1- Kedua-dua kerusi hendaklah diberikan kepada calon PAS. Bukannya apa. Kebanyakan calon PKR(bukan semua) mudah dibeli. Di Selangor calon PKR Sementa menarik diri. Di Kedah Adun Bukit Selambau(mulanya calon bebas) cuba dibeli/diugut. Di Perak pun 2 adun juga dari PKR. Adun PAS dan DAP memang diakui kebanyakannya tidak mudah digugat/dibeli. Persepsi masyarakat terhadap calon PKR(dalam PRK terutamanya) adalah negatif. Atau
2- Changkat Jering diberikan pada PAS manakala Behrang diberikan pada PKR. Pastikan calon tu sekurang-kurangnya ada ijazah. Jangan takat bekas posmen je. Kan berlambak ahli profesional dalam PKR? Atau DAP diberikan kerusi Behrang. Kita tengok bagaimana pengaruh DAP dalam kawasan campuran. Tapi rasanya tak boleh kot eksperimendengan calon DAP.
Kalau ikut saya, lebih baik dibubarkan DUN Perak. Katakan UMNO buat undi tak percaya, 4 adun PR(PKR selalunya) menyokong. Takke kerajaan PR perak kan tumbang? Hujah ni juga perlu dipertimbangkan.
Wallahua'lam
Bacaan tambahan
- Silau Sejarah
- PKR, lain kali pilih calon baik punya!
- Susah parti tak jejak akhirat nih.
- Beri Laluan Pada PAS Letak Calon Di Behrang & Changkat Jering.
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
No comments:
Post a Comment