Kuliah Ust Shaari



Read More...

Kuliah Ust Shahfurrizal



Read More...

Berhati-hati dengan ulama' suuq





Huraian mengenai ulama suu' di sini

Read More...

Kuliah Ust Rohaizat



Read More...

Kuliah Ust Rijal




Read More...

Mehnah sebagai da'ie

Isunya ada dua.

Ustaz itu sendiri. Dirinya adalah pemegang kunci kepada kawalan diri dan kehidupan.

Keduanya adalah persekitaran.

Keputusan pemeriksaan perubatan semenjak setahun dua ini tidak menggalakkan. Malah saya sendiri sentiasa letih tidak bermaya.

Saya sudah ‘menceburkan diri’ di dalam ‘kerjaya Kuliah Maghrib’ ini semenjak di usia 18 tahun, iaitu selama saya berada di Malaysia. Di Jordan keadaannya berbeza. Di Turki tiada ‘budaya ‘Kuliah Maghrib’ untuk dihadiri. Di UK dan Ireland, sudah saya ceritakan.

Di Malaysia ini saya tersepit. Dalam serba kepayahan memegang kunci kehidupan sendiri, saya terbelenggu oleh satu corak kehidupan yang seperti melanggar Sunnah dan Fitrah.

Ketika kereta berduyun pulang ke rumah bersama mentari senja, saya pula mula bergerak menongkah kesesakan lalu lintas untuk ‘bekerja shif malam’ menuju Kuliah Maghrib. Ada yang sekitar kurang 10km dari rumah, tidak sedikit yang sejauh 20 atau 30km sebagai rutin tetap, selain dari semasa ke semasa bergerak ke luar Lembah Kelang dengan jalan darat dan udara.

Selepas kuliah, ada jamuan makan. Teh mesti manis-manis. Mesti kaw-kaw punya! Masakan, kurang sedikit meja pengantin, ada kalanya. Puas menepis, dan sehingga kini saya banyak berjaya menepis atau menjamah sedikit sahaja ‘demi menjaga hati tuan rumah’ dan penganjur.

“Kami masak semenjak pagi, ustaz!” kata sesetengahnya.

Sayu!

Usai kuliah dan ceramah, memandu sepi membelah sepi, tiba di rumah sudah detik 12 malam. Sering juga lajak ke jam 1 atau 2 malah 3 pagi. Sungguh memenatkan.

Badan melekit-lekit, tekak dahaga. Perut berkeroncong kerana sebelum Maghrib tidak sempat makan, selepas ceramah pula ‘malu-malu kucing’ menolak hidangan. Jika kuat semangat, tidur berlapar. Jika lemah semangat, perlu juga menjamah sesuatu.

Itulah rutin.

Semasa melabuhkan diri dan cuba memejamkan mata, “eh, ceramah pagi esok! Powerpoint belum siap!”

Sejam lagi ditambah masa berjaga.

Qiamullail dalam kepayahan. Solat Subuh bermujahadah menolak keletihan.

Di manakah kesudahannya?

Kini, sebiji epal pun sudah melonjakkan kandungan gula di dalam diri tanda insulin sudah tidak berfungsi dengan baik. Hormon Endorphin sudah tidak dihasilkan secara neutral, hingga stress dan rasa sakit tidak dapat dilawan dengan sempurna. Sentiasa tertekan. Tambah-tambah pula dengan pemandu Malaysia yang sopan santun itu. Di sampingnya pula, Cortisol semakin bermasalah dan menghuru-harakan sistem di dalam diri.

“Dakwah tidak mampu digalas oleh orang-orang yang manja” terdengar petikan kisah pejuang-pejuang silam.

Ia mendatangkan sejuk kaki tatkala ingin mencari ruang rehat dan riadah.

Berdakwah di waktu malam, mengorbankan tidur, membiarkan makan minum jadi tidak menentu, sesuaikah ia dengan Sunnah dan Fitrah?

Nabi dulu macam inikah?

Saya cuba mengatur semula dan semua.

Kisah telus dilema seorang pendakwah yang obes, diabetik, keletihan dan hodoh diri untuk dijadikan teladan, bisa mengundang ejekan dengan pengakuan ini, tetapi saya yakin ada ramai di luar sana, yang terbelenggu oleh kondisi yang sama.

Ustaz-ustaz gemuk, menggemukkan dan terus digemukkan, termasuk oleh peminat-peminat setia mereka!

Bagaimana?

Saya sedang mengikuti sebuah program penurunan berat badan yang membabitkan pembetulan hormon. Pengambilan kalori terhad kepada 500 sehari. 40 hari mujahadah, demi diri dan dakwah yang memerlukan da’i bernafas panjang!

Dan Sunnah Isyak… masih jauh daripada sebuah kepastian.

Cerita penuh di blog Saiful Islam

Komen Saya
Kesihatan diri juga perlu dijaga. Takde masalah jika kita ingatkan penganjur. Sediakan kopi radix sebagai minuman. Makanan cukuplah sepinggan bihun. Dan lain-lain. Insya Allah depa akan faham.
Biarlah dikatakan kita cerewet(cam contoh tadi pun cerewat?). Kesihatan diri lebih penting dijaga. Agar dapat terus berdakwah.

"Kita berdoa(juga berusaha) panjang umur bukanlah kerana nak tongkat dunia. Tetapi untuk berdakwah"

Read More...

Elaun Agong dan Sultan di Malaysia

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880

1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880

1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong
Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :

* Raja Muda – RM13,000
* Raja Puan Muda – RM5,200
* Tunku Bendahara – RM4,000
* Bini Tunku Bendahara – RM1,250
* Tunku Temenggung – RM3,500
* Isteri Tunku Temenggung – RM900
* Tunku Laksamana – RM3,000
* Isteri Tunku Laksamana – RM600
* anak-anak Sultan – RM1,000
Diringkas sedikit. Maklumat penuh dari blog AT.

Ada sesiapa ada info jumlah belanja untuk negeri Perak? Depa ada Raja Hulu, Raja Hilir, Raja Tengah. Ada plak Orang Besar Jajahan dan lain-lain jawatan. rasanya Perak yg menjadi juara untuk bayar gaji untuk Sulatan dan warisnya...

Read More...

Debat : Menegur Pemerintah

Ada 11 klip video. Sumber dari ufb. Anak murif UFB kot. Saksikan hingga habis. Ambil manfaat darinya












Forum: Nasihat Kepada Pemimpin Menurut al-Quran, Hadis dan Pandangan Ulama
Lokasi: Dewan Masjid Abu Bakar, Bangsar
Tarikh: 14/12/2010, Selepas Isya'
Penyampai:
1. Ustaz Fathul Bari
2. Ustaz Wan Ji

Read More...

Kuliah Ust Zaki





Read More...

Kuliah Ust Syukri Osman



Read More...

Kenapa isteri saya tidak bertudung?

Jawapan dari seorg ust UMNO


Lagi video berkaitan

Read More...

Protes di MDBB

Ada orang buang sampah di depan Majlis Daerah Bandar Baru. Tak puas hati dengan depa.
Dah lama dah kami penduduk Bandar Baru ni tak puas hanti kat hangpa. Pelbagai isu masih lagi tak selesai.
- isu sampah lambat dikutip
- pembersihan longkang di taman-taman
- rumput tumbuh meliar di sepanjang laluan Lebuhraya bandar Baharu ke plaza Tol

Tunggu samada YB aku nak menyalak ke tak. Isu DNA Anwar salak kuat sangat. Walaupun dia dah lama tak balik KBB nih, aku nak sangat dengar komen dia tentang isu nih. Diakan MP KBB?

Read More...

Dun Sarawak bubar. Masa untuk berkerja

DUN Sarawak telahpun bubar. Inilah masanya kita ketepikan perbalahan antara parti dalam PR. Pulun lawan BN dulu.
Mungkin kita tak mampu memerintah di Sarawak. Namun jika kita mampu menang lebih banyak kawasan itulah yang paling baik.Runtuhkan kekebalan BN di Sarawak. Negeri-negeri lain juga akan kita menangi jika kita mampu menangi lebih banyak kerusi di sana.

Read More...

Siasatan terhadap blog hanief> Satu lagi ugutan kepada blogger.

Blogger Hanief telahpun disiasat polis. Kononnya ada pihak tak puas hati terhadap kandungannya. Persetankan dengan prosedur siasatan. Bukankah kena ada waran geledah dan salinan laporan polis? Baru boleh siasat.

Apa nak jadi Malaysia? Undang-undang sedia ada nak dicampak ke tong sampah

Antara perbualan SKMM dengan Hanief. Nilaikan sendiri pengetahuan it pegawai berkenaan tentang istilah it dan prosedur siasatan.

Read More...

Makin melampau! Main hantar keranda pulak?

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal setelah yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya.

- Bernama


Komen Saya
Engkau bertuah sebab lawan PR. Jangan bimbang. ISA/Akta hasutan takkan dikenakan. Lainlah jika PR hantar keranda kepada pemimpin BN(umno).
Apsal Gerakan tak hantar keranda sama hah?

Read More...

Apa nak jadi bangsaku?

Read More...

Berhati-hati dengan syirik tersembunyi



"Jika xde tun xdelah MSc. Jika xde MSC xdelah kita(upin ipin)"


Jika kita menganggap tanpa sesuatu maka tak menjadilah sesuatu. Ianya bermakna kita tak mengiktiraf kekuasaan Allah. Allah mampu menjadikan sesuatu walaupun tanpa sebab.

Berhati-hatilah kita semua.

Wallahua'lam

Read More...

Antara bukti kerajaan tengah kekeringan duit



- menyenaraikan hitam pesalah trafik(saman ekor khususnya). Padahal jelas bahawa pemilik saman ekor tidak boleh disenarai hitamkan berdasarkan  dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

17.3 juta saman tak dilunaskan. Kami talak luit la latok. Sulah la ni saman ekor maa..

 - Kementerian Pelajaran Malaysia kena berjimat sejak tahun lepas. Boleh kursus di luar tapi tak boleh tuntut tuntutan perjalanan. Baik tak yah pi


- USM duit belanjawan Apex pun masih tak terima lagi. Universiti lain pun camtu. Peruntukan penyelidikan tahun ni masih belum diterima.




 Ringkasan Ragut Duit Rakyat Bermula
- Baru pulang dari MBSA  melalui highway NPE. Sampai di area depan Taman Medan, jalan sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.

Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman. 

Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak  kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.

Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.

Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.

Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...

EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)



Read More...

Maksud meludah ke langit

Apa beza kita dengan Libya?

- Kita dinafikan hak berhimpun secara aman
- peserta dikasari dan disumbat ke dalam lokap.


Patutkah kita mengutuk orang lain sedangkan kita pun 2x5?

Read More...

Demo kita tak seislamik Oman?

Pendemo lelaki dan wanita diasingkan. Hebat! Malaysia pun tak mampu buat lagi

Tingkah laku dijaga, akhlak dipelihara

Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan pemerintah



Sumber gambar dr blog Faisal Tehrani. Untuk gambar-gambar lain sila ke blog beliau.

P/s: Ambil gambar dr blog dia tak bermakna saya sokong syiah ye...

Read More...