Menjawab tulisan DUN BANDAR BAHARU- DUN PINGITAN REBUTAN UMNO DAN PAS
Oleh Joe Penang

Sebelum menjawab tulisan ini biarlah saya ceritakan sedikit latar belakang saya.
  • mengundi di Bandar Baharu pada pilihanraya,PRU 2008
  • pernah memegang jawatan di cawangan selepas 2008
  • duduk di Bandar Baharu sejak 2006
  • banyak berbual dengan orang-orang tua sekitar Bandar Baharu

Jawapan saya. Tulisan saudara seperti sedia maklum. Melagukan cerita pembangunan fizikal semata. Tiada cerita pembangunan minda(dah tentu agama).Biarlah saya menjawab dari segi pembangunan sahaja.

Papan tanda projek pembangunan di tepi Exit Bandar Baharu pernah tersergam megah. Projek pembangunan rumah kedai dan kediaman di tepi lebuhraya. Malangnya papan tandanya pun dah roboh. Kelapa sawit terus membesar. Projek di bawah kerajaan mana sebelum 2008 lagi?

Projek Lebuh Raya Durian Burung ke Bandar Baharu kini sepi. Yang tinggal hanyalah dari Durian Burung ke Kupang. Itu pun tertangguh lama. Tak nak buat dah ke? Masa rancang tu kerajaan mana yang berkuasa?

Sekarang ini kedengaran cerita pula mengenai projek lebuh raya Bandar Baharu ke Sungai Petani. Orang Kedah nak balik ke Kedah tak perlu masuk lebuhraya ke Penang dulu. Moga ianya menjadi kenyataan. Amin

Ketika Kadir Sheikh Fadzir jadi MP Kulim Bandar Baharu, Politeknik Kulim mulanya dirancang dibuat di Dun Bandar Baharu. Namun beliau memindahkan lokasi tersebut ke Kulim HighTech. MP Pas kah dia?

Azimi Daim ketika menjadi AdunBandar Baharu juga Exco Pelajaran dan Modal Insan,apakah pembangunan yang dibawa beliau ke sini.? Ada MRSM, IKBN di sini ke? Yang ada hanyalah Kolej Komuniti Bandar Baharu. Itupun cuma satu kursus sahaja dan mengguna Pejabat Daerah dan Tanah
Bandar Baharu yang kosong sekian lama.

Bandar Baharu tetap akan membangun walaupun perlahan tidak seperti Dun Kulim(walaupun dalam satu parlimen) atau Parlimen Sungai Petani. Banyak taman-taman Epic Valley dan Damai Hikmat dibina di sini. Majoriti islam(melayu) kelas menengah makin bertambah kerana semua penghuni taman adalah orang melayu.

Tak kisah la jika tak banyak pembangunan di sini. Taman-taman di sini tak banyak kes kecurian, masih kelihatan sawah menghijau di sepanjang lebuhraya dari pekan Bandar Baharu ke Tol Bandar Baharu. Walaupun banyak rumah kedai di Pekan Bandar Baharu hanya menjadi sarang burung walit dan sepanjang pembahagi jalan lebuhraya Tol Bandar Baharu rumput tumbuh meliar jarang dipotong.

Tak kisah la takde pembangunan sangat di Bandar Baharu. Nak beli barang pergilah ke Parit Buntar. Ada EconSave, Bilion, Minat, Pasar RayaKu dan lain-lain. Kuih-kuih Gerai Kak Ramlah di sini masih dijual dengan harga 30 sen sekeping. Masih besar dan sedap lagi.

Pagi Jumaat dan Sabtu kami masih berpeluang mengaji agama berkitab dengan Paksi Kerian. Pagi Jumaat di Parit Nibong dan pagi Sabtu di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Walaupun di sini tiada sekolah pondok seperti Pondok Pak Ya Padang Lumat di Yan atau Pomdok TG Salleh Musa di Sik. Kami bahagia seadanya.

Cukuplah dulu setakat ini. Salah fakta sila betulkan. Wallhua'lam

No comments: