Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Pengumuman mengenai Blog Bersih 3.0

Bersih 3.0 telah pun berlalu. Segala kenangan akan dicoretkan di sini (http://bersihtiga.blogspot.com/). Catatan demo, gambar, video dan segala berkaitan akan disimpan di sini. Mengikut kemampuan saya. Semuanya akan menjadi sejarah yang kekal hingga kiamat. Insya Allah

Read More...

Berkongsi ilmu it yang bermanfaat

    Saya akan kongsikan di sini ilmu-ilmu it(sumber terbuka) untuk semua. Untuk semua peminat sumber terbuka dan dah jemu dengan tingkap-tingkap.
    Sedaya mungkin perisian yang digunakan adalah percuma atau minimum harganya berbanding sumber tertutup.
   Tiada istilah plagiat, crack atau licensed software.
    Mari berkonsi untuk kebaikan islam dan ummah.
Allahu Akhbar!

Read More...

Adakah PR akan tersungkur ke Putra Jaya?

    Lupakan masalah pergeseran sesama parti dalam PR. Pertelingkahan sesama ahli. Betapa tak bersedianya PR untuk PRU nanti. Adakah semua Kawasan PAS/Cabang PKR/Bahagian(tak pasti ) DAP ada membuat bantahan terhadap rang daftar pemilih tambahan, RDPT suku ke 2 lepas? Berapa banyak pengundi hantu dikesan?
   
  Saya telah membuat satu lagi blog bernama Hantu Mengundi. Ianya akan mendedahkan isu berkaitan pengundi(daftar pemilih induk DPI) dan RDPT. Silalah berkunjung. Hendak  artikel pun boleh. Emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com.
   
  Setakat ini saya hanya fokus kepada DPI N21 Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal. Sekali imbas pun jelas. Terlalu banyak yang pelik dan kebetulan. Pengundi tua bangka yang masih ada dalam daftar, nama yang sama tapi 2 ic yang berbeza, terlalu banyak yang mempunyai nama yang sama tapi berlainan bapa, nama-nama yang pelik dan lain-lain.
   
    Hantu mengundi akan membongkar yang termampu. Ini baru satu dun. Bagaimana dengan dun-dun yang lain?
   
   Berdasarkan ini bagaimanakah kita hendak ke PutraJaya? Atas kertas dah nampak kita akan kalah. Perlukah demokrasi(pilihanraya) jika kita terang-terang akan kalah(kerana ditipu)?

Read More...

Pengumuman

 Saya telah  membuat satu lagi blog iaitu Nostalgia Bersih 2.0. Ianya memuatkan catatan demo, video, berita, gambar dan lain-lain yang berkaitan Bersih 2.0. Dijemput berkunjung ke sana. Sumbangan artikel dan idea membina amatlah dialu-alukan. Emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com

Read More...

Apakah dia 6 tuntutan Bersih II?

Bersih satu dulu ada 4 tuntutan iaitu mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Bersih II plak tambah lagi dua iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Jadi 6 tuntutan Bersih II ialah
1.  Pendaftaran pengundi automatik
2.  Penggunaan dakwat kekal
3.  Penghapusan undi pos
4.  Kebebasan media.

5.  Masa berkempen yg cukup
6.  Perbelanjaan pilihannraya
5 dan 6 adalah tuntutan yang baru dalam Bersih II

Dari saya
- Kita dah ada pengalaman sertai bersih. Depa plak ada pengalaman halang demo. Jadi? Lawan tetap lawan


BERSIH2 : 4 tak cukup maka tambah lagi 2 agar jadi 6..!!!

BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat

Read More...

FB Bersih II

Terjumpa FB Bersih II di sini. Kalu ada sesapa yg rajin buat imej pelbagai saiz tempek ke blog lagi cantik. Boleh buat script countdown Bersih II amatlah baik

Read More...

Dun Sarawak bubar. Masa untuk berkerja

DUN Sarawak telahpun bubar. Inilah masanya kita ketepikan perbalahan antara parti dalam PR. Pulun lawan BN dulu.
Mungkin kita tak mampu memerintah di Sarawak. Namun jika kita mampu menang lebih banyak kawasan itulah yang paling baik.Runtuhkan kekebalan BN di Sarawak. Negeri-negeri lain juga akan kita menangi jika kita mampu menangi lebih banyak kerusi di sana.

Read More...

Blog baru. OSS Ubuntu

 Seminggu dua ni sibuk dng projek OSS. Install Ubuntu. Buat eksperimen oss berkaitan. Dijemput berkunjung ke blog baru saya ialah iaitu ubuntudanoss.blogspot.com. Laman faqir2 ni khusus untuk isu-isu selain ubuntu dan oss. Silalah berkunjung ke blog ini

Read More...

Kedahlanie.blogspot berkubur?

 Semenjak kelamarin terdapat masalah dalam melayari kedahlanie.blogspot. Page not found bila nak lihat previus entry. Hari ni pula langsung tak boleh masuk. Page Not found. Padahal di rss feed masih boleh view current entri.


Hubungi admin kedahlanie. Ini jawapan depa.

Assalamualaikum...
Saya bagi pihak admin kedahlanie.. memohon berjuta kemaafan kerana masalah yang dialami dari jam 5.00 petang semalam 10/01/2011 sehingga jam 6.00 pagi ini 11/01/2011 bahawa blog " kedahlanie.blogspot.com " telah di tamatkan riwayatnya.

Punca tamatnya riwayat blog tersebut nampaknya masih lagi di kesan oleh sahabat IT kami, berdoalah semoga segala data dan file yang ada didalamnya dapat kita recover semula.

Oleh itu dengan lahirnya website baru ini diharap sahabat handai semua tolonglah hebah-hebahkan kepada semua rakan taulan cyber kita untuk memaklumkan rumah baru ini. http://www.kedahlanie.info
 
Silalah berkunjung ke website baru bagi mendapatkan berita terkini.
p/s: Tak buat backup ke? Kalu susah sangat delete je blog tu. Create lain guna url lama tuh

Read More...

Minyak naik lagi...

 RON97 naik lagi. Tahniah kepada semua.
- Kerajaan berpeluang mengurangkan subsidi  kepada rakyat(untuk buat menara 100 tingkat yg tak perlu pun?)
- Rakyat. Penjimatan subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Kelang(macam pernah dengar je..)

Kesimpulannya

 Minyak Naik. 1 Malaysia Rakyat didahulukan kena dulu


Read More...

Maklumat terkini banjir di Kedah

 Rupa-rupanya semua maklumat banjir terkini diupdate di kedah.gov.my. Tapi tu yang 4/11 punya. Bagi la yang terkini. Mungkin depa kalut turun membantu kot. Kalu boleh hari-hari update. Jika boleh update dalam 3-4 jam sekali lagi baik. Sampai berita yg keluar kat akhbar-akhbar tu dah out of date

Kat mana jalan masih di tutup? Di sini

Hotline bilik gerakan banjir? Di sini

Salurkan bantuan? Di sini

p/s: Kalau boleh mintak depa updatekan berapa jumlah sumbangan yang telah diterima, diagih dan belum diagih. Apa barang yang masih kritikal diperlukan.

Read More...

Banjir makin pulih namun bantuan masih diperlukan

Banjir makin pulih namun masih perlu bantuan. Hulurkan bantuan wang ringgit(pakaian tak perlu kot), tenaga(angkat beras, cuci rumah dll) dan fikiran(kaunseling mangsa, selaras bantuan dll). Sesiapa yg free(cuti) pada hujung minggu dan ingin menghulur bantuan tenaga sila hubungi pihak berkenaan.

Masa musibah/bencana alam ni x kira hang belah mana. Tolonglah pakat-pakat hulur takat termampu. Tadak duit bagila tenaga atau fikiran. Jangan asyik mengata kerajaan negeri x bagi bantuan dah. Sedang hang rileks menengok tv je

p/s: Ada sesiapa tau nombor Majlis Keselamatan Negeri, MKN? Amal Kedah, PAS Alor Setaq dll? Ramai nak hulur bantuan. Tapi x tau nak channel kat mana. Buat la satu blog khas tentang ifo banjir, camna nak salur bantuan dll. Bukan payah pun...

Read More...

Blog akan berubah..

 Saya akan melakukan perubahan besar kepada blog ini. Segala artikel2 terkini dari blog saya yg masih aktif akan dimasukkkan ke sini. Blog ini akan bersifat pelbagai. Politik, ekonomi, agama, negeri dll akan dimasukkan semuanya sekali dalam blog faqir2 ini
  Untuk menjimatkan space dalam blog ini, beberapa artikel yg sudah tiada nilai berita(dari perkiraan saya) akan didelete. Manakala blog2 saya yg lain akan didelete. Artikel-artikel dari  blog-blog lama ini sebahagiannya akan dimasukkan kedalam blog ini. Sebahagian lainnya pula   akan didelete terus. Blogs lain iaitu Ubuntu Untuk Malaysia, Koleksi Video Kuliah, Koleksi Ceramah Politik, Isu-isu berkaitan HPA, Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI), PAKSI Parit Buntar,Al-faqirah illallah dan Ulasan isu-isu semasa akan didelete kemudian

  Cadanagan dari anda semua untuk memaiki keseluruhan blog ini amatlah dialu-alukan. Kerjasama anda semua atlah dihargai. Sekian Terima Kasih

Read More...

Sumbangan Kerajaan Pulau Pinang kepada SAR

Pada 14 April 2009 Kerajaaan telah menyumbangkan sebanyak RM1.5 juta. Sebanyak 17 wakil sekolah SAR telah menerimanya.

Senarai agihan
- SAR Al-Aminah RM480 ribu. RM300 ribu diberikan untuk pembinaan sebuah makmal sains
- SAR Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) RM125 ribu
- Maahad Al lhsaniah (Manhal) RM55 ribu
- Institut Pengajian Ar-Razi RM55 ribujavascript:void(0)
- SABK Khairiah Islamiah RM27 ribu
- SABK Al Masriah RM23 ribu
- SABK Wah Jah RM11 ribu
- SABK Faqiyah Daimiah RM13 ribu
- SABK AL Ahmadiah Al Ijtimaiyyah RM13 ribu
- SABK Daeratul Maaratul Wataniah I RM44 ribu
- SABK Daeratul Maarifil Wataniah II RM13 ribu
- SABK Al Mashoor Islami RM15 ribu
- SABK SRATI RM13 ribu
- SABK Al Iman An Nawawi RM13 ribu
- Sek. Men Islam Ad Diniah RM180 ribu
- Madrasah Manabiul Ulum RM210 ribu
- Madrasah Al Irsyad Al Asyraf Al Wataniah RM210 ribu


Sumber dari STAIL dan PBB

Tahun ini kerajaan menyumbangkan RM1.75 juta. RM380,950 diberikan kepada 102 sekolah rendah agama dan RM25 ribu lagi kepada lima buah sekolah tahfiz.

Senarai agihan
- Madrasah Manabil Ulul, Penanti RM197 ribu
- Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Wataniah RM159 ribu
- Madrasah Al-Aminiah RM183 ribu
- Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah RM166,275
- Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120 ribu
- Sekolah Menengah Othmaniah RM90 ribu

- Institut Pengajian Ar-Razi, Junjung, Bukit Mertajam RM70 ribu

- SABK Khairiah Islamiah RM23 ribu
- SABK Al-Masriyah, Bukit Mertajam RM30 ribu
- SABK Wan Jah RM13 ribu
- SABK Faqiyah Daimiah RM22 ribu
- SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM25 ribu
- SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1, Kepala Batas RM25 ribu
- SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2, Kepala Batas RM19 ribu
- SABK Al-Mashoor Islami RM25 ribu
- SABK SMATI RM22 ribu
- SABK Al-Imam An Nawawi RM3 ribu

- Sekolah Menengah Al-Itqan = RM96,275
- Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum = RM45 ribu.

Sumber : HarakahDaily

Cadangan saya
Semua SAR di Pulau Pinang ni menubuhkan satu Yayasan untuk mentadbirkan semua SAR dibawah satu bumbung. Cam YIK di Kelantan.

Ada sumbangan kerajaan pusat kepada mana-mana SAR tahun lepas/ini?

p/s: KM dikatakan sosialis, komunis ada bagi bantuan. PM yang islamik(kononnya) ada bagi?

Read More...

Setiap yang hidup pasti merasai mati...

Pada pagi kelmarin Encik Adnan Sharif(lebih dikenali dengan nama Cik Nan) telah kembali ke rahmatullah. Beliau koma agak lama sebelumnya.Merupakan ketua bahagian saya apabila saya mula bekerja di sektor kerajaan.

2 hari setelah bekerja, beliau membawa saya berjumpa seseorang dan terus mengisi borang ahli PAS pada 22/12/98. Banyak membimbing saya dalam kerja sebagai penjawat awam dan aktivis parti(tentunya).

Selain cukup dikenali di jabatan kerjaan kami sebagai hard core PAS beliau juga aktif dulu dalam PAS Pasir Salak. Bila berpindah ke Pulau Pinang beliau telah dinaikkan pangkat. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti jemaah terpaksa ditinggalkan.

Banyak suka duka dilalui bersama sebagai bos dan anak buah dan juga sahabat seperjuangan

 Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin







Read More...

Poster Ceramah maulidur Rasul Ahad ini



Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Read More...

Ceramah Maulidur Rasul

Read More...

Menanti Beras-Padu hidup semula...

Tak salah saya dah hampir dua bulan dah beras-padu.pit.my hangus terbakar. Walaupun digantikan dengan beras terpilih namun ia tetap tak sama. Sebagai alternatif saya sediakan link blog politik kat blog saya.

Blog politik ini disusun ikut selera saya. Sesiapa nak guna silakan je...

p/s: Sebol! Kalu hang perlukan bantuan kewangan untuk pulihkan kembali beras-padu bagi tau je. Insya Allah saya dan blogger lain akan membantu seperti kes AT dan TB.

Read More...

Link download mp3 kuliah terkini

Terjumpa satu link download mp3 untuk dikongsi. Sila klik di sini, sini, sini dan sini.

Lain-lain link
- Ceramah Prof Kamil
- Herman Shamsudeen
- Tawel Sensei
- MyMasjid
- Muhammad Suhaimie Leong
- Muhammad Oii

Read More...


Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Bagi sesiapa berminat memiliki saham kowahida silalah menjadi ahli HPA. Dijangkakan tahun ni dividen ilah 20%. Jadilah ahli bawah ahli HPA. Pastu baru boleh beli saham. Jadi ahli bawah saya pun boleh. YM saya insan_fakir04@yahoo.com

Read More...