Kelmarin aku pi tengok keta Nissan Livina ngan member. Berkenaan habih la. Tapi hajat hati ingin memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. Tungulah 4-5 tahun lagi. Gunung tu jadik semakin kecik atau tanganku menjadi semakin panjang. Hidup mewah hutang keliling pinggang pun tak guna. Keberkatan hidup pun makin kurang.
Cucu Mat Kilau telahpun ditangkap. Sebelum ini telahpun tersebar khabar angin mengatakan Datuk Ruhanie juga akan turut ditangkap dibawah ISA. Mungkinkah ramai lagi bloggers akan ditangkap? Adakah aku juga termasuk dalam senarai?
- Crackdown on Bloggers begins?
- Tahanan Di Bawah ISA Kerana Kritik Abdullah?
Antara ciri2 negara polis
- polis berkuasa menangkap sesorang tanpa bicara (ISA)
- jika suspek enggan menghulurkan tengkok(mengikut saja) agar ditahan, dia akan didakwa menghalang tugas penjawat awam(polis)
- jika kereta suspek ditunda,ianya tiba2 terbakar dan dikatakan terbakar sendiri?
- parlimen yg dikatakan bebas undang2 tu pun boleh ditangkap seseorang di dalamnya
- polis mendakwa mangsa tembakannya di mahkamah sedangkan pegawai yg melepaskan tembakan itu langsung tidak didakwa atau pun disiasat
- pemimpin pembangkang berdemo sedangkan pemimpin kerajaan yang juga berdemo dibiarkan
Bacaan tambahan
- 3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis
- 10 Langkah menyekat Malaysia menjadi Negara Polis yang kejam
Artikel asal terdapat di sini. Bagi mengelakkan ianya tidak dapat diakses kemudian kerana telah dikeluarkan saya pastekan artikel asal yg saya copy
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"
"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang �"
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal � abah �"
"Berapa orang ?"
"Empat �"
"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja � yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu � dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu � sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.
"Hah! Padan muka si Saman tu � megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"
"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."
"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu �. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."
"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"
"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.�"
"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.
"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik � saya runsing sangat!"
"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"
"Esok saya nak pergi jumpa bomoh � tentu bomoh tahu. �"
"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik �."
"Habis ?"
"Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah �bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan � anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik �."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat .�"
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport � katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar � bosnya baik � selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.
"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"
"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"
"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"
"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video � tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"
"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"
"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"
"Dia tu bekerja, bukan?"
"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.
"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."
"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."
"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"
"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.
"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"
"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"
"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"
"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."
"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"
Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"
"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"
"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"
"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"
"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."
"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"
"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"
"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"
"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.�"
Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"
"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"
"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"
"Ah, ada yang parah nampaknya � satu lagi nampak okey .�"
"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"
"Bawa kawan saya keluar, dulu � saya okey. Saya boleh keluar sendiri."
"Mari kita angkat dia ramai-ramai � jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.�"
"Aaaarrrrgggg � aaarrrrgggg �.."
"Masni � Mas � Mas� mengucap � mengucap Mas .�"
"Aaarrrggg � aaarrrggg �."
"Mengucap Mas �ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah � Laaaa ilaaa haillallah .�"
"Laaaa � ilaaaa .�"
"Kata, Laaa ilaaa haillallah �Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .�"
"Laaa � ilaaa �."
"Massss � sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss� sebut Laaa ilaaa haillallah.�"
"Dia sudah tidak ada lagi dek �"
"Masss �sebut Laaa ilaaa haillallah �Masss �sebut �"
"Dia dah tak ada, dek� dah tak ada lagi !"
"Ah, Mas � Mas � mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss � Laaa ilaaa,
tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan � !"
"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"
"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)
"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan �" (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.
"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."
"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah �."
"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."
"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.
"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "
"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"
"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"
"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati
"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
BIODATA: Dr Fatimah Busu
PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.
Macam kisah 10 budak hitam tapi dimodenkan. Budak hitam menjadi Puteri Tak Dilindungi Bulan dan ceritanya dimodenkan. Inilah seloka kisah Puteri Tak Dilindungi Bulan
Puteri Tak Dilindungi Bulan
10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati
Kisah "Puteri Tak Dilindungi Bulan" dan "Puteri Keris" di Dun Perlis
Cerpen penuh boleh didapati di sini. Cepat. Sementara stok asal masih ada.
Sabtu lepas aku pi kenduri kahwin anak perempuan Mat Sabu di Tsk Gelugur. 4 khemah disediakan kepada pengunjung. Aku mai kul 2.30 ptg. Ramainya yg mai. Cukuplah gambar2 ni menceritakan segalanya.
p/s: Mat Sabu telahpun ditangkap polis malam tadi.
Berita mengenai Mat Sabu ditangkap
- ISA bakal mengamuk selepas Mat Sabu, Tian Chua ditahan?
- Mohamad Sabu sah ditangkap di Seberang Perai, dibawa ke Bukit Aman
- Iringi Mohamad Sabu di mahkamah Jalan Duta pagi ini
4/12 lepas aku pi Perlis. Nak amik adik aku balik dr Istitut Perguruan Perlis. Dulu hantar, la ni bawak balik.Dulu aku pi melalui Mergong terus ke Sanglang. Kali ni aku melalui lebuhraya Changlon-Kuala Perlis. Antara keunikan lain yg aku nampak berbanding negeri lain
- lebuhraya ni amat lengang. Nak berselisih dengan kereta lain pun payah walaupun la ni musim cuti sekolah.
- dari lebuhraya setiap tepi flyover yg merentasi lebuhraya semuanya di cat kuning biru.
- terdapat beberapa binaan di tepi lebuhraya. Nak kata bus stop, takde plak tempat duduk
- banyak sungguh gerbang dibina dr sempadan Kedah/Perlis ke Kuala Perlis kemudian ke pekan Kangar menuju ke sempadan Perlis/Kedah di Sanglang. Seperti biasa warna dominan ialah merah biru
- sebelum masuk Kangar dr lebuhraya, ada satu masjid(surau?) tak dicat kuning biru. Premis ni bukan hak milik kerajaan negeri kot?
Sebelum amik adik kami pi Kuala Perlis. Beli keropok & ole2 untuk dibawa pulang. Pastu amik adik, pack barang terus balik.
p/s:2 keping gambar je aku sempat amik. Tak banyak masa. Ada rezeki pi sana lagi,aku tangkap gambar banyak2. Insya Allah
Kita bodoh kerana
- telah menjatuhkan imej negara
- diperalat oleh anasir-anasir luar
- tetap menggunakan kekerasan dan kedangkalan akal
Tidak dayuskah jika kita hanya melihat
- Ikut Suka Aku (ISA) digunakan. Boleh tahan sampai 2 tahun(boleh sambung lagi) tanpa bicara
- Org yg songlap duit PPRT masih diangkat sebagai pemimpin
- orang ramai berhimpun tengok konsert maksiat cam JomHeboh(jom haram) dan Gempar?
berlambak-lambak kalu nak tulis
Kepada tuan punya blog berkenaan(dan semua blogger ingatlah)
- & janganlah kamu cenderung kepada orang yg zalim
- barang siapa yg melihat kemungkaran
- “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim ...
Carik mana2 ustaz yg tiada kepentingan dlam kerajaan, mintak dia huraikan apa maksud hadis-hadis ni
- depa nak berhimpun silakan
- jika ada provokator dlm kalangan depa, tangkap & bawa ke mahkamah. Jangan jika ada sb/MIC punya geng maka lepas
Depa nak serah memorandum silakan. Kawallah perhimpunan.
- "Aku kentut depan menteri" / Musa tipu lagi
- Demonstrasi Jalanan tidak akan jatuhkan kerajaan?
- Bukti kehadiran HANTU di dalam perhimpunan HINDRAF
Tak taula apa nak jadi Malaysia ni. Musim ular sawa cite pasai ular sawa saja. Musim tanah runtuh, kanak-kanak hilang dll lagi. Mungkin Allah turun bala camni.
La ni plak musim gelaran buruk kat orang. Beruk, monyet dan goblok. Terkini plak ialah anjing. Apa nak jadi Malaysia ni?
Pas sunat ba'diyah Dr Badrul Amin memberikan pidato. Lautan t-shirt kuning memenuhi dewan solat masjid apabila hampir semua orang memakai t-shirt bersih. TG Hadi pula memberikan ucapan. Turut kelihatan ialah Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Anuar Tahir dll. Setelah itu kami solat hajat yg dimamkan oleh TG Hadi memohon keselamatan peserta himpunan. Selepas solat kami semua berehat menanti arahan pimpinan. Terdengar amaran. Semua yg di dalam masjid sila bersurai. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Kami semua relaks je. Aku call sheikh(bukan nama sebenar). Kami kat masjid Jamek dah kena 3 kali tembak gas pemedih mata. Moga sahabat aku di sana selamat. Amin. Sembang ngan sorang sahabat(baru kenai pas solat hajat). Dia dari Bangi. Dia cite adik/abang(aku tak ingat) kat Perlis cerita pasai 2-3 bijik bas tesekat di sempadan Perlis Kedah. Polis menggeledah beg perserta & merampas t-shirt Bersih. Dipercayai tindakan ini atas arahan Shahidan Kasim.
2.30 ptg Pimpinan membuat keputusan untuk turun berarak. Di pintu utama kami berhimpun. Mat Sabu menyampaikan pidato. Lim Kit Siang & Teresa Kok turut menyertai. Antara slogan yg diucapkan dan disambut oleh kami. Bersih2, Pilihanraya Bersih, Bersih2 Hapuskan Rasuah dan Bersih2 Pulihkan Demokrasi. Dalam suasana hujan renyai2 kami mula berarak. Perjalanan ke istana negara sejauh 5km tak terasa.
Sampai di istana.
2 Trak FRU melintang di tengah jalan di hadapan istana negara. Nampak gaya nak kena sembur dah ni. Sambil Mat Sabu berucap, rundingan di lakukan. Akihirnya wakil Bersih dibenarkan masuk ke istana menyampaikan memorandum. Anwar Ibrahim turut menyertai. Semua selesai
jam 4.30 ptg. Pastu kami balik semula ke Masjid Negara mengambil semula beg yg kami tinggalkan. Pastu berjalan kaki ke Puduraya. Carik teksi nak naik bas kat Jalan Duta, 5.30 sampai. 6.30 bas tiba & kami naik bas menuju semula ke PB. 11.10 sampai rumah.
Inilah mentaliti Menteri Penerangan kita. Pemikiran zaman batu & BInya pun tunggang-langgang. Tak dengar org cakap (sebab marah sangat) ke atau memang tak dengar(sound problem?). Takat cakap aaa aaa aaa budak-budak pun layak jadi menteri penerangan
ZAM: ....I commend your journalists trying to project, to exaggerate more than what actually happened. That, that, that, that's it. We, we are not, the, the -- and I, I congratulate your journalists behaving like an actor, that, that's ---
AJ: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water ...
ZAM (interrupts): Ya, I am watching, I hear, [?] .... trying to do it everywhere but in Malaysia people are allowed, to, you know [?] ... Police have allowed the procession to go to the Istana Negara, you know, do police, first police, like, they handle them, they [?] them, they ... the police don't, don't, don't fire anybody ...
AJ: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!
ZAM (speaking over her): ... You, you, you, you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind, you think that we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar, everything you, you are thinking ...
AJ: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.
ZAM (speaking over her): ...Ya, ya, we are not like you, you have early perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!
AJ: So why can't people protest then, if it's a democratic country?
ZAM (interjects at "protest then"): Ya, people protest, people then -- first they protest, we are allowing protests, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them and then later they, you know, disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Negara. Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that and you take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak, you don't take from the government, right?
AJ: Why did you not break up these protesters --
ZAM (interrupting): Pardon? Pardon? Pardon?
AJ: Why did you not break up these protests more peacefully?
ZAM: I can't hear you. I can't hear you.
AJ: Why did you not break up these protests more peacefully?
ZAM: No we, we are, we, this protest is illegal. We don't want, this, the, normally ... (slight pause, then continues to talk while she interjects)
AJ (interjecting): OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?
ZAM (babbling on): Ya it's illegal protest because
(AJ: Why?) we have the election in Malaysia. It's no, no point on having the protest, we are allowing to have every, an election every five years, never fail. We not our like, are not like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces, the, you know, these forces who are not [?], who don't believe in [?] ...
AJ (seems to want to say something, but decides not to): I don't ... many thanks for joining us.
ZAM: I don't, ya, you, Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?
(she doesn't reply. In the background, the chants of the protesters fill the silence)
sumber asal terdapat di sini
untuk membaca ulasan kenyataan Zam sila klik di MENTERI BODOH
- Menteri Penerangan mesti bersikap rasional bukan emosional
- Zainuddin Maidin yang bergigi kuning
- Bila menteri dilihat goblok
12.00mlm Naik bas dari PB. Bila masuk tol BB dah mula ada road blok oleh bond(polis). Kenderaan persendirian diperiksa hingga ke bonet. Rajin sungguh tok-tok bond ni. Mak Mertua aku yg mai dari B td pun terpaksa melalui 2 road block sebelum sampai rumah aku. Bas yang aku, Syok(bukan nama sebenar) & 3 member lagi hanya berhenti seketika dan dibenarkan bertolak kembali. Takde pun depa naik & siasat setiap penumpang.
5.00 pg sampai kat Pudu. 5.15 pg berjalan ke Masjid Jamek KL. Ramai dah geng-geng(dari tempat/negeri lain )yg berehat-rehat menanti Suboh. Dalam 200 org.
Pas solat dalam 6.45 pg petugas masjid mengarahkan kami mengosongkan masjid & beredar keluar. Kami terpaksa keluar. Di luar pagar yg terdapat 1 kereta peronda dengan 2 anggota dok berehat sambil melihat gelagat kami semua. Aku & rombongan(5 org) berjalan ke Pudu. Lepak jap depan Mydin.
7.00 pg sarapan berdepan dengan Puduraya.
5 trak & 2 landrover mula mengambil posisi di sebelah kiri Puduraya berhampiran Kondo Angkasa. Pas sarapan kami melepak plak kat Puduraya. Pas tu kami bergerak ke masjid negara melalui Kompleks Kotaraya & Bus Stand Klang. Pas melalui stesen komuter pukul 10 kami sampai ke Masjid. Dah ada bond yg berkawal di pintu masuk. Setiap yg masuk akan ditanya. Mai sini nak buat apa? Masuk masjid la. Dalam 11 pg kelihatan 3 pegawai polis masuk & berjumpa pengurusan masjid. Tak lama kemudian diumumkan melalui pembesar suara. Semua yg berada didalam masjid diminta keluar. Masjid bukan tempat berehat-rehat. Tah hadis mana la depa guna. Ramai yg terpaksa keluar. Sebilangan yg nekad terus berwudhuk & beriktikaf dalam dewan solat. Bila kami keluar makin ramai bond berkawal.
Terdapat 2 trak FRU standby ngan anggotanya. Kami cuba nak berhimpun di depan dataran masjid. Tidak dibenarkan berhimpun. Bukankah ini kawasan awam. Ye kawasan awam. Tapi hari ni tempat awam ini ditutup. Kalu nak masuk masjid masa solat zohor nanti. Kami semua bertebaran seketika. Syok terus bertahan dewan solat. Kami(4org) melepak jap kat stesen komuter. 12.45 kami masuk balik ke Masjid. Jalan di hadapan terus ditutup. Kami terpaksa masuk melaui pintu sisi. Bila masuk dewan solat jemaah makin ramai. Bila habis solat 3/4 dewan telahpun dipenuhi jemaah. Dalam 3 ribu orang ada kot.
bersambung.....
p/s: kerana masalah storage, saya terpaksa menukar format file ke gif. Jika ingin melihat semua gambar klik di sini
Saya dalam proses mengarang esei(500 muka kot) berkenaan pengalaman Himpunan 100K. Lambat ckit la nak published. Gambar-gambar yg diambil juga mengambil sedikit masa untuk diupload. Saya linkkan berita perhimpunan 100K dari harakahdaily.
- Kuala Lumpur 'sesak', penuh sekatan polis, halang himpunan rakyat!
- Himpunan 10 November : Polis 'fobia' dengan warna 'kuning'
- FRU halau orang ramai di Masjid Negara, matikan penghawa dingin
- FRU halau orang ramai di Masjid Negara, matikan penghawa dingin
- 100,000 berhimpun, mana Pak Lah nak letak muka! - Bersih
- Mesej jelas rakyat mohon YDP Agong pastikan pilihan raya bersih dan adil
- Beberapa orang dibebaskan, peguam berada di IPK untuk berunding
- Tindakan polis, FRU cetuskan kekecohan di Masjid Jamek
- Lebih 100,000 sertai himpunan, 30 ditahan
- Memo diserahkan, tangkapan bermula
- Rempit kuasai KL kerana polis penat sekat himpunan Bersih
- Tahniah rakyat Malaysia! pilih jalan raya tuntut demokrasi tulen - Presiden PAS
- Hak rakyat untuk berhimpun secara aman - Suhakam
- Polis arah bersurai, pimpinan PAS kerumuni perkarangan Masjid Negara
- Lanskap Kuala Lumpur bertukar jadi 'Bandaraya Polis'
- Polis rampas baju Bersih, sekat tujuh buah bas dari Perlis
- Semburan 'water cannon', dan gas pemedih mata tidak halang lautan manusia banjiri Masjid Jamek
- Lebuh Raya Utara-Selatan sesak teruk
- Suasana depan Istana Negara sesak dengan lautan manusia diketuai Presiden PAS
- Unit Amal PAS terpaksa 'rempuh' sekatan FRU
- Khairy beruk, menantu celah ketiak PM- Mat Sabu
- Anwar cadang adakan himpunan 200,000 rakyat tiga minggu lagi
- Demonstrasi jalanan: PM buta sejarah, Khairy biadap!
- Ucapan penggulungan Presiden Umno kesan 'takut' kepada himpunan Bersih esok
Pi(pergi) jangan tak pi. Polis pun dah mengugut nak tangkap dan membuat sekatan jalan. Namun insya Allah kami semua tetap akan tiba ke Dataran Merdeka, Insya Allah.
- Anak Muda Malaysia perlu turun ke Dataran Merdeka 10 November
- Himpunan 100,000 Polis Jangan Panik
- mereka terus menggelabah
- Takut apa dekat POLIS!!
- Polis KL Mulakan Sekatan Jalaraya
- Permit di nafikan, himpun seramai mungkin 10 Nov ini
- Mengapa Khairy Jamaludin tidak mengadakan perarakan satu juta pro SPR kalau dia
p/s; Insya Allah saya akan pi Kl malam ini. Ada rezeki nanti saya akan bawakan cerita sebenar di perhimpunan itu beserta gambar-gambarnya sekali.
Biarkan permit tak diberi walaupun kami minta, kami tetap nak berhimpun. Salahkah?
- Kami bukan nak nak buat karnival & konsert cam JomHeboh(Haram) atau Gempar.
- Kami hanya nak menunjukkan perpaduan. Kami cuma nak berarak dari Dataran Merdeka ke Istana Negara(dlm 5km). Pastu balik.
100 ribu orang susahkah nak dikawal. Babi 150 ribu takde permit(lesen) pun boleh berhimpun di Melaka. Tempoh plak diberi sampai Mac tahun depan. Salahkah?
p/s: Kami dah tak bleh tahan dah! Asyik awai2 lagi sebelum pilihanraya dah kena tipu. Daftar pemilih tak bersih, hapuskan pengundi pos dan akses kepada media. Penggunaan dakwat untuk mengundi telahpun berjaya(dalam PRU12 nanti).Insya Allah kami takkan merusuh. Selalunya yg merusuh tu ialah provokator(sb?) cam Batu Buruk. Jika ada provokator tangkaplah. Kami pun tak nak depa!. Jangan tangkap kami yg datang cuma nak berdemo. Demo itu haram? Bukan budaya kita? Tahukah anda bahawa UMNO pun pernah berdemo?
Marilah kita kembali kembali hukum Allah. Haram kita menghukum seseorang berdasarkan sentimen/emosi cam nak mengkasi(dulu pun ada keluar) perogol. Kita juga turut berdosa menzalimi perogol. Dosa perogol di dunia pun tak selesai kerana tak dijatuhkan hukum qisas.
- Kesedihan menjelang Hari Guru
- Dunia akhir zaman
- Bogel tahanan bertentangan peraturan sivil
Tokey judi telah mati. Hartanya yg menjadikannya orang ke 3 terkaya di Malaysia terpaksa ditinggalkan. Apa kata PM?
kematian Lim sebagai kehilangan besar kepada negara dan masyarakat.
Beliau berkata, Lim adalah tokoh perniagaan yang banyak menyumbang terhadap pembangunan ekonomi dan tidak lokek berkongsi kekayaannya dengan golongan kurang bernasib baik.
"Lim adalah ahli perniagaan yang dermawan dan sentiasa bekerja kuat dalam menjayakan perniagaannya.
"Mendiang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui pelbagai cabang perniagaannya," katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar Perak, semalam.
Cuba kalu ustaz meninggal? Stail ustaz Ismail Kamus. Ha ko mampuslah. Ini haram itu haram. Mana halalnya?
Berita Harian ada 3 berita tentangnya kelmarin. Mstar 2 manakala takde satupun dalam Urusan Malaysia. Wajarkah tokoh judi diwarwarkan sedemikian rupa? Dalam akhbar melayu(majoriti pembacanya umat islam) plak. Nak galak umat islam mencontohinya dlm membangunkan empayar atau menjadi tokey judi?
- Semangat Lim patut dicontohi
- Belasungkawa: Lim bermula sebagai tukang kayu
- Pengasas Genting meninggal dunia
- Maju berkat berani lawan arus
Berita alternatif
- Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir
- Kasino Genting dosa Umno yang tidak tertebus
Saya pernah mengarang puisi Di manakah Dikau. Saya paste semula puisi tersebut
Dimanakah dikau berada,
Tika banjir mula melanda,
Kelantan, Trengganu, Perlis & Kedah semuanya kena,
Hanya TPM sahaja yg menjenguk muka
Kelmarin EAS sudahpun berlalu pergi
Namun satu negeri pun belum kau jejakkan kaki
Kami menunggu kau munculkan diri
Melihat sendiri kesusahan kami
Kenapakah tidak disytiharkan lagi kawasan bencana
Agar bantuan dapat disalurkan dengan segera
Semua agensi datang menerpa
Memberi bantuan tak kira siapa....
p/s: maybe ada sambungan lagi
Takde sambungan dah. Cuma jawapan yang pasti
- He was sailing
- Johor banjir rupanya Dollah sibuk belayar
Setelah dilunaskan semua hutang piutang aku(tak sampai pun RM1/2 juta) setiap keluarga mangsa ISA yg masih ditahan diberi sorang RM1 ribu. Katakan 50 tahanan ISA. Baru RM50 ribu. Selebihnya? Terpulang pada Abd. Malek Hussin.
- Menang kes RM2.5 juta: "Bukan soal duit tapi maruah" Malek
- Tabik hormat buat Hakim Hishamuddin
- Seorang tahanan ISA dibebas dua hari sebelum raya, GMI gesa semua dibebas segera
Sorang dah bebas. Camna dengan yang lain? Bebaskan la semuanya. Dalam islam(maupun islam hadhari) kan mementingkan konsep keadilan? Mana boleh tahan orang tanpa bicara..
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal aidil wa faizin. Berhati-hati dlm perjalanan(pergi/balik) ke kampung. Bergembira sambil mengerat ukhwah sesama keluarga & rakan taulan. Saya copy satu sms yg saya terima untuk dikongsikan.
Bersaudara kerana Allah adalah nikmat ilahi yang berkat dan indah. Menghalang dari meminta-minta dan mengambil pemberian lebih dari sewajarnya. Merangsang jiwa sentiasa memberi walau sekadar senyuman ikhlas kerana Allah.
Raya ni saya beraya di Penang pastu Alor Setar & akhir sekali ke Parit Buntar.
Saya sedang mencuba template baru bagi blog ini. Maafkan atas kekurangan. Saya budak masih belajar.
Saya mendapat idea dari sini
Saya menghadapi kesukaran nak publish entry dalam blog musafirlalu.blogspot.com. Terpaksalah saya create blog baru. Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.