Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Siapakah Along berlesen?

Jawabnya? Hanya satu iaitu PTPTN. 
Buktinya? Lihat imej dibawah

imej dari blog Pak Bakaq

Berapakah jumlah riba? 
 Setiap bulan dikenakan caj pentadbiran(riba la tu). Jadi jumlah riba untuk setahun sahaja ialah RM554.16. Tu tak termasuk LRS LN-Debit(laras debik/penumbuk kat peminjam?) berjumlah RM8.

Tak taulah kalu pelajar-pelajar IPTA/S nak undi lagi BN dalam pru13 nanti. Pas grad pagi petang bayar riba kepada along berlesen nih.

Read More...

Mengapa FDI penting?

Dr Dzulkifly telah menerangkan secara teknikal mengapa FDI penting dalam blognya. Silalah baca artikel beliau.

Saya ringkaskan dan mengubah bahasa menjadi bahasa awam. Jika berlaku percanggahan fakta, artikel asalnya adalah tepat.


Mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009) mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus pada 2008.

Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste.
Pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN

Mengapa FDI faktor penting?
Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar , maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
 

Apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
 

Membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
 

Indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
 

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan untuk menjana pendapatan per kapita yang. Berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.
Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan daya saing negara.

Dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.

Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh danmembawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
 

Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
 

Komen Nazir semacam mahu membela abangnya.

Berkaitan
- Adik bela abang. Takpa FDI rendah, yg penting saya makin kaya raya masa abg jadi
 

Read More...

 Malaysiakini memetik kenyataan big bos CIMB berkenaan FDI Malaysia. Org UMNO bolehlah engko bohong.
 Setiap tahun rakyat yg habis SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master dan PHD keluar mencari kerja. Macamna nak beri pekerjaan kepada rakyat yg mula menceburi bidang pekerjaan kalu xde pelabur baru masuk? Harap pelabur sedia ada? Mana la cukup.
  Pas ni mintak abg hang lantik hang jd penasihat(punahsihat?) ekonomi. Paling baik jd menteri ganti Nork Mohd Yakcop. Ekonomi Malaysia akan pulih sekelip mata.

Read More...


Tak banyak nak komen. Demo anti zionis depa pun x ramai tera mana. Pastu dok kata Anwar minta maaf kat zionis. Tup2 depa sambung kontrak apco. Apa cite beb?

p/s: bagi aku zionis dan yahudi sama je. Dalam qurana pun sebut yahudi je. Bukan semua yahudi jahat tapi majoritinya

Read More...

Mari bergelek untuk judi Piala Dunia 2010

 Saya berjaya copy video asal M.Daud Kilau tentang gila judi ni. Video asalnya terdapat di sini. Saksikan. Sesiapa yg ingin download/tempek kat blog2 masing2 dipersilakan. Tiada copyright dalam kerja2 amal melawan amanu nih. Hehehe





Lirik yg telah diubahsuai
Orang amanu gila judi
orang amanu gila judi
hai judi merosak diri merosak diri
banyak yang setengah mati akibat judi

Kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau selalu risau
sama-sama jadi sasau hai jadi sasau

Satu ringgit dua ringgit
tiga ringgit empat ringgit
limaaaaaaa ringgit

Satu ringgit dua ringgit
tiga ringgit empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....

Kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri

Kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi

Tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi..




Tajuk entri ini boleh digantikan dengan BN bergelek M.Daud Kilau untuk mengubati gundah kalah di Sibu

Read More...

Undilah kati

Sempena prk di Hulu Selangor nanti

Read More...

Perjuangan mesti terus..

Biarpun kita kalah dalam kes Nizar. Kes Anwar mungkin jadi seperti ni gak. Namun adakah kita akan menyerah? Membiarkan UBN bermaharajalela di Malaysia. Tidak! Biar pun patah sayap namun masih bertongkat paruh. Lawan tetap lawan. Samada kita menang atau Allah mengurniakan syahid pada kita.

p/s; Tetap akan melawan musuh-musuh dalam selimut(terutamanya dalam PAS) dan luar selimut

Read More...

Malaysia Ala 1 Malaysia...

Malaysia Ala 1 Malaysia, Pakai Lencana ISA pun Kena Tangkap

Alahai slogan 1 Malaysia



Upacara sembahyang bagi memperingati penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dua tahun lalu, dicemari dengan penangkapan seorang pemimpin utamanya, S Jayathas.

Dia ditahan kerana didakwa memaki lencana anti-ISA.

Read More...

Kalu hangpa sudah menjual, kami tak berani membeli ka?

Petugas pas diserang!. Kat Markaz Induk plak. Markaz di beberapa upu-upu lain turut diserang. Apa sudah jadi. Mana p polis n petugas pemantau pilihanraya? Sibuk sangat kah atau telah di arah duduk diam2 dlm rumah?

Masanya telah tiba. Arahkan semua ahli-ahli gayung turun. Martial art lain juga sila turun. Sekiranya bon dan pala merah pun dah tak nak jaga, kami sanggup panggil member kami tolong jaga. Jangan ada lagi petugas kami diserang hingga cedera atau mati.

Read More...

Minyak naik bulan September

Untuk kempen PRK Permatang Pasir. Juga renungan semua

Read More...

Implikasi keputusan Mahkamah TInggi

Rayuan Mamak Zambry menangguhkan keputusan semasa menunggu proses rayuan telah ditolak. Jadi bagaimana dengan

- Sultan Perak. Adakah akan berkenaan membubarkan DUN?
- tiga pegawai PTD. Penasihat Undang-undang,SU Dun dan SUK akan dipecat/gantung atau diminta meletakkan jawatan? Semua Bentara Dun camna plak?
- Gaji dan elauan MB haram akan dikembalikan kepada Nizar?

- Hakim: Nizar MB Perak yang sah
- Inilah Masanya Untuk Bubar DUN
-

Read More...

Jamil oh Jamil

Link penuh terdapat di sini. Apa katanya?

- isu ini perlu dilihat daripada aspek hukum syarak dan perundangan.

- tidak mahu komen bimbang percanggahan lain.

Kesimpulannya. Tiada komen dari Menteri Agama UBN?

- DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA
- Adakah IFC sudah wujud dalam Kabinet Kerajaan Malaysia..???

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia II?

Segalanya kini terserlah. Apa fungsi Menteri Agama dalam jawatankuasa kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. 4 menteri dalam jawatankuasa. Yang peliknya pengerusinya bukan islam. Tak pelik jika keputusan sebegini dikeluarkan.

- Kabinet mesti rujuk mufti. Betulkah? Mufti satu negeri dulu megharamkan JomHeboh, kini berdiam diri bila konesert itu kembali diadakan. Dah halal ke?
- Fatwa Terbaru Kabinet Tuan Haji Najib!!!

Tengoklah selepas ini. Manalah tau menteri agama dan mufti sebuah negeri sanggup meletakkan jawatan kerana keputusan ini

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia?

Anak-anak kekal menganut agama asal jika salah seorang ibu bapa bertukar agama. Tidak ada(automatik) penceraian walaupun salah seorang memeluk islam. Hak penjagaan anak-anak dibawa pada mahkamah sivil. Pindaan undang-undang akan dibuat. Negeri-negeri juga diminta berbuat demikian.

Kesimpulannya
- islam akan semakin terpinggir.
- mahkamah syariah akan kehilangan banyak bidang tugas.
- UBN tidak memperjuangan melayu dan islam

- 30% ekuiti dimasuhkan.
- Mengenali pemerintahan Najib.
- Hidangan Arak di Pertunjukan Fesyen di Suria KLCC! (Dikemaskini)
- Boleh terimakah keputusan kabinet ini?

Read More...

Sejarah kini

UMNO Guna Mimbar Masjid Untuk Kempen Pilihanraya

Terima kasih kepada Al Banjari kerana berani mendedahkan penipuan serta double standard UMNO/BN. Pada semua yang mahu melihat teks asal dalam bahasa jawi sila rujuk kepada link ini

Teks Khutbah telah dirumikan dan boleh dibaca dibawah. Jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti mengata dulang paku serpih, parti telunjuk lurus kelingking berkait, parti lidah bercabang dua belas, parti menanam tebu di bibir dsbnya. Khutbah ini adalah bukti yang paling jelas:

(Bermula)
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

Berkaitan
Menelusuri sejarah silam

Read More...

Menelusuri sejarah silam


(muka satu)


(muka dua)

Read More...