Confinement Blok adalah tempat di mana OT (orang tahanan) di asingkan daripada OT-OT yang lain kerana dianggap boleh membawa masalah kepada pihak Kemta (Kem Tahanan) atau atas arahan pihak 'ATAS' .
Saya sempat menikmati tiga kali Ramadhan (2006) (2007) (2008) di sel pengasingan ini. Dikunci sendirian di dalam sel yang tidak ada lampu didalamnya seawal jam 6.00 ptg hingga di buka semula jam 7.00 pg keesokkan hari. Sepanjang tempuh inilah saya bersahur sendirian, berbuka sendirian dan solat juga sendirian.
Apa yang dimakan dan diminum buat sahur dan berbuka ditempat ini sudah tidak berapa kesah lagi yang penting asal ada saja. Makanan disediakan sama tak sedapnya seperti OT lain cuma keadaan ketika menikmatinya yang lebih tak selesa menambah ketidaksedapan makanan yang disediakan.
Tiada kerusi meja seperti di Blok Domitri. Di sel ini makan terpaksa duduk atas lantai simen dan mesti mengadap pintu jeriji besi yang berkunci. Bukan kerana arahan pihak Kem, ini kerana di ruang itulah cahaya lampu dari koridor masuk ke dalam sel. Walaupun cahayanya samar cukup buat mengasingkan bubuk-bubuk dari kurma dan memisahkan tulang jeket ikan cencaru sebelum di suap ke mulut. Pernah tulang jeket tersekat di tekak waktu sahur, Alhamdulillah lepas jolok dengan jari tulang itu dapat di muntahkan. Panik juga sekejap. Ketika itulah teringatkan sedapnya masakan isteri dan ikan jeket patutlah tak pernah ada dalam menu masakannya.
Waktu bersendirian yang panjang di dalam sel banyak saya habiskan dengan mengkhatam dan menghafaz Al Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan malah banyak daripada hafazan dan khatam berhasil ketika berpuasa Ramadhan. Tiga hari sekali khatam sudah biasa selama di dalam sel confinement ini....
sepenuhnya sila klik ke SAHUR SENDIRI, BERBUKA SENDIRI, SOLAT SENDIRI
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment