Dr Dzulkifly telah menerangkan secara teknikal mengapa FDI penting dalam blognya. Silalah baca artikel beliau.
Saya ringkaskan dan mengubah bahasa menjadi bahasa awam. Jika berlaku percanggahan fakta, artikel asalnya adalah tepat.
Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste.
Pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN
Mengapa FDI faktor penting?
Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar , maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
Apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
Membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
Indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan untuk menjana pendapatan per kapita yang. Berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.
Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan daya saing negara.
Dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.
Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh danmembawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
Komen Nazir semacam mahu membela abangnya.
Berkaitan
- Adik bela abang. Takpa FDI rendah, yg penting saya makin kaya raya masa abg jadi
No comments:
Post a Comment