Kamu dihurung penyakit PAS
Oleh Mohd Jimadie Shah Othman
Saya menulis artikel "Perasan bagus' sasterawan alumni MPR" dengan sungguh berlapang dada. Dalam tulisan tersebut, saya terpaksa berlaku adil dengan mengkritik sahabat-sahabat yang umpama darah daging sendiri.
Namun, secara keseluruhannya, kritikan tersebut sangat sederhana. Tidak banyak pandangan peribadi, sebaliknya hanyalah kutipan terhadap peristiwa dan tanggapan-tanggapan.
Faisal Tehrani memberikan respons yang menarik dengan mengupas hubung kait kualiti karya dengan perangai lobi-melobi di kalangan penulis. Perkara tersebut ada benarnya.
2
PAS sekarang dijangkiti penyakit yang sangat serius bernama sindrom penafian.
Dalam seminar politik bagi menggantikan muktamar khas (EGM) yang dicadangkan mursyidul amnya Nik Abdul Aziz Nik Mat tahun lalu, simton-simton penyakit tersebut jelas kelihatan.
Ia tergambar dalam tindakan biadap terhadap sebahagian mereka, termasuk pemimpin terhadap tetamu sendiri, Abdul Aziz Bari, seorang pakar perlembagaan terkenal.
Perbuatan tersebut hodoh dan jijik sekali. Sebagai seorang Islam yang diajar supaya menghormati tetamu, hati kecil saya sungguh berasa gundah.
kamu jemput orang cerita kelemahan kamu. Kemudian bila dia cakap, kamu maki dia. Akhlak Islam menantang apa macam itu?
3
Sahabatku di MPR, saya tulis entri ini (juga artikel di Malaysiakini sebelum ini) atas satu kerunsingan.
Saya bimbang kamu dihinggap penyakit yang sedang menghurung PAS, parti Islam itu.
Selanjutnya
p/s: Saya terpaksa moderate komen. Selain mengelakkan kata-kata terlampau. Juga ingin mengelakkan sesiapa yg mengenali diri ini menggunakan nama sebenar saya. Bukan masanya lagi saya menggunakan nama sebenar. Biarlah bloggers mengenali saya sebagai joe pg
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment