Mari gunakan Vimeo Bah 1

Kita bercakap tentang vimeo yg free ye

- Takde limit 10 minit untuk satu video berbanding You Tube
- 500 MB upload seminggu = 2 jam lebih video yg diconvert ke wmv

Caranya nak gunakannya
- Register dulu sebagai user kat Vimeo
Kalu xde duit ambik yang basic/free la. Cam aku




Isikanlah maklumat berikut



Klik Join Vimeo.

Pastu tunggu confirmation masuk dlm email. Then klik link tu. Bleh guna dah

Bersambung..

Read More...

11 Sebab kita perlu Sokong Amanu

11 sebab kita perlu sokong UMNO.

1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

"Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

"So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak... x_x

Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

Read More...

Komen tentang demonstrasi Sedaq Jumat lepas

Dalam kedinginan bilik hotel setelah terpaksa berkurung dua hari kerana ribut salji yang melanda Washington DC, saya sempat mengikuti berita perhimpunan Sedaq yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan ‘wira Melayu’ di Pulau Pinang. Dengan meninjau berita-berita di tanahair kurang-kurangnya saya tidak ketinggalan berita-berita yang senantiasa ‘panas’ walaupun berita perbicaraan Anwar Ibrahim yang paling panas buat masa ini.

Namun sebagai ‘Orang Melayu Penang’ dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang saya tak dapat memandang rendah isu ini apatah lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang berada pada tahap tekanan yang kuat dan serangan yang saya sifatkan setiap saat kepada Pakatan Rakyat.
Sebelum ini kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng diserang oleh rakannya sendiri dari PKR iaitu Datuk Zahrain MP Bayan Baru dan mantan Ketua Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang. Serangan seperti Chauvinist, berfikiran Komunis adalah sesuatu yang melampau kepada seorang rakan.

Pada masa saya sedang sibuk bersiap untuk berlepas ke Washington, wartawan Bernama dan Utusan bertanya kepada saya , Apakah komen saya kepada kenyataan ini? Saya respon dengan reaksi terkejut kerana Bernama dan Utusan tidak pernah bertanya saya tentang apa-apa pun isu sebelum ini di Pulau Pinang, jadi saya menganggap isu kenyataan Datuk Zahrain ini ‘menarik minat’ mereka, kedua saya mengatakan bahawa sebagai rakan dalam Kerajaan, mana-mana perkara yang dianggap sensitif semestinya diperbincangkan dari dalam dan bukan ‘meletup’ di media dan akhirnya saya mengatakan orang media perdana yang pro BN memburukkan keadaan dengan mensasikan berita sehingga hilang nilai pemberitaan yang bertanggungjawab dan menjadi perkakas dan alat kepada kehendak sempit politik BN dan Umno! Setelah jawapan itu tidak ada siapa dari Bernama dan Utusan menghubung saya lagi!

Balik kepada perhimpunan Sedaq, saya agak bimbang kerana mereka yang berkumpul untuk mempersoalkan kepimpinan Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat adalah manusia-manusia yang keliru dan memangsakan orang Melayu lain untuk keliru seperti mereka.

Saya tidak heran kerana manusia paling keliru dalam semua mereka ialah Datuk Ibrahim Ali yang mewakili Perkasa, kumpulan lain seperti GPMS adalah budak ‘beringus’ yang berada di GPMS hanya sebagai loncatan dalam cita-cita politik Umno mereka. Manakala kumpulan lain termasuklah Dewan Perhimpunan Perniagaan Melayu

Pulau Pinang saya anggap hanyalah sebagai mangsa keadaan yang melalui masa dan penjelasan akan memahami apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak mahu meneruskan untuk mempertikaikan kumpulan manakah yang berhimpun hari itu tetapi saya lebih berminat untuk membaca mentaliti sesetengah kumpulan Melayu yang bagi saya lebih keliru tentang apa yang berlaku.

Pertama, set minda yang terbentuk dalam sesetengah kita ialah, kita melihat sesuatu dari kacamata ethno-centric iaitu dari premis kaum. Premis kaum dari sudut kebanggaan identitinya, budayanya dan sejarahnya tidak ada masalah tetapi ia menjadi masalah apabila semua tindakan dilihat sebagai mengancam kaumnya dan oleh itu hubungan antara kaum itu berdiri atas ‘tidak percaya’ dan ‘membenci’ kaum lain.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang ialah penyakit ethno-centric yang menyebabkan sesuatu itu dilihat dengan responsif perkauman. Gerai diroboh kerana perkauman, tanah yang sah hendak diambil alih kerajaan dianggap perkauman, dasar baru dibuat dianggap ‘membahayakan’ satu kaum lain dan begitulah seterusnya, penyakit ethno-centric akhirnya membawa kepada konfrontasi yang diwarnai slogan-slogan perkauman. Soalannya mampukah kita maju ke -hadapan dengan gangguan-gangguan dari golongan yang berpenyakit ini?

Kedua, dalam kemelut ethno-centric ini, amalan double standard begitu ketara sekali, malah sikap ‘double standard’ ini lebih menguasai sikap ethno-centiric dalam diri kumpulan ini. Contohnya dalam isu-isu lain yang membentuk isu atas merit ‘ketidakadilan’ mengapa kumpulan ini tidak bangkit dan memperjuangkan ketidakadilan ini walaupun atas premis ethno-centric?

Terengganu dirampas Royalti minyaknya tahun 1999, begitu juga Kelantan. Kedah di bawah Pas tidak diberi hak pampasan 100 juta kerana tidak menebang balak bagi memelihara kawasan tadahan hujan di Hutan Ulu Muda. Wakil –wakil Rakyat Pakatan tidak diberi hak peruntukan satu juta untuk pembangunan kecil kawasan Parlimen masing-masing. Bukankah ini satu isu yang perlu diperjuangkan atas hak yang sah dari sudut undang-undang? Mengapa kalaupun benar-benar ‘Melayu’ dalam perjuangan mereka tidak disuarakan ‘kemarahan’ mereka khususnya hak Kelantan dan Terengganu yang ‘Melayu’?

Bagi saya kekeliruan perjuangan kumpulan ini di Pulau Pinang baru-baru ini hanya menunjukkan ‘wajah sebenar’ kumpulan ini iaitu mereka dengan rela hati menjadi alat dan perkakas kepada Umno yang terdesak. Maafkan saya kerana tidak meyakini perjuangan Sedaq ini kerana saya lebih melihat mereka sebagai musang berbulu ayam, bercakap tentang Melayu tetapi hanya menjadi alat dan perkakas kepada sebuah Parti Melayu yang nama partinya pun dari singkatan bahasa Inggeris!

Ketiga, dengan memberi peluang kepada kumpulan Sedaq dan mereka yang sama waktu dengannya, kita hanya meletakkan satu kes awalan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa perkiraan kaum boleh mengatasi undang-undang, dan undang-undang boleh memberi laluan kepada tekanan-tekanan perkauman! Apa yang sesetengah pihak gagal memahami ialah isu perobohan gerai dan apa sahaja yang berkenaan dengan penguatkuasaan adalah sebenarnya mendapat keabsahannya dari peruntukan undang-undang yang ada. Ya! meroboh gerai tanpa peruntukan undang-undang adalah sesuatu yang harus ditentang tetapi perobohan yang ada peruntukan undang-undang perlu dihormati dahulu sebelum apa-apa rundingan hendak dilakukan.

Apakah kita mahu meletakkan satu set awalan prosedur bahawa menentang undang-undang itu sesuatu yang mulia? Apa yang ada dalam penguatkuasaan undang-undang perbandaran ialah membuat rundingan dan mencari alternatif tapak, jika itupun tidak dapat dipenuhi sebagai memenuhi aspek ‘budibicara’ di manakah kewibawaan undang-undang? Di manakah penghormatan orang awam kepada undang-undang?

Kempat, apabila kita melihat fakta dan maklumat mentah yang ada tentang isu perobohan gerai di Pulau Pinang kita boleh memberi jawapan kepada kumpulan Sedaq ini, tetapi adakah dalam saki baki intelektual mereka ruang untuk dibuka kepada maklumat-maklumat ini?

Saya merujuk kepada artikel Wan Hamidi dalam Malaysian Insider yang telah mendedahkan fakta dan statistik tentang bilangan gerai yang diroboh semasa BN dan semasa Pakatan, saya mencadangan pembaca membacanya. Lagipun saman-saman telah dikeluarkan sejak zaman BN lagi khusus gerai yang kontraversial di Tanjong Tokong. Malah menurut Saiful pegawai Pas di Parlimen Bukit Bendera ,inisiatif yang diambil oleh Pas Tanjung Tokong, kami telah menawarkan tempat untuk dipindahkan kerana tanah itu tidak sah untuk dibuat tapak gerai. Bukankah aspek ini peniaga-peniaga harus memahami peranan mereka antara kebebasan untuk mencari rezeki dan keperluan untuk memenuhi kehendak undang-undang?

Akhirnya saya mengakui adanya kelemahan-kelemahan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat, dan saya berusaha untuk memastikan satu ‘blueprint’ dasar pembangunan peniaga kecil disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Saya juga mengakui masalah Melayu Pulau Pinang harus digarap dengan segera dan teliti. Soal Melayu di Pulau Pinang perlu dilihat dalam kacamata struktur sosial yang perlukan keseimbangan. Pembelaan orang Melayu di Pulau Pinang perlu diletakkan di atas premis Sejarah-Budaya, Jatidiri-Ketahanan peribadi dan akhirnya

Dasar yang membantu keseimbangan sosial struktur tadi. Seperti mana-mana kerajaan, saluran-saluran yang ada ialah melalui sistem Kerajaan itu sendiri, Parti ke Parti dan Kelompok kumpulan fokus yang berkomunikasi dengan Kerajaan.

Inilah ruang-ruang yang memungkinkan pembaikpulih dan kritikan-kritikan membina disalurkan. Saya tidak menolak hak berhimpun untuk menyampaikan hasrat awam kepada kerajaan, tetapi biarlah isu yang dibawa ada kewibawaannya dan bukan isu murahan yang hanya menguntungkan pihak yang berpoltik dengan politik yang sempit

Saya juga membaca dalam Harakahdaily bahawa pihak polis tidak menghalang penunjuk perasaan berjalan ke Komtar dari Mesjid Simpang Enam (lebih kurang 1000 meter) sedangkan mereka hanya diberi izin berkumpul di Simpang Enam (Saya heran pihak Polis begitu ‘lembut’ dengan golongan etno-centric, akhir-akhir ini). Dalam semua persoalan ini saya harap saya telah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu perobohan gerai di Pulau Pinang dari sudut mentaliti sesetengah kelompok Melayu di Pulau Pinang. Cuma satu soalan belum terjawab apakah “Sedaq” sedar apa yang mereka lakukan?M/Insider


Dr Mujahid adalah MP Parit Buntar merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong PAS.

Read More...

Antara iktibar positif keputusan mahkamah kelmarin

* PKR tentu akan mengutamakan calon berkualiti dan bukan lagi tangkap muat dalam sebarang pilihanraya pada masa akan datang.

* PAS tentu akan mengukuhkan polisi ‘parti menguasai kerajaan’ supaya sebarang keputusan kerajaan sentiasa selari dengan dasar parti.

* DAP tentu akan lebih berhati-hati dalam menjaga hubungannya dengan orang-orang Melayu Islam supaya bebas dari label parti perkauman Cina.

* Pakatan Rakyat mestilah mengambil posisi yang betul di hati rakyat supaya kehadirannya tidak dianggap sebagai pengganggu-gugat kesejahteraan kehidupan seharian mereka.

* Ini bukan masa berdialog, bermuzakarah dengan Umno tetapi masa untuk melonjakkan kebangkitan rakyat untuk menolak Umno


Seterusnya

1. PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.

2. Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).

3. Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .

4. PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.

5. Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.

6. PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.

7. Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.

8. Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .

9. Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.

10. Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.

11. Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib

12. Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.

13. Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.

14. Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.


Untuk diingati
Antara pengkhianatan UMNO

Read More...

Perjuangan mesti terus..

Biarpun kita kalah dalam kes Nizar. Kes Anwar mungkin jadi seperti ni gak. Namun adakah kita akan menyerah? Membiarkan UBN bermaharajalela di Malaysia. Tidak! Biar pun patah sayap namun masih bertongkat paruh. Lawan tetap lawan. Samada kita menang atau Allah mengurniakan syahid pada kita.

p/s; Tetap akan melawan musuh-musuh dalam selimut(terutamanya dalam PAS) dan luar selimut

Read More...

Perlukah Nasyid Cinta Wanita?

TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan para wanita dan lelaki yang sedang dilamun cinta. Contoh pada hemat saya adalah seperti lagu 'Siti Munawwirah', ‘Nur Syahada' dan ‘Cinta Pertama' dan banyak lagi, Cuma cukuplah dua tiga lagu sebagai contoh.



Sepenuhnya di sini

Kredit pada UZAR

Read More...

Teknik Art of War UMNO terhadap PAS Bah 1

Teknik 3 Bunuh dengan pisau pinjaman
Serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain (karena kekuatan yang minima atau tidak ingin menggunakan kekuatan sendiri). Perdaya sekutu untuk menyerang musuh, sogok orang kepercayaan musuh untuk menjadi penghianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.

UMNO menggunakan puak-puak UG dalam PAS untuk memusnahkannya dari dalam. Yang saya nampak dalam PAs kita terpecah dua. Ada yang sokong UG dan ada yang tidak

Read More...

Tanggungjawab ibu kepada anaknya

Sepertimana diceritakan oleh Ust Shaari Osman

U Shaari Osman 17/10/10 Bah 3 from joe pg on Vimeo.


- Redha Allah bergantung redha ibu
- Maknya mendoakannya cam bini raja. Last-last jadi bini sultan.
- Biadapnya anak generasi sekarang
- Anak takkan buat jahat jika ingat rupa emaknya
- WI
- Wajib belajar tanggungjawab isteri
- dll

Sepenuhnya di sini

Read More...