Okey la duit raya sekupang


- kerajaan takde nak duit sampai 30 sen(3 kupang) nak bagi, so bg sekupang pun mujurlah. Kalu tak bagi langsung?

- Jumlah kenaikan minyak sebelum ni 78 sen. Jumlah penurunan(2 kali) sebanyak 15(5 sen dan 10 sen). Okaylah. Ini menunjukkan rakyat berjaya menguasai matematik dalam bahasa Inggeris.

- dengan kejatuhan bursa saham seluruh dunia menandakan ekonomi makin meleset. Sekupang ni kira besar tuah dalam keadaan sekarang.

- masa naik harga minyak guna alasan harga minyak dunia naik, bila nak turun guna alasan mengikut kadar dolar Amerika. Hebat PM dan Menteri Kewangan!

- sebab turun sekupang inlflasi naik jadi 8.5%(tertinggi dalam 27 tahun). Jadi kalu tak turun inflasi naik 10%?. Bahaya tu. Lebih baik 8.5% darpada 10%.

- ikutlah kata pemimpin kita. "Tidak apalah walaupun turun 10 sen, rakyat kena bersyukur...kita kena cari jalan sebab gaji naik barang naik, minyak naik barang naik, minyak turun barang tak turun," . Lagipun aku sebagai mb kena bayar 60 juta.. Korang kena bayar berapa ringgit je. Patutnya korang bersyukur lagi bertuah berbanding rakyat Pahang.

Read More...

ISA elok?

Ada la satu laman web yang sokong penggunaan ISA. Antara alasannya.

- ISA amat perlu dikekalkan di negara ini bagi tujuan pencegahan daripada merebaknya pergaduhan akibat isu perkauman dan keagamaan.

masalahnya ianya tahanan tanpa bicara. Gamak takde bukti tandatangannya je selang 2 tahun sekali untuk melanjutkannya. Tak taulah apa konsep yg depa pakai. Demokrasi, islam dah tentu jauh sekali. Mungkin komunis la kot.

- Segalanya tentang ISA
- ISA 2
- ISA 3

Read More...

Pelik tapi benar

- Kutipan zakat negeri Kedah untuk 6 bulan pertama(setelah menang) berjumlah RM34 juta ringgit. Kutipan tahunan tahun lepas pun tak sebanyak ni.

- Hasil pendekatan berjimat cermat, kerajaan Kedah berjaya mencatatkan lebihan sebanyak RM20 juta .

- Dalam satu kempen kutipan derma di KL selepas kemenangan di Kedah sebanyak RM8.5 juta berjaya dikumpulkan. RM5 juta darinya disumbangkan oleh seorang x UMNO Kedah.

- Kulim High Tech Tecnology Park Corporation berjaya menarik pelaburan baru bernilai bilion ringgit. KHTTTPC terpaksa membuka lot fasa ke 4 bernilai RM100 juta untuk pelaburan tambahan.

- Mulai tahun ini premis makanan islam(kedai mamak yg majority) hanya dibenarkan dibuka selepas 3 petang di sepanjang Ramadhan.

- Sebanyak 21 buah sekolah agama persendirian(bukan SABK) menerima bantuan RM30 ribu setiap satu. Antaranya termasuklah KIDU(Kolej Islam Darul Ulum), SRIDU(Sekolah Rendah Islam Darul Ulum) dan SRIDA.

Sumber dari Portal Kerajaan Negeri Kedah,Warta Darul Aman ( online dan cetak) dan maklumat dari seorarng TP( Timbalan Pesuruhjaya) Kedah.

Read More...

ISA mengganas lagi


Jumaat lepas kita dikejutkan dengan penahanan 3 org di bawah ISA. Seorang telahpun dibebaskan. Siapa lagi akan diangkut selepas ini?

- Pakatan adakan perhimpunan anti-ISA esok
- ISA meludah-ludah Islam
- Berikan mereka hak membela diri
- Doa si Mazlum

Read More...

Tahukah anda...?

Tak banyak sekolah agama rakyat(persendirian) yg tinggal di Malaysia semenjak kerajaan(baca UMNO) Tok Det dulu menghentikan bantuan perkapita kepada sekolah2 SAR. Sekolah Cina(paling banyak) dan India persendirian tidak dihentikan pulak. So ini salah satu bukti UMNO perjuang Islam dan melayu?

Di Pulau Pinang SAR yg sedia ada makin nyawa2 ikan. Ar- Razi di Junjung, Simpang Empat Tasek telahpun meminta agar dimasukkan sebagai SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Antara SAR yg masih bertahan ialah Sejolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Pondok Sungai Bakap di Nibong Tebal.

STAIL telah dijanjikan 1 juta oleh 2 adun UMNO sebelum PRU dahulu. Pastu PRU sorang adun KeADILan juga menjanjikan gula-gula. Sampai sekarang takde sekupang yg sampai oleh ketiga2 adun tersebut.

Projek jejantas baru di Sg Bakap akibat pembinaan landasan berkembar Ipoh ke Butterworth akan membelah habis tapak pondok yg sedia ada. Kenapa tak amik tanah Cina? Susah nanti depa melawan balik. Contoh UMNO perjuang melayu? Moga-moga dengan kerajaan negeri yg baru tidak akan meneruskan rancangan tersebut.

Pondok Sg Bakap mempunyai antara 60 ke 70 puluh pelajar. Daripada jumlah itu, untuk bulan Ramadhan ini sahaja hanya 6 org pelajar yg membayar yuran makanan sebanyak RM120 untuk sebulan. Tukang masak terpaksa direhatkan untuk menjimatkan kos. Ustaz2 yg mengajar terpaksa memasak sepanjang Ramadhan.

Sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan bolehlah mengirimkan pertanyaan dengan menghubungi saya. Silah ym ke insan_fakir04@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Sekian

Read More...

Yang pelik tapi membazir

Parlimen Tasek Gelugur antara kawasan yang mempunyai paling banyak masjid berdekatan. Di pekan Sungai Dua ada 3 masjid yg berdekatan. Merbau Kudung, Nyior Sebatang dan Ara Kuda pula ada dua. Di Parlimen Permatang Pauh ada 3 masjid berhampiran. Apakah istimewanya tempat-tempat tersebut?

Bolehkah kita membuat masjid baru dah meninggalkan yg lama kian usang sebelum menyembah bumi? Adakah semua masjid berkenaan diimarahkan(ada 3 buah yg diimarahkan sepenuhnya(masjid dikuasai jemah bukannya kerajaan))?

Alangkah baiknya masjid yg terbiar usang dijadikan sekolah agama. Daripada dibiar usang menyembah bumi... Paling baik sebelum nak buat yg baru tanyalah mufti dulu, ngong. Dah buat baru nak tanya tak guna dah...

Read More...

Kullu a'min wa antum bikhair

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir,
Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,
tanpa ada rasa jemu,
kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu
berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu
Tuhan yang Satu.


Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu
penuh khusyuk dan tawadduk
antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu
memperhambakan diri
kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Ampunilah hambamu
kerana sering curang pada janji
'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,
Lillahirabbil aalamin '
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
dan masa yang diberi kepadaku
dikesempatan yang lapang dan terluang
untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu
untuk bekal 'hari'ku di barzahMu
akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu
biar sebati ditubuhku

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu
Pasti ku sujud bertahajjud kepadaMu
Dengarlah rintihan hambaMu
Kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni nerakaMu

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini
Mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat 'abadi'
yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku
menanti salam Izrail
rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan
ridha' ar-rahman

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis
penuh bererti dan berseri menerangi kegelapan hati kami
untuk menuju jalan ridha' dan kasih sayangMu
agar indah kehidupan kami
di barzahMu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi

Namun teman
tiada insan yang telah mengetahui
tentang Ramadhan ini,
apakah yang terakhir kali buat kami.

Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki

” MARHABAN YAA RAMADHAN”
Aminnn !

Artikel asal di ambil di sini

- Kemerdekaan, Ramadan dan Perjuangan PAS
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Insan Hebat: As-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi

Read More...