Bila Aku melihat anak muda dalam gambar ini,Warikh(berbaju biru) dan Monior(berbaju merah) teringat pada ungkap Ir.Soekarno mantan Presiden Republik Indonesia. Katanya, "beri Aku sepuluh orang pemuda yang boleh mengoncang dunia..." Ada benarnya ungkap Bung Karno ini. Warikh YDP Wargakilang yang mengasaskan penubuhan NGO ini. Pengalaman beliau yang luas bekerja di luar negeri khususnya di Thailand dan melihat NGO di sini bekerja mensantui rakyat yang susah telah mengilhamkan beliau untuk penubuhkan NGO Wargakilang.
Lalu dikumpulkan lebih kurang 10 orang pemuda daripada pelbagai kilang dengan bermacam fahaman anutan politik.Nama-nama seperti Wahab,Aznee, Sattar,Affendi, Shukri dan ramai lagi yang penulis tidak ingat dan kenal. Penulis berterima kasih kepada Sdr. Wahab yang pada mulanya agak malu untuk memperkenalkan kegiatan Wargakilang ini.
Penulis mengetahui Wahab dan Monior bukanlah datang daripada keluarga bangsawan. Mereka tidak malu menceritakan latarbelakang mereka. Benar mereka daripada keluarga miskin. Dengan semangat, azam dan tekad untuk keluar daaripada lingkaran kemiskinan syaitan, mereka telah bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Maka jadilah mereka seperti hari ini. Mereka tidak pernah lupa pada 'ikar' mereka. Mereka bukanlah 'Si Tanggang' atau 'Malim Kundang'.
Menurut Sdr. Warikh pertubuhan ini mula dikenali masyarakat. Aktiviti seperti bergotong-royong, membantu rakyat miskin, mengadakan program motivasi. Pendek kata mereka melakukan apa yang termampu dengan tulang empat kerat dan dengan fikiran yang terbuka.
Jadi tidaklah hairan bila penulis melihat mereka tidak kekok bila berdepan dengan masyarakat atau pihak berkuasa hatta pemimpin kecil di daerah pedalaman(yang sekali sekala cuba menunjukkan 'taringnya')
Menurut YDP Wargakilang 'modus operandis' wargakilang kini menjadi ikutan beberapa NGO di negara ini.
NGO Wargakilang tidak terikat dengan sebarang partai politik atau apa sahaja pertubuhan. NGO Wargakilang bersifat non-partisan dalam gerak kerjanya.
Dalam melakukan aktiviti kemasyarkatan NGO Wargakilang hanya boleh barang-barang makanan dan lain-lain keperluan rumah.Wargakilang tidak akan menerima sebarang sumbangan kewangan daripada mana-mana.pihak.Kalau ada pihak yang sudi hendak menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak terbabit. Lakukanlah. Tapi bukan melalui Wargakilang. Individu berkenaan turun ke padang dan bertemu sendiri dengan pihak yang berkenaan.
Oleh Shakir Md Taha.
Dalam melakukan aktiviti kemasyarkatan NGO Wargakilang hanya boleh barang-barang makanan dan lain-lain keperluan rumah.Wargakilang tidak akan menerima sebarang sumbangan kewangan daripada mana-mana.pihak.Kalau ada pihak yang sudi hendak menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak terbabit. Lakukanlah. Tapi bukan melalui Wargakilang. Individu berkenaan turun ke padang dan bertemu sendiri dengan pihak yang berkenaan.
Oleh Shakir Md Taha.
Catatan : Tiada catatan pengalaman. Cuma info mengenai NGO Warga Kilang
No comments:
Post a Comment