Setiap yang hidup pasti merasai mati...

Pada pagi kelmarin Encik Adnan Sharif(lebih dikenali dengan nama Cik Nan) telah kembali ke rahmatullah. Beliau koma agak lama sebelumnya.Merupakan ketua bahagian saya apabila saya mula bekerja di sektor kerajaan.

2 hari setelah bekerja, beliau membawa saya berjumpa seseorang dan terus mengisi borang ahli PAS pada 22/12/98. Banyak membimbing saya dalam kerja sebagai penjawat awam dan aktivis parti(tentunya).

Selain cukup dikenali di jabatan kerjaan kami sebagai hard core PAS beliau juga aktif dulu dalam PAS Pasir Salak. Bila berpindah ke Pulau Pinang beliau telah dinaikkan pangkat. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti jemaah terpaksa ditinggalkan.

Banyak suka duka dilalui bersama sebagai bos dan anak buah dan juga sahabat seperjuangan

 Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin







No comments: