tak boleh call.Hampeh! - Ada yang kata terima sms makluman dari celcom. Aku dan ipar duai aku semua guna celcom tak terima pun. Adala 15 orang. - Dia kata masalah membabitkan celcom ke celcom. 25/9 member aku call aku guna 019 tak bleh. Try guna public phone. Takleh gak. 04... line celcom ka? cit. Auta - pengguna tak mau tau 150 juta atau 750 juta panggilan. Yang penting mintak maaf atau berikan rebet. Ada harapan? Jangan harap!
Mak Jang aku kelmarin mai rumah 5.30 petang. Aku keluar raya. Call aku tak dapat.6.30 baru dapat. Salah sapa? Line sesak lagi?
Aku plan nak tukar la plak. 012 kayakan Ayahda(Ananda). Digi compeni luar(Sweden kot?). Ada kompeni lain tak?
Sebenarnya tinggal 10 hari. Tolak Ahad dan 2 hari(Pos Malaysia cuti raya 2 hari) maka ada masa 7 hari lagi. So kepada semua yg dah 21 atau selama ni x pernah mendaftar silalah berbuat sekarang.
Walaupun pendaftaran dibuka sepanjang tahun tapi SPR bahagikan tempoh pendaftaran tu kepada 4 suku dengan setiap suku selama 3 bulan. Maksudnya, untuk suku pertama, dari 1 Januari hinggan 31 Mac, suku ke dua dari 1 April ke 30 Jun, suku ke 3 dari 1 Julai hingga 30 September dan suku ke 4 dari 1 Oktober hingga 31 Disember. Jadinya sekarang di dalam SUKU KE 3 TAHUN 2009.
Yang boleh jadi tinggai 10 hari tu pasai SPR menetapkan untuk Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang SPR lantik, borang-borang mesti diserahkan sebelum atau pada 25 haribulan, kalau lepas tu akan borang tu akan diproses untuk suku yang akan datang pulak. Jadinya borang-borang mesti dihantar sebelum atau pada 25 haribulan September ni untuk masuk SUKU KE 3 TAHUN 2009.
Jadi apa tindakan seterusnya. Berhenti dan kembali menyokong UBN? Maaflah. Terlalu banyak kezaliman yang diterima rakyat. ISA hanyalah satu darinya. Lagipun masih ada lagi 9 tahanan yang masih merengkok di sana. ISA pula masih belum dihapuskan.
Kita akan terus berjuang. Menentang kezaliman UBN terhadap rakyat(tak kira rakyat Malaysia atau negara lain). Lawan tetap lawan. Allahu Akhbar
"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"
"Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!"
Soalannya berita mana yg betul? Dah keluar ke belum?
Atau ada dua vaksin berlainan?
Atau spinning media? Agar rakyat tidak panik?
Atau gula2 sempena PRK N11 Permatang Pasir.
p/s:Aku maleh nak terbit siri Pelik Tapi Benar nih. Banyak sangat ???. Ingat dulu Cikgu BM(apa perkembangan dia sekarang) sekolah Menengah dulu. Tak bagi terlalu banyak pengulangan ??? Tapi dah xde blogger yg cuit. Aku cuit la.
Aku pun tak tera mana pun. Sekadar mengingat diriku dan muslimin muslimat. Ustaz Asri Rabbani telahpun pergi dalam usia 40. Aku plak bila nak pi?
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Ceritanya panjang. Cerita sepenuhnya di sini. Saya hanya petik beberapa perenggan sahaja
- Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.
- Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?
- Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.
- Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.
- Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.
- Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.
Saya berpendapat sudah tiba masanya pejuang patani mengubah taktik peperangan. Demo, perang gerila, rundingan semuanya telah dilakukan. Namun tiada perubahan. Yang pasti Siam laknat akan terus menindas.
Pelik. Negara timor Leste(dulu timur timur) diberi peluang mengadakan referendum untuk keluar Indonesia. Kenapa tidak Patani? Takutkan timbul satu lagi negara islam? Atau Siam terliur akan hasil minyak di perairan sana?
Marilah kita luaskan skop perjuangan kita di kota2 besar Siam seperti Bangkok. Kita buat bom kenderaan. Jika perlu kita gunakan pengebom assyahid kita
Akhirnya yang ditunggu dan ditagih telah tiba. GMI akan menganjurkan demo sempena 49 tahun ISA. Setelah PPSMI aku menguzurkan diri. Tak berpeluang merasai pedih mata atau dikejar polis. Insya Allah. Aku menantimu.
Jangan bimbang. Kami takkan merosakkan harta benda awam, membuang sampah merata-rata atau mematahkan ranting-ranting pokok. Paling kurang pun mungkin rumput-rumput agak lunyai dipijak 100 ribu orang. Demo rakyat malaysia tak sama cam Iran dan Thailand, insya Allah.
- seluruh pimpinan tetiba2 bersetuju tentang konsep kerajaan perpaduan - TGNA tetiba menyokong plak - semua yg anti tetiba beralih arah tinggal aku sorang
Namun tanpa penjelasan yg memuaskan, hati kecil ini tiadak akan redha. Zahir boleh menipu namun hati? Wallahua'lam
Undi aku takkan lari ke UBN, insya Allah. Tapi undi ahli(yg xde fikrah usrah) dan orang ramai?
Manik Urai nanti akan menjadi sebahagian tanda. Ahli akar umbi dan penyokong menolak atau tidak kerajaan perpaduan.
Tolonglah perincikan konsep kerajaan perpaduan. Jangan lempar batu kemudian lari. Tunggu. Berikan penjelasan kenapa baling batu. Kalu x memuaskan, bersedialah untuk dibelasah!
Kerosakan (tak kira besar/kecil) telah berlaku pada PAS. Pada ahli dan penyokong. Mana yang betul? Presiden dan Timbalan menerima konsep unity goverment. Mursyidul Am menolak. Sapa yg betul?
Aku nampak kalu kita tak cover balik isu ni, PRU13 ni PAS akan terlentang semula. Manik Urai pun boleh terlepas.
Ayuh! - jentera penerangan turun secepat mungkin ke akar umbi. - jika nak teruskan idea ni, perincikan konsepnya. Jangan bincang ngan 2-3 orang je. Keluarkan satu kenyataan. Pastu senyap. Lama selepas tu cite lagi.AJK Pusat perlu faham. Komponen PR juga perlu diberi penerangan
Pesakit ini dikenalpasti makan daging babi. Kalu kita makan makanan unsur babi(bahan-bahan mengandungi babi) ada kemungkinan tajavascript:void(0)k cacing akan masuk perut?
Ingat semua tentang babi tak elok ka? Saksikan video ini. Diceritakan oleh seorang pakar babi.
Penceramah ialah Dr Nurul Hisyam. Pernah bekerja dengan syarikat Gold Coin. Menerima kereta, banglo dan pelbagai hadiah dari syarikat.
p/s: - Kalu tak berminat dengan HPA, abaikan. Amik cerita tentang babi udah. - Berminat tentang HPA? Sila layari web site hpa, kunjungi cawangan/stokis berdekatan. - Ingin jadi ahli? Carik mana-mana ahli hpa. Lebih baik cari ahli yang aktif. Nak jadi ahli bawah saya pun boleh. emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com. Nak ym pun boleh
Tak yah tanya Adil dan DAP tentang gambar ini. Bagaimana dengan PAS?
Bagi aku - korang nak salam/sentuh tangan bukan muhrim biaq pi la. Janganlah boh gambar tu dalam blog/media. Mendatangkan fitnah/kekeliruan bg yang tak reti(jahil la tu).
Aku nampak kita membiarkan UBN berterusan menggasak kita. Takkan nak terus bertahan hingga bersatu dengan dinding(langsung tak bergerak) lalu menyerah? Kita perlu menyerang kembali.
Aku bersetuju dengan Mat Saman Kati. Anwar dan TGHH tak banyak kelihatan dalam isu ini. PR Perak(Nizar dan DAP) yang bergelut. Pengerusi PKR dan Pesurujaya Perak tak nampak muka. Ada dengar depa mai ceramah penerangan seluruh negeri? Atau bersama-sama mengadakan sidang akhbar?
Kita tahu yang Najib cukup takut PRK. Dan PRK sebelum ni kita semua menang kecuali Batang Ai(bagi la sebatang kat depa). So apa kata kita ikut idea Aduka Taruna. Amacam. Ada berani?
Ada member Kedah kata PR Perak gopoh. Apa plak. Kedah ada PTD sendiri. Perak ada PTD Pusat(SPA). Tu yg jadi makin menanah tu. Duri dalam daging. Depa yg merosakkan dari dalam. Nak buang plak tak bleh.
Aku kecewa dengan cara PR(pusat (PAS dan PKR)) menangani isu ini. Kecewa.
Rayuan Mamak Zambry menangguhkan keputusan semasa menunggu proses rayuan telah ditolak. Jadi bagaimana dengan
- Sultan Perak. Adakah akan berkenaan membubarkan DUN? - tiga pegawai PTD. Penasihat Undang-undang,SU Dun dan SUK akan dipecat/gantung atau diminta meletakkan jawatan? Semua Bentara Dun camna plak? - Gaji dan elauan MB haram akan dikembalikan kepada Nizar?
Terima kasih kerajaan(UBN) kerana membebaskan lagi tahanan ISA. Pas ni bebaskan semua tahanan dan mansuhkan terus akta zalim ini.
Ada yg kata ISA perlu untuk keselamatan negara. Menangani pelampau agama, politik, ketenteraan dan sebagainya. Yang uniknya di dunia ni hanya ada 3 negara yg menggunakan akta tahanan tanpa bicara ini iaitu Malaysia, Singapura dan Israel. Amerika juga mengamalkan ISA tapi kem tahanan di luar AS iaitu Guantanamao, Cuba dan Afghanistan.
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." 113-Surah Hud Cenderung pun tak boleh beb!
- Sivakumar membuka majlis dengan mengatakan Zambry dan 6 exconya diperintahkan keluar Dewan. 3 ekor katak lompat juga diarahkan berbuat demikian. Ketika ini Sivakumar masih speaker. - Zambry membawa usul pemecatan speaker namun Sivakumar menolaknya. - Tetiba Hee Adun Jelapang mengumumkan dia memangku speaker dan mengarahkan Sivakumar keluar dewan. - Zambry membawa usul melantik Ganesan sebagai speaker. Bebarapa usul dibawa oleh BN termasuklah mengisytiharkan usul sidang bawah pokok dimansuhkan.
Setahu aku - Siva masih speaker kerana 1) Dewan DUN belum dibubarkan 2) Beliau belum mati atau tugasnya diserah/ganti oleh Hee 3) Beliau tidak dijatuhkan menerusi undi tidak percaya. Usul itupun ditolaknya. Tiada siapa boleh pertikai kuasanya.
Bagaimana dewan boleh menerima usul sedangkan Raja Nazrin belum pun merasmikan lagi sidang?
Sms panjang dari al ustaz (nama-nama ditukar untuk keselamatan yang diperlukan), rengkasnya:
Dayang, berasal dari Semenanjung telah berkawin dengan Jack, seorang mualaf dari pedalaman Sabah. Jack berniaga kecil-kecilan di Pahang. Pada tahun 2004 Dayang, yang sedang mengandung pulang ke kampung suami bersama anak perempuan berumur 2 tahun untuk jaga mertua yang sakit. Suami tak pulang kerana kerana bekerja dan belajar agama serta untuk menjimatkan perbelanjaan.
Dayang tak dapat pulang kembali ke semenjung kerana masalah kewangan. Dia tinggal bersama mertua, abang ipar, biras yang mempunyai 6 anak. Abang ipar adalah pastor di SIB. Rumah mereka pula adalah pusat aktibiti SIB.
Beberapa bulan berikutnya Dayang melahirkan anak ke-2 di Sabah. Abang ipar dan mertua sentiasa pujuk supaya Dayang ikut agama mereka dan anak-anak pula dibawa ke gereja setiap minggu. Kebetulannya seorang haji dari Indonesia telah masuk Kristian setelah penyakit kanser yang dihidapnya sembuh setelah disembahyangkan dan didoakan di gereja; dan lelaki ini kini aktif berdakwah kristian kerana keajaiban penyembuhan penyakitnya. Mualaf yang murtad juga ramai di sana, dan kalau tak murtad pun mereka sentiasa mabuk-mabuk. Bermakna Muslim di situ tak dapat diharapkan untuk apa-apa keperluan.
Dayang terpaksa membanting tulang empat kerat menebas hutan, tanam padi huma, tanam sayur tetapi segala hasil milik keluarga, jadi tak ada peluang nak kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Suami yang bergantung kepada komisyen jualan pula semkin merosot pendapatannya dan tak mampu kumpul duit untuk bawa anak isteri pulang semenanjung.
Mertua semakin bengis dan Dayang berasa mereka sengaja buat begitu untuk memberi tekanan agar Dayang ikut kemahuan mereka. Abang ipar membuat hukuman bahawa anak-anak mesti diasuh dalam agama asal mereka. Kalau Dayang keladang maka anak-anak mereka dibagi makan masakan babi dengan alasan anak-anaknya yang minta.
Akibahnya Dayang dan keluarga mertua bergaduh dan tegang sepanjang masa gara-gara agama. Aktiviti agama mingguan di rumah mereka, Dayang dipaksa masak dan melayani tetamu. Tak ada pilihan kerana tinggal dengan mereka. Pengalaman mahal empat tahun ini membuka matahati Dayang. Dalam ceritanya kepada isteri al ustaz dengan loghat Sabah, "Sangat besar rahmat dan belas kesian Allah pada saya kerana titisan iman masih ada pada saya. Saya mau mulakan hidup baru."
Langsung saya memanjangkan sms ini kepada teman-teman dengan pesanan, jangan mencari penderma untuk jumlah yang banyak. Mencukupi sekadar RM10 setiap seseorang, kerana lebih ramai lebih baik. Jumlah yang dianggarkan tak lah banyak. Sekadar RM3000 untuk menguruskan segala keperluan logistik. Kini Dayang dan anak-anaknya sudah dibawa ke tempat yang selamat.
Seperti kata S Covey. Apa yang berlaku adalah kejadian langsung. Selebihnya menunggu tindakan kita.
Insha Allah Bunga Rampai akan menyebarkan maklumat tentang nombor akaun yang berkait. Bergantung kepada tindakan anda.
Segalanya kini terserlah. Apa fungsi Menteri Agama dalam jawatankuasa kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. 4 menteri dalam jawatankuasa. Yang peliknya pengerusinya bukan islam. Tak pelik jika keputusan sebegini dikeluarkan.
- majoriti darinya tak boleh pakai. Kebanyakannya(melayu) berjiwa UBN. Dari segi amalan islamnya toksah cerita la. Takde tarbiyah(islam atau lain-lain fahaman). Tak pelik kalau kebanyakan masalah besar PR berpunca dari ahli-ahlinya. Selidiklah kemenangan percuma BN(UBN) dalam PRU lepas. Krisis politik di Perak, Selangor dan terkini Pulau Pinang. - aku setuju cadangan Aduka Taruna tentang memboikot PRK Penanti. Kalu UBN berani bertanding la. Salah satu cara nak mengingat PKR. Cari org betul-betul layak(juga teguh pendirian) untuk bertanding dan menjawat jawatan pimpinan tertinggi.
- Adakah benar sokongan melayu kepada PR(baca PAS) merosot? Adakah tempoh selama kita memerintah Perak kita tidak berjaya meraih sokongan mereka mengundi kita(Umno dan atas pagar).
- Adakah benar sokongan bukan melayu(baca Cina) benar-benar kerana percaya kepada kemampuan kita? Atau hanya sikap oportunis(pergunakan kita)? Kelab penyokong PAS makin mantap?
Pakat-pakatlah kita muhasabah. Dari ahli, cawangan, Kawasan, Negeri(bukan hanya Perak) dan Pusat sama-samalah kita koreksi diri.
Aku mengulas Bukit Gantang kerana aku terlibat secara tak langsung. Bukit Selambau tak masuk kira
Kita menang di 2 bukit(Bukit Gantang dan Bukit Selambau) namun kalah di satu batang(Batang Air). Selepas ini masa untuk post mortem dan bekerja kembali. Perjuangan tetap terus. Kita adalah mata rantai perjuangan. Kita bukan yang pertama dan bukan terakhir.
Terima kasih kepada Al Banjari kerana berani mendedahkan penipuan serta double standard UMNO/BN. Pada semua yang mahu melihat teks asal dalam bahasa jawi sila rujuk kepada link ini
Teks Khutbah telah dirumikan dan boleh dibaca dibawah. Jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti mengata dulang paku serpih, parti telunjuk lurus kelingking berkait, parti lidah bercabang dua belas, parti menanam tebu di bibir dsbnya. Khutbah ini adalah bukti yang paling jelas:
(Bermula) Khutbah Jumaat. Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang. Kesetiaan kepada raja dan negara. 7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009 Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan
Muka 1. Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...
Muka 2.
Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.
Muka 3.
Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.
Muka 4.
Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim...... (Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)
Perjuangan akan terus. Jika ingin menegakkan keadilan menyebabkan lidah kita dipotong, potonglah.
Selagi nyawa di badan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi hati ini masih hidup. Perjuangan kan diteruskan. Lawan tetap lawan. Patah sayap bertongkat paruh.
Jika DAP sudi menjadi media(sementara?) PAS dan PKR silakan. JIka Roket berharga RM10 sekalipun kami akan membeli. Tiada rotan, akar pun berguna.
Insya Allah akan berlaku gelombang ict(it) kali kedua. 90% it akan dijangkkan menjadi medium dakwah terutama di 3 PRK nanti.
Himpunan membantah PPSMI telahpun berlalu. Aku sedih kerana tak dapat menyertai dan merasai pedih mata, bertempiaran lari dan yang berkaitan. Terdapat kerja jemaah yang lebih perlu diutamakan.
Semoga selepas ini akan diadakan pula himpunan membantah ISA. Aku akan menyertainya. Insya Allah.