Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Pada-padalah tu...

Mukadimah: Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.

Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.

Dalam UMNO jarang ada budaya ini. Dalam UMNO kalau depa tak puas hati, depa lawan, londeh luar dalam, sampai dua-dua tumbang. Kalau tak dilantik jadi calon sanggup sabotaj parti mcm satu kes di Kedah hari tu, ada kawan cerita calon UMNO yg tidak tercalun namanya, berhenti kereta tepi jalan, hulur duit kat budak-budak PAS yg tengah pelekat poster suruh pulun boh poster lagi – biaq lawan dia tumbang, parti kalah pun tak apa, janji puas hati.

PKR pula, kalau tak puas hati – lagi teruk, terus lompat parti; lawan balik kawan yg dulunya baik sakan, habis londeh luar dalam, hentam thru media, tv, surat khabar, sanggup jadi BARUA lagi – tak apa, janji puas hati.

PAS tak macam tu; dalam PAS, tak puas hati kalu – merajuk.

Saya ingat lagi waktu mula2 giat dgn PAS di Kedah ni, sekali tu saya terpilih jadi wakil cawangan ke Mesyuarat Agong kawasan. Saya ini, latarbelakangnya Engineer (tapi bukanlah bertaraf IR mcm EXCO bermasalah itu), berkelulusan dari Univ di Amerika – macam EXCO YB Amirudin yg diminta keluar dari kawasan PAS Kuala Kedah itu.

Dalam mesyuarat agong berkenaan, waktu perkara berbangkit, saya bangun dan hentam sakan lajnah ekonomi yang buat projek sabun tapi rugi, tak ingat apa saya cakap tapi lebih kurangnya kalau tak reti buat kerja jangan dok gatal nak buat, bagi kat orang lain yang lebih tau, taklah rugi macam ini, dah la duit kawasan pun ada berapa ringgit saja, bla,bla,bla.

Kemudian, bangunlah sorang sahabat antara ramai itu, dia jawab, dia kata inilah jadinya bila orang-orang macam dia yang cuma kerja menoreh getah disuruh buat bisness sabun itu. Dia kata lagi, yang jadi masalahnya org2 yang bijakpandai, yang kerja engineer, yang balik Amerika, tak mau buat, tapi pandai cakap saja, bla bla bla.

Memang terasa dia tujukan kata-kata itu kat saya. Diringkaskan cerita, brother itu merajuk, projek sabun itu stop macam itu saja. Sekali itu, on the way nak pi kerja, saya nampak brother itu berkopiah putih, naik mutu (motorsikal) keluar dari kawasan kebun getah hantar anak dia ke sekolah.

Laa, ingatkan dia merendah diri saja kata dia menoreh getah, memang dia penoreh getah pun. Saya rasa bersalah sungguh sebab kerana kata-kata saya yang pedas menyebabkan seorang pejuang yang ikhlas macam tu berundur, merajuk macam itu saja. Itulah pertama kali saya bertemu dgn budaya merajuk dalam PAS.

Dua tahun lepas di cawangan saya ini, tepat dua tahun pemerintahan PAS Kedah, kami menerima surat perletakan jawatan secara mengejut oleh Hj Usop, AJK kami, lewat 50an, org lama PAS cawangan kami. Beliau adalah antara org lama PAS yg masih hidup yang ditarbiah secara direct oleh Al-Syahid Al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya; memang jenis PAS Piang Berdengung punya. Tanpa beliau, memang satu kehilangan besar untuk cawangan kami.

Pasal apa Hj Usop letak jawatan? – dia merajuk sebab tak puas hati dengan apa yang dia lihat sebagai pertambahan pusat2 maksiat di pekan kecil kami ini sejak PAS memerintah Kedah (Karaoke, Cyber CafĂ©, 7-11 24Jam dll). Dia dah cakap direct kat YB, tapi dia merasakan YB tak serius nak basmi benda ini, natijahnya Hj Usop merajuk, dan letak jawatan – tapi mesyuarat cawangan baru2 ini dia mai lah pulak, sebagai ahli biasa.

Itulah budaya orang PAS, merajuk tapi tang parti sokong jugak.

Beberapa bulan lepas heboh dalam Utusan Malaysia kisah hampir seluruh AJK PAS kawasan Pendang dan Barisan Pemudanya letak jawatan dan dikatakan sebagai krisis kepimpinan PAS Pendang, protest tidak percaya kpd EXCO Taulan Rasul sebagai YDP mereka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebuah lagi kisah Merajuk – mereka semua ini bersama sama dengan TG Hj Rahim tidak dapat menerima cara bekerja Taulan Rasul, lalu mereka memilih untuk meletak jawatan ramai-ramai.

Semalam saya SMS salah seorang AJK Pemuda PAS Pendang yg merajuk ini, nak tahu apa pandangan Tuan Guru Hj Rahim berkenaan krisis MB dan Phahrolrazi ini. Sahabat ini SMS balik, dia tulis:

"TG bagitau jgn ada 2 puak. Jgn ada A atau B, rosak parti. Kalau tak puas hati turun bagi org lain buat kerja. Jgn berkelahi, contohnya buat mcm PAS Pendang. Dulu ada 2 klik. Sekarang yang tak puas hati semua lepas jawatan bagi org boleh buat kerja buat. Kan senang, baru tak gaduh. Depa buat kerja pun senang. Yang lepas jawatan sokong kot bawah".

Sahabat ini SMS tambah:
"Esok depa tak larat, semua turun, kami naik pulak...he he he"

Nah – hari itu riuh isu PAS Pendang ini, sekarang dah aman damai. Org PAS ini macam itulah, merajuk sekejap saja, sekali bunyi gendang p.raya, bersinsing lengan depa pakat bawa parang pi tebang buluh nak pasang bendera.

Jadi, saya ingat dalam kes Phahrolrazi ini pun macam itu juga lah, semuanya kes merajuk saja ini. Tambah-tambah pula bila saya analisa sendiri video press conference Phahrolrazi bertarikh 28 Feb 12 itu. Antara kata beliau ialah "MB kata kerajaan negeri tetap teguh (walaupun ada krisis ini), jadi saya tak jadi Exco pun tak ada masalah lah, kerajaan negeri tetap teguh" – bunyinya sebijik macam orang merajuk.

Macam itulah yang saya dok ingat, hanya sebuah lagi kes orang PAS merajuk, hanya orang2 PAS saja yang paham budaya ini tapi org2 UMNO dan org2 yg tak pernah bersama PAS depa tak akan paham.

Macam itulah yang saya sangkakan – hinggalah saya baca berita the STAR dan SINAR Harian hari ini 1-Mac-12 yang memuatkan kenyataan Phahrolrazi yang memberi kata dua kepada EXCO IR Amirudin sama ada nak letak jawatan dan join team beliau team PAS Kawasan Kuala Kedah atau pun nak bersama dengan MB.

Aik, ini bukan merajuk lagi dah ini – mana ada orang merajuk pi gertak orang lain ajak merajuk sama. Ini bukan budaya PAS ini, ini dah budaya parti lain.

Macam ini kalu, tak tau nak kata apa dah la – kalau nak bagi puas hati dua dua pihak, MB dan Phahrolrazi, kita mencadangkan satu antara dua pilihan berikut:

Pertama: Azizan Razak pegang jawatan MB sampai bulan 5, kemudian bagi Phahrolrazi pegang sat – supaya tercatat nanti dalam buku Sejarah kata IR Phahrolrazi sebagai Menteri Besar Kedah daripada PAS yang TERAKHIR selepas PRU13 nanti!!

Atau pun

Kedua: Kerajaan Negeri gubal perlembagaan supaya negeri Kedah boleh ada dua orang MB pada satu-satu ketika, seorang MB KEDAH dan seorang lagi MB Kuala KEDAH ......muarghahahahaha.......mangkuk ayun betoi!!

Sekian berita semasa dari bumi Kedah!

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Read More...

Bahaya ribut dalam cawan

Ahmad Lutfi Othman, 02 Mac 2012
 
Tidak sukar untuk memahami kegelisahan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi tentang situasi terkini politik di Kedah. Mereka risau dan bimbang perkembangan dramatik yang disensasikankan media itu boleh menyebabkan rakyat menolak Parti Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Hinggakan ada pembaca yang menelefon saya meluahkan rasa takut kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh tumbang, sepertimana pernah berlaku di Perak genap tiga tahun lalu. "Bilangan Adun Pakatan dalam Dun Kedah, termasuk DAP, tinggal 20 orang, satu kelebihan yang cukup kecil berbanding 36 kerusi semuanya," katanya, sambil meminta Harakah memberi penjelasan lanjut senario sebenarnya.

Selepas Mohd Radhi Salleh (Lunas) dan  Tan Wei Xu (Bakar Arang) mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, KeADILan hanya mempunyai tiga Adun. Wakil PAS tetap 16, manakala DAP seorang. Kerajaan majoriti mudah terbentuk melalui 19 Adun.

"Insya-Allah, kerajaan negeri tetap stabil. Tak mungkin berlaku pengkhianatan di kalangan Adun PAS sampai BN boleh mengambil kesempatan, seperti kes Perak. Kalaupun ada perselisihan, ia hanya perbezaan pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan," jawab saya.

Bagaimanapun reaksi pembaca setia Harakah itu jelas tidak berpuas hati dengan respons saya: "Yang untung hanyalah Umno, tiada pihak lain. Dan makin cerahlah peluang mereka tawan Kedah. PAS dalam posisi yang lebih sukar."

Seorang lagi menyuarakan keresahan sama: "PAS sukar digugat daripada luar. Semakin kita ditekan, tambah padu dan jitu, tetapi dengan pergolakan dalaman, kedudukan kita goncang dan mudah dikalahkan, apatah lagi dalam realiti di Kedah, kerajaan campuran baru satu penggal berkuasa."

SMS daripada rakan-rakan saya di kampung, Tunjang, Jitra dan lebih ramai lagi di Alor Setar, bertali arus. Sebahagian besarnya seperti kebingungan: "Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?"

"Rakyat bercakap soal laluan Pakatan ke Putrajaya. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin meramalkan BN hanya selamat di tiga negeri dan kejutan hampir pasti berlaku di Sabah dan Sarawak. Takkan ketika banyak pihak ghairah ingin melihat perubahan di seluruh negara, tiba-tiba Kedah yang dalam genggaman pun mungkin terlepas, bukan kerana BN kuat tetapi PAS yang lemah," usik seorang pemerhati politik.

Menyalahkan media milik Umno yang mengeksploitasi semahunya isu ini -- meskipun kebanyakan laporannya tersasar dan hilang punca -- tentulah tidak banyak menyelesaikan masalah. Dungu sangatlah Utusan Malaysia dan TV3 (serta tidak terkecuali The Star yang dikuasai MCA itu) jika tidak memanipulasikan peluang keemasan ini untuk membantu taukehnya, BN, menawan kembali Kedah dalam PRU13.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk ahli dan pendokong PAS, sukar ditenteramkan hanya dengan nasihat atau peringatan mesti mendapatkan khabar daripada sumber berautoriti parti. Dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, maklumat atau tohmahan hanya di hujung jari.


Secara peribadi, saya  sukar membayangkan jika negeri kelahiran saya itu bakal direbut semula oleh Umno, hanya berpunca daripada masalah dalaman parti yang gagal diuruskan dengan baik. Umum mengetahui bahawa Umno Kedah kini bukannya dalam kedudukan terbaik untuk melakukan kejutan. Kelemahan ketara mereka daripada segi barisan kepimpinan yang lemah dan tidak menonjol.

Sejak 1969, prestasi PAS di Kedah begitu membanggakan. Meskipun penguasaan kerusi Dun ada
kalanya begitu menyedihkan, namun kekuatan asas PAS tetap bertahan.

Aktivis PAS negeri ini pasti mengalir air mata mengenangkan kesungguhan, ketekunan dan ketabahan pemimpin agungnya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, mengharungi siri kesukaran dan penderitaan, termasuk menanggung keuzuran yang menyiksakan.

Ya, Ustaz Fadzil yang begitu dekat dan terasa cukup akrab dengan sanubari para aktivis parti ...

Penggerak PAS Kedah tentunya masih mengingati sedalamnya tribulasi yang terpaksa dihadapi mereka hanya kerana mahu mendaulatkan kebenaran yang dibawa Parti Islam. Peristiwa Memali pada 19 November 1985 memakan korban yang ramai dan menganugerahkan syuhada buat 14 pejuang PAS.

Sebelumnya, ia didahului tragedi Lubuk Merbau, yang mengorbankan aktivis PAS, Othman Talib, yang terbunuh semasa kempen pilihan raya kecil Padang Terap pada Januari 1985, selepas diserang ahli-ahli Umno.

Pada akhir 1980-an, ramai aktivis PAS dikurung ISA ekoran rampasan tanah Muassasah Darul Ulum seluas 48 relung di Pokok Sena, lebih kurang 20km dari Alor Setar. Ahli-ahli PAS seluruh negeri Kedah bergilir-gilir membuat kawalan, siang dan malam, bagi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya keringat, air mata dan darah menyuburi tapak kekuatan PAS Kedah.

Sebenarnya, yang menghalang PAS daripada membentuk kerajaan negeri lebih awal hanyalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu di Kedah yang ketika itu masih setia kepada BN. Misalnya, pada pilihan raya umum 1999, BN berpaut rapat dengan masyarakat bukan Melayu apabila sebahagian besar kerusi majoriti pengundi Melayu dikuasai PAS. 


Kemenangan manis pada Mac 2008 adalah hadiah paling istimewa buat aktivis PAS Kedah yang terbukti tetap istiqamah dan komited mengungguli perjuangan meskipun diasak kiri dan kanan. Amanah rakyat ini perlu dipelihara sebaiknya; kepercayaan tinggi mereka usah dipersiakan.

Beberapa rakan mengingatkan saya: "Kini, Umno boleh menyimpan peluru miliknya kerana mereka boleh menggunakan peluru yang dihadiahkan PAS untuk menyerang PAS sendiri. Adat orang berseteru, termasuk sesama dalam sebuah parti, akan timbul sedikit sebanyak serangan peribadi yang memburukkan sesama sahabat. Lebih bimbang lagi jika ia hanya fitnah."

Seperti ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan yang lain, saya amat mengharapkan ada kaedah atau pendekatan terbaik menangani kemelut ini. "Ribut dalam cawan" ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi jika ia bukan hanya membabitkan dua tiga tokoh sahaja.

"Walaupun ribut dalam cawan, tetapi mesti pastikan air tidak tumpah ataupun terpercik keluar." Ungkapan ini pernah saya dengar belasan tahun lalu, juga semasa PAS dilanda krisis dalaman.

Apa pun, laporan Harakahdaily, Selasa lalu, memberi sinar positif.

Rombongan PAS Pusat yang bertemu pemimpin negeri, yakin isu di Kedah  dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata demikian selepas pimpinan PAS Pusat mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Mereka juga turut menemui Exco Kanan Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, yang menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini.

Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu turut disertai Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Penolong Setiausaha Agung PAS.

Mereka berkunjung ke rumah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi. "Pertemuan hari ini banyak menghasilkan buah fikiran dan cadangan yang membina serta menunjukkan tanda positif ke arah penyelesaian. Hasil pertemuan ini akan dibawa ke mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam Rabu," kata Salahudin.

Semasa ramai prihatin dengan perkembangan di Kedah, saya mendapat emel, antara lain merakamkan: "Semua pemimpinan Pakatan mesti menjaga perlakuan serta percakapan kerana dibimbangi ia boleh menjerat diri. Mesti berhenti daripada berasa "akan menang" atau "selangkah ke Putrajaya" takut-takut  kita mudah berpuas hati dan mengurangkn gerakerja serta mengharapkn orang lain melakukan tugas yang kritikal.

"Terus terang cakap,jangan seronok sangat kononnya ramai orang sokong Pakatan. Harakah harus beri kefahaman tentang perjuangan Islam PAS kepada orang Melayu dengan sejelasnya.

"Akhir sekali tetapi penting, berhenti berangan-angan, rapatkan saf dan gempur habis-habisan. Semua perkara harus dilakukan dengan pantas dan tersusun. Kurang bercakap, banyakkan kerja, cakap hanya yang penting saja," kandungan emel itu dipetik.

Dalam pada itu, ingatan seorang pemimpin cawangan PAS di Selangor juga perlu diberi perhatian. Melalui telefon beliau mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti meneliti impak  program-program bekas Pesuruhjaya  PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, yang kini aktif berceramah di seluruh negara.

"Jangan hanya serahkan isu Hasan Ali kepada PAS Selangor semata-mata. Dalam situasi setiap undi begitu penting, sama ada buat Pakatan,  mahupun BN, maka pilihlah jalan lebih selamat iaitu memandang serius semua isu yang berkait dengan PAS," ujarnya.

"Mungkin ada yang berkata siri ceramahnya itu, pada sesetengah tempat agak ramai hadirin, kerana ia ditaja Umno, lalu dipandang remeh. Saya tak setuju. Saya bimbang ada pengundi Melayu confuse dan keliru bila dengar ceramahnya. Kesan akhirnya, ini akan menguntungkan Umno," tekannya lagi dengan nada serius.

Pandangan rakan saya, editor kanan sebuah akhbar harian, mungkin boleh disanggah dengan mudah, tetapi saya lebih selesa untuk bersikap berhati-hati dan tidak meremehkannya. Beliau berkata, isu-isu di Kedah dan Selangor, meletakkan PAS pada kedudukan yang agak goyah di negeri-negeri berkenaan.

"Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor," tambahnya.
 
Artikel asal terdapat di Harakahdaily di sini

Read More...

Isu Exco di Kedah. Ribut di cawan atau blogger PR tak matang?

   Apa barang bro Kawasan boleh melarang ahlinya(TYDP) menerima jawatan exco? Tambahan pula MBnya kita(PAS).
   Bukan lagi ribut di cawan dah! Sampai semua ajk pusat kena turun. Naib Presiden turun sebelum ni pun tak dapat selesai.
    Sejarah akan berulang namun kita tidak ambil iktibar. Terengganu kalah dikatakan kerana tindakan terlalu keras. Sampai la ni tak mampu bangkit lagi.
    Kedah kerana pimpinan berebut jawatan(tak nak terima jawatan?)

Saya sms kepada kawan-kawan. Baca dan fahamkan hasrat nurani kami nih ahli-ahli bawahan.

Makluman. Bahasa ini bahasa slang utara dan singkatan dalam sms. Fahamkan betul-betul...

Soalan.
Kalu tgk paper hari ni mmg kes kritikal. Kwsn mtk jgn jadi exco. Ape cite? Kalu pas pru ni kdh mai balik ke umno memang patut sgt la.. Bukannya doa tp tgk cara ni..

Jawapan
1. Paper mana hang tgk. Jgn baca paper umno. Haram. Tgk je. Jangan boh dalam kepala...
2. Jgn sebut camtu. Kita berdoa agar Allah satu kn semula. Sahabat dulu berperang bersama hingga mati. Tidak memihak tapi mai kita mengadu pada Allah. Allah nak tarbiyah kita semua.
3. Jgn ckp byk. Buat keja cukup. Doa yang baik2 bukan minta yg buruk2

Read More...

 Terdapat beberapa perkara yang saya tak puas hati. Walaupun saya ahli PAS dan membantu(sikit je kut) kemenangan dalam tahun 2008.
  1 -  Sikap hemoi, cengi MB banyak mencalarkan imej Pas Kedah. Tak kira sapa semua disembur, Termasuk  Presiden PAS sendiri.
Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri

 2 - Masa kita jadi pembangkang dulu kita tentang habis auku, isa dan lain-lain undang-undang yang zalim. Bila kita menang...
Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman. Kita sokong auku pulak?

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor."Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya. Kan Ust jadi Pengerusi KUIN. Gunalah kuasa yang ada



 3 -  Hanya orang yang takut dan malas buat kerja je yang buat camni. Sidang Dun satu hari je? Takkan YB Pas xde soalan walupun satu. Dulu masa jadi pembangkang bising-bising minta sidang dun dipanjangkan. Nak tanya banyak soalan. Bila jadi kerajaan?


4 - Isu Pusat Hibuaran ditutup di bulan puasa. Laksana tiba-tiba. Pas tu bagi kelonggaran. Flip flop. Patutnya elakkan ribuat-ribut. Bagi tmpoh 6 bulan dulu ka.


Jika pas ni Kedah tumbang balik ke BN cam Terengganu 2004 tu jangan gila talak salahkan Umno dan SPR ye..

Read More...

Penjelasan Isu Pusat Hiburan Di Kedah

 

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.
Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Read More...

Larangan pusat hiburan di Kedah - Umpama menarik rambut di dalam tepung

    Takde ke sapa-sapa yang boleh nasihat Ust Azizan? Presiden pun boleh kena toi camtu je. Bincang dulu dengan Majlis PR(ada ke tak?) peringkat negeri.
    Teringin gak kalu Ust Azizan buat perjumpaan dengan semua ketua-ketua agama kat Kedah cam TG Nik Aziz buat dulu. Pastu di akhir perjumpaan baru keluar kenyataan. UMNO pun mati kutu nak jawab.
    Tapi bukankah Kedah tak sama dengan Kelantan? Kami ikut cara kami(ust azizan?).
    Isu pelajar Kuin digantung pun imej kita dah tercalar. Isu pusat hiburan ni?

Read More...

Kuliah diadakan setiap pagi Sabtu jam 9-11.30 pagi

SABTU MINGGU PERTAMA - kuliah paksi
SABTU MINGGU KEDUA - USTAZ ZAINAL ASRI - KITAB BAHRUL MAZI 17
SABTU MINGGU KETIGA - USTZ AMINUDIN - HADIS
SABTU MINGGU KEEMPAT - DATO DR HARUN DIN - TASAWUR ISLAM

Semua dijemput hadir

imej dari mykedah2u.blogspot.com


Maklumat diambil dr PKWR Merbau Pulas

Read More...

Kedahlanie.blogspot berkubur?

 Semenjak kelamarin terdapat masalah dalam melayari kedahlanie.blogspot. Page not found bila nak lihat previus entry. Hari ni pula langsung tak boleh masuk. Page Not found. Padahal di rss feed masih boleh view current entri.


Hubungi admin kedahlanie. Ini jawapan depa.

Assalamualaikum...
Saya bagi pihak admin kedahlanie.. memohon berjuta kemaafan kerana masalah yang dialami dari jam 5.00 petang semalam 10/01/2011 sehingga jam 6.00 pagi ini 11/01/2011 bahawa blog " kedahlanie.blogspot.com " telah di tamatkan riwayatnya.

Punca tamatnya riwayat blog tersebut nampaknya masih lagi di kesan oleh sahabat IT kami, berdoalah semoga segala data dan file yang ada didalamnya dapat kita recover semula.

Oleh itu dengan lahirnya website baru ini diharap sahabat handai semua tolonglah hebah-hebahkan kepada semua rakan taulan cyber kita untuk memaklumkan rumah baru ini. http://www.kedahlanie.info
 
Silalah berkunjung ke website baru bagi mendapatkan berita terkini.
p/s: Tak buat backup ke? Kalu susah sangat delete je blog tu. Create lain guna url lama tuh

Read More...

Salam

Sabtu lepas saya dan keluarga berkunjung ke Pantai Merdeka untuk mandi-manda. Terdapat beberapa perkara yang ingin ditegur.

1 - Kawasan parking tidak terjaga dan mencukupi. Terdapat pengunjung yg meletakkan kenderaan hingga di di tepi jalan utama. Pengunjung lain pulua meletakkan kereta sesuka hati kerana tiada petak dan kawalan oleh petugas.

2- Bilik air mencukupi. Cuma setiap bilik air tiada kolah untuk menakung air. Tekanan air pula rendah. Ramai terpaksa menunggu. Dicadangkan diletakkan satu tangki simpanan besar di atas bumbung atau kawasan berhampiran berhampiran. Setiap bilik air disediakan takung/tong dram untuk menadah air.

Tak kisah jika dikenakan sedikit bayaran. Yang penting kemudahan yang disediakan memuaskan hati.

Rasanya ini boleh diperbaiki dalam masa 6 bulan lagi. Sekian

Read More...

Penjelasan Tragedi Memali

Saksikan sendiri. Penjelasan oleh Armarhum Ust Fadzil Noor Ketua Pembangkang ketika itu mengenai assyhahid Ust Ibrahim Libya


Tak nampak pimpinan PAS sekarang dapat menyamai/melebihi ketokohan beliau. Moga Allah merahmati roh beliau. Amin

Read More...

Penjelasan MB Kedah Isu Banjir

Versi utube.






Ini pula yg full version. Versi Vimeo

Penjelasan MB Kedah Isu Banjir from joe pg on Vimeo.

Read More...

Baru hangpa ada akai bila MB menyinga...



Read More...

Teruk tera mana banjir di Kedah?

Malas menulih dah. Tengoklah dan hayati video klip di bawah




Gamuda x sumbang kepada banjir teruk nih? Lihatlah video nih







Tak payah tuding jari sapa salah. La ni pakat tolong-tolong semua mangsa. Dah selesai nanti barulah
- Kedah saman Gamuda
- Gamuda saman Kedah balik dll

Read More...

Maklumat terkini banjir di Kedah

 Rupa-rupanya semua maklumat banjir terkini diupdate di kedah.gov.my. Tapi tu yang 4/11 punya. Bagi la yang terkini. Mungkin depa kalut turun membantu kot. Kalu boleh hari-hari update. Jika boleh update dalam 3-4 jam sekali lagi baik. Sampai berita yg keluar kat akhbar-akhbar tu dah out of date

Kat mana jalan masih di tutup? Di sini

Hotline bilik gerakan banjir? Di sini

Salurkan bantuan? Di sini

p/s: Kalau boleh mintak depa updatekan berapa jumlah sumbangan yang telah diterima, diagih dan belum diagih. Apa barang yang masih kritikal diperlukan.

Read More...

Banjir makin pulih namun bantuan masih diperlukan

Banjir makin pulih namun masih perlu bantuan. Hulurkan bantuan wang ringgit(pakaian tak perlu kot), tenaga(angkat beras, cuci rumah dll) dan fikiran(kaunseling mangsa, selaras bantuan dll). Sesiapa yg free(cuti) pada hujung minggu dan ingin menghulur bantuan tenaga sila hubungi pihak berkenaan.

Masa musibah/bencana alam ni x kira hang belah mana. Tolonglah pakat-pakat hulur takat termampu. Tadak duit bagila tenaga atau fikiran. Jangan asyik mengata kerajaan negeri x bagi bantuan dah. Sedang hang rileks menengok tv je

p/s: Ada sesiapa tau nombor Majlis Keselamatan Negeri, MKN? Amal Kedah, PAS Alor Setaq dll? Ramai nak hulur bantuan. Tapi x tau nak channel kat mana. Buat la satu blog khas tentang ifo banjir, camna nak salur bantuan dll. Bukan payah pun...

Read More...

Rayuan kepada pimpinan PR ......

Rayuan kepada pimpinan PR tentang kenaikan air di Penang dan Kedah
   Mintak tolong sesangat kepada exco dan penceramah PR Kedah dan Penang. Jangan rasa selesa dengan sokongan sekarang. Bila-bila masa boleh terbalik kuang
  
  Tolong buat road show ke seluruh negeri. Terangkan masalah ni. Negeri terpaksa menikut arahan SPAN. Mahfuz tolong balik ceramah kat sini sama.
  
   Takat terang kat blog ni berapa kerat rakyat tau? 10%? Itupun mujur kalu dapat. Jangan pandang ringan isu ni. Be End akan main isu ni hari-hari.  Kita wp jd kerajaan, namun media kita x meluas. Jadi turunlah ceramah menerangkan isu nih wahai pimpinan...
 
   Walaupun kita letak jawatan, tidak akan berpaling mengundi musuh, insya Allah.

   p/s: Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan(kurang dari 2 setengah tahun) tolong buat munajat perdana cam Ktan buat dulu. Kita buat di Stadium Darul Aman, Stadium Batu Kawan dan Stadium Merdeka. Kat Perak buat la kat Markas Air Kuning. Jangan yg ni pun tak nak buat. Beri alasan kita tak sama dengan Ktan gak...

Read More...

Info terkini tentang kerajaan Kedah

Aku x tau td ada usrah cawangan. Ingatkan mesyuarat cawangan. YDP KBB mai. Antara yang diceritakan

- yg kata 22/5 nak bubar dun. Isu tu sengaja dimulai oleh PAS Kedah sendiri. Dijangkakan jika DUN bubar, PAS akan menambah 6 kerusi lagi... Kerusi yg banyak pengundi Siam. Antaranya Kuala Nerang, Sg Tiang, Seputeh dan 3 lg dun. X ingat nama.

- 2-3 hari lepas Ust ada berceramah bersama Anwar. Macamana KBB? Kami tetap berkeja. W/p YB Zul dah lama tak turun lawat kawasan.

- yg isu Amirudin dan Fahrolrazi sejak menang asyik mai golf dgn Sultan je. MB x minat langsung golf. Jadi depa kena la pi main teman Sultan. Ini la peluang nak sembang dengan baginda. Jika depa berdua x pi, Mahathir Khalid n the geng berpeluang cucuk jarum kat baginda, Terpaksalah depa berdua husung kayu golf teman sultan.

Tak ingat dah. Aku mai td x bawak pen n kertas. Kalu ingat nanti aku tambah lg...

Read More...