Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Kuliah Ust Nik Zawawi

Read More...

Kuliah TG Tuan Ibrahim Tuan Man

Read More...

Tafsir Surah Al Munafiqun

Read More...

Read More...

Ucapan Perasmian Muktamar DPPNT dan Pas Kawasan NT

Read More...

Read More...

Ceramah calon N21 Sg Acheh - 2

Read More...

Ceramah calon N21 Sg Acheh - 1

Read More...

Ceramah Politik

Ceramah diadakan di Pasti Al-Fateh, Taman Ilmu, Nibong Tebal 

Read More...

Ceramah Ust Abdullah Khairi

Read More...

Ceramah PAS 28/1/13 di Sg Acheh, Nibong Tebal

Read More...

Kuliah Haraki 29/11/12




Read More...

Himpunan Hijau Menuju Ke Putra Jaya peringkat Wilayah Persekutuan. Diadakan pada 14/7/2012 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur


Read More...

Program Xpresi Anak Muda dan Himpunan Hijau ke Putra Jaya Peringkat Negeri Pulau Pinang diadakan pada 24/6/2012 Ahad bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam. Bertempat di Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth

Read More...

Oley dengan sarikata

Video asal terdapat di sini. Saya cuma menambahkan sarikata untuk beberapa frame. Dengar,baca, faham dan sebarkan untuk manfaat islam

Read More...

Pada-padalah tu...

Mukadimah: Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.

Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.

Dalam UMNO jarang ada budaya ini. Dalam UMNO kalau depa tak puas hati, depa lawan, londeh luar dalam, sampai dua-dua tumbang. Kalau tak dilantik jadi calon sanggup sabotaj parti mcm satu kes di Kedah hari tu, ada kawan cerita calon UMNO yg tidak tercalun namanya, berhenti kereta tepi jalan, hulur duit kat budak-budak PAS yg tengah pelekat poster suruh pulun boh poster lagi – biaq lawan dia tumbang, parti kalah pun tak apa, janji puas hati.

PKR pula, kalau tak puas hati – lagi teruk, terus lompat parti; lawan balik kawan yg dulunya baik sakan, habis londeh luar dalam, hentam thru media, tv, surat khabar, sanggup jadi BARUA lagi – tak apa, janji puas hati.

PAS tak macam tu; dalam PAS, tak puas hati kalu – merajuk.

Saya ingat lagi waktu mula2 giat dgn PAS di Kedah ni, sekali tu saya terpilih jadi wakil cawangan ke Mesyuarat Agong kawasan. Saya ini, latarbelakangnya Engineer (tapi bukanlah bertaraf IR mcm EXCO bermasalah itu), berkelulusan dari Univ di Amerika – macam EXCO YB Amirudin yg diminta keluar dari kawasan PAS Kuala Kedah itu.

Dalam mesyuarat agong berkenaan, waktu perkara berbangkit, saya bangun dan hentam sakan lajnah ekonomi yang buat projek sabun tapi rugi, tak ingat apa saya cakap tapi lebih kurangnya kalau tak reti buat kerja jangan dok gatal nak buat, bagi kat orang lain yang lebih tau, taklah rugi macam ini, dah la duit kawasan pun ada berapa ringgit saja, bla,bla,bla.

Kemudian, bangunlah sorang sahabat antara ramai itu, dia jawab, dia kata inilah jadinya bila orang-orang macam dia yang cuma kerja menoreh getah disuruh buat bisness sabun itu. Dia kata lagi, yang jadi masalahnya org2 yang bijakpandai, yang kerja engineer, yang balik Amerika, tak mau buat, tapi pandai cakap saja, bla bla bla.

Memang terasa dia tujukan kata-kata itu kat saya. Diringkaskan cerita, brother itu merajuk, projek sabun itu stop macam itu saja. Sekali itu, on the way nak pi kerja, saya nampak brother itu berkopiah putih, naik mutu (motorsikal) keluar dari kawasan kebun getah hantar anak dia ke sekolah.

Laa, ingatkan dia merendah diri saja kata dia menoreh getah, memang dia penoreh getah pun. Saya rasa bersalah sungguh sebab kerana kata-kata saya yang pedas menyebabkan seorang pejuang yang ikhlas macam tu berundur, merajuk macam itu saja. Itulah pertama kali saya bertemu dgn budaya merajuk dalam PAS.

Dua tahun lepas di cawangan saya ini, tepat dua tahun pemerintahan PAS Kedah, kami menerima surat perletakan jawatan secara mengejut oleh Hj Usop, AJK kami, lewat 50an, org lama PAS cawangan kami. Beliau adalah antara org lama PAS yg masih hidup yang ditarbiah secara direct oleh Al-Syahid Al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya; memang jenis PAS Piang Berdengung punya. Tanpa beliau, memang satu kehilangan besar untuk cawangan kami.

Pasal apa Hj Usop letak jawatan? – dia merajuk sebab tak puas hati dengan apa yang dia lihat sebagai pertambahan pusat2 maksiat di pekan kecil kami ini sejak PAS memerintah Kedah (Karaoke, Cyber Café, 7-11 24Jam dll). Dia dah cakap direct kat YB, tapi dia merasakan YB tak serius nak basmi benda ini, natijahnya Hj Usop merajuk, dan letak jawatan – tapi mesyuarat cawangan baru2 ini dia mai lah pulak, sebagai ahli biasa.

Itulah budaya orang PAS, merajuk tapi tang parti sokong jugak.

Beberapa bulan lepas heboh dalam Utusan Malaysia kisah hampir seluruh AJK PAS kawasan Pendang dan Barisan Pemudanya letak jawatan dan dikatakan sebagai krisis kepimpinan PAS Pendang, protest tidak percaya kpd EXCO Taulan Rasul sebagai YDP mereka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebuah lagi kisah Merajuk – mereka semua ini bersama sama dengan TG Hj Rahim tidak dapat menerima cara bekerja Taulan Rasul, lalu mereka memilih untuk meletak jawatan ramai-ramai.

Semalam saya SMS salah seorang AJK Pemuda PAS Pendang yg merajuk ini, nak tahu apa pandangan Tuan Guru Hj Rahim berkenaan krisis MB dan Phahrolrazi ini. Sahabat ini SMS balik, dia tulis:

"TG bagitau jgn ada 2 puak. Jgn ada A atau B, rosak parti. Kalau tak puas hati turun bagi org lain buat kerja. Jgn berkelahi, contohnya buat mcm PAS Pendang. Dulu ada 2 klik. Sekarang yang tak puas hati semua lepas jawatan bagi org boleh buat kerja buat. Kan senang, baru tak gaduh. Depa buat kerja pun senang. Yang lepas jawatan sokong kot bawah".

Sahabat ini SMS tambah:
"Esok depa tak larat, semua turun, kami naik pulak...he he he"

Nah – hari itu riuh isu PAS Pendang ini, sekarang dah aman damai. Org PAS ini macam itulah, merajuk sekejap saja, sekali bunyi gendang p.raya, bersinsing lengan depa pakat bawa parang pi tebang buluh nak pasang bendera.

Jadi, saya ingat dalam kes Phahrolrazi ini pun macam itu juga lah, semuanya kes merajuk saja ini. Tambah-tambah pula bila saya analisa sendiri video press conference Phahrolrazi bertarikh 28 Feb 12 itu. Antara kata beliau ialah "MB kata kerajaan negeri tetap teguh (walaupun ada krisis ini), jadi saya tak jadi Exco pun tak ada masalah lah, kerajaan negeri tetap teguh" – bunyinya sebijik macam orang merajuk.

Macam itulah yang saya dok ingat, hanya sebuah lagi kes orang PAS merajuk, hanya orang2 PAS saja yang paham budaya ini tapi org2 UMNO dan org2 yg tak pernah bersama PAS depa tak akan paham.

Macam itulah yang saya sangkakan – hinggalah saya baca berita the STAR dan SINAR Harian hari ini 1-Mac-12 yang memuatkan kenyataan Phahrolrazi yang memberi kata dua kepada EXCO IR Amirudin sama ada nak letak jawatan dan join team beliau team PAS Kawasan Kuala Kedah atau pun nak bersama dengan MB.

Aik, ini bukan merajuk lagi dah ini – mana ada orang merajuk pi gertak orang lain ajak merajuk sama. Ini bukan budaya PAS ini, ini dah budaya parti lain.

Macam ini kalu, tak tau nak kata apa dah la – kalau nak bagi puas hati dua dua pihak, MB dan Phahrolrazi, kita mencadangkan satu antara dua pilihan berikut:

Pertama: Azizan Razak pegang jawatan MB sampai bulan 5, kemudian bagi Phahrolrazi pegang sat – supaya tercatat nanti dalam buku Sejarah kata IR Phahrolrazi sebagai Menteri Besar Kedah daripada PAS yang TERAKHIR selepas PRU13 nanti!!

Atau pun

Kedua: Kerajaan Negeri gubal perlembagaan supaya negeri Kedah boleh ada dua orang MB pada satu-satu ketika, seorang MB KEDAH dan seorang lagi MB Kuala KEDAH ......muarghahahahaha.......mangkuk ayun betoi!!

Sekian berita semasa dari bumi Kedah!

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Read More...

Bahaya ribut dalam cawan

Ahmad Lutfi Othman, 02 Mac 2012
 
Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan  Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya  sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS. 


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah  dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut  kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak  program-program bekas Pesuruhjaya  PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan,  mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.
 
Artikel asal terdapat di Harakahdaily di sini

Read More...

Isu Exco di Kedah. Ribut di cawan atau blogger PR tak matang?

   Apa barang bro Kawasan boleh melarang ahlinya(TYDP) menerima jawatan exco? Tambahan pula MBnya kita(PAS).
   Bukan lagi ribut di cawan dah! Sampai semua ajk pusat kena turun. Naib Presiden turun sebelum ni pun tak dapat selesai.
    Sejarah akan berulang namun kita tidak ambil iktibar. Terengganu kalah dikatakan kerana tindakan terlalu keras. Sampai la ni tak mampu bangkit lagi.
    Kedah kerana pimpinan berebut jawatan(tak nak terima jawatan?)

Saya sms kepada kawan-kawan. Baca dan fahamkan hasrat nurani kami nih ahli-ahli bawahan.

Makluman. Bahasa ini bahasa slang utara dan singkatan dalam sms. Fahamkan betul-betul...

Soalan.
Kalu tgk paper hari ni mmg kes kritikal. Kwsn mtk jgn jadi exco. Ape cite? Kalu pas pru ni kdh mai balik ke umno memang patut sgt la.. Bukannya doa tp tgk cara ni..

Jawapan
1. Paper mana hang tgk. Jgn baca paper umno. Haram. Tgk je. Jangan boh dalam kepala...
2. Jgn sebut camtu. Kita berdoa agar Allah satu kn semula. Sahabat dulu berperang bersama hingga mati. Tidak memihak tapi mai kita mengadu pada Allah. Allah nak tarbiyah kita semua.
3. Jgn ckp byk. Buat keja cukup. Doa yang baik2 bukan minta yg buruk2

Read More...

Ceramah Presiden PAS

 Sempena lawatan kerja TGHA di Dun Sg Acheh pada 5 Februari 2012 yang lepas


Read More...

Taujihad khusus untuk pejuang-pejuang islam

Read More...