Apakah dia penyelesaian 10 perkara?
Sumber dari sini
Apakah dia penyelesaian 10 perkara?
Labels:
Agama,
Penyelesaian 10 Perkara
Labels:
Agama,
Dari yt lain,
Video
Labels:
Agama,
Dari yt lain,
Video
Oleh
Nik Nasri Nik Malek
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan
DU/PAS Terengganu.
HARI ini (22 Mac 12) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:
1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri.
Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.
2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.
3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.
4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.
5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.
6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.
7. Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.
8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid. (Hrkh)
Labels:
Agama,
Dari blog lain
Labels:
Agama
Ada orang islam dari lahir hinggalah ke mati. Ada yang islam lahir, tersesat di pertengahan jalan namun sempat bertaubat sebelum maut.
Iwan Syahman dulunya cukup dikenali sebagai artis dangdut(Iwan Dangdut). Bila hidayah datang mengetuk hati, dangdut ditinggalkan. Alhamdulillah
Maklumat tambahan
- siapa Lawrence Arabia, sejarah israel, Iraq dan Arab Saudi
- siapa dia Muhammad Abdul Wahab?
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Sepenuhnya di sini
Komen Saya
- Cuba istiqamahkan ia hingga 40 hari berturut. Mulanya terasa berat. Pas 40 hari kalau tak buat terasa hudup ni tak sempurna.
- tak hafal doanya? Mari menghafal secara berlagu
Kredit kepada Unic dan Bazlihazwan atas video ini
Labels:
Agama,
Dari yt lain
Saksikan video yg paling laris di pasaran. Berkali-kali boh kat utube. Sekejap je ke block. Saya juga tak sempat tengok. Cuma jumpa video ni je.
video takkan kena removed rasanya. Semua adegan adalah ringan-ringan je..
Komen saya
- Kalu nak siasat video senang je. Siasat la three stooges tu. Mesti dapat punya.
- Hits kat blog saya akan naik mendadak selepas ni(sekarang ni 9516). Hehehe. Walaupun saya tak buat bisnes dengan hit pages.
- Kena belajar menipu lebih pro lagi sesiapa yang terlibat dalam video ni. Pas tu cari la orang yang beragama untuk dedahkan cam Menteri/Timbalan Menteri Agama Malaysia atau mana-mana mufti. Buat laporan polis. Jangan tayang kat media. Buat kes kat JAWI bab Qazaf. Takde 4 saksi rotan 90x kat orang yang report/tuduh tu.
- Apsal boh kat utube je? Boh la kat vimeo atau lain2 video upload web. Kat utube memang kena remove la. Tak pun upload la ke video upload seks(carik sendiri) yang berlambak-lambak tu. Tentu tak kena block/removed
Ulasan Ust Mutallib berkenaan video ini
Labels:
Agama,
Video Terlampau
"Jika xde tun xdelah MSc. Jika xde MSC xdelah kita(upin ipin)"
Jika kita menganggap tanpa sesuatu maka tak menjadilah sesuatu. Ianya bermakna kita tak mengiktiraf kekuasaan Allah. Allah mampu menjadikan sesuatu walaupun tanpa sebab.
Berhati-hatilah kita semua.
Wallahua'lam
Prof. Madya Dato' Syeikh Badaruddin B. Haji Ahmad - Kategori Hadis Dan Syarat-Syarat Perawi from manchuping on Vimeo.
Prof. Madya Dato' Syeikh Badaruddin B. Haji Ahmad - jenis2 hadis from manchuping on Vimeo.
Labels:
Agama,
Sheikh Badarudin,
Video
Pertama kali doa dibaca di konvensyen DAP. Setelah tren untuk wanita diikuti bas wanita kini bas pula. Apa lagi pula selepas ini?
Satu lagi kemenangan islam di akhir zaman. Perjuangan tetap terus. Menegakkan islam atau mati memperjuangkan islam.
Kita dengar pas ni. Adakah umno/majlis fatwa akan berkokok sakan
Layan sat lagu motivasi
RapidKL perkenal bas untuk wanita. Setelah tren untuk wanita kini bas pula. Mungkin nanti teksi pula?
Satu lagi kemenangan islam di akhir zaman. Perjuangan tetap terus. Menegakkan islam atau mati memperjuangkan islam.

Jumpa ulama'(kalu hang anggap dia cam tu) dah kira cukup baik. Jadikan rutin kelaziman. tanya dia nak buat ni syarie' ke dah pun amat baik.
Tapi..

Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong

DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut

Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri
Apa citenye Yob. Takkan Haru Sana Sini pun setuju?
Sumber gambar2 dan berita dari Pas Tambun, Pria Malaya dan Ust Rosli Dhoby
Bila kita semak buku PAFA budak-budak sekolah tertulis perkara yang membatalkan iman seseorang itu ialah melakukan perkara tahyul dan khurafat. Tidak payah rujuk kitab-kitab besar. Sudah terpahat di situ. Sayang sungguh puak-puak sekular yang berselindung di balik Islam ini tanpa rasa segan silu melakukan hal-hal bidaah besar yang boleh menjatuhkan seseorang dalam perkara syirik.
Para ilmuan Islam berbuih-buih mulut mengajar, mendidik masyarakat betapa sesatnya mereka yang terus-menerus melakukan kerja-kerja tahyul dan khurafat ini. Bagaimana orang ramai nak faham Islam jika pemimpin yang mereka lantik, yang nampak berjurus (walau rampas MB dari tangan orang lain secara undang-undang) terus melakukan kerja-kerja yang nyata bertentangan sama sekali dengan ajaran dan kepercayaan Islam ini.
![]() |
| Berdoa Kepada Allah |
Labels:
Agama,
Dari blog lain,
Gambar,
Perak,
UBN
Labels:
Agama,
Dari blog lain
Dicedok dari Design Disease | A Blogger por Ser turista