George Galloway telah membuktikan. Yang salah tetap salah. Terbukti Israel memang laknatullah. Cuma kita menanti George Galloway versi Islam. Kebenaran pasti datang. Insya Allah
George Galloway telah membuktikan. Yang salah tetap salah. Terbukti Israel memang laknatullah. Cuma kita menanti George Galloway versi Islam. Kebenaran pasti datang. Insya Allah
Dr Dzulkifly telah menerangkan secara teknikal mengapa FDI penting dalam blognya. Silalah baca artikel beliau.
Saya ringkaskan dan mengubah bahasa menjadi bahasa awam. Jika berlaku percanggahan fakta, artikel asalnya adalah tepat.
Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste.
Pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN
Mengapa FDI faktor penting?
Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar , maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
Apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
Membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
Indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan untuk menjana pendapatan per kapita yang. Berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.
Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan daya saing negara.
Dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.
Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh danmembawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
Komen Nazir semacam mahu membela abangnya.
Berkaitan
- Adik bela abang. Takpa FDI rendah, yg penting saya makin kaya raya masa abg jadi
Labels: BN, Dari blog lain, Info
Saya pernah terbit artikel tentang Perkeso. 2 tempat dalam 30 pelabur terbesar. Kini kerajaan mengeluarkan kenyataan tiada lagi pelaburan Perkeso dalam Carlsberg. Takpa. Kita tunggu plak annual report Carlberg tahun depa. Kalu ada nama Perkeso lagi?
Salah satu sebab ramai pencarum menghabiskan wang Perkeso(depa punya gak) ialah kerana pelaburannya yang tak syarie. Allah tak turun keberkatan.
Malaysiakini memetik kenyataan big bos CIMB berkenaan FDI Malaysia. Org UMNO bolehlah engko bohong.
Setiap tahun rakyat yg habis SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master dan PHD keluar mencari kerja. Macamna nak beri pekerjaan kepada rakyat yg mula menceburi bidang pekerjaan kalu xde pelabur baru masuk? Harap pelabur sedia ada? Mana la cukup.
Pas ni mintak abg hang lantik hang jd penasihat(punahsihat?) ekonomi. Paling baik jd menteri ganti Nork Mohd Yakcop. Ekonomi Malaysia akan pulih sekelip mata.
Kartun/animasi ni saya cukup minat dahulu. Antaranya kata trademarknya ialah "Gaban Z, Potong dua" bila nak pancung musuh dengan pedangnya.
Saksikan lagu trademarknya. Dimelayukan
Labels: Sendal gusi
Dulu artis marah bila Wardina kata artis kita tak sesuai dijadikan idola. Jangan bimbang. Inilah antara contoh artis terbaru yg sesuai dijadikan idola. Wardina, Waheeda apa kelas?
Lihat contoh ini. cara berpakaian, bila cakap tentang agama dll.
Moga hang bahagia. Cari duit dengan jual tubuh. Moga2 dapat kawin dengan dato'. Dosa kita persetankan .
KDN tak nak ambil tindakan ke atas Harian Metro nih? Bagi la amaran, tarik permit ka. Asyik dok cari pasai tentang akhbar PR je...
Ini bukan drama Gerak(Gelak?) Khas atau mana2 cite Amerika. Nilaikanlah sendiri
- penjenayahkah mereka hingga diambush dan diacukan senjata?
- "kamera turun bawah!" . Takut terdedah kejahatan?
Malaysia oh Tanah Airku
- Gobind akan serah salinan video
- Detik cemas Dr Amir
- 'Pihak polis malukan Sultan'
Meh layan video Malaysia oh Tanah Airku plak
Labels: Polis oh polis, Video
Sila klik link videoagama
Mungkin ada yg pertikai kenapa kita guna TV9? Guna la media/tv lain.
Jawapan saya mudah. Itu je yg kita ada. Walaupun tv9 pun x kurang gahnya dengan program laghonya
Bukan takat minyak. Gula dan gas. 3 serangkai. Limau purut 3 serangkai, buta perut takde akai!
Tak taulah kalu selepas ni harga barang tak naik. Hairan bin ajaib. Ada sesapa yg tak guna gas, gula dan minyak untuk hidup? Duduk sorang-sorang dalam hutan bolehlah!
Mari kita sejukkan kemarahan kita dengan bernyanyi dan bergelek sebentar. Moga kepanasan tahap stim tadi menjadi sejuk gedik di bawah tahap beku. Amin!
Labels: Info, Pengguna, Sendal gusi, Video
Ada 7 video semuanya. Layan...
Buatlah penilaian. Yang mana satu pejuang islam, pergunakan islam untuk kepentingan diri, ulamak dunia/akhirat dsbnya
Kalau dapat video penuh lagi best. Dapat tengok camna semua panel berhujah. Nampak bijak atau nampak bangang!
Ana bersetuju banyak dengan pandangan ustaz.
Cumanya beberpa syor ustaz setelah mengikuti ESQ masih tidak dilakukan. Saya baru menyertai ESQ bulan Mei lepas.
Komen ustaz antaranya meminta ditiadakan luahan hati muslimat masih diadakan ketika itu. Ana ketika itupun tidak berpuas hati trainer muslimat berlari ke hadapan sebagai pembimbing tambahan. Seorang muslimat alumni ESQ bersemangat menyanyikan lagu ESQ sambil menghentakkan kaki di depan stage dll lagi.
Bekas mufti Kedah hadir di upacara penutup. Adakah panel syariah hanya dijemput pada majlis penutup dan diberi modul kursus untuk semakan sahaja? Tanpa diberikan peluang buat spot check secara random mana-mana kursus yang sedang berjalan?
ESQ banyak positifnya. Namun yang salah hendaklah diperbaiki.
Salam ESQ(Iman, islam ikhsan) setiap jembal tanah adalah esq dsbnya. Ana tak setuju. Orang kan nampak esq berbanding konsep Iman, islam ikhsan itu sendiri. Apa pandangan ustaz?
Labels: ESQ 165, Info, Munajat Suara Hati
Tak banyak nak komen. Demo anti zionis depa pun x ramai tera mana. Pastu dok kata Anwar minta maaf kat zionis. Tup2 depa sambung kontrak apco. Apa cite beb?
p/s: bagi aku zionis dan yahudi sama je. Dalam qurana pun sebut yahudi je. Bukan semua yahudi jahat tapi majoritinya
Manusia boleh menzalimi dia dan keluarganya. Namun Allah akan memberinya syurga di akhirat kelak.
Labels: Agama, Malaysia Negara Islam..