Ciri-ciri pemilihan ajk PAS pusat

CALON PANDAI CERAMAH: Asalkan calon itu pandai berceramah dan pandai buat lawak dalam ceramah.

CALON SATU NEGERI: Ada perwakilan yang mengundi calon dari negerinya kerana katanya, mudah sikit kalau nak ‘sign’ apa-apa dokumen sebab berada dalam satu negeri.
CALON LAMA: Orang lama senang berkira, dah lama kenal dan senang untuk diajak datang berceramah ke kawasan.
CALON USTAZ: Kalau bukan ustaz, ‘kepimpinan ulama’ di dalam PAS terjejas.
CALON BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN: Pegawai tinggi kerajaan ada nama, ada pengaruh dan sedap kalau diperkenalkan di dalam majlis ceramah.
CALON YB: Biasanya YB ada duit. Kalau dia terpilih sebagai pemimpin tentu mudah untuknya menjalankan tugas-tugas parti.
CALON ADA GELARAN: Tentu nama yang ada gelaran sedap ditulis dan sedap disebut dan menimbulkan kebanggaan penulis atau penyebut.


Tambahan dari saya
- Calon tu pro UG atau PR?
- Calon tu dah teruji belum. Jadi pembangkang di dun/parlimen. Rajin turun tak demo dan naik mahkamah

No comments: