Jawapan bangang atau cerdik?

Sumber asal di kedahlanie.

Saya ringkaskan kepada yg penting sahaja

Jawapan Bangang Seorang Menteri Berkenaan Perbezaan Harga Kereta

Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan..

Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri..

Pengurangan/pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun. Harga ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran..

Memang. Cuma yang membezakan lagi harganya ialah cukai (saya -duti eksasis/duti kastam?)yang dikenakan oleh kerajaan.  Jika tinggi maka harga kenderaan itu akan  tinggi.. Ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu?? (saya- dah tentulah takde wahai menteri bodoh pian-)

Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan?

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen.


Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah.

"Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas.

"Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau.

Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan.

Dasar perlindungan

Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan"(saya -memang pun)untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua.

Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua."

"Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau.

Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain.

Free Malaysia Today

mahaza said...
Ini yang aku tulis kat sini : http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/10/toyota-vios-di-thailand-antara-rm50.html 1. Vios - kecuali enjin hampir 100% body dibuat di TOYOTA AUTO BODY MALAYSIA di Seksyen 23 yang ditubuhkan pada 2006. Tanya pekerja pertama TABM nih dulu... 2. Kepentingan kroni - proton dan perodua? Dah check kenapa NAZA yang tukar emblem dapat protection - local manufactured vehicle? BULL! Vios lebih local dari keluaran NAZA. Ada tapi kecil; bukan PROTON dan PERODUA. 3. Tanya KENAPA Naza dapat AP yang banyak untuk mengimport kenderaan keluaran TOYOTA yang TOYOTA sendiri tidak dapat AP untuk import seperti ESTIMA atau ALPHARD - AP untuk syarikat yang mendapat hak franchise? UMWT (UMW TOYOTA) tu dapat hak untuk sapa? Citreon? 4. Walau dengan harga sekarang VIOS terpaksa run producion 200% capacity. Ingat kalau VIOS BOLEH dijual pada harga RM70,000 kebawah TOYOTA GROUP taknak? TABM baru run 50% belum 24 hours production lagi. Finally - SEMUA JAWAPAN BULL!
opisboi said...
allo bro! salah satu syarat nak jadi menteri umngok @ bee=eend ialah pandai angguk walaupon salah pandai jilat walaupon benda itu tahik kene bodoh walaupon cerdik sikit dari lembu. itu adalah syarat untuk jadi menteli kat mesia

No comments: