Dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa BERSIH 2.0 membuat tuntutan 'pelik' mendapat reaksi yang sama daripada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Apa yang pelik?" soal Mohamad kembali ketika diminta memberikan komennya terhadap kenyataan Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof itu.
Diterangkan pemberita tentang hujah-hujah SPR, Mohamad yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah menjawab:
"Pernah tengok (filem) Musang Berjanggut? (Ada dialog) undang-undang ini kita yang bikin. Kita hendak tukar pun boleh."
"Kanda, bolehkah dinda bertanya tentang undang-undang Negeri di sini?"
"Boleh apa salahnya, undang-undang apa dinda?"
"Salah atau tidak, jikalau seorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan semasa suaminya tak ada di rumah?
"Eeeh itu salah besar salah besar, hehe..."
"Kalau begitu kanda ni pun salah la?"
"Eh salah jugak la, tapi itu tak jadi apa, sebab undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padammm... ehehe..."
Jawapan itu ternyata mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir.
Abd Aziz pada 27 Jun lalu menyifatkan lapan tuntutan BERSIH sebagai 'pelik' kerana empat daripadanya bukan dalam bidang kuasa SPR - satu melibatkan pindaan perlembagaan dan tiga lagi antara usaha penambahbaikan yang sering dilakukan suruhanjaya itu.
Peringkat akhir saman kerajaan
Bercakap dalam sidang media selepas berceramah di Shah Alam malam tadi, Mohamad juga berkata, walaupun terdapat tuntutan di luar bidang SPR, suruhanjaya itu boleh memohon bantuan daripada badan kerajaan yang lain termasuk yang berbentuk kewangan.
"(Jadi) tiada masalah. Tiada yang pelik," kata Mohamad.
Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, antara tuntutan BERSIH, seperti penggunaan dakwat kekal selepas mengundi sudah menjadi amalan di peringkat antarabangsa, termasuk di Mesir baru-baru ini.
Lapan tuntutan BERSIH antaranya desakan supaya membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus dan memperkukuhkan institusi awam.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, dewan itu kini dalam peringkat akhir menyaman kerajaan yang didakwa membuat tangkapan secara salah, antaranya melibatkan penjual dan pemakai baju BERSIH.
Katanya, tindakan itu dijangka dibuat sebelum perhimpunan besar 9 Julai ini.
"Penangkapan ini tidak sah. Kita lihat mereka yang ditangkap antaranya yang memakai baju kuning dan baju BERSIH," katanya yang turut memakai baju kuning BERSIH pada masa itu.
Labels:
Bersih,
Dari blog lain,
Dari yt lain,
Demo,
Sendal gusi
Labels:
Dari yt lain,
Kritik,
Sendal gusi
Di sana akan ditonjolkan seorang manusia yang mempunyai dua wajah yang berbeza. Di satu wajah dia dilihat sebagai seorang peguam memperjuangkan keadilan dan membela rakyat yang memerlukan pembelaan, dan di sebalik itu dia seorang yang kejam, yang sanggup membunuh ramai orang untuk memenuhi agenda dan kepentingannya.
Sudah terbayang juga kepada kita filem itu akan disulami oleh tarian-tarian yang ditarikan oleh penari-penari wanita jelita yang berpakaian menjolok mata bagi menghiburkan tetamu-tetamu istimewa ketua samseng tersebut, berlangsung dalam kediaman mewah lagi eksklusif.
Untuk menjadikan lebih menarik lagi dan tidak mengecewakan penonton, watak Sosilawati dalam cerita ini tidak akan dimatikan, sebaliknya dia mungkin menjadi hero yang akan menggunakan segala kepintarannya untuk mendedah dan menghapuskan kerja-kerja jahat si peguam itu.
Penonton tentu sentiasa berasa cemas melihat Sosilawati, seorang perempuan, cuba melepaskan diri dari cengkaman peguam yang berpura baik itu. Sedangkan di kawasan itu hampir tidak ada jalan untuk keluar, di kawal rapi dan bertembok tinggi.
Di akhir cerita filem yang penuh aksi ini, penonton berasa lega, Soliwati akhirnya dapat melepaskan diri, peguam jahat dan polis yang bersubahat dengannya ditangkap dan akan dihadapkan ke makamah untuk dihukum atas segala kesalahan yang mereka lakukan.
Sepenuhnya di Isu Semasa, Sosial dan Politik
Tambahan dari saya.
Jika ikut sambungan versi Malaisia mungkin penjenayah tu akan bebas. Rupanya ramai lg terlibat termasuk AG dan PM(depa terlepas) sekali... Macam kes pembunuhan Altantujeep(diindiakan sebutan)
Labels:
Dari blog lain,
Polis oh polis,
Sendal gusi
Kartun/animasi ni saya cukup minat dahulu. Antaranya kata trademarknya ialah "Gaban Z, Potong dua" bila nak pancung musuh dengan pedangnya.
Saksikan lagu trademarknya. Dimelayukan
Labels:
Sendal gusi
Bukan takat minyak. Gula dan gas. 3 serangkai. Limau purut 3 serangkai, buta perut takde akai!
Tak taulah kalu selepas ni harga barang tak naik. Hairan bin ajaib. Ada sesapa yg tak guna gas, gula dan minyak untuk hidup? Duduk sorang-sorang dalam hutan bolehlah!
Mari kita sejukkan kemarahan kita dengan bernyanyi dan bergelek sebentar. Moga kepanasan tahap stim tadi menjadi sejuk gedik di bawah tahap beku. Amin!
Labels:
Info,
Pengguna,
Sendal gusi,
Video
Ghana, Mongolia(camna Altantujib bleh mai sini?),Thailand, Nicaragua dll. Semua negara maju dari Malaysia ke? Apsal internet depa lebih laju dari kita?
Kita dengar apa ulasan anak Pak Yatim. Kalu dia nak ulas...
Tambahan
- Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:
“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”
- Mengenai kritikan yang dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Australia Michael Halpin mengenai tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, Rais berkata tidak semua yang diperkatakan itu benar.
Katanya kenyataan yang dibuat oleh Halpin seolah-olah meletakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara membangun sedangkan perkhidmatan jalur lebar dalam negara sudah mencapai 27 peratus hampir menyamai Hungary yang berada di tahap 30 peratus tahun ini.
Labels:
Kritik,
Sendal gusi
2010/06/01
Kuala Lumpur: PM Malaysia, menuntut rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu agar segera memberi "reaksi konstruktif" terhadap kritikan yang diterima berikutan tindakan askarnya menyerang kapal bantuan misi kemanusiaan Gaza, semalam.
Pak Najib memberitahu Netanyahu dalam perbualan menerusi telefon bahawa Britain prihatin terhadap kejadian mengancam nyawa berikutan sembilan dilaporkan maut selepas komando Israel menyerang kapal berkenaan.
“Najib memberitahu mengenai komitmen United Kingdom terhadap keselamatan di Israel tetapi mahu negara itu memberi reaksi terhadap kritikan berikutan tindakan terbarunya itu.
"Beliau juga mahu Israel membuat apa saja yang perlu bagi membendung berulangnya kejadian sama selepas ini," kata jurucakap PM itu.
“PM juga menekankan betapa pentingnya sekatan terhadap Gaza ditarik balik dan memberi laluan kepada kemasukan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Palestin yang memerlukan," kata jurucakap itu.
Awal semalam, Menteri Luar Malaysia mahu "satu siasatan bebas dan menyeluruh' dilakukan berikutan kejadian yang berlaku di perairan Gaza.
Seorang warga Britain dilaporkan cedera dalam serangan askar Israel itu. - AFP
Tambahan
- Jangan Boikot Israel
Malaysia keluarkan kenyataan rasmi dalam web Bernama pada jam 12:09am - 01 Jun 2010, manakala versi Bahasa Inggeris pula dimuatkan pada 12:41am. Pantasnya kita keluarkan kenyataan bantahan
Kenyataan rasmi Malaysia di sini
Senarai rakyat kita yang ditahan Israel
* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
maklumat dari sini
Labels:
Kritik,
Palestin,
Sendal gusi
Headline sebenar ialah TPM: Terima hakikat Abuya sudah mati bukan 'ghaib' menjadi TPM: Terima hakikat Abuya sudah mati bukan 'ghaib' rakyat tak setuju Najib lulus judi piala dunia
Judi, PERKASA: Najib membisu
Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi
Labels:
Kekejaman,
Sendal gusi,
Spinning
Saya berjaya copy video asal M.Daud Kilau tentang gila judi ni. Video asalnya terdapat di sini. Saksikan. Sesiapa yg ingin download/tempek kat blog2 masing2 dipersilakan. Tiada copyright dalam kerja2 amal melawan amanu nih. Hehehe
Tajuk entri ini boleh digantikan dengan BN bergelek M.Daud Kilau untuk mengubati gundah kalah di Sibu
Labels:
BN,
Judi,
Sendal gusi,
Video
Lawak2. Amabik info yg bermanfaat ye..
Labels:
Sendal gusi,
Video

