Pas sunat ba'diyah Dr Badrul Amin memberikan pidato. Lautan t-shirt kuning memenuhi dewan solat masjid apabila hampir semua orang memakai t-shirt bersih. TG Hadi pula memberikan ucapan. Turut kelihatan ialah Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Anuar Tahir dll. Setelah itu kami solat hajat yg dimamkan oleh TG Hadi memohon keselamatan peserta himpunan. Selepas solat kami semua berehat menanti arahan pimpinan. Terdengar amaran. Semua yg di dalam masjid sila bersurai. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Kami semua relaks je. Aku call sheikh(bukan nama sebenar). Kami kat masjid Jamek dah kena 3 kali tembak gas pemedih mata. Moga sahabat aku di sana selamat. Amin. Sembang ngan sorang sahabat(baru kenai pas solat hajat). Dia dari Bangi. Dia cite adik/abang(aku tak ingat) kat Perlis cerita pasai 2-3 bijik bas tesekat di sempadan Perlis Kedah. Polis menggeledah beg perserta & merampas t-shirt Bersih. Dipercayai tindakan ini atas arahan Shahidan Kasim.
2.30 ptg Pimpinan membuat keputusan untuk turun berarak. Di pintu utama kami berhimpun. Mat Sabu menyampaikan pidato. Lim Kit Siang & Teresa Kok turut menyertai. Antara slogan yg diucapkan dan disambut oleh kami. Bersih2, Pilihanraya Bersih, Bersih2 Hapuskan Rasuah dan Bersih2 Pulihkan Demokrasi. Dalam suasana hujan renyai2 kami mula berarak. Perjalanan ke istana negara sejauh 5km tak terasa.
Sampai di istana.
2 Trak FRU melintang di tengah jalan di hadapan istana negara. Nampak gaya nak kena sembur dah ni. Sambil Mat Sabu berucap, rundingan di lakukan. Akihirnya wakil Bersih dibenarkan masuk ke istana menyampaikan memorandum. Anwar Ibrahim turut menyertai. Semua selesai
jam 4.30 ptg. Pastu kami balik semula ke Masjid Negara mengambil semula beg yg kami tinggalkan. Pastu berjalan kaki ke Puduraya. Carik teksi nak naik bas kat Jalan Duta, 5.30 sampai. 6.30 bas tiba & kami naik bas menuju semula ke PB. 11.10 sampai rumah.
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment