Masaalah Protes 6/7/08 nanti

- dibuat hari Ahad – ramailah penyokong PR(baca PAS) dr Pantai Timur(Kelantan & Terengganu) dan Utara(Kedah) susah nak datang. Udahlah yg keje(gomen & swasta) kena amik cuti(kurang2nya 1-2 hari). Kos pengangkutan plak tinggi. Jangka saya ramai yg x mai sebab buat hari Ahad adalah dari Pantai Timur & Utara.

- dengar cite ada plak konsert underground. Hey! Kita nak berdemo bukannya berkonsert. Takat nak buat karnival tu boleh terima lagi. Kalu sampai underground/rock pun masuk apa cite?

terkini - konsert yg tidak dipersetujui oleh DPPP tidak akan diadakan.

- promosi Protes tak macam promosi Bersih dulu. Siap kwsn jual t-shirt seblm pi. Protes ada jual t-shirt merata tempat? Kat mn nak dpt t-shirt kat kwsn utara ini.

-aku - aku pun xleh mai. Cuma mampu sampai ke Tg Malim je. Masaalah keluarga. Moga korang semua Berjaya. Amin!

Read More...

Perpindahan lokasi


Lokasi demo dipindahkan dari KLCC ke Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. Saya pun tak tau kat mana(tak pernah sampai pun ke PJ). Insya Allah saya juga akan sama-sama menyertainya.


Pelbagai aktiviti disediakan. Silalah datang untuk mengetahui/mengalaminya .

Read More...

Poster Naik Minyak



Berbuatlah sesuatu yg menyebabkan rakyat jelata tak naik minyak. Jika tidak kami, insya Allah akan berdemo nanti di KLCC!

Read More...

Mari Ubah Gaya Hidup


Segala makin perit. Sejak minyak naik harga suma naik. Gula naik, gas lpg(gas memasak) dan segala macam mak nenek semua naik. Apa yg tak naik?

Jadi marilah kita ubah cara hidup. Dari naik keta kita naik motor. Naik motor ke berbasikal. Dari berbasikal ke berjalan kaki. dari berjalan kaki ke?

Kerajaan juga perlu mengubah cara berbelanja. Kurangkan(hapuskan terus lagi baik) projek2 koridor yg kosnya berbilion-bilion tu. Sikit je elaun keraian yg dipotong tu. Patutnya elaun minyak free yg depa dapat tu yg patut dipotong. Tu segala macam mak nenek elaun hangpa tu?

Lakukan juga ini dalam hidup anda.
- dari setiap kali PRU memangkah BN, pas ni pangkah PR
- dari tak pernah berdemo, jumaat ni mulalah berdemo. Bukan apa. Nak tunjuk kita tak setuju ngan kerajaan dan nak tunjuk kenaikan harga minyak kali ini amat membebankan. 41% beb!

Aku Marhaein
Aku marhaein.
Tidak tahu politik
Suapan slogan muluk- muluk
Glokal sana wilayah di sini

Aku buta ekonomi
Tiada kepentingan
terhadap projek-projek megamu
Tak bermaksud aku boleh engkau
Pandir-pandirkan sesuka hati

Aku marhaein
Tahuku cuma
Keluar saban hari
Mencari sesuap rezeki
Agar hidup kami
Tidak perlu jadi penadah tangan
di negara sendiri

Jangan engkau suruh aku
Ubah gaya hidup
Kerna aku cuma bermotorsikal
Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter
dan bas Rapid KL
Berasak-asak berdiri
Setaraf pendatang.

Tidak pernah menjejak Suria KLCC
Tidak pernah merasa Starbuck coffee
Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani
Cuma sesekali merasa ayam KFC
Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali.


Puisi sepenuhnya terdapat di sini

Read More...