* PKR tentu akan mengutamakan calon berkualiti dan bukan lagi tangkap muat dalam sebarang pilihanraya pada masa akan datang.
* PAS tentu akan mengukuhkan polisi ‘parti menguasai kerajaan’ supaya sebarang keputusan kerajaan sentiasa selari dengan dasar parti.
* DAP tentu akan lebih berhati-hati dalam menjaga hubungannya dengan orang-orang Melayu Islam supaya bebas dari label parti perkauman Cina.
* Pakatan Rakyat mestilah mengambil posisi yang betul di hati rakyat supaya kehadirannya tidak dianggap sebagai pengganggu-gugat kesejahteraan kehidupan seharian mereka.
* Ini bukan masa berdialog, bermuzakarah dengan Umno tetapi masa untuk melonjakkan kebangkitan rakyat untuk menolak Umno
Seterusnya
1. PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.
2. Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).
3. Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .
4. PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.
5. Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.
6. PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.
7. Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.
8. Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .
9. Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.
10. Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.
11. Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib
12. Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.
13. Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.
14. Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.
Untuk diingati
Antara pengkhianatan UMNO
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment