Kampung Kucing Lepas salah satu kampung dalam zon merah dalam mukim Chelung, Daerah Ranget, Narathiwat. Mempunyai penduduk yang majoritinya berkerja sebagai pesawah dan penoreh getah. 100 peratus beragama Islam dan berbangsa Melayu Pattani Muslim.
Pada 19 Mac baru-baru ini, Pertubuhan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP) telah membawa penulis dan wakil aktivis dari Malaysia untuk melawat kampung ini bagi meninjau nasib penduduk Kampung Kucing Lepas, khususnya keluarga Baldatee yang mati akibat ditembak oleh ‘tentera hitam’ pada 15 Februari 2010 yang lalu.
Dari Yala ke Kampung Kucing Lepas terdapat banyak pos kawalan dan kawat berduri dipasang di atas jalan . Setiap pengunjung akan disoal oleh tentera yang mengawal disitu.
contohnya dapat dilihat dalam video di sini
Setiap satu kilometer terdapat halangan berduri dipasang dan terdapat tentera berpakaian hijau yang berkawal disitu.
Untuk sampai ke Kampung Kucing Lepas,perlu ada orang perantara dari kampung itu sendiri sebagai pemudah cara untuk mudah diterima oleh penduduk kampung.
Tragedi kematian Baldatee sangat menyayat hati. Baldatee mati ditembak dengan AK47 sewaktu berada di kebun getah bagi tujuan menoreh. Turut terbunuh adalah ibu Baldatee Che Mek. Baldatee 25 tahun meninggalkan 2 orang anak yang masing-masing berusia 3 tahun dan 14 bulan.
Ketika sampai di rumah Baldatee, penulis dan rakan-rakan disambut oleh datuk dan nenek Baldatee yang masing-masing berusia 80 dan 73 tahun. Turut berada di rumah tersebut adalah Mat Yasik 47 ayah kepada Baldatee, adik Baldatee bernama Salima 20 tahun serta anak-anak Baldatee Hikam 3 tahun dan Ilham 14 bulan.
Seterusnya.... Sila klik di sini.
Saya tak mampu menulisnya lagi. Pilu terasa di hati. Contoh bilamana islam minoriti, penganutnya akan ditindas semahunya oleh kerajaan bajingan.
Artikel asal bertajuk Rintihan Kucing Lepas dan tersiar di KedahLanie
Ziarah ke rumah Baldatee
Read More...