2010/06/01
Kuala Lumpur: PM Malaysia, menuntut rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu agar segera memberi "reaksi konstruktif" terhadap kritikan yang diterima berikutan tindakan askarnya menyerang kapal bantuan misi kemanusiaan Gaza, semalam.

Pak Najib memberitahu Netanyahu dalam perbualan menerusi telefon bahawa Britain prihatin terhadap kejadian mengancam nyawa berikutan sembilan dilaporkan maut selepas komando Israel menyerang kapal berkenaan.
“Najib memberitahu mengenai komitmen United Kingdom terhadap keselamatan di Israel tetapi mahu negara itu memberi reaksi terhadap kritikan berikutan tindakan terbarunya itu.
"Beliau juga mahu Israel membuat apa saja yang perlu bagi membendung berulangnya kejadian sama selepas ini," kata jurucakap PM itu.


“PM juga menekankan betapa pentingnya sekatan terhadap Gaza ditarik balik dan memberi laluan kepada kemasukan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Palestin yang memerlukan," kata jurucakap itu.


Awal semalam, Menteri Luar Malaysia mahu "satu siasatan bebas dan menyeluruh' dilakukan berikutan kejadian yang berlaku di perairan Gaza.
Seorang warga Britain dilaporkan cedera dalam serangan askar Israel itu. - AFP


Tambahan
- Jangan Boikot Israel

Malaysia keluarkan kenyataan rasmi dalam web Bernama pada jam 12:09am - 01 Jun 2010, manakala versi Bahasa Inggeris pula dimuatkan pada 12:41am. Pantasnya kita keluarkan kenyataan bantahan

Kenyataan rasmi Malaysia di sini

Senarai rakyat kita yang ditahan Israel
* Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
* Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
* Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
* Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
* Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
* Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
* Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
* Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
* Mustafa Mansur, Mapim
* Ashwad Ismail, wartawan Astro
* Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

maklumat dari sini

No comments: