Video asalnya tidak membenarkan komen. Saya download dan upload kembali dan membenarkan komen dibuat. Silalah membuat komen berdasarkan ilmu. Berhati-hati komen. Boleh jejas aqidah. Berhati-hati menaip ye..
BN berjaya meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.
72 bersetuju manakala 28 lagi tidak bersetuju. Mana pergi MP PR yang lain. Dulu kita kalah tipis dengan BN (66-63). Kali ini kita kalah lagi(dulu 63 kini cuma 28 je?). Malah lebih teruk.
Kita faham MP PR(BN pun sama kot) ni sibuk. Tapi takkan sidang parlimen ramai sangat tuang. 42 MP PR tuang pi parlimen?
Aku kecewa 2 kali. Pertama ketika kalah 66-63. Kali ni kalah 72-28. Amat kecewa
Keputusan pemilihan telah pun diketahui. Sekarang masa untuk buat kerja. Harapan saya sebelum pru 13
- perkasakan lagi program daftar pemilih baru. Kerja cula undi mesti buat la ni. Jika ada pengundi ragu, buat bantahan. Kena buat semua ni. Buat cam Kelantan buat sebelum 2008 dulu. Lantik Husam jadi Pengarah JPN Pusat pun ok
- DHPP diberikan ruang maksima untuk bergerak. Kalu perlu lantik Mat Sabu mengetuainya. Nasarudin/Nik Abduh pun ok pa
- Bersih 2 bagi peluang pada Ketua DPPP tunjuk bakat kepimpinan. Timbalan dia pun kena tonjolkan diri untuk memimpin. Takkan nak harap Timbalan Presiden je?
Kalu boleh himpun 100k pun dah cukup baik
- lantik ajk baru dari semua negeri. Buang trademark geng Tganu. Beri peluang pada orang baru.
Jika kita nak menang lebih banyak kerusi/negeri perlulah buat semua ni. Nak pi Putrajaya tak boleh lagi kot. Itu pun kalu kita nak menang lebih besar.
"Nak menang memang susah. Nak kekalkan kemenangan tu lebih susah"
Adun Kuala Besut juga dijemput! Siapakah MP Besut? Penasihat Agama kepada PM. Bolehkah buat pertandingan nih?
Kita bimbangkan bala Allah. Boleh saja dia datangkan tsunami atau ribut ke sana.
"Dua perkara yg Allah rahsiakan pada hambanya. RedhaNya dengan amalan kita dan murkaNya dengan maksiat kita"
Sudahlah pulau tu dipenuhi dengan sotong-sotong kering. Janganlah ditambah lagi dengan maksiat-maksiat lain.
Labels:
Kritik,
Malaysia Negara Islam..,
Pandangan
Saya ingin melaporkan paip bocor di Pasar Siti Khadijah. Didepan penjabar pengurusan pasar dan berhampiran atm AgroBank. Minta ianya dibaiki segera. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti.
- Gula naik sempena ulangtahun umno ke 65. Tahniah!
- Subsidi gula dapat jimat RM116 juta. Bagi kat Permata ke? Tahun Lepas je Permata dapat belanjawan RM111 juta. Baguslah...
- Subsidi diberikan kepada semua rakyat. Geran per kapita negeri diperintah PR
sengaja dilewat-lewatkan. Royalti petroleum Terengganu jadi wang ihsan bila Pas perintah. Jadi royalti pula bila Umno kembali berkuasa. Okeylah tu. Kan?
Akhirnya JK Pemilihan PAS meminta maaf. Bukan hanya satu nama tercicir tetapi 5 nama.
Dah mengaku salah tu baguslah. Namun jika Pengerusi kaya jiwa letaklah jawatan segera. Bagi pada orang lain yang kendali pula.
Tak naklah pulak bila umum keputusan, yang kalah menang. Yang menang pulak kalah.
Tolonglah kerja secara profesional brother!
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mendapat pencalonan yang banyak dan layak bertanding AJK PAS Pusat pada muktamar kali ini tetapi namanya tertinggal dalam senarai yang diedarkan semalam.
Menurut pegawai JK Pemilihan PAS Pusat, nama Dr Dzulkefly tertinggal dalam senarai tersebut akibat salah faham. "Nama dia ada, cuma tertinggal dalam senarai yang kita edarkan. Dia dapat banyak pencalonan," kata pegawai berkenaan. Camna hangpa buat kerja ni? Iskh iskh iskh
Ia berlaku apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan. Jadi Zulkifly Johor ni layak bertanding ke tak? 82 atau 83 org calon ajk pusat?
Sumber dari Harakah BM (Lama dah aku x jengok masuk)
- Bila kejap ada, kejap takde (cam iklan chipsmore plak)
Kata-kata dari saya
"Memang PAS ni pun banyak kelemahannya, Namun inilah satu-satunya parti islam terbaik yg kita ada"
CALON PANDAI CERAMAH: Asalkan calon itu pandai berceramah dan pandai buat lawak dalam ceramah.
Pelik gak dengan pengumuman senarai calon yg layak bertanding pada muktamar PAS pusat nanti. Kenapalah
- tak umum bilangan pencalonan bagi setiap jawatan. Nanti calon yang dicalonkan mudahlah nak buat keputusan nak bertanding ke tak. Kalu satu pencalonan je, baik tarik diri
- 28 kawasan tak hantar pencalonan? 6 pencalonan ditolak? Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bandar Baharu masuk dalam kategori mana? Dah la tak bagitau nama kawasan-kawasan tersebut. Pelik la..
- dari 82 calon tiba-tiba jadi 83 calon untuk naib presiden. Setelah ada yang pelik mengapa Dr Zulkifly tak dicalonkan. Apsal jadi camni? Kesilapan besar ni walaupun satu je nama yang tak masuk...
Kesian pas ni. Rumah baru nak buat tak siap lagi, pahat masih berbunyi
- Apa jadi sampai 28 kawasan tak hantar pencalonan ni?
- Pemilihan PAS, Mengapa Tiada Ketelusan?
- Kejutan ker bila 28 kawasan PAS tak hantar pencalonan ?
Memang kejutan la bro
- Macam Mana Pemimpin PAS Terpilih?
Bagi saya
- kita dok kata umno zalim, ni banyak sembunyikan fakta yg patut diketahui ahli/orang awam ni camna? 2x5 @ 5x2
- tegur pas ikut saluran yang ada. Dah semua saluran takde kesan. Gunalah saluran blog plak. Tegur ikut saluran nanti kata kita masih beringus, ngaji kat u mana dan lain-lain. Boleh pedih telinga nak bawak gaduh. So tulislah kat blog.
- saya ahli pas cam cenangau, albanjari dan ust zolkarnain. Blog nilah saluran kami nak tegur. Bukan marah tapi sayang...
Kadang-kadang susah nak faham. Seolah-olah kebenaran itu hanya benar kalau ia berlabelkan Pakatan. Yang baik itu dari Pakatan, yang lain semua buruk.
Sekarang ini, orang-orang PKR dah tak mau tegur aku. Tengok muka aku pun depa berpaling. Nasib baik la ada member-member dari Pas yang masih bersimpati dengan aku.
Orang mula kenai nama aku bukan pasai aku ahli PKR, tapi pasai kuat kutuk Pas. Tahun 2005-2006, dimana ada Matsamankati, disitu ada GAP (Gerakan Anti Pas). Sekarang GAP dah masuk Umno dan jadi Gerakan anti PKR, tapi aku masih tang tu jugak.
Aku kutuk Pas masa tu sebab aku nak BA menang. Tahun 2004, Pas kehilangan Terengganu, dan Kelantan cuma tinggal majoriti 2 kerusi saja. Tengah hangpa teruk, aku kutuk supaya berubah, tapi bila dah menang, itu hangpa punya pasai la. Bukan aku nak mintak balak. Yang tu pun tak boleh ka?
Apa yang aku nampak, Pakatan dah mula nak jadi macam Barisan Alternatif selepas 1999.
Selepas 1999 dimana Pas menang di Kelantan dan Terengganu, Haji Hadi jadi Ketua BA dan juga Menteri Besar Terengganu. Haji Hadi buat apa yang dia suka, mungkin kerana merasakan Pas dah kuat sangat. Apa yang dia buat, tak perlu perbincangan dengan Keadilan atau DAP. Apa kata Hadi, Keadilan dan DAP kena ikut. Haji Hadi tak boleh ditegur. Sapa yang mengkritik dianggap menentang perintah Tuahan dan Sunah Rasul. Sapa yang mengkritik Pas dianggap menentang Islam. Akhirnya DAP keluar dari BA.
Sebelum PRU 2004, Haji Hadi melancarkan Konsep Negara Islam. Keadilan bantah, tapi Haji Hadi tak peduli. Dan konsep Negara Islam tu pulak bukan diperbincangkan dengan para ulama…cuma ambik sana sikit, sini sikit, terutama mengikut fahaman Haron Din, maka jadilah Konsep Negara Islam. Akhirnya Keadilan tak setuju. PRU 2004, lingkup. PKR cuma tinggal satu kerusi Parlimen, Pas kehilangan Terengganu, manakala Kelantan cuma berbekalkan majoriti 2 kerusi.
Dari situ kita bina balik. Dan akhirnya kita mampu mendapatkan 5 negeri.
Tapi sekarang ni, Anwar pulak mengambil tempat Haji Hadi. Anwar pun dah mula ubah perangai. Tak boleh dikritik. Maklumlah Utusan Tuhan untuk rakyat Malaysia. Apa yang Anwar cakap mesti ikut. Sapa yang tak suka boleh keluar parti!!
Kalau dulu, Haji Hadi melancarkan Konsep Negara Islam, sekarang Anwar melancarkan Buku Jingga. Sapa yang buat buku Jingga? Adakah dipanggil pakar-pakar ekonomi dari ketiga-tiga parti untuk berbincang?
Bila aku baca buku Jingga, aku tidak terkesima. Macam manifesto pilihanraya. Dan aku tak silap, sebab yang buat tu bukan pakar-pakar ekonomi dari Pakatan Rakyat, tapi cuma empat orang pegawai-pegawai Anwar yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Dan dibuat secara-tergesa-gesa.
Buku ini kemudian dikatakan hasil Pakatan Rakyat, sedangkan Pas dan DAP tidak turut serta semasa membincangkannya. Tapi pasai tak ada sapa yang berani menentang cakap Anwar, Pas dan DAP juga ikut bersetuju.
Yang terbaru, soal kabinet bayangan Sarawak. Pas, PKR dan DAP Sarawak dah setuju.(disini) Depa pun buat pengumuman. Tup-tup, Anwar tak setuju, dan dia kata kabinet bayangan itu hanyalah cadangan dari DAP. ( disini). DAP pulak balas balik dan menjelaskan kedudukan sebenarnya. (disini)Sapa yang tipu?
PKR menjadi semakin lemah kerana semuanya kena ikut cakap Anwar. Barisan Alternatif menjadi lemah sebab semuanya kena ikut cakap Haji Hadi. Apakah Pakatan juga tidak boleh jadi lemah kalau semuanya kena ikut cakap Anwar?
Aku bukan bercakap tentang kebenaran. Aku cuma menulis berdasarkan persepsi.
MSK
Artikel asal di Blog Malaysia TImes
Mana yang saya boldkan tu saya setuju dengan pendapat MSK. Ingin komen/sokong/bangkang? Silakan...
Ramai berpendapat PAS berjuang menegakkan negara islam. Apabila diteliri perlembagaan PAS tiada fasal yg menyebut negara islam. Paling hampir ialah fasal 5 iaitu
Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
Cadangan saya
- Lajnah ict PAS Pusat patut terbitkan video ringkas mengenai ini dan isu-isu lain.
Komen mengenai pr dun Sarawak.
- DAP boleh keluarkan video Ubah.
Apsal PKR dan PAS tak buat video seperti ini.
Buatlah seperti PKS dari Indonesia pun tak pe
Labels:
Kritik
Jawapan dari seorg ust UMNO
Lagi video berkaitan
Labels:
Kritik,
Malaysia Negara Islam..
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.
Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal setelah yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.
"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.
"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.
Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.
Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.
"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya.
- Bernama
Komen Saya
Engkau bertuah sebab lawan PR. Jangan bimbang. ISA/Akta hasutan takkan dikenakan. Lainlah jika PR hantar keranda kepada pemimpin BN(umno).
Apsal Gerakan tak hantar keranda sama hah?
"Jika xde tun xdelah MSc. Jika xde MSC xdelah kita(upin ipin)"
Jika kita menganggap tanpa sesuatu maka tak menjadilah sesuatu. Ianya bermakna kita tak mengiktiraf kekuasaan Allah. Allah mampu menjadikan sesuatu walaupun tanpa sebab.
Berhati-hatilah kita semua.
Wallahua'lam
- menyenaraikan hitam pesalah trafik(saman ekor khususnya). Padahal jelas bahawa pemilik saman ekor tidak boleh disenarai hitamkan berdasarkan dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.
![]() |
| 17.3 juta saman tak dilunaskan. Kami talak luit la latok. Sulah la ni saman ekor maa.. |
- Kementerian Pelajaran Malaysia kena berjimat sejak tahun lepas. Boleh kursus di luar tapi tak boleh tuntut tuntutan perjalanan. Baik tak yah pi
- USM duit belanjawan Apex pun masih tak terima lagi. Universiti lain pun camtu. Peruntukan penyelidikan tahun ni masih belum diterima.
Ringkasan Ragut Duit Rakyat Bermula
- Baru pulang dari MBSA melalui highway NPE. Sampai di area depan Taman Medan, jalan sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.
Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman.
Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.
Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.
Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.
Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...
EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)
![]() | ||
| Apa beza kita dengan Libya? |
- peserta dikasari dan disumbat ke dalam lokap.
Patutkah kita mengutuk orang lain sedangkan kita pun 2x5?
Labels:
Kritik
Dulu heboh dengan pakaian kembam di Anugerah Skrin.
Pas tu isu besar payu dara kat WHI TV3
![]() |
| Sumber gambar dari ohbulan |
. La ni plak isu objek seks di Red FM.
“Ambil sejenis buah-buahan dan beritahu kami, buah yang mana satu boleh memuaskan anda?”
Menteri berkenaan apsal senyap je.
Takkan dah kena picit telur?
Labels:
Kritik,
Malaysia Negara Islam..












