Berikut adalah catatan pengalaman mereka yang menrtai rombongan Jalan jalan Masuk Kampung anjuran NGO Warga Kilang Kawasan Utara
1- ComeyBelako
|
"Intel Involved Volunteers - bringing smiles to the less fortunate" |
Alhamdulillah. Sekali lagi Allah swt permudahkan dan beri kelapangan masa untuk saya bersama2 team NGO WargaKilang mengharungi perkampungan sunyi di sekitar daerah Sik. Terima kasih untuk mak yang sudi tengok2kan cucu-cucu mak yang lasak itu. Irfan, Irdina, Irsyad…maafkan ibu tinggalkan anak2 ibu dengan maktok. Ibu risau anak2 ibu letih nanti. Sementelah bulan puasa pulak. Perjalanan pergi dan balik dari Kulim ke destinasi lebih kurang 300km. Dan juga auntie serta pakcik yang sudi bercucukan Isyraf di hari yang barakah itu. Terima kasih! Tidak lupa juga kepada semua warga Intel Malaysia @ Team Biru Intel Involved yang tidak jemu2 menyumbang wang ringgit, makanan, pakaian dan tenaga untuk program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini. Saya amat berbangga sekali. Setiap tahun warga Intel adalah antara penyumbang utama program ini. Dan yang paling layak menerima ucapan tahniah dari saya tentunya tidak lain dan tidak bukan adalah Saudara Monier dan rakan2 jawatankuasa team NGO WargaKilang seperti Sdr Warikh, Sdr Lokman, Sdr Fendi, Sdr Wahab, Sdr Syukri, Sdr Aznee dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama yang saya kenal) yang begitu istiqamah dalam mengharungi perjuangan ‘perkhidmatan percuma’ ini – percuma dari ganjaran dunia maksud saya. Tahniah!Tahniah!Tahniah!...dan Tahniah sekali lagi dari saya dan terima kasih yang tidak terhingga kerana membuka jalan kepada kami untuk sama2 memberi ‘perkhidmatan percuma’ ini yang amat berkesan untuk penyucian hati dan minda, seterusnya mengingatkan kita tentang konsep kesyukuran dan rendah diri yang makin menipis di zaman masing2 mengejar harta dunia dan status dunia. Alhamdulillah.
|
Konvoi team WargaKilang - sedang susun atur konvoi. |
Seawal subuh kami semua telah bersedia menyelenggarakan apa yang patut supaya dapat tiba di tol Gurun seawal 8pagi. Bantuan dari team pengawal keselamatan dari Fuji Electric sememangnya memberi impak yang besar. Tanpa mereka pastinya kelam kabut konvoi perkhidmatan percuma ini…kalau tak silap saya lebih kurang 30 buah kereta pelbagai jenis terlibat dalam konvoi kali ini. Semuanya tersusun rapi. Terima kasih Marshal tak rasmi team WargaKilang! Tahun depan jangan serik join lagi ok ;).
|
Sdr Lokman yang juga pensyarah kepada suami saya yang sentiasa memberi semangat. |
|
Sdr Aznee, antara peneraju utama aktiviti team NGO WargaKilang |
|
Saya tumpang sekaki. Memberi derma bagi pihak Intel dan juga KCSC (KHTP Committee & Security Council). |
Jumlah penerima sumbangan program Jalan2 Masuk Kampung Edisi Ramadhan 2011 kali ini ialah 41 buah keluarga dan sebuah pusat pengajian pondok persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh menarik! Semua peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, pangkat dan darjat, kereta kecil dan kereta besar bersama2 berganding bahu. Bersama2 meninggalkan jawatan dunia di pejabat masing2 dan hanya membawa diri sebagai seorang manusia @ hamba Allah swt, melangkah kaki ke perkampungan sunyi di daerah Sik untuk berkongsi rezeki kurniaan Allah swt bersama rakan2 kita di sana yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah.
|
YDP NGO WargaKilang, Sdr Warikh |
|
Antara rumah yang kami ziarah. Rumah Puan Rashidah. Walaupun dhaif tetapi bersih dan kemas. |
Namun, satu perkara yang amat menyentuh hati saya dan amat sukar untuk saya terima (**maaf jika ada yang tidak bersetuju…ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang anak, ibu dan isteri**) ialah di persinggahan yang pertama, bilamana seorang ibu yang uzur yang tidak dapat menguruskan diri sendiri hanya tinggal bersendirian. Tinggal bersendirian di dalam sebuah pondok yang amat dhaif dengan kaadaan yang kotor, berbau hancing dan tidak terurus. Sedangkan anaknya sekeluarga tinggal berasingan dirumah berdekatan. Ya, saya faham anaknya juga susah. Walaubagaimanapun, sebagai anak, sejuta alasan sekalipun tidak melayakkan kita untuk memperlakukan ibu kita sedemikian. Sesungguhnya begitu tinggi darjat seorang ibu dan sesungguhnya syurga dibawah tapak kaki ibu. Sehingga kini saya masih tengiang2 jawapan yang diberikan oleh anak makcik tersebut kepada salah seorang dari sukarelawan yang bertanya , “awat tak bawak mak dok sekali?”. Jawapan yang sukar saya terima, “mak dia payah sikit, selalu buat bising ikut dan dia, lepaih tu berak kencing merata”. Betul lah orang dok cakap, seorang ibu boleh bela 10 orang anak, tapi seorang anak tak tentu boleh bela dan jaga seorang ibu. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran yang amat besar dan berada di depan mata kami semua pada episod kali ini. Nauzubillah. Moga kita dijauhkan Allah swt memperlakukan sedemikian rupa kepada ibubapa kita, dan moga Allah swt lindungi kita dari diperlakukan sedemikian rupa oleh anak2 kita. Nauzubillahiminzalik. Marilah kita doakan juga moga dibukakan pintu hati anak makcik ini untuk membawa ibunya tinggal bersama. Supaya dapat makcik uzur ini merasa kasih sayang anak menantu dan cucu di akhir usianya. Amin.
|
Inilah pondok usang kecil sebesar tandas dirumah kita tempat ibu tua uzur tersebut berteduh bersorangan. |
Akhir sekali kami singgah di pondok pengajian persendirian iaitu Pondok Ahmad Nahu. Sungguh dhaif pondok ini. Tak terbayang di fikiran saya masih ada manusia yang sanggup menghantar anak2 ke pusat pengajian sebigini rupa. Dhaif dari segala keperluan asas. Sungguh menginsafkan. Kita kalut dengan matlamat dunia, kalut nak upgrade kereta, kalut nak renovate rumah…kalut serba serbi yang maha kalut dengan duniawi. Tapi mereka2 ini begitu istiqamah menuntut ilmu akhirat tanpa mempedulikan imbuhan dunia. SubhanAllah.
|
Tazkirah didalam surau serbaguna Pondok Ahmad Nahu. |
Walaubagaimanapun sepanjang beberapa minit pengamatan saya berada di pondok ini, kebersihan dan kekemasan perlu sekali diberi perhatian. Kebersihan asas keimanan. Barulah lengkap ilmu agama kita. Dan juga kita perlu terus memberi dorongan dan sokongan kepada pusat pengajian ini bagaimana untuk mendapatkan dana berterusan untuk mereka terus bertapak disitu. Kerana mereka juga manusia yang perlu makan, minum, mandi, perlukan tenaga elektrik, perlukan belanja untuk pengajian seperti membeli kitab2, maintenance asrama/surau dan sebagainya. Ini adalah hakikat yang tidak dapat ditolak. Dan adalah amat cantik sekali jika boleh diberi pendedahan seperti dikaitkan sains dengan ilmu agama yang anak2 ini terokai di pondok ini. Saya percaya ilmu dunia dan akhirat yang seimbang akan memberi banyak manafaat terutamaanya komuniti Islam kita sendiri. Sekadar pandangan cetek dari saya yang amat tidak seberapa ilmunya. Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Pondok Ahmad Nahu, bolehlah menghubungi Saudara Aznee di 012-4323305. Surau mereka sebenarnya adalah tempat serbaguna, disitulah mereka solat, tidur, makan dan juga belajar. Begitu juga bilik mandi, begitu terbuka sekali. Sesungguhnya hati saya teramatlah tidak tenteram sekali bila makcik yang juga merupakan salah seorang penghuni pondok tersebut menyatakan ada juga mata2 nakal mengintai anak2 dara pondok ini dari kebun getah sewaktu mereka mandi. Marilah kita cepatkan pengumpulan dana Pondok Ahmad Nahu ini. Sekurang2nya kita selesaikan proses baikpulih bilik mandi pelajar2 wanita dahulu.
|
Didalam surau Pondok Ahmad Nahu - rak menyimpan kitab2 dan al quran |
|
Keadaan di dalam surau Pondok Ahmad Nahu. |
|
Maaf gambar blurr...saya pakai hp. Inilah keadaan bilik mandi pelajar wanita yang
amat memerlukan bantuan kita secepat mungkin. |
Sedikit flashback dari aktiviti Ramadhan tahun lepas …. Saya masih tersentuh dengan cara Ustaz di Rumah Anak Yatim Pengkalan Hulu mencari dana. Saya dan rakan2 menziarah Rumah Anak2 Yatim ini ramadhan lalu. Begitu kreatif dan inovatif sang ustaz ini. Keliling asrama dipenuhi cili tanaman teknik fertegrasi. Tidak cukup dangan itu, didirikan pula Homestay utk sesiapa yang ingin merasai pengalaman bersama2 anak2 yatim disitu dan juga untuk sesiapa saja yang perlu penginapan persinggahan sementara jika ke Pengkalan Hulu. Kebersihan – tip top sekali. Saya boleh samakan kebersihan di Rumah Anak2 Yatim Pengkalan Hulu seperti di pejabat saya. Di tandas, anda tak akan jumpa sebutir lumut pun di dalam kolam. Asrama yang tersusun rapi. Jadual waktu memasak bagi pelajar2 perempuan, memasak secara berjemaah mengikut kumpulan untuk seluruh rumah anak2 yatim tersebut. Ustaz Pengetua tak perlu membazir dan pening kepala memikirkan untuk mencari tukang masak dan sebagainya. Anak2 ini dilatih basic survival skills sedari kecil. Ustaz juga creative, pelajar2 cemerlang – dicarinya penaja2 dari syarikat korporat: mereka ditaja dengan laptop dan sebagainya jika keputusan peperiksaan adalah cemerlang. Kesimpulannya, anak2 ini memang boleh berdikari tamat sahaja persekolahan mereka. Ada diantara mereka berjaya ke university dan kembali menabur bakti di Rumah Anak Yatim ini sebagai membalas jasa Rumah Anak Yatim ini kepada mereka suatu ketika dahulu.
|
Rumah terakhir yang kami singgah ialah rumah ibu tunggal yang baru kematian suami. Anak dua. Rumah dhaif yang bersih dan kemas. Puan Rashidah juga cantik sekali. Terharu menerima kunjungan kami. |
|
Ibu kepada Puan Rashidah yang tidak dapat menahan sebak ketika saya bersalaman dengannya. |
Panjang juga saya merepek ;). Walaubagaimanapun, yang jelas, Jalan2 Masuk Kampung anjuran team NGO WargaKilang setiap tahun, setiap edisi berjaya membawa pelbagai jenis peringatan dan benar2 mengajar kita tentang kehidupan yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita yang kononnya senang dan mewah ini.
Wallahua’lam. Yang baik itu dari Allah swt, yang buruk itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri.
**photos courtesy of Kamarul Sahrin - many thanks Kamarul!
Pautan ke blog rakan2 blogger dari team WargaKilang tentang episod kali ini:
Salam Ramadhan
ComeyBelako
No comments:
Post a Comment