12.00mlm Naik bas dari PB. Bila masuk tol BB dah mula ada road blok oleh bond(polis). Kenderaan persendirian diperiksa hingga ke bonet. Rajin sungguh tok-tok bond ni. Mak Mertua aku yg mai dari B td pun terpaksa melalui 2 road block sebelum sampai rumah aku. Bas yang aku, Syok(bukan nama sebenar) & 3 member lagi hanya berhenti seketika dan dibenarkan bertolak kembali. Takde pun depa naik & siasat setiap penumpang.
5.00 pg sampai kat Pudu. 5.15 pg berjalan ke Masjid Jamek KL. Ramai dah geng-geng(dari tempat/negeri lain )yg berehat-rehat menanti Suboh. Dalam 200 org.
Pas solat dalam 6.45 pg petugas masjid mengarahkan kami mengosongkan masjid & beredar keluar. Kami terpaksa keluar. Di luar pagar yg terdapat 1 kereta peronda dengan 2 anggota dok berehat sambil melihat gelagat kami semua. Aku & rombongan(5 org) berjalan ke Pudu. Lepak jap depan Mydin.
7.00 pg sarapan berdepan dengan Puduraya.
5 trak & 2 landrover mula mengambil posisi di sebelah kiri Puduraya berhampiran Kondo Angkasa. Pas sarapan kami melepak plak kat Puduraya. Pas tu kami bergerak ke masjid negara melalui Kompleks Kotaraya & Bus Stand Klang. Pas melalui stesen komuter pukul 10 kami sampai ke Masjid. Dah ada bond yg berkawal di pintu masuk. Setiap yg masuk akan ditanya. Mai sini nak buat apa? Masuk masjid la. Dalam 11 pg kelihatan 3 pegawai polis masuk & berjumpa pengurusan masjid. Tak lama kemudian diumumkan melalui pembesar suara. Semua yg berada didalam masjid diminta keluar. Masjid bukan tempat berehat-rehat. Tah hadis mana la depa guna. Ramai yg terpaksa keluar. Sebilangan yg nekad terus berwudhuk & beriktikaf dalam dewan solat. Bila kami keluar makin ramai bond berkawal.
Terdapat 2 trak FRU standby ngan anggotanya. Kami cuba nak berhimpun di depan dataran masjid. Tidak dibenarkan berhimpun. Bukankah ini kawasan awam. Ye kawasan awam. Tapi hari ni tempat awam ini ditutup. Kalu nak masuk masjid masa solat zohor nanti. Kami semua bertebaran seketika. Syok terus bertahan dewan solat. Kami(4org) melepak jap kat stesen komuter. 12.45 kami masuk balik ke Masjid. Jalan di hadapan terus ditutup. Kami terpaksa masuk melaui pintu sisi. Bila masuk dewan solat jemaah makin ramai. Bila habis solat 3/4 dewan telahpun dipenuhi jemaah. Dalam 3 ribu orang ada kot.
bersambung.....
p/s: kerana masalah storage, saya terpaksa menukar format file ke gif. Jika ingin melihat semua gambar klik di sini
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment