Labels: IM Fakrurrazi, Kuliah PAKSI, PT, Quranic Food
1- Taat pada pemimpin
2- Jutawan dan stokin buruk
Labels: Taman Kerian, U Shamsuri
Labels: Mat Sabu, Nibong Tebal, Suhaizan Kaiat
Labels: Kuliah PAKSI, PBB, Ust Nasbir, Ust Zaki
Labels: Masjid Kampung Besar, U Shahul Hamid
Labels: Masjid Bukit Panchor, PU Shahul
Labels: U Shahul Hamid
Apakah dia penyelesaian 10 perkara?
Kenyataan Akhbar oleh Datuk Seri Idris Jala, Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri pada 2 April 2011 mengenai Penyelesaian 10 Perkara:
Kerajaan mengesahkan bahawa ianya telah berdialog dengan
kumpulan-kumpulan Kristian untuk mengkaji permintaan khusus mereka
mengenai Alkitab Bahasa Malaysia/Indonesia dan isu-isu lain keagamaan.
Dengan mengambil kira kepelbagaian pandangan daripada pelbagai kumpulan
agama yang berbeza, termasuk orang-orang Islam, Kerajaan telah membuat
keputusan dengan suatu penyelesaian yang merangkumi 10 perkara.
1. Alkitab dalam semua bahasa boleh diimport ke negara ini, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia.
2. Alkitab-alkitab ini boleh dicetak secara tempatan di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru yang wajar
diterima oleh kumpulan-kumpulan Kristian.
3. Alkitab dalam bahasa suku kaum tempatan di Sabah dan Sarawak seperti
Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak secara tempatan
dan dimport.
4. Untuk Sabah dan Sarawak, memandangkan masyarakat Kristian yang besar
di negeri-negeri itu, tiada syarat dikenakan atas pengimportan dan
percetakan tempatan untuk Alkitab dalam semua bahasa, termasuk Bahasa
Malaysia/Indonesia dan bahasa-bahasa suku kaum tempatan. Tidak ada
syarat dikenakan untuk meletakkan sebarang cop atau nombor bersiri.
5. Dengan mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang berbilangan
lebih besar, di Semenanjung Malaysia, Alkitab dalam Bahasa
Malaysia/Indonesia, samada diimport atau dicetak, perlu ada
perkataan-perkataan "Penerbitan Kristian" dan lambang salib dicetak pada
kulit muka depannya.
6. Dalam semangat 1Malaysia dan memandangkan ramai orang yang merantau
di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak akan
dikenakan larangan atau sekatan untuk orang-orang yang membawa Alkitab
mereka serta bahan-bahan Kristian dalam perjalanan seperti itu.
7. Arahan mengenai Alkitab telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha (KSU)
Kementrian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan yang betul
daripada keputusan kabinet ini. Kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut
akan menyebabkan pegawai-pegawai terbabit dikenakan tindakan disiplin
di bawah Perintah Am. Taklimat yang menyeluruh daripada pegawai-pegawai
tertinggi, termasuk Peguam Negara, akan diberikan kepada semua
kakitangan kerajaan yang berkenaan untuk memastikan pemahaman yang jelas
dan perlaksanaan yang betul daripada arahan itu.
8. Untuk Alkitab-alkitab yang telah ditahan di Kuching, pengimportnya,
Gideon boleh mengambil kesemua 30,000 Alkitab itu tanpa dikenakan
bayaran. Kami akan bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terbabit
diberi ganti rugi. Tawaran yang sama juga diberikan kepada pengimport
5,100 Alkitab di Pelabuhan Kelang, yang mana telahpun diambil oleh Bible
Society of Malaysia (BSM) minggu lepas.
9. Berbicara mencakupi lebih daripada isu Alkitab, Kerajaan ingin
mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan
Kristian dan semua kumpulan agama yang berbeza untuk menangani isu-isu
antara agama dan berusaha ke arah pencapaian semua aspirasi keagamaan
bersesuaian dengan Perlembagaan. Untuk memastikan usaha ini diberi
perhatian segera, Perdana Menteri akan bertemu dengan wakil-wakil
Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak lama lagi untuk
membincangkan langkah-langkah masa depan.
10. Menteri-menteri Kristian dalam Kabinet akan bertemu secara berkala
dengan wakil-wakil pelbagai kumpulan Kristian untuk membincangkan
isu-isu yang mereka hadapi dan bekerjasama dengan kementrian-kementrian
yang berkaitan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu-isu
berkenaan.
Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan diterima secara positif
dan dianggap adil dan wajar oleh kumpulan-kumpulan Kristian. Kita perlu
mencari penyelesaian untuk isu Alkitab dan juga mencadangkan langkah ke
hadapan untuk menyelesaikan isu-isu yang dikemukakan oleh
kumpulan-kumpulan Kristian.
Oleh Datuk Seri Idris Jala,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
2 April 2011.
Sumber dari sini
Labels: Agama, Penyelesaian 10 Perkara
Subscribe to:
Posts (Atom)