Setelah hampir setahun kita diamanahkan mentadbir Perak, Allah cabut kekuasaan itu dari kita. Kenapa?
Adakah kita menzalimi rakyat? Adakah kita hanya enjoy bila berkuasa?
Futur(gugur) dalam perjuangan sentiasa berlaku. Masa kalah tak ramai bersama kita. Bila menang tetiba ramai yg menyokong. Ramai yg gugur balik bila kita kalah.
Takpelah. Ini mungkin kerana kita kurang pergantungan kepada Rabb bila berkuasa. Ramai ahli kemaruk jawatan bila ghanimah datang di depan mata.
Mantapkan jiwa dengan Allah. Lazimkan solat malam. Tambahkan dengan ibadat sunat yang lain. Insya Allah. Menang kita syukur, kalah kita redha.
Kita berjuang mengharapkan redha Allah. Bukannya pangkat atau kuasa. Menang atau kalah dakwah terus berjalan. Kemenangan yang diimpikan hanyalah redha Allah atau syahid di jalanNya. Insya Allah.
- Jika dibiarkan 2 adun ni, depa akan jadi duri dalam daging dalam pentadbiran negeri. Paling merbahaya jika UMNO mengemukakan usul undi tak percaya dalam dewan. 2 adun ni menyokong. Ditambah 2 lagi dari adun PR(depa beli utk sokong undi pun cukup. PR akan tumbang di Perak. Atau
- 2 adun digugurkan jawatan exco dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN. Tak pasti plak kalu kita bleh halang depa memasuki dewan sampat habih mandat PRU12 ni. Kalu bleh halang, kedudukan PR stabil sikit kerana UMNO perlu beli 4 adun lagi. Tapi masih lagi bahaya. Atau
- Menghadap Sultan. Cerita pasai masalah sekarang dan mengapa perlu bubar DUN. Mohon perkenan. SPR tiada pilihan dan terpaksa mengadakan pilihannraya negeri semula. Kalu nak lawan SPR pasai tak adakan PRK 2 dun ni ambik masa. Mungkin 6 bulan lagi baru boleh. Jika masa tu UMNO kuat kita lemah camna. Ini pun bahaya gak.
Ada apa-apa cadangan lagi?
Bacaan tambahan
- Suasana Perak - Mesti Berhati-Hati Juga Dengan Fraksi UMNO Dalam PAS.
- BUBAR SAJA DUN PERAK BIAR RASUAH BE END MMANGGIL WOR
- Tumbang pun, tumbanglah...Tak Heran
- Perak celaru, saya tidak
- Benarkah makhluk-makhluk lembab memimpin PAS?
- KES DUA ADUN PERAK-SPR BERTINDAK MELEBIHI BIDANGKUASANYA
1- Kedua-dua kerusi hendaklah diberikan kepada calon PAS. Bukannya apa. Kebanyakan calon PKR(bukan semua) mudah dibeli. Di Selangor calon PKR Sementa menarik diri. Di Kedah Adun Bukit Selambau(mulanya calon bebas) cuba dibeli/diugut. Di Perak pun 2 adun juga dari PKR. Adun PAS dan DAP memang diakui kebanyakannya tidak mudah digugat/dibeli. Persepsi masyarakat terhadap calon PKR(dalam PRK terutamanya) adalah negatif. Atau
2- Changkat Jering diberikan pada PAS manakala Behrang diberikan pada PKR. Pastikan calon tu sekurang-kurangnya ada ijazah. Jangan takat bekas posmen je. Kan berlambak ahli profesional dalam PKR? Atau DAP diberikan kerusi Behrang. Kita tengok bagaimana pengaruh DAP dalam kawasan campuran. Tapi rasanya tak boleh kot eksperimendengan calon DAP.
Kalau ikut saya, lebih baik dibubarkan DUN Perak. Katakan UMNO buat undi tak percaya, 4 adun PR(PKR selalunya) menyokong. Takke kerajaan PR perak kan tumbang? Hujah ni juga perlu dipertimbangkan.
Wallahua'lam
Bacaan tambahan
- Silau Sejarah
- PKR, lain kali pilih calon baik punya!
- Susah parti tak jejak akhirat nih.
- Beri Laluan Pada PAS Letak Calon Di Behrang & Changkat Jering.