Kenapa hang tak pi sekali?


     Baru-baru ini pejabat saya telah menganjurukan program lawatan kerja ke Songkhla. Pada mulanya saya bersetuju. Siap buat pasport lagi
     Selasa sebelumnya(Lawatan pada pagi Ahad selepasnya) diadakan taklimat khas sebelum ke sana. Apa yang boleh/tak boleh dilakukan, patua dan bermacam-macam lagi. Yang tak disangka ialah apabila Pengarah Projek mengingatkan setiap ahli rombongan agar menyelitkan RM1(minima) pada celah pasport/pas sempadan apabila menyerahkannya kepada Imigresen Malaysia untuk keluar dan masuk semula ke Malaysia. RM2 sebagai hadiah supaya pemeriksaan ke atas ahli rombongan adalah paling minimum?
     Malamnya saya tak tidur lena. Bolehkah RM2 tu dianggap sebagai sedekah? Miskin sangat ke Imigresen sampai setiap rakyat nak pi Thailand perlu sedekah sorang RM1 kat depa?
     Malam esoknya saya menghadiri usrah bersama Ust Zaki. Membincangkan bab dakwah dan berjihad ke jalan Allah, Beliau menceritakan pengalamannya berdakwah(seorang diri) kepada couple-couple yang bertenggek di malam Tahun Baru di Taman Tasik Titiwangsa. Mengambil qias dari ceritanya lalu mengambil keputusan. Saya tidak dapat pergi. Tidak mahu terbabit dalam rasuah.
Esoknya saya memberitahu kepada rakan di pejabat. “Maafkan aku. Aku tak dapat pi ke Songkhla. Apa pasal? Masalah peribadi(malas cite lebih-lebih)”. Depa minta aku carik pengganti kerana bayaran penginapan dan lain-lainya telah dibayar. Saya cuba mencari namun tidak berjaya. Kerusi untuk saya dalam bas telah kosong. Saya tidak pergi ke Thailand

No comments: