Apa tindakan kita?

Sms panjang dari al ustaz (nama-nama ditukar untuk keselamatan yang diperlukan), rengkasnya:

Dayang, berasal dari Semenanjung telah berkawin dengan Jack, seorang mualaf dari pedalaman Sabah. Jack berniaga kecil-kecilan di Pahang. Pada tahun 2004 Dayang, yang sedang mengandung pulang ke kampung suami bersama anak perempuan berumur 2 tahun untuk jaga mertua yang sakit. Suami tak pulang kerana kerana bekerja dan belajar agama serta untuk menjimatkan perbelanjaan.

Dayang tak dapat pulang kembali ke semenjung kerana masalah kewangan. Dia tinggal bersama mertua, abang ipar, biras yang mempunyai 6 anak. Abang ipar adalah pastor di SIB. Rumah mereka pula adalah pusat aktibiti SIB.

Beberapa bulan berikutnya Dayang melahirkan anak ke-2 di Sabah. Abang ipar dan mertua sentiasa pujuk supaya Dayang ikut agama mereka dan anak-anak pula dibawa ke gereja setiap minggu. Kebetulannya seorang haji dari Indonesia telah masuk Kristian setelah penyakit kanser yang dihidapnya sembuh setelah disembahyangkan dan didoakan di gereja; dan lelaki ini kini aktif berdakwah kristian kerana keajaiban penyembuhan penyakitnya. Mualaf yang murtad juga ramai di sana, dan kalau tak murtad pun mereka sentiasa mabuk-mabuk. Bermakna Muslim di situ tak dapat diharapkan untuk apa-apa keperluan.

Dayang terpaksa membanting tulang empat kerat menebas hutan, tanam padi huma, tanam sayur tetapi segala hasil milik keluarga, jadi tak ada peluang nak kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Suami yang bergantung kepada komisyen jualan pula semkin merosot pendapatannya dan tak mampu kumpul duit untuk bawa anak isteri pulang semenanjung.

Mertua semakin bengis dan Dayang berasa mereka sengaja buat begitu untuk memberi tekanan agar Dayang ikut kemahuan mereka. Abang ipar membuat hukuman bahawa anak-anak mesti diasuh dalam agama asal mereka. Kalau Dayang keladang maka anak-anak mereka dibagi makan masakan babi dengan alasan anak-anaknya yang minta.

Akibahnya Dayang dan keluarga mertua bergaduh dan tegang sepanjang masa gara-gara agama. Aktiviti agama mingguan di rumah mereka, Dayang dipaksa masak dan melayani tetamu. Tak ada pilihan kerana tinggal dengan mereka. Pengalaman mahal empat tahun ini membuka matahati Dayang. Dalam ceritanya kepada isteri al ustaz dengan loghat Sabah, "Sangat besar rahmat dan belas kesian Allah pada saya kerana titisan iman masih ada pada saya. Saya mau mulakan hidup baru."

Langsung saya memanjangkan sms ini kepada teman-teman dengan pesanan, jangan mencari penderma untuk jumlah yang banyak. Mencukupi sekadar RM10 setiap seseorang, kerana lebih ramai lebih baik. Jumlah yang dianggarkan tak lah banyak. Sekadar RM3000 untuk menguruskan segala keperluan logistik. Kini Dayang dan anak-anaknya sudah dibawa ke tempat yang selamat.

Seperti kata S Covey. Apa yang berlaku adalah kejadian langsung. Selebihnya menunggu tindakan kita.

Insha Allah Bunga Rampai akan menyebarkan maklumat tentang nombor akaun yang berkait. Bergantung kepada tindakan anda.

artikel penuh terdapat di sini

Read More...

Jamil oh Jamil

Link penuh terdapat di sini. Apa katanya?

- isu ini perlu dilihat daripada aspek hukum syarak dan perundangan.

- tidak mahu komen bimbang percanggahan lain.

Kesimpulannya. Tiada komen dari Menteri Agama UBN?

- DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA
- Adakah IFC sudah wujud dalam Kabinet Kerajaan Malaysia..???

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia II?

Segalanya kini terserlah. Apa fungsi Menteri Agama dalam jawatankuasa kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. 4 menteri dalam jawatankuasa. Yang peliknya pengerusinya bukan islam. Tak pelik jika keputusan sebegini dikeluarkan.

- Kabinet mesti rujuk mufti. Betulkah? Mufti satu negeri dulu megharamkan JomHeboh, kini berdiam diri bila konesert itu kembali diadakan. Dah halal ke?
- Fatwa Terbaru Kabinet Tuan Haji Najib!!!

Tengoklah selepas ini. Manalah tau menteri agama dan mufti sebuah negeri sanggup meletakkan jawatan kerana keputusan ini

Read More...

Apa seterusnya nasib agama Islam di Malaysia?

Anak-anak kekal menganut agama asal jika salah seorang ibu bapa bertukar agama. Tidak ada(automatik) penceraian walaupun salah seorang memeluk islam. Hak penjagaan anak-anak dibawa pada mahkamah sivil. Pindaan undang-undang akan dibuat. Negeri-negeri juga diminta berbuat demikian.

Kesimpulannya
- islam akan semakin terpinggir.
- mahkamah syariah akan kehilangan banyak bidang tugas.
- UBN tidak memperjuangan melayu dan islam

- 30% ekuiti dimasuhkan.
- Mengenali pemerintahan Najib.
- Hidangan Arak di Pertunjukan Fesyen di Suria KLCC! (Dikemaskini)
- Boleh terimakah keputusan kabinet ini?

Read More...

Mengenai ahi PKR

Bagi aku

- majoriti darinya tak boleh pakai. Kebanyakannya(melayu) berjiwa UBN. Dari segi amalan islamnya toksah cerita la. Takde tarbiyah(islam atau lain-lain fahaman). Tak pelik kalau kebanyakan masalah besar PR berpunca dari ahli-ahlinya. Selidiklah kemenangan percuma BN(UBN) dalam PRU lepas. Krisis politik di Perak, Selangor dan terkini Pulau Pinang.
- aku setuju cadangan Aduka Taruna tentang memboikot PRK Penanti. Kalu UBN berani bertanding la. Salah satu cara nak mengingat PKR. Cari org betul-betul layak(juga teguh pendirian) untuk bertanding dan menjawat jawatan pimpinan tertinggi.

- Kini Baju PKR Tapi Jiwa Masih UMNO

Read More...

Muhasabah kemenangan Bukit Gantang

- Adakah benar sokongan melayu kepada PR(baca PAS) merosot? Adakah tempoh selama kita memerintah Perak kita tidak berjaya meraih sokongan mereka mengundi kita(Umno dan atas pagar).

- Adakah benar sokongan bukan melayu(baca Cina) benar-benar kerana percaya kepada kemampuan kita? Atau hanya sikap oportunis(pergunakan kita)? Kelab penyokong PAS makin mantap?

Pakat-pakatlah kita muhasabah. Dari ahli, cawangan, Kawasan, Negeri(bukan hanya Perak) dan Pusat sama-samalah kita koreksi diri.

Aku mengulas Bukit Gantang kerana aku terlibat secara tak langsung. Bukit Selambau tak masuk kira

Read More...

Mengulas isu Sirul dan Azilah

Mahkamah telahpun membuat keputusan. Yang menjadi persoalan sekarang

- Apakah motif pembunuhan? Cemburu, dendam atau arahan orang lain
- Jika atas arahan orang lain, siapakah orang itu?

- Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?
- BOLEH PERCAYA KER???

Read More...

Menang 2-1

Kita menang di 2 bukit(Bukit Gantang dan Bukit Selambau) namun kalah di satu batang(Batang Air). Selepas ini masa untuk post mortem dan bekerja kembali. Perjuangan tetap terus. Kita adalah mata rantai perjuangan. Kita bukan yang pertama dan bukan terakhir.

- BN-turun tapi ayam pulak yang naik
- Double standard lagi

Read More...

Sejarah kini

UMNO Guna Mimbar Masjid Untuk Kempen Pilihanraya

Terima kasih kepada Al Banjari kerana berani mendedahkan penipuan serta double standard UMNO/BN. Pada semua yang mahu melihat teks asal dalam bahasa jawi sila rujuk kepada link ini

Teks Khutbah telah dirumikan dan boleh dibaca dibawah. Jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti mengata dulang paku serpih, parti telunjuk lurus kelingking berkait, parti lidah bercabang dua belas, parti menanam tebu di bibir dsbnya. Khutbah ini adalah bukti yang paling jelas:

(Bermula)
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

Berkaitan
Menelusuri sejarah silam

Read More...

Menelusuri sejarah silam


(muka satu)


(muka dua)

Read More...