Selamat hari lahir ke 81, tuanku!

Baru-baru ini sebuah video sambutan hari lahir Sultan Pahang dan puteranya, Tengku Fahad telah tersebar di internet. Walau bagaimanapun ramai yang tidak dapat menonton video bertajuk Royal Soiree: 1881 Celebrations of His Royal Highness Sultan of Pahang and Prince Fahad kerana telah menjadi private disebabkan hak rekacipta pemiliknya, Kat Films yang merupakan sebuah syarikat penerbitan video-video perkahwinan dan majlis-majlis di United Kingdom

Walau bagaimanapun video ini masih boleh ditonton disini. Saksikan sendiri bagaimana mewahnya sambutan hari lahir seorang Sultan dan anaknya di sebuah hotel 5 bintang di kota London, The Corinthia London yang terletak di Whitehall Place. 

Segalanya cukup mewah dan sudah semestinya minuman-minuman yang disajikan adalah arak-arak yang cukup mahal dan berkualiti. Tetamu-tetamu mat saleh memenuhi dewan tersebut, diserikan pula dengan pertunjukan fesyen dari Christian Dior dan acara tari-menari (berdisko) di akhir majlis. Cukup hebat majlis sambutan hari lahir ketua agama Islam negeri Pahang ini! 
 


Izinkan penulis berkongsi kata-kata nasihat daripada Sultan Pahang kepada kita rakyat jelata sebagai pedoman. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 November bertajuk Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah.
 
Sepenuhnya di sini

No comments: