Jumpa ulama'(kalu hang anggap dia cam tu) dah kira cukup baik. Jadikan rutin kelaziman. tanya dia nak buat ni syarie' ke dah pun amat baik.

Tapi..


Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong

DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri

Apa citenye Yob. Takkan Haru Sana Sini pun setuju?

Sumber gambar2 dan berita dari Pas Tambun, Pria Malaya dan Ust Rosli Dhoby


Bila kita semak buku PAFA budak-budak sekolah tertulis perkara yang membatalkan iman seseorang itu ialah melakukan perkara tahyul dan khurafat. Tidak payah rujuk kitab-kitab besar. Sudah terpahat di situ. Sayang sungguh puak-puak sekular yang berselindung di balik Islam ini tanpa rasa segan silu melakukan hal-hal bidaah besar yang boleh menjatuhkan seseorang dalam perkara syirik.

Para ilmuan Islam berbuih-buih mulut mengajar, mendidik masyarakat betapa sesatnya mereka yang terus-menerus melakukan kerja-kerja tahyul dan khurafat ini. Bagaimana orang ramai nak faham Islam jika pemimpin yang mereka lantik, yang nampak berjurus (walau rampas MB dari tangan orang lain secara undang-undang) terus melakukan kerja-kerja yang nyata bertentangan sama sekali dengan ajaran dan kepercayaan Islam ini.

Berdoa Kepada Allah
Inilah penyakit pemimpim UMNO dan komponannya yang selalu mempertahankan adab budaya yang kadang-kadang dicampuraduk dan disesuaikan di antara hal-hal khurafat dengan berdoa kepada Allah SWT. Sedangkan Allah SWT memerintahkan mereka supaya benar-benar menentang syaitan dan sekutunya,, yang tidak lain hanya menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Itulah yang diagungkannya. Sementara perintah Allah SWT susah benar hendak diikutnya, undang-undang Allah SWT ditentang sehabisnya dengan pelbagai alasan. Sungguh busuk akhlak mereka ini.