Selepas menikmati segelas teh lebih kurang jam 9.00 pagi tadi, al-brangi mengambil keputusan untuk naik motor. Kalau naik kereta sudah tentu jalan di Dato' Keramat menuju ke Masjid Al-Akram di mana jenazah Allahyarhamah YB Dr. Lo Lo'disolatkan akan penuh sesak.
Tekaan al-brangi memang tepat ,jalan penuh sesak tapi petugas unit amal membenarkan penunggang motorsikal parkir di dalam perkarangan Masjid Al-Akram.
Kelihatan saf pimpinan PAS/Pakatan Rakyat, penyokong dan pendokong PAS/Pakatan Rakyat dari segenap lapisan masyarakat, Cina, India, tua, muda membanjiri perkarangan dan dalam Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.

Solat jenazah Allahyarhamah YB Dr.Lo Lo' diimami oleh TG Abdul Hadi Awang Presiden PAS. Kami berhimpit dan saya nampak setiap ruang dari depan hingga belakang sehingga ketingkat atas dipenuhi oleh mereka yang menyayangi pejuang Islam dan rakyat marhaen ini......tapi Allah lagi menyayangi Allahyarhamah.
Perjalanan terakhir sebutir permata kurniaan Allah yang berjuang untuk Islam, mencari keadilan kepada pengundi Parlimen Titiwangsa khasnya ke tanah perkuburan.Perjalanan terakhir......pemergian sebutir bintang.....pejuan rakyat marhaen...ditangisi rakyat berbilang kaum bebagai peringkat.....selamat jalan wahai pejuang Islam dan rakyat marhaen...pergilah menghadap Tuhan Mu Allah yang Maha luas pintu Rahmat dan Ni'mat. AlFatihah untuk Allahyarhamah Yb Dr. Lo Lo'.
Lautan manusia termasuk Muslimat dari Sarawak seperti yang tertera divestnya turut mengiringi jenazah ke perkuburan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Masjid .
Selamat bersemadi wahai pejuang Islam semoga roh mu sentiasa dirahmati dan dicucuri mi'mat yang berlimpah ruah oleh Tuhan mu Allah SWT .Saksikanlah, disinilah bersemadinya Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali bekas ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pulang
ke Rahmatullah kira jam 10.15 malam tadi 17 Julai 2011 kerana menghidap sakit kanser
di Hospital Selayang


Kelihatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang ditemuramah oleh wartawan sebaik saja selesai urusan perkebumiaan Allahyarhamah Dr. Lo Lo' .Dari Allah kita datang.....kepadaNYA jua kita kembali. Takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarhamah Dr. Lo Lo' Mohd Ghazali. Al-Fatihah.
p/s
Kita pasti kembali dari dunia yang sempit lagi sementara ini kepada keluasan akhirat yang kekal abadi. Beruntunglah mereka yang membawa amal soleh untuk menghadap TuhanNYA dan hati yang SUCI BERSIH. Berjuang di jalan Allah untuk manusia sejagat juga dikira amal soleh.Al-brangi Online




No comments:
Post a Comment