Anda remaja. Masih menuntut di ipta di ibukota. Tidak tahan dengan dugaan. Awek dalam dan luar u. Nak kawin xde duit. Nak posa hari2 x mampu. Apa solusinya? Mehlah nikah khitbah
Semalam, terlihat seorang kenalan arab yg memang rapat dengan saya. Dia ni seorang ‘syeikh’ la bagi saya. Tapi kali ini kelihatan dia bersama seorang gadis. Memang saya makruf bahawa mereka telah bertunang, bahkan dijemput lagi untuk hadir majlis pertunangan mereka tapi malangnya tak dapat hadir pula ketika tu. Melihatkan keadaan mereka berdua, tak pasal-pasal timbul pula keraguan akan peribadi ‘syeikh’ ni. Dalam hati, “depa ni baru je bertunang, tapi gaya semacam je….dia ni ‘syeikh’…tak kan la tak faham kot…“. Tak lama lepas kejadian tu, terserempak pula dengan kenalan saya ni di tempat lain. Dia seorang je kali ni. Dah sembang-sembang tanya khabar, mula la saya tanya pasal apa yang saya nampak hari tu. Konon-kononnya nak nasihat la syeikh ni. Then, dia pun dengan tenang kata, “Ooo, tu tunang aku. Tapi sebenarnya kira macam isteri aku la, kami dah akad nikah dah, cuma kami tak tinggal sekali. Nanti bila kami dah buat haflah zafaf(kenduri kahwin), baru kami tinggal sekali. Aku nak tunggu dia habis study dulu...”. Lepas tu baru lah faham cerita sebenar. Kiranya syeikh ni masih dapat mengekalkan status syeikh dia la, hehe. Masa tu baru teringat artikel yang pernah baca waktu dulu-dulu masa baru sampai Jordan. Pasal NIKAH KHITBAH…memang adat yang sangat cantik kalau dapat di apply di Malaysia. Untuk mereka yang dah pernah baca artikel ni, kira macam boleh refresh balik la ye….Selamat membaca!!
Sepenuhnya di Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja
Yang saya faham
- sama je nikah ni dengan nikah yg sedia ada. Kepada sesiapa diluar tu yg x mampu kewangan silalah berbincang dengan ibu bapa. Kepada sepupu sepapat saya yg teringin bolehlah berbincang dengan saya. Kita try slow talk dengan mak pak hangpa. Kalu boleh la...
Labels: Dari blog lain
TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG
1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.
2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.
3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).
4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?
5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja
dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?...ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :"Saya berasal dari......tetapi taat setia saya adalah Malaysia".
6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.
7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.
8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.
9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan
Singapura pada tahun 1988.
10.Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.
11.Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.
12.Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.
13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?
14.Beliau jawab, TIDAK...KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.
15.Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.
16.Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.
17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura
malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai
peperangan dengan Singapura.
18.Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.
19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.
ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE
20.Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.
21.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.
22.Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 196oan dahulu.
23.Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.
24.Anda kata saya mengarut???...Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya
sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.
25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.
26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah
negara pulau pelabuhan yang hebat.
27.Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.
28.Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.
29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.
30.Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.
31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.
32.Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.
33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.
34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat
bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.
35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).
36.Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.
37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek
tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.
38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya
dengan mana-mana kuasa di rantau ini.
39.Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.
Seterusnya di TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG
Labels: ATM, Dari blog lain
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia.
1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak yang perlu dicapai untuk menjadi sebuah angkatan perang yang kredibel, misalnya negara masih belum memiliki sistem peluru berpandu darat ke udara berjarak sederhana dan tinggi, perlindungan udara dan "point defence" tentera lautnya juga masih belum mencukupi.
2. Analisis ini dibuat untuk melihat bagaimana senjata-senjata strategik milik negara boleh
membantu mengekang atau "mengenakan" musuh, penulis tidak mungkin boleh memberi gambaran yang tepat dalam senario peperangan Malaysia vs Singapura dengan adil kerana tempo dan ruang lingkup pertempuran sebenarnya sentiasa berubah dan penuh dengan muslihat serta kerahsiaan.
3. Kemenangan juga tidak boleh dinilaikan dengan kehebatan senjata yang kita ada, sejarah
telah banyak membuktikan, penggunaan taktik yang baik merupakan jawapan kepada semua masalah pertempuran.
4. Masalah sekarang, tentera yang menyerang sering memperolehi kemenangan kecuali dalam senario peperangan Yom Kippur apabila Israel yang hampir tewas berjaya bangkit dan mengepung tentera Mesir sehingga memaksa negara itu mengadakan rundingan Camp David.
5. Saya akan mengambil contoh mudah kerana tidak mahu memeningkan kepala pembaca dengan apa yang dimaksudkan dengan "tentera yang menyerang biasanya menang", sebenarnya banyak lagi contoh tetapi malaslah nak tulis.
-Serangan Jepun ke atas Port Arthur (Jepun menang, Russia K.O)
-Serangan kilat Nazi German ke atas Eropah yang bermula di Poland & Belgium (German menang, Poland, Belgium & Peranchis K.O)
-Pearl Harbour (Jepun menang, US K.O)
-Penaklukan Kuwait (Iraq menang, Kuwait K.O)
-Penaklukan Iraq (US menang, Iraq K.O)
-Desert Storm (US menang, Iraq K.O)
-Siri serangan Jepun ke atas Asia (Jepun menang, US, British dan Belanda K.O)
-Perang Falkland (British menang, Argentina K.O)
-Perang 6 Hari (Israel menang, negara-negara Arab K.O)
6. Kajian di atas tidak mungkin lengkap kerana keadaan zaman dan senario semasa itu tetapi ia
hanyalah gambaran ringkas, pembaca mungkin boleh mencari atau menjalankan kajian sendiri.
7. Dalam semua kajian peperangan terutama selepas Perang Dunia Pertama sehingga selepas tamat Perang Dingin, ada juga peperangan atau pertempuran yang dimenangi oleh pihak yang bertahan. Pihak yang bertahan ini kadang-kadang bersifat "underdog" terutama dalam senario perjuangan mendapatkan kuasa autonomi oleh gerila Tamil Eelam atau Harimau Tamil yang berjaya menenggelamkan moral tentera kerajaan Sri Lanka pada awal dan pertengahan peperangan di negara itu.
8. Kadang-kadang kemenangan ini bersifat subjektif, walaupun angka kematian ramai tetapi tentera yang bertahan dan hampir tewas berjaya mengekang objektif serangan musuh dan memaksa mereka berundur dan dalam kes ini, anda boleh mengkaji siri peperangan yang membabitkan China dan Vietnam yang berlaku pada tahun 1979.
9. Kes-kes kajian yang membabitkan pihak yang bertahan sehingga menang adalah :
-Perang Yom Kippur (Israel menang, Mesir K.O - masih boleh dipertikaikan kerana Mesir telah
mencapai objektif untuk menawan kembali Semenanjung Sinai).
-Perang Sino-Vietnam (Vietnam menang, China K.O)
-Perang Iran-Iraq (Iran menang, Iraq K.O atau berundur)
-Perang Thailand dan Vichi Peranchis (Vichi menang, Thailand K.O)
-Perang Lebanon 2006 (Hezbollah menang, Israel K.O)
Artikel sepenuhnya di SENJATA STRATEGIK MALAYSIA
Labels: ATM, Dari blog lain
Saya pernah masuk kem TUDM Gong Kedak, Terengganu. Berbelas bunker kelihatan dari jalan yg dilalui. Apa tujuan? Ikuti rencana ilmiah ini. Terpulang nak percaya atau tidak. Jika pendapat saya. PERCAYALAH!!!
BUNKER DAN TEROWONG MISTERI DI MALAYSIA
Antara sebab-sebab lama tidak update adalah :
-Komputer saya kehabisan dakwat
Maaf kali ini benar-benar maaf, saya memang terlalu sibuk
BUNKER DAN TEROWONG MISTERI DI MALAYSIA
1. Ada beberapa data yang sedang saya analisis untuk mendapat sedikit maklumat tetapi
masih gagal, jika saya mempunyai ilmu dalam kejuruteraan, senang kerja-kerja saya.
2. Dulu riuh juga dalam alam maya ini menceritakan terowong-terowong dan kompleks
bawah tanah yang dikawal rapi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), apabila saya baca, saya
tersenyum, saya terfikir ianya "Mengarut" tetapi dalam saya pandang remeh,
saya minat juga mencari kebenaran maklumat-maklumat ini.
3. Sehinggalah saya terjumpa maklumat ini, iaitu senarai pintu besi/kalis bom yang diimport
dari sebuah negara luar untuk kegunaan beberapa projek yang dilabel sebagai "Special Construction
Project" di Malaysia.
Semua data di bawah di ambil dari laman web profail kompeni sebuah syarikat antarabangsa
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diskripsi Produk Year Unit Lokasi
Perlindungan pelbagai kenderaan
Pintu Gelunsur Kalis Letupan dengan
ukuran 7 bar, digerakkan oleh
motor elektromekanikal
(overall size 4900mm
x 4400mm) 2003 24 Malaysia
Pintu Ayun Kalis Letupan dengan
ukuran 7 bar
(overall size 1100 mm
x 2400mm) 2003 6 Malaysia
Type Igloo Satu Kenderaan
Pintu Gelungsung dengan motor
elektromekanikal, tahap perlindungan
ukuran 7 bar (saiz 5500mm x 3950mm) 2003 38 Malaysia
Pintu Gelungsur dengan motor
mekanikal, tahap perlindungan
ukuran 7 bar (saiz 5500mm x 5250mm) 2003 6 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan motor
mekanikal, tahap perlindungan 3 bar
(saiz 900 x 2100mm) 2004 10 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan tahap
perlindungan 7 bar (saiz 1600mm x
1800) 2004 1 Malaysia
Pintu Gelungsung dengan tahap
perlindungan 3 bar (saiz 2500mm x
2100) 2004 2 Malaysia
Pintu Kalis Letupan Berkembar
dengan perlindungan tahap 7 bar
(1800 x 2100mm) 2004 2 Malaysia
Pintu Kalis Letupan Berkembar
dengan perlindungan tahap 3 bar
(saiz 2750 x 2100mm) 2004 2 Malaysia
Single Leaf 3 bar rated mild
steel blast door (overall size
900mm x 2100mm) 2005 6 Malaysia
Single Leaf 7 bar rated mild
steel blast door
(overall size 900mm x 2100
mm) 2005 6 Malaysia
Sliding 3 bar rated mild steel
blast door with manual
operated gear trolley
(overall size 5000mm x
3000mm) 2005 6 Malaysia
Sliding 7 bar rated mild steel
blast door with manual
operated gear trolley
(overall size 5000mm
x 3000mm) 2005 6 Malaysia
Sliding Blast Door 7 bar rated
with electromechanical drive
system
(overall size 3m x 3m) 2005 1 Malaysia
Hangar Sliding Door
Sliding Metal Clad Door with
electromechanical drive system
(overall size 36000mm
x 7200mm) 2005 2 Malaysia
Sliding Metal Clad Door with
electromechanical drive system
(overall size 20700mm
x 8400mm) 2005 10 Malaysia
4. Dari data di atas, menunjukkan sejumlah besar pintu kalis letupan dari besi telah dibawa
masuk ke Malaysia, saiznya berbeza dari untuk memudahkan laluan seorang individu kepada yang
boleh dilalui oleh kenderaan bersaiz lori.
5. Saya tidak mengetahui projek-projek milik ATM yang sedang dijalan atau sudah
dilaksanakan tetapi selain dari kegunaan tentera, pintu kalis bom ini biasanya boleh dijumpai di
kawasan loji memproses petro kimia.
6. Kita andaikan bahawa pengimportan pintu-pintu kalis bom ini digunakan untuk projek
Terowong SMART tetapi pendapat ini disanggah oleh kawan-kawan saya kerana pintu terowong
SMART yang maha berat dan digerakkan dengan kuasa hidraulik itu merupakan pintu kedap air dan
bukan pintu kalis letupan (Saya sendiri pernah memasuki aras terbawah Terowong SMART dan saya
sendiri melihat pintu ini tetapi entahlah...saya tidak pasti sama ada ianya memang pintu kalis air atau
kalis letupan sebab boleh jadi Terowong SMART ini sebenarnya ada macam-macam kegunaan).
7. Jika kita perhatikan pada data di atas, ada perkataan Single Vehicles Igloo Type. Vehicles
ini adalah kenderaan dan "Igloo" (bukan rumah orang Eskimo), biasa dikaitkan dengan sistem binaan
berbentuk semi bulat yang diselaputi tanah.
8. Malaysia di antara tahun 2003 hingga 2005 membawa masuk 90 pintu kalis letupan untuk
binaan Igloo ini dari saiz individu kepada yang boleh memuatkan kenderaan.
9. Saya tidak pasti projek apa yang sedang berlangsung ketika itu tetapi saya andaikan
mungkin sebahagian besar digunakan untuk projek lapangan terbang Tentera Udara Di Raja Malaysia
di Gong Kedak yang menempatkan pesawat-pesawat Sukhoi.
10.Binaan Igloo ini jika dalam projek-projek ketenteraan biasanya dikaitkan dengan tempat
penyimpanan senjata atau peluru yang mempunyai ledakan kuasa yang besar (bukan tempat simpan
peluru M-16 atau bom tangan).
11.Kebanyakkan pintu kalis letupan ini mempunyai "Rating" kemampuan menahan letupan
setinggi 7 bar, ada pintu kalis bom yang boleh mempunyai kekuatan "rating" sehingga 50 bar.
12.Satu bar boleh menahan letupan bom seberat 500-lb (227 kilogram) Guided Percision
Bomb seperti bom Mark 82, bom besi paling kecil yang biasa di bawa oleh pesawat tentera.
13.Projek bunker terbaru ialah oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang sedang
merancang untuk membina bunker bawah tanah siap dengan sistem lif bagi penyimpanan peluru dan
amunasi kapal-kapal perangnya di Lumut.
14.Baiklah kita hentikan cerita berkaitan dengan ATM di atas, tidak perlu saya tulis
banyak-banyak lagi. Saya rasa cukuplah setakat itu...data itu pun mungkin tidak tepat.
15.Bercakap mengenai bunker, di tengah-tengah bandara Kuala Lumpur terdapat satu
kawasan bawah tanah yang terletak betul-betul di bawah Jalan Raja Chulan, berhampiran Muzium
Telekom.
16.Selepas bertahun-tahun mencari maklumat, saya cuma memperolehi sedikit, ia
dipercayai dibangunkan oleh pihak British sekian lama dahulu dan menghubungkan Bukit Nenas,
Muzium Telekom dan mungkin ada pintu berhampiran dengan salah sebuah gereja di situ.
17.Saya ada tanyakan hal ini kepada beberapa rakan kontraktor saya, mereka
bagaimanapun menafikan hal ini kecuali yang ada hanyalah sebuah terowong yang menghubungkan
Muzium Telekom dan Menara Telekom di sebelah jalan.
18.Bagaimanapun ada saksi yang saya temui pernah memasuki bunker ini memberitahu,
terdapat satu kawasan bawah tanah yang luas seperti padang bola di bawah di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja dengan ketinggian lebih kurang 6-7 kaki (dari lantai sampai bumbung).
19.Keseluruhan ruang diterang dengan lampu jenis kalimantang dan kabel dipercayai talian komunikasi berselirat di dinding-dinding kompleks bawah tanah itu.
19.Salah satu pintu masuk untuk ke bunker ini terletak di Muzium Telekom, saya sendiri tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak kerana sudah bertahun-tahun saya tidak pergi ke muzium itu.
20.Di Tapah, jika kita mengikuti jalan untuk ke Cameron Highland, kita akan melalui satu
loji (saya tidak ingat loji apa, loji air ke loji milik TNB ke) tetapi di sinilah terletaknya satu bunker atau terowong yang boleh memuatkan kenderaan serta amat panjang jarak perjalanannya.
21.Terowong ini lebih hebat dan panjang berkilometer dan dipercayai dibina pada zaman British dahulu, kalau tidak silap saya, Majalah 3 pernah menyiarkan rencana mengenai terowong ini.
21.Terowong dari Singapura ke Malaysia?? Anda tidak percaya, maaf selama hampir dua bulan saya membuat kajian mengenai bunker dan terowong yang ada di Malaysia dan menemui saksi-saksi yang saya kira mempunyai maklumat.
22.Sehinggalah saya terjumpa artikel di beberapa laman web (tidak tahu siapa yang tulis
artikel ini) yang mengisahkan bahawa Tambak Johor mempunyai terowong lama yang dibina pada
zaman British menghubung Singapura hingga ke Johor Bahru.
23.Pendedahan mengenai Terowong Rahsia Singapura ke Malaysia akan disambung pada para ke 24. (Iklan : Penulis hisap rokok dahulu, sementara itu bacalah artikel yang dipetik dari internet ini, semua di highlite dengan tulisan bold)
Artikel sepenuhnya di BUNKER DAN TEROWONG MISTERI DI MALAYSIA
Labels: ATM, Dari blog lain
Military of Malaysia. Blog yg owner telibat dalam atm. Minat mencari artikel-artikel yg berkaitan. Sesiapa yg berminat silalah ke blog belia.
Saya akan kongsikan selepas ini beberapa artikel yg patut diketahui. Insya Allah
Komen : Payah la nak carik blog yg betui-betui dap(dok atas pagar). Agak kuat kemelayuan. Tak la totok 100%. Paling best artikel ketenteraannya. Ilmiah dan ada sumber-sumber cerita itu
Labels: Dari blog lain, Promosi
Confinement Blok adalah tempat di mana OT (orang tahanan) di asingkan daripada OT-OT yang lain kerana dianggap boleh membawa masalah kepada pihak Kemta (Kem Tahanan) atau atas arahan pihak 'ATAS' .
Saya sempat menikmati tiga kali Ramadhan (2006) (2007) (2008) di sel pengasingan ini. Dikunci sendirian di dalam sel yang tidak ada lampu didalamnya seawal jam 6.00 ptg hingga di buka semula jam 7.00 pg keesokkan hari. Sepanjang tempuh inilah saya bersahur sendirian, berbuka sendirian dan solat juga sendirian.
Apa yang dimakan dan diminum buat sahur dan berbuka ditempat ini sudah tidak berapa kesah lagi yang penting asal ada saja. Makanan disediakan sama tak sedapnya seperti OT lain cuma keadaan ketika menikmatinya yang lebih tak selesa menambah ketidaksedapan makanan yang disediakan.
Tiada kerusi meja seperti di Blok Domitri. Di sel ini makan terpaksa duduk atas lantai simen dan mesti mengadap pintu jeriji besi yang berkunci. Bukan kerana arahan pihak Kem, ini kerana di ruang itulah cahaya lampu dari koridor masuk ke dalam sel. Walaupun cahayanya samar cukup buat mengasingkan bubuk-bubuk dari kurma dan memisahkan tulang jeket ikan cencaru sebelum di suap ke mulut. Pernah tulang jeket tersekat di tekak waktu sahur, Alhamdulillah lepas jolok dengan jari tulang itu dapat di muntahkan. Panik juga sekejap. Ketika itulah teringatkan sedapnya masakan isteri dan ikan jeket patutlah tak pernah ada dalam menu masakannya.
Waktu bersendirian yang panjang di dalam sel banyak saya habiskan dengan mengkhatam dan menghafaz Al Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan malah banyak daripada hafazan dan khatam berhasil ketika berpuasa Ramadhan. Tiga hari sekali khatam sudah biasa selama di dalam sel confinement ini....
sepenuhnya sila klik ke SAHUR SENDIRI, BERBUKA SENDIRI, SOLAT SENDIRI
Labels: Dari blog lain, ISA, Ramadhan
Lapan kali Ramadhan saya tempuhi sepanjang saya di tahan di bawah akta zalim ISA. Tiada persiapan perlu dibuat setiap kali Ramadhan tiba kecuali menyedari bahawa puasa adalah wajib dilaksanakan sepanjang bulan itu, segala amal dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah beserta ampunanNya dan adanya malam lailatulqadr untuk diraih kemudian setelah penghujungnya ada hari raya.
Hari-hari seperti sama saja sepanjang tahun cuma yang lainnya ialah waktu disediakan makan dan waktu untuk makan. Di bulan Ramadhan ration tghari diganti untuk sahur dan ration petang/mlm seperti biasa untuk berbuka, sementara makanan yang disediakan tetap menu yang sama digilirkan setiap hari bagi setiap minggu serupa dengan hari-hari biasa.Tiada menu istimewa disediakan untuk ration Ramadhan kecuali tambahan tiga biji kurma pada menu berbuka, itu pun kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Kueh-mueh...emm... jauh sekali.
Ration sahur biasanya tiba jam 1.00 am disediakan di dalam tray bagi setiap OT (org tahanan) . Waktu untuk makan terserah kepada OT sendiri. Jika makan akhir malam nasi dan lauk sudah sejuk dan kuranglah seleranya dan silap haribulan makanan dah jadi basi. Bila makan awal pula terasa awal sangat sambil menahan ngantuk sekali. Ketika makan terpaksa buat rasa macam sedap sebab kalau ikutkan deria rasa lidah yg ori memang tak boleh telan. Masakan tak cukup perencah, masak tomyam rasa kari, masak kari rasa asam pedas...
Ration untuk buka puasa sampai ke blok jam 5.30 pm, menjelang waktu berbuka masing-masing sudah sedia dengan tray dan sekole air minuman yang dibancuh sendiri. Cerek elektrik ada di sediakan. Bahan-bahan minuman ada disediakan berupa serbuk teh, kopi, gula dan susu tepung dgn jatah kira-kira satu sudu untuk satu hari dibekalkan tiap bulan dan biasanya tidak pernah cukup untuk tempuh sebulan. Hari-hari selebihnya terpaksa minum air kosong.
Tanda masuk waktu berbuka ialah bila siren dibunyikan, siren perang itu boleh menjangkau seluruh kawasan Kemta (kem tahanan) termasuk kawasan banduan sekali. Seperti biasa lidah dan otak perlu di align supaya hanya menerima rasa sedap saja sebelum apa-apa makanan dimasukkan ke mulut. Pertama diperiksa adalah kurma, bila tiga biji kurma ada disediakan pada hari itu, sebelum dimasukkan ke mulut kurma itu perlu diketuk-ketuk dulu ditepi tray kerana kurma yang disediakan adalah dari kelas yang ada bubuk, dengan lafaz Bismillah dan Doa dua biji dimakan satu lagi simpan untuk ketika hari tidak disediakan kurma, demi memenuhi sunnah.
Makan waktu berbuka rasa lebih 'sedap' kerana dibantu rasa lapar berpuasa. Suasana ketika ditempatkan di domitri agak ceria juga waktu berbukanya kerana dapat makan sambil berbual barsama teman-teman se Blok. Namun keceriaan hanya untuk beberapa ketika saja, setelah beberapa suapan biasanya kami akan terdiam tak bersuara, disamping sibuk berusaha 'menyedapkan' santapan fikiran terbang jauh mengingat anak isteri di rumah dengan soalan lazim bermain di fikiran, "Anak isteri aku berbuka apa kat rumah?". "Ada makan atau tidak mereka?".
"Hei...! anak bini aku makan apa agaknya ya?" tiba-tiba salah seorang dari kami memecah lamunan.
Tersentap saya dibuatnya, terasa macam semua orang dah tahu apa yang saya angankan.
"Bila agaknya dapat berbuka bersama mareka ya?" sambung teman lain.
"Yaalah...! Aku pun fikir samalah." sambut teman-teman lain serentak.
Rupa-rupanya saya dan teman setahanan melamunkan hal yang samaaa...
Sejak itu soalan-soalan lazim itu bukan lagi lamunan malah jadi penghibur hati kami.
Suasana puasa di dalam sel confinement lain pula ceritanya...
sepenuh sila klik ke 'RAMADHAN LAMA...BARU'
Labels: Dari blog lain, ISA, Ramadhan
""Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.
"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.
"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.
"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.
Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya. "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.
Sepenuhnya
Labels: Dari FB rakan, Ingatan
Berkokok2 ayam sabung umno menjaja isu nih. C+++ ada mengulas isu nih. Dengar atau tidur? Saya pastekan kembalikan komen saya.
Salah satu masjid yg dikatakan itu ialah Masjid Pdg Menora, Tsk Gelugur. Aku baru balik sat ke Tsk Gelugur. Sebelum tu pun dah berlaku kes di dua tiga Masjid lain. Khatib yg berkhutbah(bukan membaca teks khutbah) ialah st Zakaria Ahmad.Adik Mufti PP dan abang ust Idris Ahmad.
Dengarnya dia cuma berdoa(dalam bahasa arab)agar Allah beri hidayah LGE peluk islam. Tu je. Puak umno yg x faham, ingat yg tu doakan LGE. Tak salah nak spesifik/generalkan doa. Memang la kebykn khatib jemputan x doa Agong/Sultan/Gabenor. Kan dah doa untuk semua muslimin muslimat? depa tu bukan golongan ni?
Ini pula jawapan dari Ust Zakaria Ahmad
Labels: Dari blog lain, Guan Eng, Penang
Senarai cawangan arrahn boleh didapati di sini. Pagi ni saya telah call Cawangan Arrahn di Sungai Petani, Alor Setar, Kangar dan Rawang. Di Kangar dan Rawang depa kata habis stok. tak tau bila stok baru nak mai.
Call Alor Star depa kata kat Bayan Baru, Sungai Petani dan Alor Setar sendiri dah lama x jual dinar emas ni.
Susahnya nak beli dinar emas kelantan nih. Mintak tolong member Kelate beli la bila depa balik raya. Itupun kalu ada stok.
Labels: Dinar Emas
Apa yg korang dapat?
- setin susu tepung
- dosa org dizalimi(curi barang org lain)
- makanan haram masuk perut anak2
- masuk penjara keran mencuri susu tepung
p/s; Mintak Hanief jangan tarik balik/privatekan video ni cam Salafussoleh.
Labels: Dari blog lain, Pengguna, Video Terlampau
Tepuk dada tanyalah iman. Jangan tanya selera(nafsu) anda
Video asal oleh salafussoleh
Ada la sorang pengkomen tu tulis
salam....1st,kami kaum hawa sgt2 brterima kasih ats video nie...amat mnginsafkn...tp kan saudara,kita ade juga batas2 untuk menegur...sy rasa x perlu lah tok saudara post gamba2 kaum2 hawa dlm video 2 sbb sy yakin kalau adik,kakak saudara trkena,mungkin saudara akn faham prasaan mereka,..apa kata saudara delete video nie n sy rasa cara yg paling baik adalah dgn menegur scara peribadi..kan lg manis 2...Allah mnyurh kita menutup aib seseorng n insyaallah Allah akan tutup aib kita d akhirat kelak..
Kalu aku jadi salafussoleh tu aku jawab ni je
Apa plak nak tegur secara peribadi. Dah depa sharekan dalam fb. Masalahnya xde org yg tegur atau org lain tegur depa buat dek je... Lagipun nama dan maklumat peribadi kan diblurkan. So x timbul isu memalukan org lain
Saya pun dah lama nak tegur. Termasuklah kat adik beradik, Dah ada org buat video camni. Alhamdulillah
Labels: Dari blog lain, Facebook
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir,
Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,
tanpa ada rasa jemu,
kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu
berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu
Tuhan yang Satu.
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu
penuh khusyuk dan tawadduk
antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu
memperhambakan diri
kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Ampunilah hambamu
kerana sering curang pada janji
'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,
Lillahirabbil aalamin '
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.
Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
dan masa yang diberi kepadaku
dikesempatan yang lapang dan terluang
untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu
untuk bekal 'hari'ku di barzahMu
akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu
biar sebati ditubuhku
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu
Pasti ku sujud bertahajjud kepadaMu
Dengarlah rintihan hambaMu
Kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni nerakaMu
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini
Mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat 'abadi'
yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku
menanti salam Izrail
rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan
ridha' ar-rahman
Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis
penuh bererti dan berseri menerangi kegelapan hati kami
untuk menuju jalan ridha' dan kasih sayangMu
agar indah kehidupan kami
di barzahMu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi
Namun teman
tiada insan yang telah mengetahui
tentang Ramadhan ini,
apakah yang terakhir kali buat kami.
Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki
” MARHABAN YAA RAMADHAN”
Aminnn !
Artikel asal terdapat di Al Banjari Online
Labels: Dari blog lain, Ramadhan, Video
!2 video semuanya. Apsal TV3/TV9 x buat cite tentang perang2 dalam bulan Ramadhan? Asyik2 jejak rasul je... RTM pulak buat dokumentari Syahadah je
Saksikan
Untuk senarai penuh video sila klik di sini