DBL 0006 - Jejaka paling popular hari ini.


Semalam, Manchester United mengalahkan Bolton Wanderers dengan jaringan 5-0. Sementara itu, Liverpool tewas kepada Stoke City dengan jaringan 0-1. Kalau diikut kepada persepsi hari ini, Man U terus unggul manakala Liverpool, Arsenal dan Chelsea nampak gusar.
Keunggulan Man U ini ada kena mengena dengan Mat Sabu. Kalau Man U terus popular di Liga Perdana Inggeris, Mat Sabu terus unggul di Liga politik Malaysia.
Dalam tahun 2009, nama Nizar Jamaludin begitu popular, sehinggakan hampir setiap hari blog-blog pro-Umno bercerita tentang Nizar, sekarang hampir setiap hari nama Mat Sabu menjadi buah mulut orang-orang Umno. Malah populariti Mat Sabu sudah menenggelamkan nama Anwar dan Najib.
Mat Sabu bukan saja berjaya memporak purandakan Umno, malah menjadikan Professor-professor sejarah kelam kabut. Sehinggakan ada sejarawan yang sanggup mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Lebih banyak Mat Sabu menyerang, lebih kelam kabut pertahanan lawan. Ini style Man U. Attack is the best form of defence.
Untuk sekian lamanya Pakatan terpaksa bertahan dengan isu-isu Anwar, tiba-tiba Mat Sabu mendapat umpanan dari Mat Indera dan terus membolosi gawang gol Umno sehingga menyebabkan mereka terpinga-pinga.
Merdeka Center tak nak buat survey tentang populariti Mat Sabu vs Najib ka?
Malam tadi..pukul 11 malam, aku buat survey untuk melihat sejauh mana populariti Mat Sabu.
Dalam pautan Mytimes, aku ada senaraikan lebih 60 blog-blog pro-Umno. Mana yang tak update lebih dari dua minggu tu aku tak mau kira. Entah hidup atau mati.
Dari 58 blog yang masih aktif, 26 daripadanya bercerita tentang Mat Sabu. Manakala yang bercerita tentang Najib hanya 3!! Woit…Rumah Terbuka Aidilfitri satu Malaysia pun blogger Umno tak minat. Depa lebih minat dengan Mat Sabu!
Blog pro-Umno Tajuk posting
Tentang Mat Sabu
Mymassa Baik sungguh komunis bukit kepong
Badut rakyat Fakta sejarah!! Ini jawapan Datuk najib
Dimensi Sah Mat Sabu pemikir Syiah+liberal+komunis
Mulut Melayu Realiti Antara Mat Indera dan Panglima Salleh
Semut Hitam Tiba-tiba dituduh komunis…tak sedih kah?
Panglima Perang Cyber Ulama Azhar Fatwa murtad siapa terima dan benarkan komunis
Perak Today Bukit Kepong
Kita Gempur Omegay: Komunis itu Mat Sabun
MyKMU Omegay: Komunis itu Mat Sabun
Salam Semua Apa Faedahnya sejarah Versi Mat Sabu kepada kita
Kamalfarsya Phonesex Mat Sabu
Taping Mali Mat Sabu pondan tua
Medan Info Kita Mat Sabu semakin biol
Agenda daily Jangan ubah fakta sejarah
Paneh miang Belalai Mat Sabu
1peluru Mat Sabu buat laporan di Balai polis Bukit Kepong
Ipoh Malay Kebodohan penyokong komunis semakin terserlah
Neutral Daily Ahli Pas keluar parti sebab marah Mat Sabu
Keris Putera Aksi kucing dari Mat Sabu
Kembalak Ent Adat orang lemas, ketul taik…
Anak cucu jawa Keluarga Mat Indera mahu saman Mat Sabu
Waadat Dokumen Bukit Kepong
Jebat Must die Mat Sabu. Selamat Hari merdeka 54
Bloggenstarz Mat Sabu memang buta hati
Tentang Najib
Pejuang bangsa Aidil fitri di Permatang pauh
Media Permatang Pauh Najib Import 30 ribu orang dari Pekan
M.I.M Live! Rumah terbuka Aidil Fitri
Tentang Anwar
Anak Seberang Najib & Anwar di hentian LRT
Itu belum masuk RTM, Berita Hairan, TV3, Straight Times. Utusex lagi!
Tapi..jangan la kembang bila dah jadi jejaka paling popular. Banyak bahayanya.
Semasa Nizar menghadapi kemelut Perak, bantuan dari kempimpinan tertinggi Pakatan tak cukup. Anwar pun tak banyak terlibat..dan hanya apabila Pengerusi PKR Perak masa tu menghantar email panjang kepada Anwar, baru Anwar tunjuk muka.
Sekarang, Mat Sabu kena serang. Pemimpin DAP macam Karpal Singh dan Tunku Aziz tak tolong…sebaliknya tambah kutuk Mat Sabu. Pemimpin PKR pun langsung tak bersuara. Mungkin depa pun dah ikut aku..mampuih pi la. Pemimpin Pas sendiri pun tak banyak tolong. Takat Tuan Ibrahim Tuan Man saja mana cukup.
Untuk menewaskan Umno perlu ada teamwork…tapi dalam Pakatan nampak macam tak ada. Pakatan hanya mengharapkan skil individu. Bila Anwar jatuh, tak ada back-up. Bila Nizar jatuh, tak ada back-up. Macam mana kalau Nik Aziz dan Mat Sabu jatuh?
Pakatan perlu ada Akademi Politik macam Man U. Kalau pemain kena jual, atau kena beli…ada back-up yang akan mengganti.  Dan pemain simpanan pun kena bersedia untuk diturunkan bila-bila masa.
Pakatan ada think-tank ke?
Ketua Pemuda Pas apa cerita? Kalau pasal konsert memang terrer…tapi bila Mat Sabu kena serang…tak kan duduk diam saja?
Nak popular tak susah…tapi nak pertahankan populariti itu yang susah. Yang aku nampak sibuk mempertahankan Mat Sabu ialah blogger dan Mat Sabu sendiri. Suasana ini sama macam Nizar dulu.
Kalau pemimpin Pakatan Rakyat buat donno saja dalam isu ini dan membiarkan Mat Sabu terkial-kial mempertahankan diri…aku yakin, seorang lagi Nizar akan tersungkur.

No comments: