Marilah luahkan ketidakpuasan hati kita semua seperti ni. Tak perlu tunjuk muka. Jagalah diri cam Cik Ameno World nih..
Marilah luahkan ketidakpuasan hati kita semua seperti ni. Tak perlu tunjuk muka. Jagalah diri cam Cik Ameno World nih..
Labels:
Dari yt lain,
Pandangan,
Video
Dengan sekian banyak durian runtuh(termasuk bau durian masak) dan 40, 558 pengundi meragukan dalam daftar pemilih memang kita telah kalah sebelum berjuang.
Namun selagi nyawa dikandung badan, perjuangan akan diteruskan. Kita ada Allah Maha Kuasa. Doa sebagai senjata.
"Kami mohon kepadamu Ya Allah. Kami ini lemah. Kurniakan kemenangan kepada kami. Hidup mulia atau mati sebagai syuda. Amin
Labels:
Pandangan
Mukadimah: Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.
Dalam UMNO jarang ada budaya ini. Dalam UMNO kalau depa tak puas hati, depa lawan, londeh luar dalam, sampai dua-dua tumbang. Kalau tak dilantik jadi calon sanggup sabotaj parti mcm satu kes di Kedah hari tu, ada kawan cerita calon UMNO yg tidak tercalun namanya, berhenti kereta tepi jalan, hulur duit kat budak-budak PAS yg tengah pelekat poster suruh pulun boh poster lagi – biaq lawan dia tumbang, parti kalah pun tak apa, janji puas hati.
PKR pula, kalau tak puas hati – lagi teruk, terus lompat parti; lawan balik kawan yg dulunya baik sakan, habis londeh luar dalam, hentam thru media, tv, surat khabar, sanggup jadi BARUA lagi – tak apa, janji puas hati.
PAS tak macam tu; dalam PAS, tak puas hati kalu – merajuk.
Saya ingat lagi waktu mula2 giat dgn PAS di Kedah ni, sekali tu saya terpilih jadi wakil cawangan ke Mesyuarat Agong kawasan. Saya ini, latarbelakangnya Engineer (tapi bukanlah bertaraf IR mcm EXCO bermasalah itu), berkelulusan dari Univ di Amerika – macam EXCO YB Amirudin yg diminta keluar dari kawasan PAS Kuala Kedah itu.
Dalam mesyuarat agong berkenaan, waktu perkara berbangkit, saya bangun dan hentam sakan lajnah ekonomi yang buat projek sabun tapi rugi, tak ingat apa saya cakap tapi lebih kurangnya kalau tak reti buat kerja jangan dok gatal nak buat, bagi kat orang lain yang lebih tau, taklah rugi macam ini, dah la duit kawasan pun ada berapa ringgit saja, bla,bla,bla.
Kemudian, bangunlah sorang sahabat antara ramai itu, dia jawab, dia kata inilah jadinya bila orang-orang macam dia yang cuma kerja menoreh getah disuruh buat bisness sabun itu. Dia kata lagi, yang jadi masalahnya org2 yang bijakpandai, yang kerja engineer, yang balik Amerika, tak mau buat, tapi pandai cakap saja, bla bla bla.
Memang terasa dia tujukan kata-kata itu kat saya. Diringkaskan cerita, brother itu merajuk, projek sabun itu stop macam itu saja. Sekali itu, on the way nak pi kerja, saya nampak brother itu berkopiah putih, naik mutu (motorsikal) keluar dari kawasan kebun getah hantar anak dia ke sekolah.
Laa, ingatkan dia merendah diri saja kata dia menoreh getah, memang dia penoreh getah pun. Saya rasa bersalah sungguh sebab kerana kata-kata saya yang pedas menyebabkan seorang pejuang yang ikhlas macam tu berundur, merajuk macam itu saja. Itulah pertama kali saya bertemu dgn budaya merajuk dalam PAS.
Dua tahun lepas di cawangan saya ini, tepat dua tahun pemerintahan PAS Kedah, kami menerima surat perletakan jawatan secara mengejut oleh Hj Usop, AJK kami, lewat 50an, org lama PAS cawangan kami. Beliau adalah antara org lama PAS yg masih hidup yang ditarbiah secara direct oleh Al-Syahid Al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya; memang jenis PAS Piang Berdengung punya. Tanpa beliau, memang satu kehilangan besar untuk cawangan kami.
Pasal apa Hj Usop letak jawatan? – dia merajuk sebab tak puas hati dengan apa yang dia lihat sebagai pertambahan pusat2 maksiat di pekan kecil kami ini sejak PAS memerintah Kedah (Karaoke, Cyber CafĂ©, 7-11 24Jam dll). Dia dah cakap direct kat YB, tapi dia merasakan YB tak serius nak basmi benda ini, natijahnya Hj Usop merajuk, dan letak jawatan – tapi mesyuarat cawangan baru2 ini dia mai lah pulak, sebagai ahli biasa.
Itulah budaya orang PAS, merajuk tapi tang parti sokong jugak.
Beberapa bulan lepas heboh dalam Utusan Malaysia kisah hampir seluruh AJK PAS kawasan Pendang dan Barisan Pemudanya letak jawatan dan dikatakan sebagai krisis kepimpinan PAS Pendang, protest tidak percaya kpd EXCO Taulan Rasul sebagai YDP mereka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebuah lagi kisah Merajuk – mereka semua ini bersama sama dengan TG Hj Rahim tidak dapat menerima cara bekerja Taulan Rasul, lalu mereka memilih untuk meletak jawatan ramai-ramai.
Semalam saya SMS salah seorang AJK Pemuda PAS Pendang yg merajuk ini, nak tahu apa pandangan Tuan Guru Hj Rahim berkenaan krisis MB dan Phahrolrazi ini. Sahabat ini SMS balik, dia tulis:
"TG bagitau jgn ada 2 puak. Jgn ada A atau B, rosak parti. Kalau tak puas hati turun bagi org lain buat kerja. Jgn berkelahi, contohnya buat mcm PAS Pendang. Dulu ada 2 klik. Sekarang yang tak puas hati semua lepas jawatan bagi org boleh buat kerja buat. Kan senang, baru tak gaduh. Depa buat kerja pun senang. Yang lepas jawatan sokong kot bawah".
Sahabat ini SMS tambah:
"Esok depa tak larat, semua turun, kami naik pulak...he he he"
Jadi, saya ingat dalam kes Phahrolrazi ini pun macam itu juga lah, semuanya kes merajuk saja ini. Tambah-tambah pula bila saya analisa sendiri video press conference Phahrolrazi bertarikh 28 Feb 12 itu. Antara kata beliau ialah "MB kata kerajaan negeri tetap teguh (walaupun ada krisis ini), jadi saya tak jadi Exco pun tak ada masalah lah, kerajaan negeri tetap teguh" – bunyinya sebijik macam orang merajuk.
Macam itulah yang saya dok ingat, hanya sebuah lagi kes orang PAS merajuk, hanya orang2 PAS saja yang paham budaya ini tapi org2 UMNO dan org2 yg tak pernah bersama PAS depa tak akan paham.
Aik, ini bukan merajuk lagi dah ini – mana ada orang merajuk pi gertak orang lain ajak merajuk sama. Ini bukan budaya PAS ini, ini dah budaya parti lain.
Macam ini kalu, tak tau nak kata apa dah la – kalau nak bagi puas hati dua dua pihak, MB dan Phahrolrazi, kita mencadangkan satu antara dua pilihan berikut:
Atau pun
Kedua: Kerajaan Negeri gubal perlembagaan supaya negeri Kedah boleh ada dua orang MB pada satu-satu ketika, seorang MB KEDAH dan seorang lagi MB Kuala KEDAH ......muarghahahahaha.......mangkuk ayun betoi!!
Sekian berita semasa dari bumi Kedah!
moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
| Ahmad Lutfi Othman, | 02 Mac 2012 |
Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.
Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.
"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.
Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."
Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."
SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"
"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.
Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.
Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.
Secara peribadi, saya sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.
Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.
Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.
Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...
Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.
Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.
Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.
Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.
Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS.
Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.
Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."
Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.
"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.
Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.
Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.
Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.
Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.
Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.
Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.
"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.
"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.
Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak program-program bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.
"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan, mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.
"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.
Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.
"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.
Apa barang bro Kawasan boleh melarang ahlinya(TYDP) menerima jawatan exco? Tambahan pula MBnya kita(PAS).
Bukan lagi ribut di cawan dah! Sampai semua ajk pusat kena turun. Naib Presiden turun sebelum ni pun tak dapat selesai.
Sejarah akan berulang namun kita tidak ambil iktibar. Terengganu kalah dikatakan kerana tindakan terlalu keras. Sampai la ni tak mampu bangkit lagi.
Kedah kerana pimpinan berebut jawatan(tak nak terima jawatan?)
Saya sms kepada kawan-kawan. Baca dan fahamkan hasrat nurani kami nih ahli-ahli bawahan.
Makluman. Bahasa ini bahasa slang utara dan singkatan dalam sms. Fahamkan betul-betul...
Soalan.
Kalu tgk paper hari ni mmg kes kritikal. Kwsn mtk jgn jadi exco. Ape cite? Kalu pas pru ni kdh mai balik ke umno memang patut sgt la.. Bukannya doa tp tgk cara ni..
Jawapan
1. Paper mana hang tgk. Jgn baca paper umno. Haram. Tgk je. Jangan boh dalam kepala...
2. Jgn sebut camtu. Kita berdoa agar Allah satu kn semula. Sahabat dulu berperang bersama hingga mati. Tidak memihak tapi mai kita mengadu pada Allah. Allah nak tarbiyah kita semua.
3. Jgn ckp byk. Buat keja cukup. Doa yang baik2 bukan minta yg buruk2
Menjawab tulisan DUN BANDAR BAHARU- DUN PINGITAN REBUTAN UMNO DAN PAS
Oleh Joe Penang
- mengundi di Bandar Baharu pada pilihanraya,PRU 2008
- pernah memegang jawatan di cawangan selepas 2008
- duduk di Bandar Baharu sejak 2006
- banyak berbual dengan orang-orang tua sekitar Bandar Baharu
Labels:
Bandar Baharu,
Pandangan
Jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini diluluskan, Malaysia akan jadi aman damai. Pembangkang atau ngo tak berani nak berdemo. Penganjur boleh didenda 10 ribu manakala peserta pula 20 ribu,
Hanya pro kerajaan berani berdemo. Depa banyak duit dan pastinya dilunginya kerajaan(/polis).
MP PR kena berusaha agar ianyanya tidak diluluskan.
- Bil Perhimpunan Aman haramkan protes jalanan
- Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan
- Lim: Ini rang undang-undang perhimpunan haram
Terima maklumat mengatakan PM Najib akan bertolak dari Arab Saudi
pada 9/11 dan sampai pada 10/11(hari ini) dan terus mengadap YDPA untuk membubarkan parlimen.
Tarikh penamaan calun adalah pada 10/12 dan mengundi pada 18/12...
Kita lihat hari ni 10/11. Adakah ianya akan berlaku?
p/s: selagi kuasa bubarkan parlimen dalam tangan PM seorang je, selagi itulah orang akan membuat spekulasi...
Labels:
Pandangan
Nak buat border pass tak boleh. Sistem offline. Argh! Buat la sistem dummy offline la. Sejam aku mai nak buat border pass.Pas ni kena mai lagi la pulak.
Staf Imgresen goyang kaki ke bila sistem selalu offline?
Ada baiknya kakitangan kerajaan dikurangkan. Jika ini dapat
-maksimakan produktiviti sedia ada.
- batalkan keputusan yang bersifat politik semata-mata
Tak kira siapa kita. Ahli, pimpinan(adun atau mp) adab kena jaga
- tak setuju dengan orang lain(PAS/komponen PR) gunakan saluran yang betul. Ni guna media umno(TV3 suku). Berapa banyak damage yg dah dan akan berlaku...
- yb bukan blogger nyamuk cam saya, cenangau, mso, at dan lain-lain. Ini bukan caranya yb.
Labels:
Pandangan
Lupakan masalah pergeseran sesama parti dalam PR. Pertelingkahan sesama ahli. Betapa tak bersedianya PR untuk PRU nanti. Adakah semua Kawasan PAS/Cabang PKR/Bahagian(tak pasti ) DAP ada membuat bantahan terhadap rang daftar pemilih tambahan, RDPT suku ke 2 lepas? Berapa banyak pengundi hantu dikesan?
Saya telah membuat satu lagi blog bernama Hantu Mengundi. Ianya akan mendedahkan isu berkaitan pengundi(daftar pemilih induk DPI) dan RDPT. Silalah berkunjung. Hendak artikel pun boleh. Emelkan ke insan_fakir04@yahoo.com.
Setakat ini saya hanya fokus kepada DPI N21 Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal. Sekali imbas pun jelas. Terlalu banyak yang pelik dan kebetulan. Pengundi tua bangka yang masih ada dalam daftar, nama yang sama tapi 2 ic yang berbeza, terlalu banyak yang mempunyai nama yang sama tapi berlainan bapa, nama-nama yang pelik dan lain-lain.
Hantu mengundi akan membongkar yang termampu. Ini baru satu dun. Bagaimana dengan dun-dun yang lain?
Berdasarkan ini bagaimanakah kita hendak ke PutraJaya? Atas kertas dah nampak kita akan kalah. Perlukah demokrasi(pilihanraya) jika kita terang-terang akan kalah(kerana ditipu)?
Labels:
Pandangan,
Pengumuman
Terdapat beberapa perkara yang saya tak puas hati. Walaupun saya ahli PAS dan membantu(sikit je kut) kemenangan dalam tahun 2008.
1 - Sikap hemoi, cengi MB banyak mencalarkan imej Pas Kedah. Tak kira sapa semua disembur, Termasuk Presiden PAS sendiri.
Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri
2 - Masa kita jadi pembangkang dulu kita tentang habis auku, isa dan lain-lain undang-undang yang zalim. Bila kita menang...
Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman. Kita sokong auku pulak?
"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor."Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya. Kan Ust jadi Pengerusi KUIN. Gunalah kuasa yang ada
3 - Hanya orang yang takut dan malas buat kerja je yang buat camni. Sidang Dun satu hari je? Takkan YB Pas xde soalan walupun satu. Dulu masa jadi pembangkang bising-bising minta sidang dun dipanjangkan. Nak tanya banyak soalan. Bila jadi kerajaan?
4 - Isu Pusat Hibuaran ditutup di bulan puasa. Laksana tiba-tiba. Pas tu bagi kelonggaran. Flip flop. Patutnya elakkan ribuat-ribut. Bagi tmpoh 6 bulan dulu ka.
Jika pas ni Kedah tumbang balik ke BN cam Terengganu 2004 tu jangan gila talak salahkan Umno dan SPR ye..
Takde ke sapa-sapa yang boleh nasihat Ust Azizan? Presiden pun boleh kena toi camtu je. Bincang dulu dengan Majlis PR(ada ke tak?) peringkat negeri.
Teringin gak kalu Ust Azizan buat perjumpaan dengan semua ketua-ketua agama kat Kedah cam TG Nik Aziz buat dulu. Pastu di akhir perjumpaan baru keluar kenyataan. UMNO pun mati kutu nak jawab.
Tapi bukankah Kedah tak sama dengan Kelantan? Kami ikut cara kami(ust azizan?).
Isu pelajar Kuin digantung pun imej kita dah tercalar. Isu pusat hiburan ni?
Berdasarkan perkembangan terkini Himpuan Bersih di Stadium Merdeka makin sukar.
- Bersih tidak dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka
- 91 orang(kebanyakan kepala demo) tidak dibenarkan masuk KL
- Semua laluan masuk ke KL ditutup/dilencongkan
- khabar angin perkhidmatan telco akan dilumpuhkan pada hari tersebut, tentera akan dikerah terbabit sama dan lain-lain lagi
- road block yang menggila gila di setiap negeri sejak 2-3 hari lepas
Bersedialah wahai ansarullah, pejuang kebenaran dan pencinta keadilan. Jalan kita semakin penuh ranjau dan duri. Namun perjuangan tetap terus. Hidup mulia atau mati sebagai syuhada'
Dari Parit Buntar ke Besut kena saman di Kulim? Kelantan Terengganu tak kena pun. Walaupun masuk pekan keluar pekan.
Takpalah. Kulim rajin buat kerja. Atau kulim nak cari duit lebih? Hehehe
Labels:
Pandangan,
Polis oh polis
Tak payah la buat sekatan-sekatan nak menyusahkan peserta bersih dan orang awam nak masuk KL Kan agung dah iktiraf bersih? Baik anggota tu duduk di balai masing-masing. Awasi jenayah di tempat anda.
Tak payah la buat drama rampasan molotov coktail, parang lading dan sebagainya. Tangkap kerana t shirt bersih dan lencana bersih lagilah jangan. Orang awam memang hilang rasa hormat terhadap anda. Anda membuktikan anda rela menjadi barua umno.
Nampak gaya sama je. Anda memang sengaja mencari pasai. Biarpun kami tak jadi berdemo(di jalanan) tetapi berhimpun dalam stadium, Agung sanggup terima kami mengadap namun tu tak memberi kesan kepada anda. Ptuih!
Saya berpendapat kita perlu tukar perkataan demonstrasi ke konsert. Kita tak berarak di jalan raya. Kita hanya terkurung di satu tempat(cam reban ayam). Semangat berkobar-kobar saya telah menurun.
Masih 50-50 lagi samada saya nak pergi ke tidak. Masih ada 2 hari lagi untuk buat keputusan.
Jika perhimpunan di buat di Stadium Shah Alam, jika saya pergi saya perlu menambah RM28 untuk tambang balik. Sebelum ini telah ambil tiket balik ke sini jam 5.45 petang. Jika demo buat di KL sempat la.
Harapan saya jika berhimpun di stadium
- fikirkan pengisian selama 3 jam (2-5 ptg). Jangan ulang kesilapan himpunan protes bantah kenaikan harga petrol dahulu
- antara program perlu ada ialah ceramah, puisi dan lain-lain berkaitan bersih
- fikirkan bagaimana hilangkan rasa jemu berjemur di stadium waktu petang
p/s: Bersih 2 bagi saya hilang klimaksnya... Siri Panduan Peserta Bersih tidak akan disambung. Tiadak ada lagi rasanya provokasi, intidimasi dan tekanan polis ke atas peserta...
Tinggal 4 hari lagi. Ambiga telah mohon mengadap Agong. Adakah demo akan diteruskan? Berdemo(konsert) la dalam di stadium Shah Alam?
Bagi saya. Jalan je walaupun Agong tak bagi
Nilaikan sendiri. Saya akan mengulas selepas ini.
Labels:
Dari yt lain,
Pandangan

