Tiada mood dan mals menulis lagi. Kesan mabuk ketupat rendang? Maka saya copy paste saja artikel dari blog lain. Jika perlu akan mengulas

Lagi petunjuk Sultan menaungi kerja jahat Umno Selangor?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

“Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN,” katanya sambil menambah, institusi yang above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku. - TMI.
Aku tak tuduh Sultan Selangor terlibat tapi aku nampak persepsinya macam tu. Kalau pun mungkin Sultan Selangor tak terlibat tapi aku yakin memang ada usaha puak-puak pencacai 'si anjing Umno' yang berlindung dibelakand Istana Selangor yang buat kerja kotor macam tu.

Contoh yang paling jelas sebelum ni masa kecoh perlantikan Kuhrin sebagai Setiausaha Kerajan Negeri Selangor. Memang jauh berbeza masa Umno BN tadbir Selangor dengan masa PR tadbir Selangor.

Dan memang realitinya, semua Majlis Agama dan Jabatan Agama di negeri-negeri dikuasai oleh pencacai 'si anjing Umno' dan depa memang sentiasa gunakan 'kuasa sultan' untuk menghalalkan tindakan dan perancangan kotor yang depa telah sedang dan akan buat. memang nampak dengan jelas terutama sekali di Selangor dan Kedah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

No comments: